CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37701|Reply: 27

Keunikan seni bina Istana zaman dahulu

[Copy link]
Post time 20-9-2007 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Istana Sultan AlauddinOleh: DR. MOHAMAD TAJUDDIN MOHAMAD RASDI ([email protected])


SULTAN Alauddin Sulaiman Syah mendirikan sebuah istana pada awal zaman pemerintahannya iaitu pada 1899 di Kampung Bandar lebih kurang 13 kilometer dari pekan Banting, Selangor yang juga terletak berhampiran dengan Masjid Bandar.

Tapak bangunan ini berhampiran dengan sungai dan jalan raya yang menghubungkan Bandar Temasya dengan Jugra dan Klang. Setelah kawasan ini dibuka dan dibangunkan, ramai pendatang dari luar seperti orang orang Jawa datang bertapak dan memajukan kawasan ini.

*Sejarah dan asal-usul pembinaan

Menurut sejarah, istana ini dibina semasa berlakunya krisis dalam istana tersebut berkenaan peristiwa ketidaksefahaman yang berlaku antara isteri Sultan Alauddin iaitu Tengku Ampuan Mahrum dan isteri baginda dari kalangan orang kebanyakan. Namun begitu pada dua hingga tiga tahun pertama, istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama isteri baginda iaitu dari keturunan orang kebanyakan sehingga isteri baginda mangkat pada tahun 1920-an.

Keseluruhan bangunan istana ini direka bentuk dan dibiayai oleh Sultan Alauddin dan baginda bersemayam di istana ini lebih kurang 35 tahun sehinggalah baginda mangkat pada 1938.

*Perancangan dan konsep reka bentuk

Reka bentuk bangunan Istana Alauddin ini adalah campuran di antara seni bina tempatan dan kolonial. Bumbung limasnya menggambarkan elemen seni bina Aceh dan fasadnya berbentuk simetrikal menurut ciri kolonial seperti juga pada tiang-tiang yang digunakan dipengaruhi reka bentuk seni bina Rome dan Gothik serta penggunaan dinding bata yang tebal.
Terdapat juga pengaruh dari seni bina Asia Barat terutamanya dari segi pahat dan seni ukir yang ada pada bahagian tingkap dan pintu.

Istana ini dibahagikan kepada tiga hierarki ruang yang utama iaitu ruang umum bagi kegunaan rakyat, ruang separa umum untuk pekerja istana dan ruang persendirian yang dikhaskan bagi kerabat dan golongan diraja. Ruang yang terletak di tingkat pertama lebih bercirikan kepada ruang umum dan separa umum manakala ruang di tingkat bawah terdiri daripada bilik-bilik. Istana ini mempunyai 40 bilik kesemuanya.

*Elemen reka bentuk dan bahan binaan

Keseluruhan bangunan ini dibina daripada batu-bata dan konkrit. Dindingnya terdiri daripada dinding tanggung beban dan dinding dari jenis tiang dan alang. Bahagian koridor dan bahagian ruang yang luas di tingkat atas menggunakan sistem struktur rentangan. Lantai bagi ruang tingkat bawah dibina daripada lantai konkrit berjubin manakala ruang atas keseluruhan istana menggunakan lantai kayu cengal.

Terdapat banyak tangga yang digunakan untuk ke dalam dan keluar istana dan di antaranya ialah tangga utama pada bahagian hadapan di mana ia berbentuk melengkung dan diperbuat daripada konkrit serta dihiasi dengan kekisi dan minaret pada bahagian atasnya.

Tangga yang berdekatan bilik beradu pula dikhaskan untuk golongan kerabat diraja sahaja. Terdapat juga tangga kayu yang digunakan dan diperbuat daripada kayu cengal.

Istana ini mempunyai 27 bukaan tingkap yang mengunakan panel kayu iaitu kayu ram boleh laras dan saiznya bergantung kepada fungsinya samaada untuk bukaan di ruang utama awam atau ruang peribadi. Pintunya pula kebanyakannya dibina daripada kayu dan ia juga bergantung kepada fungsi dan kegunaannya.

Struktur tiang bahagian bawah dibina daripada batu bata dan dipenuhi dengan ukiran dan motif tumbuhan, manakala struktur tiang di bahagian atas agak lebih kecil iaitu berukuran 400 m x 400 mm. Keseluruhan istana ini ditutupi dengan bumbung limas, namun aras bumbung limas ini berbeza-beza ketinggiannya kerana dikatakan untuk menggambarkan struktur hierarki pentadbiran dalam istana.

Bumbung bertingkat pula dibina untuk menutupi ruang utama yang dikhususkan untuk keluarga diraja, ruang dapur dan balai nobat manakala bumbung rata ditambah pada awal 1900 semasa istana ini diubahsuai.


*Kesimpulan

Istana Sultan Alaudin ini menggambarkan seni bina yang dianggap unik bukan sahaja dari aspek kronologi sejarahnya tetapi juga dari aspek reka bentuk terutamanya dari aspek penggabungan senibina pelbagai bahasa iaitu kolonial dan bahasa tempatan tetapi disesuaikan mengikut konteks kehidupan dengan elemen bahan binaan dan keupayaan teknologi moden.

Ia memaparkan hasil karya seni bina yang berbeza dan merupakan hasil warisan seni bina yang terunggul di rantau Asia Tenggara ini.

- PROF. DR. MOHAMAD TAJUDIN MOHAMAD RASDI ialah Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2007 10:18 AM | Show all posts
Istana Tengku Anjang Zahab terunggul di Asia Tenggara

ISTANA Tengku Anjang Zahab ini dibina pada akhir tahun 1880 iaitu semasa pemerintahan Tengku Chik Haji dan beliau merupakan Raja Palembang yang ketiga. Tengku Chik mendirikan istana ini di lokasi yang agak jauh dari Kota Palembang disebabkan istana lama di sana terbakar pada tahun 1844. Pusat pemerintahan yang baru ini terletak berhampiran dengan Sungai Besut dan orientasinya menghadap sungai.

Sejarah dan asal-usul pembinaan

Menurut sejarah, Istana Tengku Anjang Zahab ini dibina oleh Tengku Chik Haji lebih kurang 10 tahun lebih awal daripada Masjid Kampung Raja, yang berada di hadapan istana tersebut. Reka bentuk pembinaan istana ini dipengaruhi oleh seni bina Siam, Riau dan Islam. Namun begitu pengaruh Riau amat ketara pada reka bentuk istana ini kerana Tengku Chik adalah kerabat di raja Riau.

Perancangan dan konsep reka bentuk

Istana ini terdiri daripada kelompok rumah yang berasingan dan disambungkan dengan titian antara satu rumah ke rumah yang lain. Namun begitu, istana ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu istana puteri dan rumah pengasuh.

Istana puteri ini terdiri daripada ruang balai rong atau ruang hadapan yang berfungsi sebagai tempat berkumpul para pentadbir istana untuk menjalankan sebarang perbincangan, rumah ibu atau ruang tengah adalah ruang peribadi hanya untuk kaum keluarga sahaja seterusnya rumah dapur dan ruang laluan. Rumah pengasuh pula mempunyai rumah ibu, selasar dan rumah belakang serta ruang jemuran.

Elemen reka bentuk dan bahan binaan

Keseluruhan istana ini dibina daripada kayu cengal dan bumbungnya dibina secara dua lapis dan dikenali sebagai bumbung limas Belanda. Tangga di dalam istana ini secara keseluruhannya mempunyai bentuk yang sama. Namun begitu reka bentuknya agak ringkas dan boleh disesuaikan menurut keadaan dan kegunaannya.

Dinding kayu bagi rumah puteri amat menarik yang menggunakan kaedah pemasangan janda berhias dan tindih kasih manakala bagi rumah pengasuh pula ialah daripada dinding sasa secara tindih kasih serta berbentuk menegak dan dibina dari kayu cengal.

Pintu istana ini pula dihiasi dengan kelarai yang bermotifkan tumbuhan-tumbuhan. Istana ini tidak mempunyai pembukaan yang banyak kecuali pada rumah pengasuh dan agak kecil ukurannya iaitu lebih kurang empat kaki dari paras lantai.

Struktur pembinaan berdasarkan kepada struktur tiang rasuk dan alang tetapi kesemua tiang yang digunakan dibina daripada kayu cengal. Kedudukan aras lantainya lebih kurang lima kaki tinggi dari permukaan tanah dan berbeza dari rumah tradisional biasa.

Kesimpulan

Istana Tengku Anjang ini menggambarkan seni bina yang dianggap unik bukan sahaja dari aspek kronologi sejarahnya tetapi juga dari aspek reka bentuk terutamanya dari aspek penggabungan seni bina pelbagai bahasa. Ia memaparkan hasil karya seni bina yang berbeza dan merupakan hasil warisan seni bina terunggul di rantau Asia Tenggara ini.

- Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Pengarah Pusat Kajian Alam

Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:34 AM | Show all posts
Istana paling menarik bagi aku adalah Istana Payar Ruyung.. memang nampak unik sangat. Foto2 dibawah diambil dari blog orang yang melancong ke sana




Malangnya istana ni telah pun terbakar dalam tahun 2007 nih.




[ Last edited by  dCrook at 20-9-2007 11:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 12:27 PM | Show all posts
alah sayang nyer ..terbakar ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 06:23 PM | Show all posts
Macaman nak masukkan gambar ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:05 PM | Show all posts
Ini contoh senibina Kelantan tapi ni masjid


[ Last edited by  Narutah at 20-9-2007 11:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2007 11:14 PM | Show all posts
Ini contoh lagi istana raja Kelantan dulu-dulu. Namanya Istana Jahar. Sekarang dah jadi muzium
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:24 PM | Show all posts
Ini pandangan dekat istana Jahar. Gamabar-gambar ni ialah dia punya wakaf dekat istana tu. Nampak dipengaruhi senibina Siam sikit


Ini contoh satu wakaf di kg yg senibinanya sama


Ini satu lagi.Pandangan dari dekat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 11:32 PM | Show all posts
Ini pula ialah Istana Balai Besar. Gambar 100 tahun dulu.


Ini gambar sekarang.Istana ni pun dah jadi muzium di Kelantan ni


tq to Ray
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 06:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 10:14 PM | Show all posts
Sori, sori saya tak pandai lagi la. Ni saya post kali kedua. Gambar masjid
http://img204.imageshack.us/img204/4039/therestoredmasjidkampunft2.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 10:16 PM | Show all posts
Gambar Istana Jahal
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 10:21 PM | Show all posts
Nampak ke tak? Gambar Istana Balai Besar 100 tahun dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 10:24 PM | Show all posts
Ni Istana Balai Besar sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 10:32 AM | Show all posts

Reply #14 Narutah's post

istana nih masa kurun ke 19, pagar dia tuh nampak huduh giler,kayu pagar tak sama rata.. skang nih baru nampak smart
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 03:13 PM | Show all posts
Kononnya kat 4 penjuru istana tu ditanam dgn 4 kepala manusia sbg 'pagar'. Tapi tak tau betul ke tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2007 03:17 PM | Show all posts
Istana Tengku Bongsu atau Tengku Zaharah. Beliau ialah kerabat diraja Kelantan. Sekarang disebabkan pembangunan istana ni dipindah ke Muzium Etnologi UKM Bangi. Kalau tidak habis kena roboh

By sekngucing at 2007-09-21

[ Last edited by  Narutah at 22-9-2007 03:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 03:21 PM | Show all posts
Lagi Istana Tengku Bongsu atau Tengku Zaharah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 03:22 PM | Show all posts
Ada lagi bahagian dalam istana ni

[ Last edited by  Narutah at 22-9-2007 03:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 03:28 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.630205 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list