CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11294|Reply: 33

Pengikut Ahbash & Salafi Jalur Keras sudah sampai di Malaysia?

[Copy link]
Post time 2-2-2008 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Kafir mengkafir yg tiada penghujungnya..........

Oleh: Bakariah Musa

Di dalam buku Fatawa Mu'asarah  (Fatwa Masakini) jilid ke-3, al-Qaradawi telah mendedahkan bagaimana dirinya telah dizalimi. Dizalimi di sini bukanlah bermaksud beliau dipenjara, disiksa ataupun dituduh sebagai pengganas. Semua kezaliman tersebut pernah beliau lalui dan telah berjaya beliau atasi. Kezaliman yang beliau bawakan di dalam buku tersebut amat berat dan amat menguji keimanan beliau.

Kezaliman tersebut adalah di dalam bentuk fitnah dari mereka yang mengaku diri mereka Muslim yang sebenar. Kezaliman tersebut datang dari dua pihak yang saling bermusuhan. Menariknya, di dalam isu al-Qaradawi mereka bersepakat.
  
Satu pihak mengkafirkan beliau, manakala satu pihak yang lain pula telah menyesatkan, dan tergamak menggelar beliau sebagai "anjing". Pihak pertama yang mengkafirkan beliau adalah kumpulan Ahbash, manakala pihak yang kedua pula adalah kumpulan Salafi jalur keras. Sudut yang menarik, kedua-dua pihak tersebut saling bermusuhan. Kumpulan Ahbash mengkafirkan puak Salafi secara umum. Puak Salafi jalur keras pula menyesatkan puak Ahbash, namun dalam kes al-Qaradawi mereka bersetuju di antara satu sama lain. Seperkara yang menakutkan ialah kedua-dua kumpulan ini telah sampai di Malaysia. Siapakah mereka?, artikel ini akan cuba mengupasnya.
  
Al-Qaradawi bukanlah seorang ulama yang asing pada masa kini. Keilmuannya, ketokohannya, malah keunggulan beliau bukanlah sesuatu yang diragui. Sebagai ulama yang menjadi rujukan hampir dalam setiap lapangan ilmu di zaman moden ini, beliau amat diminati dan dikagumi ramai. Beliau amat konsisten di dalam menyikapi isu-isu umat. Selain daripada kesungguhannya untuk menyebarkan dakwah, al-Qaradawi juga terkenal dengan sikap perjuangannya. Kebersamaan beliau dengan umat Islam lewat isu-isu berkaitan umat di peringkat antarabangsa menjadikan beliau amat berbeza dengan ulama-ulama lain di seluruh dunia. Isu Palestin, isu Iraq, isu Afghanistan dan semua isu melibatkan umat merupakan kepedulian beliau.
  
Di dalam bidang fiqh pula, beliaulah mujadidnya. Di dalam bidang dakwah, beliau juga merupakan seorang pejuang. Di dalam bidang hadis, tulisan-tulisan beliau telah berjaya mempopularkan perjuangan ulama hadis sezamannya. Di dalam bidang politik, beliau merupakan seorang mentor. Pendekata, jika ada yang ingin menamakan "mujaddid" di zaman ini, maka al-Qaradawi merupakan orang yang paling layak untuk gelaran tersebut di dalam abad ini.
  
Malangnya mujaddid ini telah dikafirkan. Kumpulan ekstrimis Ahbash telah mengkafirkan beliau kerana pegangan agamanya yang sederhana. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap keterbukaannya. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap ilmiah beliau yang sanggup menerima ijtihad ulama sezamannya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan dakwahnya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan aqidahnya yang mengikuti metod para salafusoleh. Beliau dikafirkan oleh kumpulan ini juga kerana manhaj beliau tidak seperti pendirian kumpulan ekstrimis Ahbash yang fanatik mazhab Shafii di dalam fiqh dan ekstrim mazhab ilmu kalam di dalam berakidah.
  
Kumpulan ekstrimis Ahbash ini berasal dari Lubnan. Kumpulan ini telah diasaskan oleh Abdullah Harari yang berasal dari Habsyah. Beliau telah dihalau keluar dari negerinya kerana fitnah yang telah ditimbulkan olehnya di kalangan ahli masyarakat di sana. Beliau melarikan diri ke Lubnan. Di Lubnan beliau telah merekrut ahli-ahli yang taksub dengannya. Berbekalkan fanatisme kepada mazhab Shafii di dalam fiqh dan juga ekstrimisme di dalam mazhab Abu Hassan al-Asyari di dalam akidah, beliau telah memulakan dakwahnya. Beliau menjadikan "takfir" sebagai senjata utama di dalam mengembangkan dakwah. Segala pendapat yang bertentangan dengan fikrahnya dianggap kafir. Ulama-ulama terkemuka telah beliau kafirkan seumpama Ibnu Taymiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Beliau juga menjadikan tema mengkafirkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai jalan untuk menghasut orang agar bersetuju dengan fikrahnya. Beliau juga mengkafirkan Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Yusuf al-Qaradawi merupakan di antara mereka yang dikafirkan oleh beliau dan para pengikutnya. Lebih lancang lagi, mereka juga telah mengkafirkan ulama-ulama kontemporari yang lain seperti Said Ramadan al-Buti, Abdul Aziz Bin Baz, Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Mahmud Syaltut, Syed Sabiq dan kebanyakan ulama moden dan juga pemimpin tarekat sederhana seperti Jibril Haddad, tokoh tarekat Naqshabandi zaman ini.
  
Kumpulan ini telah mengamil langkah menyusup masuk ke adalam jabatan-jabatan agama di Lubnan, Syria dan Jordan. Kementerian Waqaf (agama) di Jordan pada satu waktu dahulu telah dipengaruhi oleh kumpulan ini. Mereka telah menyokong Israel yang ebrdamai dengan rejim al-marhum Raja Hussein demi menempatkan diri mereka di dalam hati pemimpin Jordan. Mereka telah menghantar imam-imam Ahbash untuk menghasut masyarakat agar mengkafirkan sesama Muslim. Bertemakan "memerangi fahaman Wahabi" mereka berakhir dengan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya. Jordan, bertuah, pada akhirnya pengaruh kumpulan ini akhirnya telah berjaya dibendung. Para imam Ahbash akhirnya telah dibuang dari tempat masing-masing. Di Lubnan, mereka akhirnya telah diharamkan selepas peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri. Rekod telefon Hariri menunjukkan perbualan terakhir beliau adalah bersama salah seorang pimpinan tertinggi Ahbash. Kumpulan ekstrimis yang dikenali sebagai pro-Syria ini disyaki terlibat di dalam peristiwa pengeboman tersebut. Tidak mustahil juga beliau bersekongkol dengn Syiah di dalam usaha membunuh Hariri yang berketurunan Saudi. Kini, kumpulan ini begitu berpengaruh di Syria.
  
Kumpulan ini sering menjadikan "fahaman Wahabi" sebagai kambing hitamnya. Sepertimana golongan Syiah juga, slogan anti-Wahabi itu akan berakhir dengan isu takfir. Kumpulan ini juga telah mengkafirkan Muawiyah sahabat Rasulullah SAW seperti golongan Syiah. Di Jordan, kumpulan ini mempunyai sahabat setia mereka yang berkongsi fikrah "takfir", iaitu Hassan al-Saqqaf. Al-Saqqaf terkenal sebagai seorang yang gemar mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama besar yang lain. Seperti Syiah dan Ahbash, beliau juga mengkafirkan Muawiyah bin Abi Sufian, sahabat besar Rasulullah SAW. Kini kumpulan ini mula berkembang di Malaysia.
  
Mungkin ramai pihak merasa pelik melihat perkembangan terkini Islam di Malaysia. Isu Wahabi bukanlah satu isu yang besar satu waktu dahulu. Malah, Muhammad bin Abdul Wahab telah dianggap sebagai salah seorang mujaddid di kalangan gerakan-gerakan dakwah dan kumpulan Islam di Malaysia. Umat Islam pasca kebangkitan Islam di Malaysia juga amat menghormati adab berbeza pendapat. Malangnya kedatangan pengaruh kumpulan ini ke Malaysia telah mengubah segalanya. Secara tiba-tiba perjuangan "memerangi Wahabi" muncul. Selari dengan usaha AS memerangi keganasan, usaha memerangi "Wahabi" muncul di Malaysia. Sesuatu yang menarik, modus operandinya sama seperti di Jordan. Jika Kementerian Waqaf (agama) telah digunakan di Jordan. Di Malaysia, JAKIM pula sedang diintai untuk mereka tunggangi. Sesetangah jabatan agama negeri juga sedang cuba dipergunakan untuk menjayakan misi Ahbash melalui orang-orang yang telah mereka susupkan ke dalam badan-badan tersebut. Sehingga kini, mereka telah berjaya mempengaruhi beberapa tokoh agama tempatan. Hal ini bukan lagi rahsia.
  
Kini sudah mula kedengaran di Malaysia suara-suara "takfir". Dr Yusuf al-Qaradawi juga tidak terlepas dari perbuatan keji kumpulan berkenaan. Gejala takfir ini semakin merebak dan amat mengerikan umat Islam di Malaysia. Bertopengkan memerangi "fahaman Wahabi", kumpulan Ahbash terus bergerak subur di Malaysia untuk menimbulkan fitnah.
  
Di satu sudut yang lain, al-Qaradawi juga telah dikafirkan oleh kumpulan Salafi jalur keras. Kumpulan yang sentiasa menjadikan tulisan-tulisan dan pemikiran-pemikiran Rabi' Madkhali dari Madinah dan Muqbil Hadi dari Yaman juga tidak kurang kelancangannya. Kumpulan ini menolak ulama-ulama selain dari ulama Saudi dan Salafi yang ekstrim. Mereka juga menyesatkan kumpulan-kumpulan dakwah bealirankan gerakan Islam. Mereka juga memerangi pendapat ulama-ulama yang tidak selari dengan pendapat mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk menuduh pihak yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat, ahli bid'ah, zindiq, malah al-Qaradawi telah digelar sebagai "anjing".
  
Amat malang sekali, kumpulan ini juga mula menular di Malaysia. Mereka telah mengakui bahawa mereka adalah pejuang aliran Salafi yang sebenar. Mereka juga menamakan diri mereka sebagai "Salafi Original". Mereka sanggup untuk menyesatkan aliran salafi yang lebih majoriti kerana tidak bersama kefanatikan mereka di dalam menyesatkan al-Banna, Syed Qutb dan juga al-Qaradawi. Kumpulan ini sanggup menghabiskan waktu mereka untuk menghebohkan kepada rakyat Malaysia bahawa Hassan al-Banna, Syed Qutb dan Yusuf al-Qaradawi sebagai sesat lagi menyesatkan yang lain. Mereka juga sanggup untuk menerbitkan risalah-risalah untuk tujuan tersebut. Di kala kumpulan Ahbash sedang giat memfitnah golongan Salafi dengan mengatakan bahawa kumpulan Salafi adalah kumpulan sesat dan ekstrimis, kumpulan ini seakan mengiyakannya. Mereka bertemu di dalam persoalan ini. Kesimpulannya, al-Qaradawi sekali lagi menjadi mangsa.
  
Umat Islam di Malaysia kali ini benar-benar diuji. Di kala masyarakat Islam sedang diancam pelbagai isu moral dan kerosakan akidah, dua kumpulan ini muncul. Kemunculan mereka hanya mengeruhkan lagi masa depan Islam yang semakin terhakis di Malaysia. Apakah perlu al-Qaradawi dijemput ke Malaysia untuk merawatinya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 09:16 AM | Show all posts
salam

kalau tengok dr segi positif
bagus gak geng ini ujud di malaysia
pasal org islam kat sini masih cam katak bawah tempurung
masih dok terikut pegangan sendirix
hanya ikutan bukan dgn MENGGUNAKAN AKAL

dan takkan kot depa dok MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI
kita yg kena MELATAH
org islam kan ada KETENANGAN
TENANG DAN YAKIN.........
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 2-2-2008 07:58 AM
Kafir mengkafir yg tiada penghujungnya..........

Oleh: Bakariah Musa

Di dalam buku Fatawa Mu'asarah  (Fatwa Masakini) jilid ke-3, al-Qaradawi telah mendedahkan bagaimana dirinya telah diza ...


kalau akidah dah tak sama macam nabi anjurkan dah konfom akidah yang dipegang tuh akidah KAFIR... akidah Tuhan duduk atas kerusi tu akidah orang Islam ke???
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 1-2-2008 06:00 PM


kalau akidah dah tak sama macam nabi anjurkan dah konfom akidah yang dipegang tuh akidah KAFIR... akidah Tuhan duduk atas kerusi tu akidah orang Islam ke???

akidah Yahudi tuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 09:00 PM | Show all posts
abuaya ni pon dok geng ahbash jugak ekkk...   sekejap-sekejap geng syiah pulak...  

kuat ke angin bertiup tuuuuu.....  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 09:52 AM | Show all posts
salam

TUHAN DUDUK ATAS KERUSI
atau KURSI atau QURSI atau QURESI

sedangkan KERUSI/KURSI/QURSI/QURESI
MELIPUTI SELURUH LANGIT DAN BUMI
jadi betullah kot cam tuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2008 10:38 AM | Show all posts
sampai bila isu kafir mengkafir ini akan selesai........sudah ratusan tahun ttp masih kekal hingga kini..........adakah iman dan amalan soleh kita sudah mantap utk menemui Illahi.......kafirnya seseorang adalah urusan Allah.....kita pon tak tahu cm ner akhir kalam kita.....jgn ingat kita dah puas hati dgn amalan kita......Syurga adalah Hak mutlak Allah........memasukinya hanya dengan rahmat Allah jua......jadi fikir2kan lah......
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 01:00 PM | Show all posts
MELIPUTI SELURUH LANGIT DAN BUMI
jadi betullah kot cam tuuuuu




balik cerita langit...  langit atas bumi atau langit meliputi bumi?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 2-2-2008 07:58 AM
Amat malang sekali, kumpulan ini juga mula menular di Malaysia. Mereka telah mengakui bahawa mereka adalah pejuang aliran Salafi yang sebenar. Mereka juga menamakan diri mereka sebagai "Salafi Original".


Hehehe...kat sini yang dah ngaku sebagai salafi original ialah Pak Indon sorang ajer. Yang lain tu tak original kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:26 PM | Show all posts
geng abuya mcm sinonim sangat dgn anak_pejuang. patut la anak_pejuang tak pernah nak komen cerita yakazah abuya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:56 AM | Show all posts

AWAS!!! PELAMPAU AHBASH

Kumpulan pelampau ini sudah bertapak di Malaysia, sedang menyelinap masuk ke dalam beberapa buah jabatan penguasa ugama negeri negeri.  Pergolakan besar Islam akan berlaku di Malaysia, kita berharap tidak sampai terjadi pertumpahan darah sesama Islam seperti di negara lain....



http://www.youtube.com/watch?v=m60pioweTMw

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #10 tobby's post

dalam bab menghentam wahabi....   anak buah abuya, ahbash, quburiyun, syiah akan bersatu dalam satu selimut.  bak kata pepatah musuh dalam selimut.  tak caya hang bukak balik thread abu_syafiq yang lama-lama dulu, macamana dia dok kata semua yang lain-lain tu sesat dari ajaran islam sebenar.

apasal anak_pejuang dok diam jer? bukan senang nak cari geng jadi anti wahabi.  kena la musuh pun sama join sekali.  macam puak rafidhi yang panggil geng monggolia utk kalahkan abbasiyah.  dan sekarang sejarah tu berulang....  panggil USA utk kukuhkan kerajaan yg konon bagus di Baghdad.  Nampak sejarah tak juga berubah.  kat mana-mana pun sama jer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:07 PM | Show all posts
Secara amnya, gerakan ini AL-AHBASH merupakan satu fahaman sesat yang berteraskan ajaran dan corak pemikiran yang berlandaskan pentakwilan nas dan prinsip agama berdasarkan nafsu, dan merupakan kacukan ajaran kebatinan (batiniyyah), Syiah dan kumpulan tasawuf tertentu.

Pengasasnya ialah Abdullah bin Muhammad al-Harari al-Habashi, seorang bangsa Ethiopia (Habsyi) yang menetap di Lubnan, dan pengikutnya digelar al-Habashiyah atau al-Ahbash sempena namanya. Semasa di Ethiopia. beliau telah banyak menimbulkan huru-hara dan kekacauan di kalangan umat Islam melalui permusuhannya dengan banyak pertubuhan Islam yang terdapat di situ.  

Perbezaan pendapat dan fahaman dalam pengertian agama di samping perasaan benci dan taasub yang amat tinggi telah mendorongnya melancarkan gerakan besar-besaran bagi menghapuskan "musuh-musuhnya" yang terdiri daripada para guru al-Quran dan cerdik pandai Islam yang tidak sealiran dengannya. lni termasuklah meminta bantuan daripada pihak Kristian yang memerintah (Raja Haile Selassie) untuk merealisasikan impiannya secara total dan hasilnya, beberapa sekolah tahfiz di bawah naungan Pertubuhan Tahfiz al-Quran Kebangsaan di Harar, Ethiopia telah ditutup dan ditamatkan operasinya pada tahun 1940.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah berusaha sehingga berjaya meyakinkan kerajaan Ethiopia untuk memenjarakan beberapa personaliti agama yang tidak sehaluan dengannya termasuklah guru-guru mengajar al-Quran dan pendakwah-pendakwah Islam. Oleh sebab inilah beliau digelar Shaykh al-Fitnah (syeikh yang menyebarkan huru-hara) di kalangan penduduk Ethiopia.  

Kemudian, apabila berpindah ke Lubnan, beliau telah berjaya memperoleh ramai pengikut setia yang gigih berusaha mengembangkan ajarannya menggunakan pelbagai taktik dan cara, sama ada dari segi pengedaran buku-buku mengenai Ahbash dari rumah ke rumah secara percuma mahupun dari segi psikologi. Tambahan pula, taktik ugutan dan kekerasan juga sering digunakan oleh pengikut gerakan Ahbash semasa berhadapan dengan orang yang mempersoalkan ajaran ataupun pemikiran guru mereka secara terbuka.

Salah seorang pengikut setianya, Shaykh Nizar al-Halabi yang memegang jawatan sebagai "Mufti" bagi gerakan ini, mati dibunuh akibat kelancangan dan kesesatan fatwa-fatwanya. Para pengikut fahaman ini banyak bergantung kepada bahan penulisan yang dihasilkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Abdullah al-Habashi seperti: buku Bughyatul Talib, al-Dalil al­Qawim, al-Nahjul al-Salim, al-Mawlid al-Nabawi, Manarul Huda, Fathul Rahman, Sarih al-Bayan dan yang terkini buku lzhar al-Aqidah al-Sunniyah dan Maqalat al-Sunniyah. Di samping itu juga, terdapat sebahagian sumber ajaran dan fatwa semasa dalam bentuk audio dan rakaman video.  

Antara kesesatan ajaran gerakan ini ialah mereka mencaci para sahabat nabi SAW seperti menuduh Muawiyah b. Abu Sufyan sebagai penjual berhala dan menggalakkan orang menyembah berhala, mencemuh Aisyah dan Khalid b. Al-Walid, serta menghukum sahabat yang terlibat dalam peperangan Siffin menentang Saiyyidina Ali b. Abu Talib sebagai mati dalam keadaan jahiliyah. Begitu juga, mereka tidak teragak-agak mengkafirkan beberapa personaliti terkemuka Islam seperti Ibn Taimiyyah, Imam al-Dhahabi, Sayyid Sabiq (mereka menuduhnya sebagai Majusi), begitu juga tuduhan mereka terhadap Sayyid Qutub sebagai golongan Khawarij yang kafir.  

Dan aspek akidah pula, mereka mengatakan bahawa al-Quran merupakan hasil daripada perkataan Jibril dan bukannya Kalam Allah. Begitu juga, mereka mempercayai bahawa Shaykh Abdul Qadir al-Jailani berkemampuan memadamkan api neraka dengan sekali hembusan sahaja, dan mereka banyak berpegang kepada ajaran yang berteraskan kepada fahaman Jabariyyah, Murji'ah dan Jahmiyyah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:08 PM | Show all posts
FAHAMAN AHBASH ini mirip kepada perwatakan bangsa Yahudi yang menggunakan helah dalam "MENIPU" hukum Allah seperti penipuan mereka dalam perintah larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga mengakibatkan kermurkaan Allah dan mereka ditukarkan menjadi kera dan khinzir.  

Antara kesesatan fatwa al-Ahbash dalam bidang fiqh ialah mereka mengharuskan mencuri harta orang Nasrani, menghalalkan judi dan riba, serta mengharuskan sembahyang hanya dengan berseluar dalam, kerana aurat pada takrif an mereka hanyalah menutup kemaluan depan dan belakang sahaja. Adapun peha dan sebagainya, maka ia tidak wajib ditutup. Zakat wang pula tidak wajib dikeluarkan atas alasan duit kertas yang digunakan sekarang ini tidak mempunyai nilai emas dan Perak, dan orang yang mempunyai berjuta ringgit sekalipun dianggap tidak layak mengeluarkan zakat.  

Begitu juga, mereka telah mensyariatkan "helah syarak" sebagai komponen utama ajaran mereka. Sebagai contoh arak hukumnya haram, tetapi jika seseorang itu membeli sebotol arak dengan niat membayar harga botol itu dan bukan kerana kandungannya, maka harus baginya meminum arak itu.  

Begitu juga, para pengikut gerakan ini boleh meninggalkan sembahyang Jumaat menggunakan "helah syarak" juga, iaitu dengan cara memakan makanan yang berbau seperti bawang putih dan sebagainya sebelum masuk waktu sembahyang supaya jatuh hukum kewajipan Jumaat dengan sebab itu. Dalam hal ini, mereka berlandaskan kepada hadith Nabi mafhumnya, "Barang siapa yang memakan bawang putih hendaklah dia menjauhkan diri daripada Masjid kami." (Riwayat Bukhari). Namun yang demikian diperhatikan bahawa hadith ini tidaklah boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan perkara wajib seperti sembahyang Jumaat dan seumpamanya, tetapi ia membawa kepada pengertian makruh iaitu setiap orang Islam yang hendak pergi ke masjid dan seumpamanya perlulah membersihkan dirinya dan tidak menyakiti orang lain dengan bau busuk daripada mulutnya. Daripada contoh ini, ternyata bahawa fahaman Ahbash ini mirip kepada perwatakan bangsa Yahudi yang menggunakan helah dalam "menipu" hukum Allah seperti penipuan mereka dalam perintah larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga mengakibatkan kermurkaan Allah dan mereka ditukarkan menjadi kera dan khinzir.  

Dan aspek kemasyarakatan pula, kemunculan gerakan Ahbash yang jauh terpesong daripada fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berserta dengan ketaasuban dan pengasingan ahli-ahlinya daripada masyarakat merupakan satu tikaman yang memecah-belahkan kesatuan umat Islam. Di Lubnan misalnya, mereka mempunyai masjid khas untuk beribadat, dan jikalau terpaksa bersembahyang di masjid-masjid umum, mereka akan bersembahyang sesama sendiri tanpa mempedulikan jemaah yang lain. Ini sudah tentu akan membawa kepada timbulnya konflik di kalangan umat Islam yang sememangnya agak "tenat" pada masa sekarang.

Ini ditambah pula dengan fatwa terkini kumpulan ini di Amerika Syarikat dan Kanada supaya mengubah arah kiblat 90 darjah daripada arah Kaabah, dengan alasan bahawa bumi ini berbentuk separa bulat dan bukannya bulat seperti yang didakwa.  

Tambahan pula, gerakan ini berupaya bertukar menjadi militan dalam keadaan mendesak seperti yang berlaku di masjid Imam Ali yang merupakan salah sebuah masjid terbesar di Sydney, Australia beberapa tahun yang lalu. Dilaporkan bahawa beberapa pihak daripada gerakan Ahbash terlibat dalam perebutan kuasa dalam pentadbiran masjid yang mengakibatkan perbalahan yang serius. Dalam kemelut ini juga pihak berkuasa telah berjaya menangkap salah seorang anggota Ahbash yang membawa bersamanya bom api (molotov cocktail) yang ingin dilemparkan di beberapa kawasan masjid.

Sayugia diperhatikan jugabahawa gerakan ini mempunyai dana kewangan yang cukup kukuh, sehingga merekamampu mendirikan pusat gerakan dan masjid mereka dengan binaan yang indah danmewah di samping memberikan bantuan kewangan kepada pengikut mereka. lnisebenarnya perlu diteliti dan dipersoalkan kerana kewujudan gerakan penghancurseumpama ini yang kukuh dari segi kewangan dan bergiat bebas dibanyak negaramengunjurkan kewujudan pihak "penaja" di belakangnya yang bertujuanmenghancurkan Islam dan kesatuan umat di kalangan mereka sendiri.


Oleh yang demikian, umatIslam perlu berhati-hati terhadap sebarang bentuk tipu daya yang disebarkanoleh kumpulan in i kerana mereka selalu berselindung di sebalik dakwaan merekasebagai pengikut mazhab Syafi'i dan mendakwa guru mereka (Abdullahal­Habashi) sebagai seorang ulama hadith.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:17 PM | Show all posts
Muslims Beware of "Abdullah Habashi"

Bismillah ir-Rahman ir-Raheem

O Muslims! Beware of a man who calls himself Abdullah Habashi and of his followers. They are a group of extremists who are busy accusing all Muslims who don't follow their teachings and beliefs, of being kaafir and mushrik.

The Prophet (s) said, "man kaffara musliman faqad kafar" which means "whoever calls a Muslim a kaafir, he is a kaafir." This is borne out in the following three hadiths. The Prophet (s) said, as narrated in Bukhari and Muslim by Ibn Mas'ud, "sibaab al-muslimeen fusuqun wa qitaaluhu kufrun." which means "to curse a Muslim is corruption and to fight him is apostasy." He said in another hadith related by Abdullah ibn 'Umar in Tabarani, that the Prophet (s) said, "kuffu 'an ahli `la ilaha ill-Allah' laa tukaffirruhum bi-dhambin faman kaffara `ahla la ilaha ill-Allah' fa-hua lil-kufri aqrab." This means "leave alone the people who say there is no deity except Allah, don't call them unbelievers if they did something that in your eyes is a sin, for whoever says that they are unbelievers, he is the one nearer to unbelief." Anas ibn Malik related from the Prophet (s), "thalathun min aslil-iman, al-kaffu an man qala `la ilaha ill-Allah', la tukaffiruhu bi-dhambin wa laa tukhreejhu min al-Islam" [Abu Dawud.] "the origin of faith is threefold: to leave alone those who say there is no deity but God alone, not to call him an unbeliever because of a sin, and not to bring him out of Islam."

Our answer to these people is simply "It is enough for them to understand the meaning of these three hadiths." The Prophet (s) said, "alaykum bi-ijmaa al-muslimeen" which means "you must follow the majority of Muslims." The majority of Muslims are following these three hadiths and avoid accusing anyone of kufr and unbelief, except "Abdullah Habashi" and his followers.

"Abdullah Habashi" (a.k.a. Abdullah al-Hariri) has been trained to poison the minds of Muslims, and he was sent to Damascus. There he began his activities by visiting Muslim scholars and attending their lectures, in order to analyze their personalities. However, after much effort to spread his poisonous beliefs, he found that Damascus was too spiritual and Islamic a place for him, as he was unable to poison the minds of people. Therefore he was ordered by his masters to move on to Lebanon. There he sought asylum from the Secretary General of the Religious Affairs Department in Lebanon, Mukhtar Alele. He was given shelter on condition that he only stay in the mosque of Ziqaq al-Bilat in Beirut, and the condition that he in no way spread his teachings to people.

Unfortunately, "Abdullah Habashi" broke his promise to the General Secretary who had sponsored him. The Prophet (s) said, "al-Muslim idha wa'ada wafa.'" Which means "the Muslim when he makes a promise, fulfills it" The first action that he did was to break his promise.

He began to spread his teachings through Lebanon at that time, and has continued until the present day. During the Lebanese crisis the so-called "Abdullah Habashi", gave a fatwa that his followers could rob any house left empty by tenants who had fled the fighting. He also permitted them to kill any person who carried an identity card which identified them as Christian or non-Muslim. This is not accepted in Islam.

During the crisis moreover people were pressured to become followers of the "Habashi" group by blackmail, phone threats, and by placing bombs near their homes and their cars, until this day.

Here we will present some of the fatwas "Abdullah Habashi" made up for his followers.

1. Anyone is considered an unbeliever unless they take initiation with their shaykh. Everyone else is considered kaafir.

2. They marry only within their group. They trade, buying and selling only among themselves.

3. They gave a fatwa that a man can sleep with any woman that is not a member of their group, because she will be considered jaariya, as they consider themselves at war with those who do not follow them. They are even permitted to use force for this purpose, thereby condoning rape.

4. They destroyed families by demanding that wives leave husbands and husbands leave wives, based on their claim that if one spouse took initiation with the so-called "Habashi," he or she must leave the other, unless the other spouse also take initiation. By this means, they have broken up thousands of families, in Lebanon, Europe, in America where they have some small groups.

5. They have given a fatwa to the effect that wives forcibly separated from their husbands, remarry, though they are still considered married by sharia; moreover they force them to remarry one of the members of their group.

6. They gave a fatwa that aslong as the woman is covering her head, she can go swimming in a one-piecebathing suit or bikini, even in front of strange men. Their special beaches areinfamous in Lebanon.

7. They say that women cango in front of any man wearing all types of cosmetics, fragrances, eyelashes,rouge and makeup, and wearing tight trousers and alluring clothes, as long asshe is covering her head.

8. Now they are finallystudying the possiblity of a fatwa to allow mut'ah to take place.

9. They permittedmufakhadha, which means a man may sleep and commit any sexual act with otherthan his wife, as long as no penetration occurs.

This is only a small sample,a drop in the bucket, of what they have permitted their followers to do whichis contrary to Islam.

O Muslims, the same ones whoare spreading these fatawa, from this so-called "Abdullah Habashi,"have cursed and charged many Muslim scholars with kufr.

To sum up, if the"Habashis" are not going to keep quiet and repent, and offer anapology to all those they accused of kufr and called unbelievers, we are goingto expose the dealings of their rank and file with the Nusayris, who are aradical sect of Shi'ites who live in Syria.

Refuting the Habashi'sClaims
By Dr. Gabriel Fouad Haddad

[ Last edited by  kupia at 4-2-2008 02:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 4-2-2008 02:07 PM
Secara amnya, gerakan ini AL-AHBASH merupakan satu fahaman sesat yangberteraskan ajaran dan corak pemikiran yang berlandaskan pentakwilannas dan prinsip agama berdasarkan nafsu, dan merupakan kacukan ajarankebatinan (batiniyyah), Syiah dan kumpulan tasawuf tertentu.


Boleh tau tak, Al-Ahbash ni, ada kacuk2 Syiah yang mana tu? Berikan lah yer ajaran2 yang dikacukkan tu yer. Bab wuduk ker, bab Mutaah ker, bab Imam Mahdi ker........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 02:32 PM | Show all posts
FATWA DARI  ISLAMONLINE.NET

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear sister in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His Sake.

We have visited the site you mentioned in your question and we came to the conclusion that this site is maily concerned with publishing information and articles about Al-Ahbash. Here, we will try our best to brief you on Al-Ahbash sect as well as their dogmas and beliefs by citing the following:

"Al-Ahbash is a stray sect that follows `Abdullah ibn Al-Habashi. It has recently appeared in Lebanon taking advantage of the ignorance and poverty that resulted from the Lebanese civil war. It calls for the revival of the approaches of the advocates of the science of Kalam (theology), Sufis, and the Batiniyyah, with the aim of corrupting the Islamic creed, fragmenting Muslims and distracting them from their main issues.

Establishment:

`Abdullah Al-Harari Al-Habashi is `Abdullah ibn Muhammad Ash-Shybi Al-`Abdary by lineage, and is called Al-Harary because he comes from the city of Harar in Abyssinya (Al-Habashah). He came to Lebanon in 1950 after he incited sedition against Muslims there. He joined hands with the ruler of Indragy , the son in law of Hilasilasy , against the Islamic schools for teaching Qur抋n in the city of Harar in 1376 AH/1940 CE causing what is known as the sedition of the Kolob country which resulted in sentencing the manager of the schools to twenty three years of imprisonment then he was exiled to Joury county and died there.

Moreover, the rest of the Sheikhs and callers to Islam fell in the hands of Hilasilasy who humiliated them and drove them to flee to Egypt and Saudi Arabia. That抯 why `Abdullah Al-Harary was called
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:32 PM | Show all posts
8- One of their mean ways of making Mulsims abstain from following the scholars of Islam is their belittling of their status, insulting them and labeling many of them as kuffar (non-Muslims). Among the scholars which they labeled as kuffar Ibn Taymiyyah, Adh-Dhahabi, Muhammad ibn Abdel-Wahhab, Sayyed Sabiq, Sayyed Qutb, etc."

Translated excerpts, with modifications, from Al-Mawsu`ah Al-Fiqhiyyah Al-Muyassarah fi Al-Adyan wal Madhahib Al-Mu`asirah.

In this context, we'd like to cite for you the following fatwa issued by the eminent Muslim scholar, Dr. `Ali Jum`ah, Professor of the Principles of Islamic Jurisprudence at Al-Azhar University:

揟his sect follows `Abdullah Al-Harary Al-Habashi, and it has surface and deep levels. At the surface, this sect seems to adhere to the Shafi`i School of Jurisprudence, and to Imam Al-Ash`ari抯 School as regards creed. However, at the deep level, their main intention is to corrupt the Muslim creed and incite sedition amongst the Muslim Ummah. Moreover, they are paid agents to the enemies of Islam.

After inciting sedition in Harar, `Abdullah Al-Habashi moved to Beirut where he started deceiving young men into joining his suspected group. He worked as an editor for publishers in Lebanon and started to cooperate with the Jews and their agents in South Lebanon. He started in the seventies to spread his corrupt thoughts and to declare many scholars as non-Muslims, especially Imam Ibn Taymiyyah , Imam Muhammad `Abdul Wahhab , the Hanbalis and all those who held different views from his under the pretext that they violate the principles of Imam Al-Ash`ari or what he has understood from the texts of the Shafi`is .

Moreover, he urged his followers to incite sedition wherever they go. For instance, they cause such a controversy concerning the direction of the Qiblah in America violating all the principles of modern science claiming that they are just innovations and rejecting substantial evidence. They caused the same problem in Japan.

In addition to causing a problem over their following other Muslims in prayers, the problem over food, the controversy over getting married to women belonging to other revealed religions and other issues that are controversiol amongst Muslim scholars.

They hold strange deviant views that have never been expressed by any Muslim sect, group or movement. They declared that intermingling between men and women is permissible without any restrictions, and that Muslim leaders are not true believers and that it is permissible to cooperate with non-believers. They also once spread that their leader died then they declared that it was a rumor. In such a way, they made people detest them as they were always linked with sedition. Several Muslim authorities warned against such a sect including: the Islamic Research Academy at Al-Azhar, the General Authority for Research, Fatwas and the Islamic call and guidance in Saudi Arabia, the Higher Council for Fatwas in Northern America.

In order to continue deceiving people, they usually do not express their true views and intentions in the books or any of the publications that they issue. Even the books issued by their leader is quite ordinary and do not contain any of their aberrant views which is, in fact, part of their plan to deceive people and attract more followers. However, many of their followers repent and revert to the true path when they learn the truth about such sect."

Based on the aforementioned facts, we'd like to conclude with the following points:

1- The Ahbash group is a stray group that is not considered among main stream Muslims and they have to revert to the true path of the Companions and their successors, both in belief and in action.

2- It is not permissible to follow the fatwas of such sect.

3- They are not trustworthy and people must be warned against their dangerous corrupt views. Moreover, Muslims should advise the followers of such sect to revert to the true path.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 03:45 PM | Show all posts
fatwa Tuhan duduk WAHABI terkantoi tak nak bagik tahu kew wahai pak kopiah????
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 4-2-2008 09:56 AM
Kumpulan pelampau ini sudah bertapak di Malaysia, sedang menyelinap masuk ke dalam beberapa buah jabatan penguasa ugama negeri negeri.  Pergolakan besar Islam akan berlaku di Malaysia, ...


InsyaAllah . Kebangkitan Islam kali kedua bermula di Malaysia . Islam BANGKIT semula . Menenggelamkan fahaman2 konvensional yang di bawah pengaruh Yahudi dan Nasrani . Termasuk mereka yang berfahaman Wahabi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.108129 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list