View: 9434|Reply: 26
|
masjid sheikh zayed : terindah di abad ini
[Copy link]
|
|
Binaan terindah abad iniKubah utamanya adalah yang terbesar di dunia berukuran 75m tinggi dan 32.2m garis pusat serta keluasan masjid ini mampu memuatkan 40,000 jemaah dalam satu masa.
MASJID ini dibina di atas puncak bukit supaya ia boleh
dilihat dari jauh.
ABU DHABI sememangnya terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan yang menyediakan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.
Justeru tidak hairanlah salah sebuah negeri di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu saban tahun sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.
Jika berpeluang melancong ke sana, pastikan anda tidak ketinggalan untuk melawat Masjid Sheikh Zayed yang telah dinobatkan sebagai masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
| DIBINA 100 peratus menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Itali.
|
Keindahan yang dipamerkan menerusi seni bina agung terbaru itu turut dilengkapi dengan permaidani Parsi yang dikatakan paling besar di dunia sekali gus mampu mencetuskan rasa kagum kepada mereka yang melihatnya.
Masjid ini dibuka secara rasmi pada bulan Ramadan tahun lalu. Ia dinamakan sempena nama presiden pertama UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan yang juga merupakan pengasas pembinaan masjid ini.
| MASJID ini dibina di atas puncak bukit supaya ia boleh dilihat dari jauh.
|
Projek pembinaan Masjid Sheikh Zayed yang lokasinya terletak di antara dua buah jambatan, Mussafah dan Maqta ini mula dilancarkan pada tahun 1998 dan ia dijangka siap sepenuhnya pada November tahun ini.
Sheikh Zayed yang meninggal dunia pada 2 November 2004, kemudian disemadikan di perkarangan masjid itu sebagai penghargaan kepadanya kerana mengasaskan projek tersebut.
BERIBU-RIBU batu berharga yang jarang diperoleh telah
ditanam di celah-celah marmar yang digunakan untuk
menghiasi struktur masjid berkenaan.
RUANG mimbar yang menunjukkan arah kiblat.
Berbanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang melarang kunjungan orang bukan Islam, Majlis Pelancongan Abu Dhabi mengumumkan bahawa Masjid Sheikh Zayed membuka pintu kepada orang bukan Islam.
Menurut mereka, keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk mempromosikan pemahaman terhadap budaya dan agama Islam yang mulia ini, selain menepis pandangan negatif yang sering dikaitkan dengan Islam.
Bagaimanapun, larangan tertentu tetap dikuatkuasakan kepada pelawat bukan Islam sebagai menghormati adab ketika berada di dalam masjid.
| TERDAPAT tujuh buah candelier kristal besar turut menghiasi dewan utama masjid.
|
Kaum wanita bukan Islam dikehendaki menutup diri mereka dari hujung kepala hingga ke hujung kaki dengan memakai 'abaya' (baju khas) yang disediakan di pintu masuk masjid.
Selain itu, orang bukan Islam juga tidak dibenarkan menyentuh kitab suci al-Quran yang terdapat di dalam masjid.
Bermula Disember tahun lalu, Masjid Sheikh Zayed secara rasminya mula menerima kunjungan ramai pelawat bukan Islam yang begitu berminat dan teruja melihat keindahan yang terdapat pada masjid ini.
JIKA berpeluang melawat Abu Dhabi, singgahlah ke
Masjid Sheikh Zayed yang telah dinobatkan sebagai
masjid ketiga terbesar di dunia.
"Selain beribu-ribu penganut agama Islam yang datang bersolat, masjid ini juga dikunjungi penganut bukan Islam dari pelbagai negara seperti Jerman, Perancis, Britain, Amerika Syarikat, Argentina dan India.
"Mereka begitu kagum melihat kehalusan seni bina yang terdapat di masjid ini sambil tangan mereka tidak henti-henti merakam gambar menerusi kamera yang dibawa," kata salah seorang pemandu pelancong.
| MASJID ini mempunyai menara yang setiap satunya setinggi 107 meter.
|
Bagi pemerintah Abu Dhabi, mereka berusaha untuk menjadikan masjid itu sebagai salah satu lagi daya tarikan pelancong selain keindahan pantai dan pusat membeli-belah.
Menurut juruteranya, Mohammad Ali Al-Ameri, bagi memenuhi permintaan Sheikh Zayed, masjid itu telah dibina di atas bukit supaya ia boleh dilihat dari jauh dalam kawasan seluas 22,000 kaki persegi. Masjid ini boleh memuatkan 40,000 jemaah dalam satu masa.
Ujarnya, pembinaan masjid itu sudah hampir 90 peratus siap keseluruhannya. Namun hanya pagar, taman dan tempat meletak kereta yang masih belum siap.
Dibina 100 peratus menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Itali, masjid ini mempunyai menara yang setiap satunya setinggi 107 meter, 82 buah kubah, 96 dewan di dalam dan 1,048 di luar.
"Untuk membina masjid ini, sebanyak 30,000 pekerja diperlukan di mana hampir semuanya dari benua kecil Asia. Tukang ukirnya pula didatangkan khas dari Maghribi," kata Mohammad.
Selain itu, beribu-ribu batu berharga yang jarang diperoleh telah ditanam di celah-celah marmar yang digunakan untuk menghiasi struktur masjid berkenaan.
Lebih menarik lagi, dewan utama masjid itu menggunakan permaidani buatan tangan dari Parsi yang berukuran 6,000 meter sekali gus merupakan permaidani terbesar di dunia pernah dihasilkan. Ia merupakan rekaan pereka terkenal Iran, Ali Khaliqi.
"Untuk menghasilkan permaidani yang harganya mencecah RM27.6 juta itu, lebih 1,200 wanita dari wilayah Khorasan di timur Iran bertungkus-lumus menyiapkannya dalam masa dua tahun," tambah Mohammad lagi.
Dewan utama masjid itu pula boleh memuatkan 9,000 jemaah manakala dua buah bilik di sebelah dewan utama mampu memuatkan 1,500 jemaah setiap satu. Ia disediakan khas untuk jemaah wanita. Mereka boleh mendengar khutbah atau ceramah menerusi skrin televisyen besar yang terdapat di dalamnya.
Menurut Mohammad lagi, kubah utama masjid itu adalah yang terbesar di dunia. Ia berukuran 75m tinggi dan 32.2m garis pusat. Di samping itu, terdapat tujuh buah candelier kristal besar turut menghiasi dewan utama masjid.
Lampu rekaan mewah terbesar di dunia yang dibuat di Jerman itu, berukuran 15m tinggi dan 10m lebar manakala kosnya pula melebihi RM26 juta.
Sebelum ini, kedua-dua rekod permaidani dan candelier terbesar dipegang oleh Masjid Agung Sultan Qaboos di Oman.
Kos keseluruhan untuk pembinaan masjid ini dianggarkan bernilai RM1.75 bilion, satu jumlah yang amat besar bagi sesuatu projek. Justeru, tidak hairanlah jika masjid ini mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong di seluruh dunia untuk melawatnya. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
indahnya....
harap digunakan semaksimum mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
best..
1.cantik bleh jemaah kat msjid ni..jgn cantik jer tp solat x bleh..
2. arah kiblah ngam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ekzos_sport's post
hehehe... len macam je... sindir ke ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat, masjid di malaysia pun hebat2 belaka kecuali masjid di kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Narutah's post
masjid kampung laut sy fikir hebat jugak... hebat bukan berdasarkan keluasan dan saiznya...
apalah makna masjid besar...kalau jemaahnya kurang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 nazurah's post
itu masjid lama, maksud saya masjid yg baru tiada didirikan oleh kerajaan negeri. tiada masjid yg dapat dibanggakn spt masjid d negeri2 yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Narutah's post
elokla tu..kita bukan tengok keindahan buatan masjid tu..tetapi sejauhmana ia diimarahkan..teringat saya baca buku P Islam,zaman Rasulullah saw masjid dibina dengan pelepah tamar sebagai atap,batangnya sebagai tiang manakala lantainya dari pasir yang ditabur..tetapi jemaahnya penuh..zaman kita?sedih tengok..penuh seminggu sekali je! iaitu Jumaat..betul2 penuh!..tempat jemah pempuan pun takde!
[ Last edited by miftahuljamilah at 10-5-2008 03:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 miftahuljamilah's post
tapi masjid muhammadi dah sesak la, patut ada masjid negeri yg baru. saya pegi semayang kat situ samapi ada yg semayang luar bangunan |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid untuk pelancongan?.... satu lagi pembaziran...alangkah baik duit tersebut diguna untuk membantu penduduk palestine...
Indah? pada pandangan zahir saja.... tiada sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah swt.
p/s ; menambahkan tanda-tanda dunia dekat kiamat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 Lloni's post
susah nak cakap, kerana ada yang mencipta masjid indah, tetapi rupanya nak divert attention kerana mereka ada plan yang lebih besar spt mana gereja vatican, byk muslihat.
boleh bantu palestin dengan duit, juga lebih baik bantu mereka dengan buat sembahyang hajat. |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBINAAN MASJID INI DARI SEGI POSITIFNYA DAPAT MENARIK MINAT PELANCONG BUKAN ISLAM....MANA TAU DGN P TGK MASJID NI DEPA SEDIKIT SEBANYAK TERTARIK DGN ISLAM..AND DAPAT LA UBAH PERSEPSI BARAT YANG ISLAM TU GANAZ KE APA KE....
LAGI SATU UNTUK MENUNJUKKAN UMAT ISLAM NI XDELA KETINGGALAN SANGAT...KAN BARAT ASYIK PROPA KATA KITA NI MISKIN LA MUNDUR LA...NI AT LEAST AS A SIGN THAT KTA XDELA SAMPAI KE TAHAP BARAT MENGUTUK KITA.... |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBINAAN MASJID INI DARI SEGI POSITIFNYA DAPAT MENARIK MINAT PELANCONG BUKAN ISLAM....MANA TAU DGN P TGK MASJID NI DEPA SEDIKIT SEBANYAK TERTARIK DGN ISLAM..AND DAPAT LA UBAH PERSEPSI BARAT YANG ISLAM TU GANAZ KE APA KE....
LAGI SATU UNTUK MENUNJUKKAN UMAT ISLAM NI XDELA KETINGGALAN SANGAT...KAN BARAT ASYIK PROPA KATA KITA NI MISKIN LA MUNDUR LA...NI AT LEAST AS A SIGN THAT KTA XDELA SAMPAI KE TAHAP BARAT MENGUTUK KITA.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by thessailly at 23-8-2010 05:51
cantik mmg cantik, tapi atas bukit, susah orang nak pegi.
buat masjid untuk bermegah-megah..familiar? tp cantik masjid ni..
entah la..50-50.. nk puji pun tak boleh, nk kutuk pun tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik mmg cantik tapi takut pada hadis nabi "Diakhir zaman berbangga-bangga membina masjid dari mengimarahkannya" hadis berkenaan tanda2 kecil kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
ape guna ada masjid yg indah & mahal tp masih ada rakyat yg hidup miskin.
Adakalanye terlalu byk duit dihabiskan utk senireka masjid, sedangkan duit tersebut blh digunakan utk meringankan beban si miskin.
itu la sbb nya, kaabah itu dibina dgn cara yg cukup simple . Agar tidak membazir & agar org miskin tidak mengungkit2nye |
|
|
|
|
|
|
|
aiseyyy...asik komen negatif jer...positif sikit.yang komen2 ni bape kali dalam seminggu pegi masjid?(termasuk aku...)camne masjid nak penuh klau kita sendiri tak mulakan?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|