|
'Saya tidak akan ambil hak orang'
Oleh WAHIDA ASRANI
![](http://www1.mstar.com.my/archives/2009/2/27/mstar_hiburan/betty11.jpg)
Betty kesal dengan dakwaan kononnya sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua -
foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Berbicara tentang bidang lakonan pula, Betty kini baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri 25 episod berjudul Yusuff, arahan Hitler Zami dan akan ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda bermula 4 Mac ini.
Drama yang diinspirasikan dari kisah Nabi Yusuf ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Ashraf Muslim, Zarynn Min, Datuk JalaluddinHassan, Abby Abadi, Intan Sarafina, Puteri Fateen dan Zed Zaidi.
"Cerita ini memang cukup menarik sebenarnya. Walaupun iadiinspirasikan dari kisah Nabi Yusuf, tetapi ia diolah dalam gaya cerita yang moden.
"Dan dalam drama ini, saya memegang watak Zahila, ibu tiri kepadaYusuff, lakonan Ashraf. Menariknya, Zahila jatuh hati pada Yusuffa patah lagi perbezaan umur mereka tidak jauh beza.
"Walaupun Zahila sudah berkahwin, tetapi dia merasakan Yusuff adalah cinta sejatinya. Tetapi Yusuff tidak dapat menerima cinta itu kerana Zahila adalah ibu tirinya walaupun dalam dirinya juga turut terdetik perasaan itu," cerita Betty.
[ Last edited by Eddlisa_uyuk at 1-5-2009 02:31 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Wowww... ni yg best nih, Pelakon yg lain dari yg lain...
Tapi ada Jalal plak..
takper ar, asal Rosyam Nor takde takpe..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mm best kot citer die..kte tgk je le erk ti.. |
|
|
|
|
|
|
|
gyler r...bnyak gak drama abby skunk ni........
gerak khas
jula juli
skunk n yusoff lak |
|
|
|
|
|
|
|
Ada la muka fresh sikit...INTAN SARAFINA ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yusuff dibenci saudara
Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]
Rap
KISAH Nabi Yusuf yang mempunyai rupa paras menarik dan budi pekerti mulia digambarkan dalam al-Quran. Begitu juga kisah hidupnya yang berhadapan dengan iri hati saudara tirinya hingga dibuang ke dalam perigi untuk melenyapkan dirinya dari dunia.
Kini kisah ini diangkat televisyen melalui drama bersiri Yusuff yang bakal disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3 mulai 4 Mac ini.
Drama arahan Mohd Hitler ini diambil daripada kisah Nabi Yusof tetapi disesuaikan dengan keadaan semasa dengan mengambil elemen perasaan hasad dengki dan tamak haloba manusia hingga sanggup melakukan apa saja.
Pelakon muda, Ashraf Muslim diberi tanggungjawab memegang watak Yusuff dan dibantu pelakon lain, Zarynn Min, Syed Ali, Intan Sarafina, Datuk Jalaluddin Hassan, Jamaluddin Kadir, Betty Banafe, Adam Anuar, Puteri Fateen dan Zed Zaidi.
Ia mengisahkan nasib seorang lelaki bernama Yusuff, yang sentiasa dirundung malang akibat dengki ibu dan saudara tiri sejak kecil hingga dibesarkan bapa angkat yang juga ketua samseng. Namun Yusuff membesar sebagai lelaki baik dan punya penampilan menarik.
Hitler atau lebih dikenali sebagai Yeob berkata, skop drama itu memperlihatkan bagaimana seseorang sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan nafsu tamak dan iri hati termasuk merancang membunuh saudara sendiri.
揥atak Yusuff yang dilakonkan Ashraf Muslim digambarkan sering menjadi mangsa tetapi tidak sanggup melakukan perkara kejahatan walaupun mendapat ugutan dan godaan.
揝krip drama ini memang diilhamkan daripada kisah Nabi Yusuf dan pengajaran yang cuba dipaparkan melalui drama ini diangkat melalui kisah Nabi Yusuf a.s yang penyabar serta tidak mudah tergoda dengan hasutan nafsu.
揃agaimanapun, drama ini lebih menekankan kepada tamak haloba manusia, bukanlah dakwah Nabi Yusuf sebagaimana kisah sebenarnya. Namun drama ini juga cuba berdakwah kepada penonton dengan caranya tersendiri, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
x kntroversi ke?citer nabi usoff bukan dongeng mcm slot citer2 Lagenda TV3 tue |
|
|
|
|
|
|
|
cam best.......lisa mmg suka gan sejarah citer2 nabi yusof nih![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ini cerita mcm Habib & Habibah tu ke kat Astro Aruna? Anak2 sya minat sgt cerita tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 rifhana_ilham's post
Memang cam citer camtue, nanti kita boleh wat banding ngan indonesia... kalo best kiter layan, kalo teruk kita kritik kaw je.... ye x? ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
macam best jer..nak try tgk dulu arr |
|
|
|
|
|
|
|
beety ni bab menyeksi & menggoda bagi arrr kat dia...eeee....tak larat nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nashrudean at 1-3-2009 00:44 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
x kntroversi ke?citer nabi usoff bukan dongeng mcm slot citer2 Lagenda TV3 tue
cerita nabi yusuf bukan cerita dongeng |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 hazel_2k's post
yup...not dongeng.....but i think they did it with modenest side with same storyline![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 Eddlisa_uyuk\ catat
semalam baru cter pasal suhana ngan yaakob kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|