View: 2999|Reply: 27
|
Qhaud Nafi Wujud Pilih Kasih
[Copy link]
|
|
![](http://media.mit.net.my/photo/59/4222009_qhaud@murai%28a%29.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung
Kalau ikutkan hati, semua pelajar Akademi Fantasiamahu jadi juara. Namun sebelum masuk lagi mereka telah bersedia untukdisingkirkan tidak kiralah pada minggu pertama mahupun mingguberikutnya. Ini kerana undian penonton secara SMS bukan satu jaminanuntuk mara ke final.
Jadi dengan berada selama 6 minggu dalam akademi itu sudah boleh dikira cukup baik buat Qhaud.
"WalaupunQhaud telah tersingkir, Qhaud tetap bersyukur kerana telah mencapaiimpian dan menyahut cabaran dalam AF. Pengalaman duduk dalam akademi,belajar dengan cikgu-cikgu, membuat persembahan pada setiap mingguadalah pengalaman yang lebih berharga.
"Denganerti kata lain, kalau orang nak bercakap pasal AF,sekurang-kurangnya Qhaud pernah berada di dalamnya dan ia banyakmembina keyakinan diri Qhaud serta mengasah bakat nyanyian Qhaud,"katanya ketika berkunjung ke pjabat murai.com.my, baru-baru ini.
Bagaimana pula dengan isu pilih kasih yang digembar-gemburkan berlaku dalam AF7?
"Entahlah,kami di dalam sana tak rasa apa-apa pun. Semuanya dilayan sama rata.Mungkin semua itu tanggapan orang semata-mata. Bagi Qhaud, apabilamasuk ke dalam AF, pelajar itu sendiri kena merebut peluang untukberkawan dengan semua orang, mendekati cikgu-cikgu dan meningkatkanprestasi diri.
"Ia satu program realiti TV dan kita kenalah lakukan yang terbaiksupaya orang boleh nampak kita tidak tenggelam. Janganlah kita merasaterlalu rendah diri kerana peluang yang datang itu hanya sekali. Jadikita lakukan setakat yang mampu dan jangan pula over," katanya memberikan tips.
Apa yang menarik, Qhaud berkata, dia meramalkan Hafiz akan menjadi juara AF7.
"Kalau tanya Qhaud, Hafiz adalah pilihan Qhaud untuk menjadi juara AF7. Suaranya bagus dan dia sangat versatile," kata Qhaud.
Menyentuhhubungannya dengan rakan-rakan AF7, Qhaud tidak boleh lupa nombor 827di mana bilik itulah dia dan Sidi ditempatkan ketika minggu orientasi.Atas sebab itu juga, Qhaud dan Sidi sering berkongsi pendapat danmasalah.
"Kalau lelaki, Qhaud paling rapat dengan Aril.Perempuan pula Qhaud rapat dengan Claudia. Setiap kali malam, Hafizakan duduk bersembang dengan Qhaud pasal agama. Seronok bersembangdengan Hafiz tu.
"Walaupun Qhaud macam abang kepada mereka,Qhaud sendiri akan minta motivasi daripada Kak Isma," katanya yang jugakagum dengan bakat Isma.
Menarik tentang Qhaud...
* Kalau ada rezeki jadi penyanyi tetapi akan teruskan perniagaannya selama ini.
* Selain Hafiz dan Yazid, Qhaud juga mempunyai rambut kembang seperti mereka jika rambutnya panjang.
* Qhaud ada anugerah istimewa dikurniakan Allah SWT. Hanya orang yang rapat dengannya tahu apa
keistimewaan itu.
* Qhaud juga pandai memasak.
* Qhaud pakar memberi motivasi pada orang lain lebih-lebih kepada yang mahu buka perniagaan.
* Terbeliak mata Qhaud ketika pertama kali berjumpa Din Beramboi. Dia adalah peminat fanatik ikon lawak ini.
* Qhaud juga teringin berjumpa M Nasir, Dato' Sheila Majid dan kumpulan Meet Uncle Hussein.
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan nak mengaku pulak? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la dia tak rasa sebab dia termasuk dalam list untuk dipilih kasih oleh cikgu-cikgu tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ni utk freekey...
![](http://media.mit.net.my/photo/59/4222009_qhaud@murai2%28a%29.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alin33 at 29-4-2009 11:42 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ni utk freekey...
http://www.murai.com.my/images/buttons/bt_kembali.gif
http://media.mit.net.my/photo/59/4222009_qhaud@murai2%28a%29.jpg
cam tak kena jah? ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
apa agaknya keistimewaan yg dimilikinya![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
qhaud pun rambut kembang ekk? heheheh.....
suka nya bila qhaud cakap hafiz suka sembang ngan die pasal agama.....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
qhaud ni bila tgk cam budak kecik je kan?? baby face? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by me_shhiza at 29-4-2009 11:49 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
apa agaknya keistimewaan yg dimilikinya pernah tengok Heroes tak? |
|
|
|
|
|
|
|
keistimewaan qhaud = babyface?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
keistimewaan = boleh gerak-gerakkan kening |
|
|
|
|
|
|
| |
|