CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16132|Reply: 26

Kasih Tercipta [ Astro Prima 105, Selasa @ 10.00pm]

[Copy link]
Post time 25-8-2009 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 26-8-2009 13:32

Cinta, benci dan dendam   
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]               

     

                  
Drama Kasih Tercipta gabung  bintang popular tanah air

BAGI meneruskan kesinambungan tayangan drama bersiri popular disaluran mereka seperti Mertua Vs Menantu dan Awan Dania, Astro Prima membawakan pula kepada penonton siri arahan Rashid Sibir, KasihTercipta.

Drama berkenaan diharap stesen penyiar terbabit dapat mengumpul sejumlah penonton yang besar, sehingga sejuta orang, berdasarkan beberapa kekuatan yang ada.
        
Drama yang mula disiarkan pada 1 September di Astro Prima itu bukan saja menampilkan kisah cinta yang disulam dengan elemen komedi, malah siri terbitan Opera Klasik itu mengetengahkan bintang popular seperti Erra Fazira, Nasha Aziz dan Aaron Aziz sebagai tunjang cerita.

Turut membintangi drama romantik 26 episod ini ialah Fouziah Gous, Syed Ali, Aleeza Kassim, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aida Rahim,Dee dan Norlia Ghani.

Antara lain siri terbabit mengisahkan seorang wanita keras kepala tetapi berhati mulia, Tona (Nasha), yang ingin menjadi jurugambar terbaik dan meletakkan karier pada tempat teratas dalam hidupnya. Tona berkawan dengan seorang lagi jurugambar, Shark (Aaron),yang bekerja keras kerana ingin membuktikan pada keluarga dia mampu melakukannya.
  

                        

Tona dan Shark mempunyai hubungan cinta-benci, tetapi masing-masing tidak pernah meluahkan perasaan sehinggalah mereka sedar wujudnya cinta antara mereka. Tona mengalah dan mengikut kata hati untuk mencintai lelaki itu. Malangnya, dia mendapat tahu Shark sudah bertunang dengan Lisa (Erra).

Lisa pula hanya ingin membolot harta Shark, tetapi lelaki itu tidak dapat melawan kata-kata ibunya. Dek jalan ceritanya yang sedemikian, maka wujud beberapa babak yang menemukan pelakon Erra dan Nasha dalam suasana agak tegang. Babak begitu sudah semestinya menjadi tarikan ramai, apatah lagi Erra sendiri belum pernah menjayakan watak jahat yang cuba memisahkan dua insan saling mengasihi.

Begitupun, kata pelakon yang juga bekas ratu cantik itu, babak tegang antara dirinya dan Nasha dibuat dengan gaya lebih bercita rasa tinggi apabila tidak ada adegan tarik rambut atau tampar menampar dipaparkan.

Bak kata pengarahnya pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri itu di Bukit Damansara baru-baru ini, babak ‘gaduh’ dua pelakon terkenal itu dirakam dalam bentuk lebih bertamadun.

Nasha menjelaskan, babak gaduh secara fizikal tidak dimuatkan kerana ingin mendidik masyarakat supaya menjauhkan budaya tidak elok.

"Episod 13 ke atas ada menyaksikan babak watak lakonan saya diberikan amaran oleh Lisa. Terasa jugalah apabila diperlakukan sedemikian. “Namun, Tona dan Lisa sempat berbincang, apakah mereka mahu membawa pergaduhan itu ke peringkat fizikal atau sebaliknya. Mereka bersetuju untuk tidak melanjutkan pertengkaran hingga ke tahap berkenaan," cerita Nasha.

Dia dan Erra turut berbincang sebelum penggambaran dimulakan, apakah kedua-dua watak terbabit perlu dipaparkan bergaduh sehingga ke peringkat melampau atau sekadar bertikam lidah. Akhirnya, hanya kata-kata pedih yang menjadi medium meluahkan rasa.

Erra mengaku dia terkejut apabila mendapati watak Lisa agak kelam berbanding peranan lain yang pernah dipegangnya sebelum ini.

"Rashid bijak memujuk dengan mencabar saya untuk mencubanya.Lagipun, saya sudah lama berlakon dan sudah banyak watak baik saya jayakan. Jadi apa salahnya saya mencuba watak jahat pula? Penonton tahu, ini hanyalah lakonan,”  katanya disulam ketawa kecil.

Akui Erra, bukan mudah membawakan watak jahat. Begitupun dia bertuah mendapat kerjasama daripada pengarah serta pelakon lain.

"Rasanya selepas ini biarlah saya berehat seketika daripada membawakan watak begitu. Lainlah kalau ia watak jahat yang benar-benar berbeza seperti pembunuh bersiri dan sebagainya," ujar Erra.

Aaron yang ditanya pengalamannya bekerja bersama dua aktres terbaik ini berkata, adalah tidak sukar untuk ‘mengendalikan’ dua pelakon terkenal berkenaan kerana mereka tidak bersikap ‘diva’ ketika di lokasi penggambaran.

"Cuma masalahnya bagi saya adalah dari segi kerja. Saya selalu terfikir, bagaimana hendak membawa diri di samping dua pelakon ini.Saya bimbang jika persembahan saya tidak sampai ke tahap mereka,” kata Aaron.

Rashid pula memberitahu, bekerja dengan dua pelakon wanita popular itu tidak memberikannya masalah kerana masing-masing mengerti apa yang dia mahukan.

"Saya biasa bekerja dengan Nasha. Erra pula senang memberikan kerjasama. Saya memberikan Erra watak jahat untuk mencipta kelainan.Bagaimanapun, ia bukannya watak hitam, tetapi watak kelabu, kerana Lisa sebenarnya berkelakuan begitu kerana terpaksa," jelas Rashid.

Pengarah terbabit turut menegaskan, dia tetap mengekalkan motto ‘menyentuh hati penonton’ menerusi drama terbaru arahannya itu. Justeru, ia masih mempunyai elemen yang sering ditampilkan olehnya dalam drama terdahulu - cinta, benci, dengki, dendam - pada ketika yang sama tampil dengan sebuah cerita yang relevan dengan kehidupan penonton.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2009 01:30 PM | Show all posts
Pelakon popular cipta kasih mulai September ini!

Drama cinta romantik 26 episod 'Kasih Tercipta' bakal menampilkan lakonan mantap pelakon popular seperti Nasha Aziz, Aaron Aziz, Erra Fazira, dan ramai lagi yang disiarkan di Astro Prima (saluran 105), setiap Selasa, pukul 10 malam mulai 1 September 2009.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 09:42 PM | Show all posts
x sbr nk tgok cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 01:41 AM | Show all posts
gandingan cam best2.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 02:32 PM | Show all posts
bila start..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:03 PM | Show all posts
Start malam ni, tp rasanya bulan pose ni start 9.30 kot. Ni tgh tgk...so far...ntahla...

Tp awatla ada adegan ala2 hindustan plak???And harus ke Nasha tu apaki wig??Dia xleh ke pakai rambut betul dia??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2009 10:47 PM | Show all posts
baru pas abis tgk citer neh td...
kenapa haku rasa citer neh mcm very rashid sibir? typical story yg penah ada dlm citer2 RS sblm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:53 PM | Show all posts
aku x ske nama2 watak....mcm x realistik..
pastu cite mmg very the rashid sibir..buhsan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 11:34 PM | Show all posts
umah nasha cantek dlm cite ni
kaya eh dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 11:47 PM | Show all posts
umah nasha cantek dlm cite ni
kaya eh dia
dark_chocolate Post at 1-9-2009 23:34


anak org kaya katanyer
tgk nanti siap drive beetle segala....

aku rimas sbnrnya stail percakapan nasha yg ala2 budak2...sama mcm poziah gous tu...adehhh pls lahh....
nasha kalau blakon citer RS, mesti jadik ala2 gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 06:33 AM | Show all posts
suka tgk nasha dlm nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:37 AM | Show all posts
aku ada gk tertengok smlm...ntah la..mcm so..so  jer..semua pelakon dh tua-tua an...tp watak muda remaja..bg aku x sesuai la...

apa2 pon still x leh lawan NUR KASIH..heheeh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:37 AM | Show all posts
pasah senda ada eh...

aku cam nmpk dia mlm td..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 12:51 PM | Show all posts
anak org kaya katanyer
tgk nanti siap drive beetle segala....

aku rimas sbnrnya stail percakapan nasha yg ala2 budak2...sama mcm poziah gous tu...adehhh pls lahh....
nasha kalau blakon cit ...
orlanda Post at 1-9-2009 03:47


aku rimas ngn adek dia tu..mcm budak2..xpadan keje jd setiausaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 03:08 PM | Show all posts
Tona?? tadak nama lain ka rashid sibir nih nak letak??
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:36 AM | Show all posts
Drama ni memang very the Rashid Sibir .. garapan, olahan etc
Tak sesuai langsung hero and heroin yang berumur pegang watak org muda bercinta, angau & berebut cinta sana sini  .. Patutnya pelakon2 mcm NA, AA & EF pegang watak yang matang sikit ..

26 episode .. huh ..

First episode pun .. dah tak tahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2009 10:51 AM | Show all posts
Drama ni memang very the Rashid Sibir .. garapan, olahan etc
Tak sesuai langsung hero and heroin yang berumur pegang watak org muda bercinta, angau & berebut cinta sana sini  .. Patutnya pelakon2 mc ...
haiku Post at 4-9-2009 08:36


haa...betul3x...aku pn canot go la dgn citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 02:12 AM | Show all posts
bila ulangan erk? terlepas lak ri2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:50 PM | Show all posts
knapa lah nasha pakai wig mcm tu, kalau nk ikutkan watak pun bg lh yg elok sikit adui....  skrip dia pun siap berpantun2....   tp yg lucu...  dia ckp "naik bas berasap-asap, what's up, what'sup.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 11:23 AM | Show all posts
Citer ni dah tukar waktu siaran ker? Sbb kul 10 bermula mlm ni ada citer baru Cik Ah Cik Nin.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.096278 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list