CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9822|Reply: 26

7 Fakta Zaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Anda Kira

[Copy link]
Post time 21-6-2010 11:21 PM | Show all posts |Read mode

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.

Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!

Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.


Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.


Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.

Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.

Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.

Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.

Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui

sumber: kaskus.us
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 11:40 PM | Show all posts
gambar?...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 12:23 AM | Show all posts
mat salleh punya dengki dgn kemajuan bangsa2 laen ni dorang pun tuduh lah konon ada alien yg supplykan
technology...lawak lawak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 08:12 AM | Show all posts
Tapi kan, haram sebiji gambar pun takde.....kat muzium pun takde artifak...dokumentasi pun apa tah lagi, setakat email atau blog ajer.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:18 AM | Show all posts
Kalo kita bleh berfikir & mencipta mcm2 peralatan2 canggih knp tidak kaum2 purba.Manusia hidup beribu2 tahun atas dunia ni & x mustahil penciptaan semua ni bermula dr zaman dulu lgi & mungkin tiru meniru antara manusia & jin terjadi!cuma kenapa teknologi ni di'kiamat'kan hanya ALLAH saja yg lebih mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 11:36 AM | Show all posts
haku dah lame tepikir psl nih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2010 12:34 PM | Show all posts
1. Baghdad battery tu munasabah tapi tak cukup power untuk jana elektrik macam kita tahu sekarang tapi cukup untuk buat elektroplating.

2. kalkulator - bila sebut kalkulator kita terbayang kalkulator elektronik...tapi kita lupa kalkulator manual macam abacus/sempoa....kalkulator maknanya pun itulah...'pengira'. Jadi bila cerita 'jumpa kalkulator purba', kita terbayang masyarakat zaman tu guna electronic calculator...hehehe

3. Reaktor nuklear - dari apa yang aku paham, reaktor nuklear tu adalah proses semulajadi...memang jarang berlaku tapi proses fission asli....bukan buatan orang.....

4. Kanta optik...possible. Salah satu aplikasinya ialah cermin mata...ada tak ukiran yang menunjukkan orang zaman tu pakai spek?

5. Jantung tiruan....kena ada sumber tenaga elektrik nak jalankan dia...mana sumber tenaga tu datang?

6. Robot - possible tapi aku rasa tak sampai ada level AI

7. Kenderaan - memang ada gambar dia. Cuma satu persoalan perlu dijawab. Kalau betul benda2 tu wujud zaman tu, kenapa setakat jumpa hieroglyph aje? Firaun ditanam dengan harta dia....nape tak jumpa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 01:46 PM | Show all posts
Tgk jela building2 lama tetap megah berdiri x leh lawan architechture zaman skrg. 7 wonders sume tinggalan2 lama yg still kukuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 03:12 PM | Show all posts
Tak mustahil pun dulu memang dah ada tamadunnya sendiri dan kemudian dilenyapkan. Mungkin juga mereka bijak pandai dan mencipta benda2 sedemikian dengan ilmu yg tinggi.
Bila lenyap, datanglah manusia lain yang keluarkan teori-teori yang kemudiannya dipanggil sempena dengan nama dia seolah-olah ilmu itu ditemui oleh dia. Padahal hukum2 ini org purba dah tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 09:31 AM | Show all posts
em zaman nabi sulaiman pn da bpe ribu tahun belalu kn..zaman firaun pn da bpe ribu tahun blalu gk..zaman2 mesir purba kn da de tamadun...tgk je piramid cmne teguh die..x mustahil pn zaman2 dulu da ade teknologi cmni...cuma mybe la xde sama cm kita rupa teknologi dorang.. teknologi yg dorang zamn2 dulu msih tinggal skang contohnya alat mengira pergerakan matahari oleh kaum mayan kt mexico kalo xsilap...dorang guna batu2 mengikut kdudukan orbit (kalo xsilap la)...ilmu dorang da tinggi pn...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 12:32 PM | Show all posts
ilmu sainstifik yg paling kuno dan paling lama di alam manusia ialah ilmu pembiakan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 05:06 PM | Show all posts
memang betul! Ilmu pembiakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 11:08 PM | Show all posts
cm setuju gak dgn teori ni.org purba dh lame maju dr zaman kite.. byk bangunan dulu-dulu yg mengagumkan..n boleh bertahan smpai skang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 01:57 AM | Show all posts
maybe diorang memang ade teknologi yang tinggi tapi berbeza dengan teknology dari pemahaman kite..agaknye la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 11:34 AM | Show all posts
No doubt......mmg umat terdahulu lebih hebat dari kita.......kalo x caya baca sejarah nabi sulaiman.........baginda pernah bermohon kepada Allah swt....supaya dianugerahkan kerajaan /empayar/kekuasaan yang terkuat  yang mana tiada kaum yang akan dapat mencapai kedudukan tersebut  selepas kewafatannya......dizaman baginda jugalah wujudnya teknologi menyelami lautan dalam sehingga kedasarnya.......ia dapat dilakukan oleh salah seorang dari menteri dalam kerajaan baginda yang bernama Asif
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 01:14 AM | Show all posts
7 wonders sume tinggalan2 lama yg still kukuh.


kelakar plak bc ayat ni..... rasanyer piramid jer tggal ka dunia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2010 01:55 AM | Show all posts
mungkin teknologi2 canggeh dulu musnah apabila brlaku banjir besar dizaman nabi Nuh.

cuba bayangkan nabi nuh dpt bina kapal y besar utk angkut ramai pngikut + mcm2 binatang. sudah tentu ilmu bkaitan kapal & laut dah maju waktu tu. tu pn dah beribu tahun lepas.

mungkin dr zmn nabi adam - nuh beribu tahun.. ada kemungkinan ilmu sains da diteroka.

mcm ilmu sains zmn skrg.. dalam 200 tahun ni je da canggeh mcm skrg.

so mungkin ada logiknya..

tp semua ni kemungkinan n andaian aku je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 07:29 AM | Show all posts
dh ada yg bincangkan pasal nih silalah belek2 thread lama kt belakang siap ada gambo lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2010 07:58 AM | Show all posts
Tapi kan, haram sebiji gambar pun takde.....kat muzium pun takde artifak...dokumentasi pun apa tah l ...
alphawolf Post at 22-6-2010 08:12



    Sokong.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 01:06 AM | Show all posts
Reply 4# alphawolf


   BATERI PURBA
he Baghdad Battery

In 1936, while excavating ruins of a 2000-year-old village near Baghdad, workers discovered mysterious small vase. A 6-inch-high pot of bright yellow clay dating back two millenniacontained a cylinder of sheet-copper 5 inches by 1.5 inches. The edge of the copper cylinder was soldered with a 60-40 lead-tin alloy comparable to today's solder. The bottom of the cylinder was capped with a crimped-in copper disk and sealed with bitumen or asphalt. Another insulating layer of asphalt sealed the top and also held in place an iron rod suspended into the center of the copper cylinder. The rod showed evidence of having been corroded with an acidic agent.


The ancient battery
in the Baghdad Museum

The Baghdad Battery, sometimes referred to as the Parthian Battery, is the common name for a number of artifacts created in Mesopotamia, possibly during the Parthian or Sassanid period (the early centuries AD), and probably discovered in 1936 in the village of Khuyut Rabbou'a, near Baghdad, Iraq. These artifacts came to wider attention in 1938 when Wilhelm König, the German director of the National Museum of Iraq, found the objects in the museum's collections. In 1940, König published a paper speculating that they may have been galvanic cells, perhaps used for electroplating gold onto silver objects.[2] This interpretation continues to be considered as at least a hypothetical possibility. If correct, the artifacts would predate Alessandro Volta's 1800 invention of the electrochemical cell by more than a millennium.

An Ancient Battery

German archaeologist , Wilhelm König, examined the object and came to a surprising conclusion that the clay pot was nothing less than an ancient electric battery.


The ancient battery in the Baghdad Museum


Re-creation of the Baghdad battery

The ancient battery in the Baghdad Museum, as well as those others which were unearthed in Iraq, are all dated from the Parthian occupation between 248 BCE and 226 CE. However, Dr. Konig also found copper vases plated with silver in the Baghdad Museum, excavated from Sumerian sites in southern Iraq, dating back to at least 2500 BCE. When the vases were lightly tapped, a blue patina or film separated from the surface, which is characteristic of silver electroplated onto copper base. It would appear then that the Parthians inherited their batteries from one of the earliest known civilizations.

In 1940, Willard F.M. Gray, an engineer at the General Electric High Volatage Laboratory in Pittsfield, Massachusetts, read of Konig's theory. Using drawings and details supplied by German rocket scientist Willy Ley, Gray made a replica of the battery. Using copper sulfate solution, it generated about half a volt of electricity.

In 1970s, German Egyptologist, Arne Eggebrecht built a replica of the Baghdad battery and filled it with freshly pressed grape juice, as he speculated the ancients might have done. The replica generated 0.87V. He used current from the battery to electroplate a silver statuette with gold.

This experiment proved that electric batteries were used some 1,800 years before their modern invention by Alessandro Volta in 1799.
It also seems that the use of similar batteries can be safely placed into ancient Egypt, where several objects with traces of electroplated precious metals have been found at different locations. There are several anomalous finds from other regions, which suggests use of electricity on a grander scale.

The Riddle of "Baghdad's batteries"

Arran Frood investigates what could have been the very first batteries and how these important archaeological and technological artefacts are now at risk from the impending war in Iraq.

I don't think anyone can say for sure what they were used for, but they may have been batteries because they do work   Dr Marjorie Senechal

War can destroy more than a people, an army or a leader. Culture, tradition and history also lie in the firing line.
Iraq has a rich national heritage. The Garden of Eden and the Tower of Babel are said to have been sited in this ancient land.

In any war, there is a chance that priceless treasures will be lost forever, articles such as the "ancient battery" that resides defenceless in the museum of Baghdad.

For this object suggests that the region, whose civilizations gave us writing and the wheel, may also have invented electric cells - two thousand years before such devices were well known.

Biblical clues

It was in 1938, while working in Khujut Rabu, just outside Baghdad in modern day Iraq, that German archaeologist Wilhelm Konig unearthed a five-inch-long (13 cm) clay jar containing a copper cylinder that encased an iron rod.



THE KEY COMPONENTS
Batteries dated to around 200 BC Could have been used in gilding

The vessel showed signs of corrosion, and early tests revealed that an acidic agent, such as vinegar or wine had been present.
In the early 1900s, many European archaeologists were excavating ancient Mesopotamian sites, looking for evidence of Biblical tales like the Tree of Knowledge and Noah's flood.

Konig did not waste his time finding alternative explanations for his discovery. To him, it had to have been a battery.

Though this was hard to explain, and did not sit comfortably with the religious ideology of the time, he published his conclusions. But soon the world was at war, and his discovery was forgotten.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.157702 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list