View: 7120|Reply: 33
|
Sejarah, orang kita dan pemikiran penjajah
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by B.K at 27-6-2010 21:11
Kebelakangan ini banyak kisah-kisah kemunculan dan penemuan baru yang memberikan dimensi sejarah tanah air. Namun kisah-kisah “gempar” tersebut dipandang sepi oleh masyarakat kita khususnya para “sejarahwan” sama ada yang “ternama” ataupun yang “tidak bernama”. Malah apa yang menyedihkan, penemuan atau pembongkaran tersebut dipandang sinis bahkan ada yang terus dikritik dan dihentam habis-habisan.
Baru-baru ini, sekumpulan 9 penyelidik tempatan telah merumuskan bahawa sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka telah bermula sejak tahun 1262M. Mereka juga menolak sejarah yang ditulis oleh sejarahwan Barat, khususnya Tome Pires yang menulis Suma Oriental kerana kononnya mengumpul maklumat hanya berdasarkan kepada “dengar cakap” dan bukannya berdasarkan kepada bukti-bukti kukuh.
Suma Oriental rupanya hanyalah catatan yang dibuat berdasarkan "dengar cakap" sahaja
Pembukaan Melaka seawal 1262M itu sebenarnya jauh lebih awal dari apa yang diajarkan oleh guru-guru di sekolah yang terikat dengan fakta-fakta yang tertulis dalam buku-buku teks di sekolah yang menyatakan pembukaan Melaka adalah pada tahun 1400M. Walau bagaimanapun “pembongkaran” tersebut kemudiannya senyap begitu sahaja walaupun ianya di sokong oleh kerajaan negeri Melaka.
Begitu juga dengan sejarah Kedah, keagungan sejarah Kedah sebenarnya melangkaui sempadan negeri Kedah pada hari ini. Ianya melebar sehingga bukan sahaja ke Setol (Satun) dan Singgora (Songkhla), malah sehingga ke Pulau Dua, Myanmar jauh di utara.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga dikatakan bermula di Kedah, jauh lebih awal daripada apa yang disebut dalam buku teks. Dikatakan bahawa Maharaja Derbar Raja dari Kedah telah Islam pada tahun 531H iaitu bersamaan 1136M. Baginda kemudiannya memakai gelaran Sultan Mudzafar Syah seperti yang tercatat dalam buku al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.
Batu yang terpahat nama Ibnu Sirdan yang ditenui di celah-celah runtuhan candi di Tupah, Merbok, Kedah
Selain itu negara juga pernah “gempar” dengan penemuan batu bersurat Ibnu Sirdan yang bertarikh 215H iaitu kira-kira awal abad ke-9M di celah-celah candi semasa proses eskavasi oleh Dr. Othman Md Yatim. Begitu juga dengan penemuan nisan makam Syeikh Abdul Kadir Ibn Shah Alirah, seorang Sultan dan pendakwah yang bertarikh 291H bersamaan dengan 904M. TV3 juga pernah melaporkan tentang penemuan tapak masjid di kawasan candi yang dikatakan dibina pada kurun ke-9M. Apakah maknanya semua penemuan dan pembongkaran ini ? Akhirnya segala penemuan dan pembongkaran sejarah ini dibiarkan begitu sahaja tanpa pengikirafan oleh pihak-pihak yang kononnya “pakar” dalam sejarah tanahair.
Bayangkan jika penemuan dan pembongkaran yang dilakukan oleh pihak yang dianggap berotoriti dalam pengkajian sejarah pun tidak dipedulikan malah mungkin dibakulsampahkan, apatah lagi jika penemuan dan pembongkaran tersebut dilakukan oleh sejarahwan pengkaji-pengkaji “kecil” yang mengkaji dek kerana minat dan kecintaan kepada warisan keluarga, masyarakat dan bangsa mereka.
Kota pertahanan Portugis A' Farmosa di Melaka
Dahulu kita pernah didedahkan dengan berita yang mempertikaikan tentang kesahihan kewujudan Melaka di Kota Melaka. Menurut berita tersebut Melaka sebenarnya bukannya terletak di Kota Melaka, tetapi terletak di Muar, Johor. Selain daripada itu terdapat juga pihak-pihak yang mempertikaikan kesahihan kewujudan “Empayar” Melaka itu sendiri. Benarkah WUJUD sebuah empayar yang dipanggil Melaka di Kota Melaka ?. Menurut sumber itu lagi Melaka sebenarnya TIDAK WUJUD bukan sahaja di Melaka bahkan di mana-mana pun. Melaka yang ada sekarang hanyalah berstatus kota pelabuhan Portugis yang ditawannya dari sebuah EMPAYAR Kesultanan Melayu yang sebenarnya bukan berpusat di Melaka.
Jika diperhatikan secara logik, pandangan tersebut ada logiknya, kerana jika dikatakan Melaka itu wujud dan pernah gah suatu masa dahulu, mana buktinya ? Mana tinggalan kota atau istananya ? Apa yang ada hanyalah Kota A’ Farmosa yang tidak lebih hanyalah KUBU dan kota pertahanan Portugis. Kuasa Portugis pada masa itu hanyalah disekitar kota itu sahaja tidak lebih kerana mereka dikelilingi dan sentiasa diancam dan diserang oleh kerajaan-kerajaan Melayu di sekitarnya.
Wujudnya nama Melaka di beberapa tempat lain juga masih menjadi misteri. Misalnya di Kelantan terdapat tempat yang dinamakan PULAU MELAKA. Kebetulan pula tidak jauh dari situ terdapat pula Pulau Besar, kedua-duanya terletak di Kota Bharu, Kelantan. Jadi adakah berkemungkinan bahawa apa yang digelar “Melaka” itu sebenarnya berpusat di Kelantan? Sementelah pula terdapat cerita-cerita bahawa Hang Tuah sebenarnya berasal dari Kelantan, berguru dengan Mahagurunya yang bernama Raden Mas Ariya di sebuah gunung di Hulu Kelantan. Kalau diperhatikan tarikh, Raden Mas Ariya ini dikatakan seorang Raja Empayar Langkasuka yang memerintah dari tahun 1362 sehingga 1418.
Kehebatan Langkasuka seperti yang digambarkan dalam filem The Queen Of Langkasuka. Sejarahwan Thailand berani mengakui kehebatan Langkasuka, sejarahwan kita ?
Mungkinkah Melaka ini sebenarnya adalah EMPAYAR LANGKASUKA yang berdaulat selama lebih 1000 tahun sehingga abad ke-14M, berpusat di Utara Tanah Melayu atau lebih tepat lagi di Kelantan, Patani dan Kedah ? Satu yang menariknya ialah di Pulau Langkawi, Kedah terdapat sebuah tempat yang dipanggil Hulu Melaka. Jadi jika dikatakan “Melaka” iaitu Langkasuka bermula di Kelantan iaitu di Pulau Melaka maka hujung atau sempadannya yang paling jauh atau hulunya ialah di Hulu Melaka di Pulau Langkawi itulah.
Empayar Langkasuka
Satu yang amat penting berkenaan dengan Langkasuka ini ialah peranannya dalam dakwah dan penyebaran agama Islam di Nusantara. Tokoh yang paling penting dalam kegiatan dakwah ini ialah Sayyid Hussein Jamadil Qubra yang tiba di Kelantan sekitar pertengahan abad ke-14 dari Champa. Melaluinya lahir tokoh-tokoh Islam yang kemudiannya dikenali sebagai Wali Songo yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Tanah Jawa dan seluruh Nusantara.
Selain ini hasil dari perkahwinan Sayyid Hussein Jamadil Qubro dengan Puteri Selindung Bulan iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya iaitu adik kepada lagenda sejarah Kelantan Cik Siti Wan Kembang atau Raden Galoh Gemerencang, beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam. Apa yang bertambah menariknya ialah Sayyid Ali Nurul Alam ini kemudiannya menjadi Perdana Menteri Majapahit yang digelar Pateh Aria Gadjah Mada yang berpusat di Kelantan.
Jalan Penarikan ? Jalan sungai ini menghubungkan Patani dan Kedah melalui Sungai Patani dan Sungai Muda. Sungai Petani di Kedah mungkin merujuk kepada jalan sungai ini.
Jadi, yang mana satu sejarah “kerajaan Melayu” kita yang sebenarnya, jika Melaka di Kota Melaka sendiri tidak wujud, lebih tepat satu FITNAH, maka di manakah sebenarnya “Melaka”. Berbalik kepada catatan tentang pengertian kata MELAKA itu sendiri dalam teks-teks sejarah yang mengatakan ianya berasal dari nahu bahasa Arab iaitu “Muluqah” yang bermaksud “tempat pertemuan segala pedagang” maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa nama Melaka sebagai sebuah KERAJAAN itu sendiri TIDAK WUJUD. Nama Melaka itu sebenarnya adalah GELARAN yang diberikan kepada para pedagang dari seluruh dunia yang datang berdagang di sini. Berkemungkinan, Melaka itu sebenarnya adalah LANGKASUKA yang mana “Kota Melaka” di negeri Melaka itu adalah sebahagian daripadanya.
Apa yang tambah menyedihkan ialah ada dari kalangan sejarahwan kita sanggup mengiyakan “fakta” yang kononnya negara kita ini telah DIJAJAH semenjak tahun 1511 iaitu semenjak “kejatuhan” Kota Melaka di tangan Portugis. Bahkan “fakta” tersebut dimasukkan pula ke dalam teks-teks sejarah untuk diajar kepada para pelajar. Betapa HINAnya kita ini kerana telah menjadi HAMBA sejak 500 tahun yang lalu. Soalnya, benarkah demikian nasib kita, bodohkah kita? Padahal yang dijajah hanyalah “secebis” daripada Tanah Melayu, itupun terpaksa menghadapi serangan yang bertalu-talu dari kerajaan-kerajaan Melayu di sekitarnya.
Tanah Melayu pada tahun 1922. Hanya Negeri-Negeri Selat sahaja menjadi Tanah Jajahan Mahkota Inggeris
http://kebunketereh.com/?p=1721 |
|
|
|
|
|
|
|
.................................. |
|
|
|
|
|
|
|
maksud dijajah tu...kuasa barat mula bertapak di sini.....memang la setakat melaka ciput tu aje....
Cuma kelako sikit...walaupun satu lagi revisionis yang seharusnya membuat kajian semula..masih ada perkataan 'mungkin' |
|
|
|
|
|
|
|
masa silam dgn masa depan mn lg penting?
kalo sejarah kata kerajaan melayu pernah takluk 1 dunia pun x guna jgk sbb hakikatnya sekarang empayar kita cuma sekangkang kera.
itu pun kena share dgn migrain yg berasal dr negara china dan india |
|
|
|
|
|
|
|
sekurang-kurangnya boleh gak berbangga sejarah silam kita pernah takluk 1 dunia ... masa silam penting gak untuk diambil iktibar |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..topik yg mnarik utk dibincangkn..bagus2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita tgk dari sudut geogrpaphy, seluruh nusantara ni mmg strategik. daripada aceh, langkawi, melaka, singapura. So kalau maksud melaka (tpt pertemuan) tu kalau kat area nusantara ni byk tpt yg sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah melayu langsung x jelas,aku tertanye2 takde langsung ke orang melayu zaman dulu tulis sejarah untuk tatapan generasi hadapan?kalo tgk sejarah eropah,arab memang jelas sejarah depa.cam arab tu susur galur keturunan memang jelas.sebab depa tulis!cam kite abis kuat susur galur taw sampai name moyang jerk,pas tu x taw dah |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah melayu langsung x jelas,aku tertanye2 takde langsung ke orang melayu zaman dulu tulis sejara ...
shazuyi. Post at 28-6-2010 21:06
mmglah...sbb tu org kaji sejarah suka tukar. Kejap org melayu dari Yunan, Kejap mmg wujud kat alam melayu, kejap dari Bani Jawi, keturunan Nabi Ibrahim, Lepas tu Raja2 melayu mengaku dari keturunan Iskandar zulkarnain, Lepas tu feeling-feeling keturunan kayangan. Entah ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab melayu bukan bangsa yg normal..saper yg bercakap melayu,beradat melayu adalah melayu,mner adr bangsa mcm melayu,ader tinggi,pendek,sawo matang,kuning langsat,putih lelor,mata sepet,mata besar..tgk jiran kiter tu ,ader difining features,melayu xder,satu,kuning pucat,mate sepet pendek..yg stu lgi tu berbulu,gelap,mata besar.dua2 xgeti mandi pgi.melayu comes in all shape and sizes..haha
org yg tulis artikle tu x prnh baca buku sejarah melayu agaknyer..sbb nk buktikan yg utara tu power,dier buang trus reference dr tun sri lanang ni..
ok asalnye melaka ade disebuah pulau,pulau lima kot,ntah x ingat sgt.raser2nyer modern day pulau besar..lpstu air x cukup so dier pindah ke tanah besar.
dlm sejarah mealyu,dikatakan jambatan dr istana ke pasar dibuat dr btu,yg dipijak gajah pon x pecah.pasarnyer sebesar setahun perjalanan kucing.
dikatakan juga yg drsg kelang ke sg btu pahat,x perlu dibawak obor,krana rumah terlalu byk,dan sgt terang,dr 2 sg itu penuh dgn pangkalan,pasar,rumah,stor dn mcm mcm.so aktiviti x bertumpu hanya kt sg melaka sahaja.bukti ader ciramik cina dan berbagai yg dijumpai dr sg-sg tersebut,antara sg kesang,muar,kelang,duyong.
sultan tidak beradu di bukit melaka,tu istana rasmi,sultan beradu di bertam,bendahara ditanjung keling
hubungan dulkala sangat kompleks kelantan prnh dipangil majapahit utara.kita bole lihat dr segi budaya dan architecture kelantan n majapahit agak sama..yg x bestnyer org melayu ni kuat pindah randah,johor aje dh berapa byk capital dier..pling bru nusajaya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# shazuyi.
sbb penjajah dh ubah2 kan...yg catatan dorang suke.dorang simpan. yg xsuke,dorang padam. standard ar.
masa dorang jajah kita,dorang dh superpower,dorang mmg leh wat mcm tu.
org arab kena jajah pun kejap je.xsempat nk tadbir lama.sejarah uthmaniyyah bnyk2 diubah2,cuma dicounter blik oleh ilmiah turki. kat sini, ilmiah dh start nk lawan |
|
|
|
|
|
|
|
afamosa tu betul ke portugis punya?
1) xkan melaka xde kota kubu,sdangkan portugis sndiri kata dorang rmpas 6000 meriam..bnyk tu! tp xde kubu...xpelik ke?
2)melaka kan bndar besar.emporium of the east.bnyk jumpa nya teknologi cina,india,arab.xkan xreti nk wat kubu? pelik kan?
3) afamosa tu nama jolokan dlm latin yg mksd the famous fort.nama sebenar latin ialah fortaleza de malacca atau kota melaka. iaitu nama bandar melaka sblm kedatangan dorang lg..kota melaka mesti ada kota
so munkn ke kota afamosa tu asalnye dh ada sebelum portugis. portugis hnya tambah je ngn batu kubur dan masjid tu. portugis saje xmaw tulis biar dorang npk maju. |
|
|
|
|
|
|
|
Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615.
Menurut Winstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada Januari 1615.
Maknanya Sejarah Melayu ditulis 103 tahun setelah Melaka ditakluk Portugis. Tambahan pula semasa menulis Sejarah Melayu Tun Sri Lanang berada dalam tawanan Acheh. Dan meninggal di Acheh.
Kerana itu tidak mustahil terdapat tokok tambah atau penulisannya terpaksa mengikut kehendak sultan Acheh.
Walau bagaimanapun Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang itu merupakan satu-satunya buku rujukan kita bagi menulis semula sejarah Melayu moden. Itulah buku sejarah yang ditulis oleh anak bangsa kita yang seharusnya kita banggakan.
Jangan pula kerana ada yang berbeza fakta dengan sejarah yang ditulis oleh barat maka kita terus menolaknya.
Harus juga diingat, Sejarah Melayu itu bukan karangan atau rekaan Tun Sri Lanang tetapi dia mengumpulkan kisah –kisah sejarah itu dari cerita lisan orang tua-tua termasuk, ayah, ibu dan datuknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Batu yang terpahat nama Ibnu Sirdan yang ditenui di celah-celah runtuhan candi di Tupah, Merbok, Kedah...
B.K Post at 27-6-2010 21:09
Aku ada terbaca pasal sorang Inggeris jumpa batu bersurat kat Gunung Jerai..dan batu bersurat tu dikatakan telah disorok dan dirahsiakan... Adakah batu yang terpahat nama Ibnu Sirdan ini atau batu yang lain telah dirahsiakan dari orang umum? |
|
|
|
|
|
|
|
First aku blur dengan artikel diatas, tapi apa yang aku tengok, kebanyakan ahli sejarahwan nie dorang seboleh boleh nya nak kaitkan Melayu dengan Islam. Bagi mereka sejarah melayu mesti ada islamnya, kalau takdak element islam itu bukan sejarah melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi, saya mungkin bersetuju dengan pendapat Melaka telah diasaskan seawal tahun 12xx tu, tapi as an entrepot, saya berpendapat ianya setelah kedatangan Parameswara kesana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# Darthjal
di dalam keluarga kak tim sendiri terdapat 5 jenis rupa paras melayu yang berbeza...
jadi yg sorang taok boleh dituduh keling,
yang sorang tak boleh dituduh anak cina,
dan sorang lagi tak boleh memuji2 diri
menyatakan diri dari keturunan turki he he.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam perlembagaan pun dah letak apa maksud melayu di malaysia, x ada masuk pasal rupa paras pun |
|
|
|
|
|
|
|
kaitkan Melayu dengan Islam. Bagi mereka sejarah melayu mesti ada islamnya, kalau takdak element islam itu bukan sejarah melayu. Reply 15# St.Yeepi
habis nak kaitkan dengan anisme atau hindu-buddha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Darthjal
di dalam keluarga kak tim sendiri terdapat 5 jenis rupa paras melayu yang berbez ...
TimahMulia Post at 30-6-2010 11:52
yup,kalo sedara mara x per lah juga,..ni ade adik beradik pon rupa lain lain.,color lain,mata pon lain..
DNA melayu ni cacar merba lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|