CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7168|Reply: 23

Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Negeri China

[Copy link]
Post time 5-7-2010 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Dengan ilmu sedikit yang mak ada,
mak ingin sangat tahu kupasan maksud hadis Nabi Muhammad SAW Junjungan kita
'Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Negeri China'..
tentu ada sebab mengapa Nabi SAW memfatwakan hadis demikian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 02:31 PM | Show all posts
hadis nya kurang sahih.
nak buat hujah tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 03:56 PM | Show all posts
hadis nya kurang sahih.
nak buat hujah tak boleh.
ussopp Post at 5-7-2010 14:31


Bukan kurang sahih.  Kurang sahih nanti orang kata hadith hasan.

Yang lebih tepat, hadith dhaif.  Tapi setengah orang terus kata palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:26 PM | Show all posts
Kedudukan Hadis:

Ini adalah hadis palsu. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsu oleh Ibn al Jauzi di dalam buku al Maudhu’at[1]. Pembaca juga boleh melihat buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin untuk mendapat maklumat lanjut tentang hadis ini. Hadis ini dikritik juga oleh pengkaji hadis seperti Ibnu Tahir al Maqdisi (507H)[2], al Iraqi[3], Ibn Hibban[4] dan Muhammad Nasiruddin al Albani[5].

Ulasan:

Hadis ini kerap dijadikan hujah bagi membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sejauh yang mungkin walaupun ke negara China. Sedangkan pada hakikatnya hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil serta hujah-hujah yang jelas dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih tentang kewajipan menuntut ilmu serta kelebihan mereka yang mempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf golongan yang berilmu contohnya:

Maksudnya : ALLAH mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat[6].

Begitu juga di dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan ke arah menuntut ilmu antaranya seperti hadis:

Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga[7].

Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim [8].


Telah diketahui umum bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan dalam kehidupan umat Islam. Apa yang ingin saya sebutkan di sini adalah kesalahan menggunakan hadis palsu dalam menyatakan sesuatu perkara yang telah sedia ada dalam Islam sama ada di dalam Al Quran atau hadis-hadis sahih. Tindakan menggunakan hadis palsu ini boleh menjadikan kita lupa bahawa ayat Al Quran atau hadis sahih sudah pun memadai dan mencukupi untuk kita menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Berhati-hatilah dalam menggunakan sesuatu hadis. Pastikan bahawa hadis tersebut adalah sahih sebelum menggunakannya sebagai dalil atau hujah.



credit to = http://latahzan00.blogspot.com/search/label/Hadis


boleh refer situi...banyak hadis yg kita guna hari2 rupanya hadis palsu...

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:27 PM | Show all posts
sebelum ni pun aku difhmkan maksud hadis tu ialah kita dituntut mencari ilmu w/pun tempat itu jauh
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:44 AM | Show all posts
kat KMsia ni pulak
mcm2 Zakat kita kena bayar tak taulah entah betul ke tidak

contoh:
Dividen ASB, ada yg kata tak boleh bayar Zakat
tapi boleh guna Pokok ASB bayar Zakat

so jika guna deviden maka sikitlah bayaranya
tapi bila guna pokok maka banyaklah kita kena potong tiap tahun

tak taulah saja atau memang diada2kan
bagi meningkatkan pendapatan Negara.

maaf jika komen aku diatas salah.

tapi aku amat curiga.

samalah juga dengan hadith2 semua  claimed itu ini.
banyak fakta telah ditukar dengan mengunakan
seperti hadith
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2010 10:33 AM | Show all posts
oo gitu ke? hmm paham paham...
terima kasih lah kerana memberi faham..
kalau tidak hamba akan tersesat jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:05 PM | Show all posts
Reply 3# ibnur

ya..ya...silap .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2010 11:21 AM | Show all posts
Reply  ibnur

ya..ya...silap .
ussopp Post at 9-7-2010 22:05


Tuntut ilmu sampai ke negeri China tak boleh ke bang??
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 12:57 PM | Show all posts
salam

banyak saya jumpa kata2 ini
saya fikir, oooooooooo kena tuntut ilmu hingga ke negeri china sebab disana pun lagi ramai muslim? betul ke
so, sebab tu la dan mungkin ini bermakna islam bukan hanya utk satu kaum sahaja.
wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 09:16 PM | Show all posts
Tuntut ilmu sampai ke negeri China tak boleh ke bang??
Gravedigger Post at 10-7-2010 11:21


Sdeperti biasa kapala otak atok grave merumuskan kebodohan mutlak.

bila masa orang kata tak boleh pergi Cina menuntut ilmu?  Nak menuntut benda apa kat sana pun lantak kau la.  Orang cerita hadith tu la ngok.  Dengan kau ni tak payah dah cakap baik-baik.  Elok kutuk terus ajer.  Bercakap ke sana sini macam bagus jer.  pergi la kau kawin mut'ah kat negara China tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:09 PM | Show all posts
setahu kite maksud sabda Rasullullah 'tuntutlah ilmu hingga ke negara China' ialah menunjukkan bertapa luasnya ilmu allah yang harus dipelajari sehinggakn apabila kite mengembara hingga ke negara China pun,ilmu masih tidak akan habis utk dipelajari.Wallallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:22 AM | Show all posts
mungkin ni hanya kata2 rasulullah s.a.w terhadap sahabat beliau sahaja dan bukanlah hadis baginda

ustaz aku pun bagitau yg ni hadis palsu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 10:56 AM | Show all posts
mungkin ni hanya kata2 rasulullah s.a.w terhadap sahabat beliau sahaja dan bukanlah hadis baginda

...
lordvoldemort Post at 26-7-2010 02:22



Salam...

Jikalau benar kata-kata Rasulullah SAW terhadap sahabat maka jadilah ia Hadith....

Setahu saya para muhaddithin mengklasifikasikan hadith ini sebagai sangat lemah, dan sebahagiannya kata palsu.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 04:08 PM | Show all posts
Tuntut ilmu cetak rompak kat china hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 05:16 PM | Show all posts
tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad tu hadis ke mutiara kata,,sebab ada dengar dalam sebutan arab jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 08:23 AM | Show all posts

k

Post Last Edit by mr_evergreen at 27-7-2010 08:26

tuntutlah ilmu,jgn biarkan ilmu yang menuntut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 04:48 PM | Show all posts
kenapa tak mahu terus terang menjawap Nabi Muhammad tahu ilmu Islam masih tak sehebat ilmu dari timur, barulah dia memberi nasihat ini kepada kamu muslim, tengok, semua negara dan wilayah yang ditadbir oleh orang Cina maju,  China, Taiwan, Hong Kong, Singapore,   tapi sebaliknya orang Melayu anti orang Cina, India, Indon, berani juga menghina bangsa lain sebagai 'pendatang' , adakah ini berdosa sebab tak dengar arahan Nabi ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:09 PM | Show all posts
kenapa tak mahu terus terang menjawap Nabi Muhammad tahu ilmu Islam masih tak sehebat ilmu dari timu ...
sivagovin Post at 28-7-2010 16:48



    OH, Siva...

Jika awak memandang serong, di mana pun posisi ia tetap serong... kalo awak berlapang dada cuba memahami, ia lebih baik untuk jantung awak... cayalah...

Dengan kemalasan yang amat, bintang cuba memahami kamu yang sememangnya takmo faham pun. Begini Siva, di sini membincangkan perkataan 'tuntutlah ilmu sehingga ke negara China' bukan dari kata kata Nabi Muhammad saw. Jadi, bila ia bukan sabda /kata kata Nabi saw, ia bukanlah hadis. Kata kata itu adalah dari sahabat/ulama yang dipanggil 'athar'. Apa pun kalimah yang baik baik jika ia bukan datangnya dari Nabi saw ia tetap bukan hadis.

Kita bukan membincangkan betapa tidak benar perkataan itu, tetapi membincangkan apakah ianya hadis atau kata kata sahabat/ulama. Meski kata kata itu adalah sangat baik dan gambaran betapa manusia perlu menuntut ilmu meski jauh jangkauannya. Kata kata sahabat/ulama adalah, sumber yang baik dan wajar/sangat baik dipatuhi. Jadi menulis dengan ikhlas iaitu tidak mengatakan itu adalah hadis dan ia adalah kata kata sahabat/ulama adalah lebih memberi ilmu pengetahuan kepada ummah keseluruhannya.

Siva, anda perlu berlapang dada jika ingin mengenali Islam secara baik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:32 PM | Show all posts
OH, Siva...

Jika awak memandang serong, di mana pun posisi ia tetap serong ...
bintang Post at 28-7-2010 17:09



    TT cakap ya awak cakap bukan, tak tahulah aku siapa yang betul siapa yang salah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.442607 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list