Seorang wanita berusia hampir separuh abad menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini kerana berlaku curang terhadap suaminya bersama dua lelaki lain, lapor Suara.com yang memetik akaun Instagram @penajamterkini_net.
Kredit foto: Instagram @penajamterkini_net
“Curang dengan dua lelaki sekali gus kerana tidak lagi bernafsu pada suaminya,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama hantaran itu.
Menurut kenyataan yang ditulis oleh admin akaun Instagram itu, wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali sebagai SD dikatakan berlaku curang di rumahnya sendiri di Sungai Nilo, Kampung Nilo Dingin, Jambi.
Menurut keterangan bertulis, Ketua Polis Lembah Masurai, IPTU Sitepu Kanit Reskrim menjelaskan bahawa ketika serbuan dibuat, ketiga-tiga pelaku belum ‘berkesempatan’ melakukan hubungan intim.
“Ini berdasarkan kenyataan pelaku ketika siasatan polis. Ketiga-tiga mereka mengaku belum sempat berbuat apa-apa sebelum diserbu oleh penduduk setempat,” katanya.
SD berkata, wanita itu bertindak demikian kerana sudah tidak bernafsu lagi terhadap suaminya, malah si isteri telah menjalin hubungan sulit selama tiga tahun setengah.
Netizen yang membaca hantaran itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Tidak mensyukuri apa yang sudah diberikan,” komen seorang netizen.
Sumber: Kosmo |