CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46013|Reply: 656

Ummi Hafilda saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta

  [Copy link]
Post time 12-1-2011 03:57 AM | Show all posts |Read mode
Ummi saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
[email protected]



KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 05:09 AM | Show all posts
kenapa tak terus  mintak 1 billion..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 06:17 AM | Show all posts
sama ada utusan atau umi hafilda yg meroyan...end up terus membisu...kes dah lama baru nak ungkit tahun nie...apesal? oit baper hengget hamno suap ngko nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 06:29 AM | Show all posts
boleh menang ker lawan kapal sinki?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 06:35 AM | Show all posts
citer basi........................
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 06:40 AM | Show all posts
nak gelak pun ada bila sebut ketuanan melayu, ada de agenda politik betine ni,kali ni ntah sapa la plak dalang nya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2011 06:42 AM | Show all posts
Kah kah kah

UMNO desperate ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 07:02 AM | Show all posts
THE Ummi Hafilda peduli tentang ketuanan Melayu?  Saya kagum dan terharu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 07:19 AM | Show all posts
aritu nangis2 pakai tudung..kluar dlm frontpage akhbar

ni dh buka pula lak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 07:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 12-1-2011 07:33

anak kena buang?{:1_126:}


sejahat2 Azwan Ali, tak de lah mcm adik pompuan die yg sorang nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 07:41 AM | Show all posts
kempen pilihanraya nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 07:44 AM | Show all posts
Reply 8# KakFie


    aku pong....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:05 AM | Show all posts
anak kena buang?


sejahat2 Azwan Ali, tak de lah mcm adik pompuan die yg sorang nih:lo ...
dauswq Post at 12-1-2011 07:31



    umi hafilda yg mana satu kat gambar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:06 AM | Show all posts
Reply 13# nour2001

tukang cedok mknn yg kt belakang tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:12 AM | Show all posts
umi hafilda yg mana satu kat gambar ni..
nour2001 Post at 12-1-2011 08:05


Tak ada.. sebab dia dah kena buang.. tak pun yang serve makanan kat belakang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:20 AM | Show all posts
bukan dia ni ada kaitan ngan laki si ummi Aida tu ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 08:23 AM | Show all posts
anak kena buang?


sejahat2 Azwan Ali, tak de lah mcm adik pompuan die yg sorang nih:lo ...
dauswq Post at 12-1-2011 07:31



    Yang mana satu azwan ali???yg botak tu ka??
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:26 AM | Show all posts
Idup lagi s****l nih!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:29 AM | Show all posts
anak kena buang?


sejahat2 Azwan Ali, tak de lah mcm adik pompuan die yg sorang nih:lo ...
dauswq Post at 12-1-2011 07:31



    ye ke kene buang?



http://srikandi7.blogspot.com/2010/12/kepala-hotak-melayu-kata-kata.html

Dari Blog tuan punya badan :

".....Masalahnya kau cakap berdegar degar ada ke kakak kakak kau tu  kau tolong bantu,aku tak payah lah dan tak kisah sebab kau dah buang, pakcik makcik kau yang susah kau ada ke bertanya khabar atau hantar duit bulan mcm pak cik isa, cik lamah cik yem ada ke?Diaorang kan susah. so tak usah berangan nak jadi juara rakyat kalau keluarga sendiri dipinggirkan. Mak sendiri tel 10 x satu hari pun tak angkat kadang-kadang sampai berminggu terpaksa suruh abang lain sms pulak, dan kalau kau tel balik pun kat mak kenapa kau mesti marah dia ?Kau boleh tanya pulak dengan nada marah, Yg mak dok tel-tel min kenapa, tak tau ke min ni yang berhormat sibuk, anak lain tak ada ke?Macam tu ke cara kau handle mak yang dah tua dah uzur , mcm tu ke kau nak jadi pemimpin rakyat dan negara, pooooorah...."
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 12-1-2011 08:36

Reply 19# tokapi


kena buang sbb bapa die ckp..
ataupun ckp2 org mase tuh...itu yg aku dgr

ibu walau jht mana anak die pun
die akn maafkn jua akhirnye
itulah hati seorg ibu~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049343 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list