|
“Janganlah bandingkan anak anda dengan anak artis. Bukan nak kata artis hebat, jangan salah faham. Tetapi dia sudah didedahkan dengan dunia glamor sejak kecil,” kata Rozita Che Wan, 50.
Katanua Aaisyah sedari kecil sudah didedahkan dengan kehidupan selebriti yang menuntutnya untuk hadir ke majlis-majlis hiburan dan sesi penggambaran.
Foto: IG
“Kadang-kadang saya pun tak faham, kenapa ada segelintir netizen yang bila memberi komen memang layak disagat dengan batu jalan. Bukan nak kata anak artis ini lebih tetapi dia dah biasa dengan limelight.
“Mak dia pula Che Ta yang semua orang tahu, bangun tidur sahaja dah bersiap melawa. Jadi dia terikut-ikutlah. Nak kata dia terlalu didedahkan dengan media sosial pun tidak juga, saya yang kawal semua.
“Anak artis sudah terdedah dengan perkara-perkara di luar kebiasaan. Tidak sama seperti anak-anak orang di luar sana. Dia sendiri suka dengan benda-benda lawa dan mahu kelihatan cantik,” katanya kepada Utusan.
Sebelum ini, Che Ta ‘naik hantu’ apabila seorang individu meninggalkan komen di salah satu hantaran Instagram milik Aaisyah dengan berharap tidak menjadi wanita ‘pick me girl’ satu hari nanti.
Dalam pada itu, ditanya bagaimana keadaan Aaisyah selepas beberapa kali dibuli secara maya, Che Ta menjawab, anak perempuannya itu sebenarnya tidak bermain media sosial seperti Instagram.
“Kalau tengok balik, saya sendiri pun jarang memuat naik gambar Aaisyah di akaun Instagram tersebut. Dia pun tak kendalikan akaun itu, saya yang banyak muat naik gambar. Tetapi sangat jaranglah.
“Dia tak tahu pun ada komen-komen seperti itu. Saya yang baca semua komen itu. Tak perlu kawal sementara pun penggunaan media sosial untuk Aaisyah sebab memang bukan dia yang pegang,” katanya. – CARI
Sumber: Utusan
|
|