CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24036|Reply: 98

Kekasih Aniq Suhair Dakwa Dipukul Hingga Cedera & Terima 12 Jahitan Di Muka? Sertakan Bukti & Laporan Kesihatan

[Copy link]
Post time 5-1-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 5-1-2024 01:15 PM



Kekasih Aniq Suhair Dakwa Dipukul Hingga Cedera & Terima 12 Jahitan Di Muka? Sertakan Bukti & Laporan Kesihatan
January 5th, 2024 | by Shahrin

Seorang wanita mendakwa telah dipukul oleh kekasihnya yang dipercayai seorang pelakon sehingga menyebabkan kecederaan dan kesan lebam di bahagian muka serta tubuh.

Mangsa pukul



Wanita yang dikenali sebagai Emylia Marzuki itu mendakwa, setiap kali dia mendapat tahu kekasihnya berlaku curang, pelakon tersebut bertindak mengasari dan mencederakannya.

Menurutnya, dia telah menerima 12 jahitan selain kesan luka yang teruk akibat kecederaan tersebut.

Dakwa Emylia lagi, kekasihnya itu juga telah menipu orang ramai apabila tidak mengaku bersalah di atas perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan sebelum ini.

Emylia mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di TikTok berserta beberapa foto memaparkan bahagian tubuh dan mukanya yang cedera.

Bukti



Dalam perkongsian sama, Emylia turut memuat naik bukti laporan kesihatan.

Tambah wanita terbabit lagi, aktor itu juga didakwa pernah berjanji untuk berubah dan tidak mahu lagi mengasari dirinya, namun hanya ‘cakap kosong’.

Meskipun Emylia tidak mendedahkan nama kekasihya, namun rata-rata wargamaya mendakwa aktor yang dimaksudkan ialah Aniq Suhair.

Menguatkan dakwaan lagi, apabila mereka sebelum ini didakwa mempunyai hubungan istimewa.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kenyataan dikeluarkan seorang individu yang mendakwa Aniq telah membuat dirinya hamil.

Walau bagaimanapun, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.

Video TikTok: https://www.tiktok.com/@milliemcnugget/video/7320105194845457670


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpa, artis. Mesti pandai spin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr kan dia ni..Cari lain tak dik..ko lawa Ada je org nk body voluptuous cm ko, pandai bergaya plak tu$
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 01:22 PM | Show all posts
si aniq tu x pdn ngn muke cm dak nerd...tp jahat ya ampunnn...dpt awek cun pun x reti nk menghargai
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan..rasa dia doc..x silap dia ada buat siapa bodyshaming.tubuh badan dia..dia blh saman...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pergh dasyat kau bang
reputs takde yg nk terjah ke dia ni
drama kat tb3 dah nak keluar tu...boleh la alang2 selit tanya psl.ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon prngai hansuang mesti ade jgk gegadis bodoh nk kt die ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 01:36 PM | Show all posts
sekali jantan haprak dah angkat tangan, if you stay, kebodohan u sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aritu ada pompuan kata gugurkan kandungan sbb terlanjur tu dgn dia ni ke?

Kalau betol dia, pompuan yg sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:00 PM | Show all posts
yg kes gugur kandungan belum habis lagi sambung pulak pukul gf... xsangka ek muka cm gitew soochii
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodbye aniq.. tak leh nak spin dah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:35 PM | Show all posts
fikir fikir la Dr.. awak tu bukan tak lawa.. Dr pulak tu.. jantan ni sekali dia dah angkat tangan, lepas ni confirm angkat lagi.. kita je jangan bodoh terima dia balik dalam hidup kita
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:36 PM | Show all posts
Harus kene cancel trus ko Aniq oiiii.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aniq tu haluih..Emylia tu kira berisi jgk tp cantik
Aku pelik skut mcmana seorg.doc blh bertahan lebam2 kena pukul tp ko keje sbgai.doc..mesti co workers nampak kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 5-1-2024 01:51 PM
Yg aritu ada pompuan kata gugurkan kandungan sbb terlanjur tu dgn dia ni ke?

Kalau betol dia, pomp ...

Pompuan lain

Sat lagi nanti ko tgklah ada perempuan yg lain lagi serah diri..konon mamat ni dh berubah..degil
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:48 PM | Show all posts
and yet you chose to stay with him (whoever he is), regardless knowing he's a player and abusive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 03:00 PM | Show all posts
tak sangka aniq sesetan ni.lagi setan dari pis saiko.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:04 PM | Show all posts
cinta berpaksikan muka hensem...gitu la.kesian kt diri sendiri dik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila makin ramai .. cancel je la Aniq ni.. patut la bapak dia suruh sambung blaja kat Mesir
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
.
.
.
xpe jgn ghisau...cuma perlukan masa je...nanti netijen lupa la tu....nnt pasti ko akan jd pojaan mcm retis lain yg pernah terbang burung...yg menjadi pojaan benak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064913 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list