CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33432|Reply: 715

Kes Liwat Anwar Sepol - Identiti ‘lelaki Y’ akan didedah.

   Close [Copy link]
Post time 1-3-2011 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Anak_Nogori at 1-3-2011 09:10

Thread kes mahkamah liwat antara Anwar dgn Sepol yg sedang berjalan sekarang yg dibuka oleh totok sudah pun dilock, maka dgn thread terbaharu ini diharap mod tak lock lah, sebab kita semua nak tahu gak perjalanan kes ini dan apa kesudahannya dgn kes liwat ini..tq.


2011/03/01
KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan beberapa eksibit yang mungkin mendedahkan identiti `Lelaki Y’ melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pendakwaan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya akan memanggil saksi baru memberi keterangan berhubung sampel terbabit hari ini.

Sehubungan itu, sampel seperti sehelai tuala `Good Morning’, sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala dan sebotol air mineral mungkin mendedahkan identiti `Lelaki Y’.

Mohamed Yusof memaklumkan perkara itu selepas mahkamah selesai mendengar keterangan lima saksi pendakwaan semalam.

Rabu lalu, ahli kimia Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah bahawa profil DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan profil DNA `Lelaki Y’.

Terdahulu, dua penganalisis forensik digital memberitahu mahkamah terdapat perbezaan masa dalam rakaman kamera tertutup (CCTV) diKondominium Desa Damansara dengan standard waktu tempatan (MSM)).

Perbezaan itu ialah 19 minit lewat di CCTV pejabat pengurusan kondominium dan sembilan minit 15 saat di pondok pengawalnya berbanding komputer riba milik mereka.

Pengurus operasi forensik digital Mohd Zabri Adil Talib, dari syarikat Cyber Security Malaysia, berkata masa tercatat di komputer ribanya adalah sangat tepat dan mengikut waktu MSM, selain diperoleh daripada Jabatan Metrologi yang diselaras oleh SIRIM.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria pada perbicaraan kes Anwar, 63,yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di  Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setia kasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 09:07 AM | Show all posts
Tak pircayalah. DNA boleh dapat dari mana - mana tempat la sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 09:14 AM | Show all posts
laki abcdefghijklmno tuh mana lagik.... dah jumpa dah...

ikot bontot kaa molot..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 09:20 AM | Show all posts
Tak pircayalah. DNA boleh dapat dari mana - mana tempat la sekarang ni.
HarizAzhari Post at 1-3-2011 09:07


Hehehehehehehe..boleh didapati selama Anwar pengsan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 09:23 AM | Show all posts
aku cadang supaya kerajaan menubuhkan sebuah institut kajian lobang jumboq bertarap antarabangsa di Malaysia ...

By now aku rasa semakin ramai rakyat Malaysia dah layak jadi pakar jumboq akibat kes Sepol nih ... kat CI pun ada bapok pakar lubang jumboq dok bagi ulasan, pastu lock thread takmau org tanya cemana dia terer bab main jumboq ... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 09:24 AM | Show all posts
DNA Lelaki Y means ada lelaki lain ka selain anwar?
Kalo anwar disebut DNA tertuduh. Am I right?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2011 09:26 AM | Show all posts
sapekah itu?

adakah dia gay dia ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 09:27 AM | Show all posts
laki abcdefghijklmno tuh mana lagik.... dah jumpa dah...

ikot bontot kaa molot..??
slippergombak Post at 1-3-2011 09:14


Kes liwat sedang berjalan totok, lum habis lagi..esok lusa tulat tahu la ikot bontot ka ikut molot ka atau ikut hidung...

Yg penting..siapa liwat siapa?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 09:38 AM | Show all posts
DNA Lelaki Y means ada lelaki lain ka selain anwar?
Kalo anwar disebut DNA tertuduh. Am I right?
Orange_7491 Post at 1-3-2011 09:24


Orang yang buat test yang letak label. Kita tadak database DNA lagi kot rasanya.  Tak canggih macam CSI Miami ka Vegas ka NY ka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 09:43 AM | Show all posts
tak pe , anwar pernah cakap kat media antarabangsa ..masa dia jumpa siul tu ada org lain bersama ....hehehehe aku nak tengok bila dia nak bawak org yg bersama dia tu ke makamah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 09:49 AM | Show all posts
‘Lelaki Y’ diketahui hari ini?

Oleh AMIRUDDIN HARUN
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Selepas 12 hari asid deoksiribonukleik (DNA) ‘Lelaki Y’ dinyatakan sebagai penyumbang utama di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari Azlan, identitinya mungkin diketahui esok.

Pendedahan identiti itu dijangka berlaku apabila pihak pendakwaan memanggil beberapa saksi yang berkaitan dengan pengumpulan beberapa barang kes seperti sehelai tuala ‘Good Morning’, berus gigi dan satu botol minuman air mineral jenama ‘Cactus’.

Turut dikumpulkan bersama-sama barang-barang tersebut ialah dua helai bulu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan perkara tersebut selepas peguam bela, Sankara Nair selesai menyoal balas saksi pendakwa ke-13, Tan Theong Yean.

Turut dijangkakan, pelbagai bantahan dan hujahan akan dikemukakan oleh barisan pembelaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung barang-barang kes dan pengumpulannya.

‘‘Berkaitan dengan mengemukakan barang-barang kes dan pengumpulannya oleh pendakwaan tidak akan ambil masa lama tetapi bantahan barisan pembelaan mungkin akan panjang kerana mereka dikatakan ada asas untuk berbuat demikian,’’ ujarnya.

Pada 23 Februari lalu, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ujian analisis profil DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y.

Lelaki Y juga, dalam keterangan ahli kimia itu, merupakan satu-satunya penyumbang DNA pada barang-barang tersebut.

Pada 17 Februari lalu, Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong menyatakan, ujian analisis profil DNA pada empat calitan putik kapas menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam rektum dan permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari.

Beliau bagaimanapun, sehingga hari terakhir memberi keterangan di mahkamah, tidak mengetahui identiti sebenar penyumbang DNA itu.


Terdahulu, bekas pengurus residen Kondominium Desa Damansara, Mohd. Aris Ahmad, 46, menyatakan, tetamu penghuni kondominium tersebut boleh memasuki ke premis itu dengan beberapa cara.

Salah satu daripadanya ialah dengan tuan rumah memaklumkan kepada pihak pengurusan atau balai pengawal bahawa beberapa tetamunya akan datang, kata saksi pendakwaan ke-12 itu.

Tetamu juga perlu memasukkan nombor rumah yang hendak dituju pada panel bersebelahan pintu lobi sebelum pintu lobi dibuka oleh tuan rumah bagi membolehkan tetamu terbabit menuju ke lif.

Pada 3 Februari tahun lalu, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan dia perlu menyebut ‘Mokhtar’ apabila tiba di pos pengawal kondominium terbabit sebelum dibenarkan masuk.

Dia juga perlu memasukkan nombor 1151 dan menyatakan ‘Mokhtar’ sekali lagi kepada tuan rumah yang dikenali sebagai En. Hasanudin melalui interkom sebelum dibenarkan memasuki bahagian lobi lif.

Sementara itu, Theong Yean memberitahu, kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kondominium terbabit menggunakan sistem pengesan pergerakan.

Ujarnya, kamera tersebut akan merakam apa jua pergerakan yang berada dalam sudut 85 darjah dan akan berhenti merakam apabila tiada pergerakan.

Menyifatkan dirinya sebagai seseorang yang mempunyai daya ingatan yang baik, ahli perniagaan itu menyatakan, perbezaan masa pada sistem kamera di balai pengawal dan bilik pengurusan kondominium ekoran setiap satu mempunyai komputer yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 09:53 AM | Show all posts
ramai gak org nak tau pasal kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 09:56 AM | Show all posts
ramai gak org nak tau pasal kes ni
DTECCONAN Post at 1-3-2011 09:53



    ye ke ...setau aku totok yg menjilat mcm ko jee
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 09:58 AM | Show all posts
ye ke ...setau aku totok yg menjilat mcm ko jee
asklinux Post at 1-3-2011 09:56 AM


bodoh tak faham rupa2nya
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:05 AM | Show all posts
Orang yang buat test yang letak label. Kita tadak database DNA lagi kot rasanya.  Tak canggih ma ...
HarizAzhari Post at 1-3-2011 09:38



oo..maknanya DNA lelaki Y tu belum diketahui siapa tapi akan diketahui selepas dilakukan pemeriksaan ke atas
tuala good morning dan berus gigi tu...so it might be anwar of someone else..
emmm..kenapa msia tak wujudkan database utk DNA ni ekkk mcm csi tu...kalo tak ada kepakaran panggilah org luar utk buat sistem tu...kalo boleh kuarkan juta2 utk beli kapal selam ker..jet perang ker naper tak spend utk bhgian jenayah ni kan as jenayah kat msia ni makin meningkat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:34 AM | Show all posts
Kes liwat sedang berjalan totok, lum habis lagi..esok lusa tulat tahu la ikot bontot ka ikut mol ...
Anak_Nogori Post at 1-3-2011 09:27



   kes berjalan, tapi tiap kali masuk mahkamah asyik kantoi jah.... ingatkan paling terbaru bawak cctv dah kuat sangat dah bokti. ropanya taikh dan masa kejadian tak selari laa pulop....kah...kah...kah...
masuk jer kantoi.. masuk jer kantoi.... last2 jumpa DNA dinasour zaman purba kat celah gigi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2011 10:36 AM | Show all posts
kes berjalan, tapi tiap kali masuk mahkamah asyik kantoi jah.... ingatkan paling terbaru ba ...
slippergombak Post at 1-3-2011 10:34


Kes tak habis lagi totok dah cakap kantoi..kang kalau Anwar kalah..kot tak nak terima plak keputusan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:38 AM | Show all posts
Kes tak habis lagi totok dah cakap kantoi..kang kalau Anwar kalah..kot tak nak terima plak keput ...
Anak_Nogori Post at 1-3-2011 10:36



   yer la...yer laa... yg 98% kantoi tuh takper laa.. asal lekat 2 % pun cukup laa....

yg blogger umno bongkar gay hismamuddin husin kat hotel nikko tuh tak nak tepek ker..??
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:39 AM | Show all posts
Reply 18# slippergombak


   Blogger UMNO dedah Menteri Kabinet Gay dari Johor



Sebuah blog pro Gerombolan songkok tinggi mendakwa memperolehi maklumat sahih bahawa seorang Menteri Kabinet yang berasal dari Johor merupakan seorang gay. Blog tersebut turut mempersoalkan sama ada Najib sanggup untuk memecat Menteri ini seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.



Blog tersebut anotherbrickinwall.blogspot.com mendakwa menerima maklumat yang boleh dipercayai dari UMNO bahagian bahawa
menteri kabinet tersebut memiliki seorang "jambu"
yang sebelum ini bekerja di sebuah Jabatan Hal Ehwal korporat di sebuah bank utama di Kuala lumpur. "jambu" tersebut kini bekerja di sebuah syarikat pelaburan antarabangsa.

Menteri tersebut dikatakan selalu bertemu dengan "jambu" itu di Nikko Hotel.Malah didakwa begitu rapat sehingga boleh meminta wang dengan mudah sebanyak RM20,000 dari menteri berkenaan.



Meskipun blogger pro songkok tinggi tersebut cuba menyembunyikan wajah menteri tersebut, namun hasil pencarian ReJaM© di google, wajah menteri yang dimaksudkan telah terdedah. Jelas sekali disebalik objek hitam yang menutupi wajah menteri tersebut adalah
wajah lelaki yang serupa dengan Hishammuddin Tun Hussin Onn. Di bawah ini wajah menteri yang dimaksudkan.



Blog tersebut mendakwa Menteri yang dimaksudkan
bukan Hisyamuddin, tetapi menggunakan gambar Hisyamuddin yang dihitamkan. Apakah muslihat di sebalik cerita ini? Hanya blogger tersebut yang tahu.



source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/blogger-umno-dedah-menteri-kabinet-gay.html#ixzz1EzaStjt2




=== bukan aku yg kata, bukan PR yg kata.. tapi blogger umno sendiri yg cakap kan.. walaupun dah tahu lama dah anuar zain dapat proche kuning pree dari dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:42 AM | Show all posts
hahahahaaa....

Bekas Madu Noraniza Idris Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Mastura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.




opss.... layeeennn.............. layyeennnnnnnn.....................

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5588 Replies : 26
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11457 Replies : 108
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 260010 Replies : 6565
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga harga USD100,boleh bayar melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay,pelan pembayaran ansuran.
YgBenarPaderi Kristian jual lot tanah di syurga
Views : 8313 Replies : 10
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27981 Replies : 171
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6918 Replies : 21
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12378 Replies : 43
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76451 Replies : 3164
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117599 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.094383 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list