View: 21126|Reply: 381
|
"Mohon Taubat Sebelum Terlambat" - Menanggung Seorang Diri Kos Persekolahan Hampir RM11k, Ibu Tunggal Meminta Bekas Suami Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Bapa, Jangan Asyik Berseronok Saja!
[Copy link]
|
|
SUDAH tidak mampu bersabar lagi, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menuntut agar aktor berkenaan melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya.
Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata dia sudah meminta nafkah anak secara peribadi namun diabaikan menyebabkan dia memilih untuk bersuara di media sosial.
"Kepada yang berkenaan, bukan orang tak pernah minta personal, memang semua secara personal tapi tak ambil tindakan, jadi di sini saya ambil kesempatan ni untuk anda selesaikan tanggungjawab anda sebagai seorang bapa.
"Betul! Kes mahkamah masih dalam proses, jadi kalau nak tunggu perintah mahkamah, siapa nak bayar hal anak-anak?
"Pengurusan sekolah semestinya mencari bapa kepada pelajar, jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah sampai Umar dan Humairah tak perlu makan? Tak perlu sekolah?" luahnya.
Shuhada berkongsi perkara itu menerusi Instastory yang turut memaparkan tangkap layar perbualan pihak insuran dan sekolah anak-anaknya menuntut bayaran tunggakan.
Kata Shuhada, selama ini dia menanggung segalanya bersendirian dan hanya mengharapkan belas ehsan daripada ibu bapanya.
"Sepanjang perjalanan ini semua saya, Nurul Shuhada binti Mat Shukri yang tanggung semuanya.
"Di bantu oleh kedua ibu bapa saya juga, untuk semua urusan, kalau anda sedar dengan hukum Allah dan sebagainya mohon taubat sebelum terlambat. Peringatan mesra untuk anda," luahnya.
Dalam hantaran yang lain, Shuhada memberitahu pemilihan sekolah anak sulungnya itu dibuat atas nasihat pakar berdasarkan keadaan Humairah ketika itu selepas mengetahui ibu bapanya bercerai.
Mohon selesaikan bagi pihak Umar bin Muhammad Hafidz.
SHUHADA
BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI
Kata Shuhada kos persekolahan itu sahaja menelan belanja hampir RM11,000 dan dia perlu menanggungnya seorang diri.
"Tahun lepas sekolah di pilih berdasarkan nasihat psikiatri yang menitik beratkan hal emosi Humairah pada ketika itu.
"Saya sebagai seorang ibu menerima nasihat pakar dengan hati terbuka dan mencari nafkah untuk anak-anak sehabis baik yang boleh walaupun menanggung semuanya seorang diri selepas bercerai, jumlah persekolahan secara kasar (RM11k).
Umar bin Muhammad Hafidz. Jangan asyik berseronok saja," luahnya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia bersekolah di mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo...masalah T20 rupanya. Malas nak ambil peduli |
|
|
|
|
|
|
|
Anak girl ikut muka shungai. Nasib la ko nakk. Jgn perangai mcm shungai sudahh |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia pra sekolah ke? Pakai baju putih camtu mcm baju pra sekolah jer |
|
|
|
|
|
|
|
taknak kalah tu
baru tadika dah 11k
biar b40 tapi gaya T20 camtu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Baru kuar artikel hr dapat job terus merempan meroyan pagi2.
Tpi shuringaiii kenapa delete igs ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Astaga..masuk isu semasa pulak dh |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry to say, kalau jadi perempuan, dalam kepala otak kena sentiasa ready kot2 suami taknak bayar. Ko merempan nak buat apa dik oi. Hantar aje anak ke sekolah murah sikit. Nanti nak masuk uni pun banyak belanja oit |
|
|
|
|
|
|
|
Shungai nie delulu banyak sangat. Ko belajar dari acik rita rud ke. Tapi acik tu anak - anak terbela, ko ngai nampak anak tak terbela ja, asyik harap jantan ja tak sudah - sudah walau dah jejak kaki ke swiss, jepun bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku benci janda hodoh ni
Padan muka
Moga meroyan dan cikpit tak laku sampai sudah |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah replied at 24-6-2024 07:13 PM
sek intl ke smpi 11k?
Anak perempuan dulu sekolah kinderkaizen.
Anak laki Qdess |
|
|
|
|
|
|
| |
|