CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 59521|Reply: 24

[Tempatan] Secara fizikal dan mentaliti Azizulhasni masih mampu untuk ke LA28- Jurulatih

[Copy link]
Post time 16-8-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode
KETUA jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley mengakui Datuk Mohd Azizulhasni Awang bukan pelumba biasa-biasa dan masih berupaya untuk memecut pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.

Beasley bagaimanapun berharap semua pihak menghormati apa sahaja keputusan Azizulhasni yang berada dalam persimpangan mengenai hasrat persaraannya.

“Secara fizikal dan mentaliti Azizulhasni masih mampu untuk ke LA28.

“Saya menyokongnya. Saya hanya mahu melihat beliau terus mencintai sukan ini dan selepas itu membantu membangunkan sukan di Malaysia,” katanya.

Jurulatih dari Australia itu turut mendedahkan mengenai impian anak didiknya itu untuk menikmati perlumbaan keirin di Jepun.

“Harus diingat beliau sudah memikul tanggungjawab negara selama 19 tahun. Semua orang harus memikirkan mengenai aspek ini dan biarkan beliau menikmati perlumbaan (lain) buat seketika.

“Beliau tidak pernah dapat menikmati perlumbaan sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana sering berada di bawah tekanan begitu tinggi.

“Beliau tidak pernah berpeluang ke (siri) perlumbaan keirin di Jepun dan itu adalah (antara) hasratnya,” ujar Beasley.

Impian emas Azizulhasni pada Sukan Olimpik 2024 di Paris baru-baru ini tidak kesampaian.

Ia setelah penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dalam acara keirin dibatalkan selepas beliau didapati memintas pacer ketika menuju garisan permulaan.

Azizulhasni sebelum ini memberi bayangan Olimpik Paris sebagai yang terakhir dan kemudian sedia mempertimbangkan semula setelah berbincang bersama keluarga serta ibunya.


Sinar Harian


Single Polls, Total 26 Users voted

Count down: 2894 Days23 Hours33 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 09:45 AM | Show all posts
cukuplah...bagi pada pelapis pula. peluang dah banyak kali. nanti tewas buka kitab langgar janji sana sini pula
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mental ia..fizikal tu..skrg ni train la budak2 basikal lajak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 la kuda tua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 10:29 AM | Show all posts
this time aku sokong ko balik ke pangkuan keluarga... enuf le...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudahlahhh...jgn bazir duit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2024 11:23 AM | Show all posts
Bagi je la gi LA28 tengok lepas tu kalau DQ lagi ke nak tengok siapa la dia salahkan. Kalau dapat medal, nak tengok gak tahap poyo dia lagi melangit ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 11:39 AM | Show all posts
Sukan Malaysia ni selagi blh perah kudrat tua selagi tu la sukan Malaysia tak akan maju. Perah selagi boleh go go malysia go
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti anak tak kenal pulak.kesian tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:24 PM | Show all posts
tak abih lg cite rangtue nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 16-8-2024 02:26 PM

Sukan ni byk gunakan kedarat tenaga, lain la suka menembak ke..time tu umur pom nk masuk 40 pastu bersaing lak dgn players muda2.yg latest pon awal2 dah pancit n haukkk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 16-8-2024 01:46 AM
Mental ia..fizikal tu..skrg ni train la budak2 basikal lajak tu..

Budak2 bodoh susah tau nak train.

1. Bodoh tadak disiplin.
2. Tak faham arahan.

Sebab tu atlit, takleh bodo sangat blaja. Majoriti atlit tanahair ni memang golongan pandai sederhana dan pandai ke atas kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi org lain atau jgn bertanding langsung. Buang duit utk la 2028 kalau nak racing lagik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni serupa la atuk2 umur 70 an.......semangat mmg kuat membara nak kawin 4 anak dara.....tp dari segi fizikal ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-8-2024 04:11 PM
Budak2 bodoh susah tau nak train.

1. Bodoh tadak disiplin.

Suka komen uols ni...

Bukan mudah ye nak jadi atlet ni... tengok jela rutin diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 16-8-2024 12:05 PM
Suka komen uols ni...

Bukan mudah ye nak jadi atlet ni... tengok jela rutin diorang...


Memang. Ingat budak2 klas terpaling blakang tu tahan.

Sebab tu biasanya atlit yang cemerlang ni, budak2 pandai (bukan genius tapi boleh la blaja kat sekolah) ja. Ni tak ambik kira atlit Paralimpik ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-8-2024 08:07 PM
Memang. Ingat budak2 klas terpaling blakang tu tahan.

Sebab tu biasanya atlit yang cemerlang ni,  ...

Setuju!

Sebab tu iols kagum dengan atlit2 yang berjaya dalam pelajaran & sukan... bukan senang ye nak bagi masa tu... iols tengok diorang punya clip video masa latihan tu pun sangat2 tough...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Next Olympic umur dia 40..cukup lah 3 kali sukan olympic dia bertanding...Malaysia patut invest kat pelapis2 azizul pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah-sudahlah tu jijoe.
Toksah lah ingat lagi.
Move on.
Jagalah kesihatan & keluarga.
Lepas bersara spend masa dgn keluarga je la.
Biar la budak muda ni semua pi masuk pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua org ada impian.
Semua org ada nikmat yang ingin dikecapi.
Tapi dah sampai masa diberi utk org lain.
Hari tu aku terkesan dan sedih juga sebab tak merasa emas pertama sebagai salah seorang rakyat Malaysia, tapi aku rasa tak realistic dan practical dah utk memenuhi impian dan nikmat yg dikecapi mamat ni.
Just enough. Move on please.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.079988 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list