CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 40332|Reply: 24

[Tempatan] Menghilang Bersama Anak2 Sejak Februari

[Copy link]
Post time 31-8-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan bekas jururawat wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Jalan Kesum 24/37 Seksyen 24, Shah Alam, 16 Februari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, Orang Hilang (OH) ialah Che Nurul Izzah Che Salim, 36 tahun.

Katanya, laporan itu dibuat pada pukul 9.27 malam di Balai Polis Damansara.

“Mangsa pernah berkhidmat di KPJ Damansara sebagai jururawat dan telah berhenti kerja pada 29 Ogos lalu.

“Kakak mangsa memaklumkan adiknya telah keluar rumah bersama anak-anaknya pada 16 Februari lalu dan tidak tahu tinggal di mana.

“Wanita ini sudah bercerai serta mempunyai anak lelaki dan perempuan berusia 11 serta sembilan tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Shahrulnizam, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh salurkan di balai polis berhampiran.

Tegas beliau, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan.

- KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bookmark dulu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai orang gila sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
so anak2 dia x prgi sekolah ke.
semoga selamat la ank beranak ni risau skrng hilang2 mmg dah kna bnuh cmpak kt mna2
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 12:08 AM | Show all posts

- Bekas jururawat KPJ damansara- Umur 36

- baru resign 29hb
- ada anak 2 orang
-  cerai.

lokasi kejadian ke KPJ Damansara tu boleh tahan jauh.


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulan Feb hilang kenapa baru skrg nak report polis...
Nak cari camner...pi lah siasat ex husband dia dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2024 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham...resign 29 Ogos....hilang 16 Februari...kenapa tak cari kat KPJ je sebelum 29 Ogos....ke aku yang tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
29 Ogos lalu tu, kelmarin dulu ke tahun lepas?

Bodoh reporter ni, tak reti menulis!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarikh tu buat confuse..dr feb-ogos tu buat apa family member?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena bunuh or lari hutang
Ni templat kes akhir2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Means antara feb dan ogos confirm masih hidup. Hanya pd 29hb ogos lepas dia berhentia dr kpj yg family tak tahu keberadaan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
punchup replied at 1-9-2024 01:37 AM
Tak faham...resign 29 Ogos....hilang 16 Februari...kenapa tak cari kat KPJ je sebelum 29 Ogos....ke  ...

Yer... 29 Ogos lalu tu mengelirukan.

Kalau ikut logic urutan masa
Berenti keje 29.8. 2023
Hilang 16.2.2024
Buat hebahan / laporan hilang semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita ni ceritanya tak habis. Yg kita tau 10% aje. Dia hilang. Itu je. Ada lagi back back stories kita tak tau. Klu dah lari bawa anak anak tu adalah isu serius tu. Kemungkinan besar dikejar along diugut bunuhke apabenda ke.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:41 AM | Show all posts
16 Feb kuar umah -> dan x tau tinggal mana

tapi tau keje kat mana iaitu KPJ - till resign 29 Ogos

--

so, selepas kuar umah 16 Feb, famili tau dia keje kat KPJ tp x tau tinggal kat mana

bila dia resigned 29 Ogos...

trus x tau kat mana lokasi dia berada
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku suami abusive. Dia lari bawa anak. Cuba tengok jiran korang yang raya pun tak balik kampung, baru pindah, hidup dengan famili tu je, kawan2 pun kawan anak di sekolah.
Kalau perangai derang baik2 je, jangan korang sibuk bertanya. I know 2 families yang macam ni. Tahu pun dari anak dia, schoolmate my son. Mula2 x caya tapi after years his story consistent. Biarla.

Sorry ot, but domestik violent itu benerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 1-9-2024 02:39 AM
29 Ogos lalu tu, kelmarin dulu ke tahun lepas?

Bodoh reporter ni, tak reti menulis!


ke sbb dah tak dtg keje since Feb… so diberhentikan dari KPJ baru2 ni.. which is 6 months after she went missing
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
theotherfriend replied at 1-9-2024 09:56 AM
Iols speku suami abusive. Dia lari bawa anak. Cuba tengok jiran korang yang raya pun tak balik kampu ...

Aku setuju. Kalau perangai baik2 shj, biarlah jgn diganggu. Sampailah mereka sendiri minta tolong kita tolong semampu yg boleh.

Ada family yg raya tak balik mana2 itu kdgkala family problem. Mungkin ada yg jauhkan diri utk jaga hati.

Domestic violence ini victim biar dia sendiri reach out.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan anak2 tak sekolah. Aku doakan semoga apa jua ada pertolongan & urusan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak respek utk org mcm ni. Anak2 dia tak lupa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076170 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list