|
KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan ‘Jojo” Ghazali Zulfikar sekali lagi melakukan kejutan apabila berjaya menumbangkan jaguh Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz di gelanggang Ball Arena, Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Pada pertarungan ONE 168: Denver tersebut, Jojo yang sebelum ini tumbang kepada petarung dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat di Bangkok, Thailand pada Jun lalu menampilkan aksi cukup matang selepas bangkit menewaskan Cruz menerusi kiraan knockout (KO) seawal pusingan pertama.
Pada aksi flyweight muay thai tersebut, bintang muda berusia 17 tahun itu tampil agresif dan berjaya menjatuhkan lawannya itu tetapi petinju Mexico itu bangkit apabila berjaya melepaskan beberapa tumbukan untuk mengekang asakan Jojo.
Asakan demi asakan, Jojo yang dilihat berdepan masalah selepas terkena tumbukukan lawannya itu berjaya meloloskan diri untuk mengelak tewas lebih awal.
10 saat sebelum pusingan pertama berakhir, Jojo terus mengejar lawannya dan tumbukan tangan kiri tepat menghinggap kepala lawannya itu menbolehkannya meraih kemenangan dengan keputusan kiraan knockout (KO) selepas Cruz gagal untuk bangkit meneruskan perlawanan semula.
Hasil kemenangan tersebut, Jojo melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan berjaya meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
- KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|