CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9949|Reply: 20

[Dunia] Anak Muammar Gaddafi maut ditembak

[Copy link]
Post time 4-2-2026 10:35 AM | Show all posts |Read mode
ZINTAN: Saif al-Islam Gaddafi, anak kepada bekas pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi, dilaporkan maut selepas ditembak dalam satu serangan yang disyaki sebagai pembunuhan terancang.
Kematian tokoh berusia 53 tahun itu disahkan oleh ketua pasukan politiknya menurut Agensi Berita Libya.
Saif al-Islam sebelum ini dilihat sebagai pewaris utama kepada bapanya yang memerintah Libya selama lebih empat dekad.
Menurut peguamnya, Saif al-Islam ditembak mati di kediamannya di bandar Zintan oleh satu unit komando yang terdiri daripada empat lelaki.
Namun, pihak berkuasa belum mengenal pasti dalang di sebalik serangan tersebut.
Bagaimanapun, terdapat versi berbeza mengenai kejadian itu apabila saudara perempuannya memberitahu sebuah stesen televisyen Libya bahawa Saif al-Islam meninggal dunia berhampiran sempadan negara itu dengan Algeria.
Saif al-Islam merupakan antara tokoh paling berpengaruh dan digeruni di Libya selepas bapanya, yang digulingkan dan terbunuh dalam kebangkitan rakyat pada tahun 2011.

Dilahirkan pada 1972, beliau memainkan peranan penting dalam usaha Libya menjalinkan hubungan lebih rapat dengan negara Barat sejak tahun 2000, sebelum kejatuhan rejim Gaddafi.
Selepas kejatuhan bapanya, Saif al-Islam ditahan oleh sebuah militia pesaing di Zintan selama hampir enam tahun.
Beliau dituduh terlibat secara langsung dalam tindakan keras terhadap protes anti-kerajaan yang mencetuskan kebangkitan rakyat.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebelum ini mahu mengheretnya ke perbicaraan atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan penindasan demonstrasi pada 2011.

Pada tahun 2015, sebuah mahkamah Libya menjatuhkan hukuman mati secara in absentia terhadapnya.
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, Saif al-Islam berpengaruh besar dalam pembentukan dasar dan rundingan berprofil tinggi, termasuk perjanjian yang membawa kepada Libya meninggalkan program senjata nuklearnya.
Langkah itu menyaksikan sekatan antarabangsa terhadap negara Afrika Utara tersebut ditarik balik, dan beliau ketika itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai wajah reformasi Libya.

Saif al-Islam sebelum ini menafikan hasrat mewarisi kuasa bapanya dengan menyatakan bahawa kuasa bukan 'ladang untuk diwarisi'.
Namun, pada tahun 2021, beliau mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya presiden Libya yang akhirnya ditangguhkan tanpa tempoh masa yang ditetapkan.- Agensi/Sinar Harian




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak faham kenapa diorang tak suka Muammar Gadafi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:47 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 4-2-2026 08:16 PM
Aku tak faham kenapa diorang tak suka Muammar Gadafi.

dia diktator kan



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang libya rosak.
Dulu ada main contractor malaysia dapat buat projek perumahan di sana. Tengah2 construct tiba2 negara bergolak. Terpaksalah caucincau.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 01:54 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 4-2-2026 08:16 PM
Aku tak faham kenapa diorang tak suka Muammar Gadafi.

cia laknatullah mmg tak suka orang yang tidak sealiran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 02:36 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 4-2-2026 08:16 PM
Aku tak faham kenapa diorang tak suka Muammar Gadafi.

Maklumat sekarang kebanyakkannya disiarkan oleh CNN atau sekutunya. Tujuan untuk propaganda dan mungkin tidak mencerminkan situasi sebenar. Sekarang banyak maklumat yg orang baru tahu;
1). Muammar Gaddafi menyediakan rumah untuk setiap penduduknya
2). Pendidikan dan Kesihatan adalah percuma
3). Merancang untuk menggunakan wang emas/dinar dan menggantikan US Dollar
Antara sebab dia disingkirkan kerana mengancam aturan dunia yg dibayangi Amerika
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 5-2-2026 01:54 PM
cia laknatullah mmg tak suka orang yang tidak sealiran

Rasanya ramai orang Libya masih tak suka Muammar Gadaffi. Sebab masa aku pergi umrah, kalau sebut Muammar Gadaffi Good diorang jeling macam marah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 4-2-2026 08:47 PM
dia diktator kan

Ye aku rasa dia punca dia ditaktor, sebenarnya sampai sekarang orang Libya ramai tak suka Muammar Gadaffi walaupun dah arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
muammar and saddam dua2 ada perangai sadist yg buat rakyat sendiri benci.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku baca, zaman MG, Libya elok je.. lepas dia kena guling, terus kucar kacir.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 5-2-2026 05:44 PM
Yg aku baca, zaman MG, Libya elok je.. lepas dia kena guling, terus kucar kacir.

Ini pendapat kita, tapi orang Libya sampai sekarang tak suka Muammar Gadafi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:01 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-2-2026 02:58 PM
Rasanya ramai orang Libya masih tak suka Muammar Gadaffi. Sebab masa aku pergi umrah, kalau sebut  ...

tapi hakikatnya keadaan di Libya jauh lebih baik pada era Allahyarham mentadbir.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 8-2-2026 10:01 AM
tapi hakikatnya keadaan di Libya jauh lebih baik pada era Allahyarham mentadbir.

Ya, tapi pendapat orang Malaysia tak sama dengan orang Libya. Pemahaman Islam orang Malaysia pun tak sama cara orang Arab dan Libya faham Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sherammm, pernah tgk docu The House of Saddam n The Devil’s Double mcm. tu lah psl pemerintahan saddam n bodygurad anak dia yg kena jadi body double uday saddam kut, wah ereb klu ada kuasa mmg sherammm dorg punya jahattt. So aku tak heran gadafi ni rakyat tak suka. Aku pnh tgk kat u tube gadafi selak muka pompuan yg pakai apa tu tirai muka kat public, boleh gitew? Mmg tetuk perangaiii. Katanya pegi melawat sekolah klu dia berkenan budak pompuan lawa mmg habis budak2 ni, teruk sgt perangaiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 07:07 PM | Show all posts
Ada sorg nama Aicha anak gadafi ni duduk negara ereb mana ntah lps gadafi kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:37 AM | Show all posts
zaman dulu sapa control media, dia control naratif
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:42 AM | Show all posts
Yg pelik, dah guling dan bunuh Gadaffi pon, tetap lah Libya tu huru hara. Time tu dengar  lagi cakap NATO. Lepas mati je Gadaffi, takde pemimpin, lagi teruk jadinya, NATO pon blah. Pepandai komerrrr la rakyat Libya nak hidup. Janji deyols dapat matikan Gadaffi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Libya... Iraq... Countries yang dictator jatuh apabila rakyat mahu democracy...closest example N. Korea... But bukan totally isolate seperti N. Korea.... Gomen control and provide everything.... But ko susah mahu kaya... Unless jadi penjilat..

Cons :
rakyat tiada rights untuk speak... No democracy hak untuk vote...
Businesses semua government control...
No personal/private ownership... Poors akan pro gomen... Rich akan stuck...

Saddam... Gadaffi and khomeini sama saja suka public execution ...

Gadaffi pernah public hanging his opposition... Dictactor lain sama...

Dahulu siapa kutuk zelensky... Catch citizen hantar perang.... Saddam lebih teruk... If family lari dari perang.. Saddam execute family members... Tidak kira children.. Old folk or women...

If mahu jumpa victim dari dictactor ini... Di US banyak... Selalu nya depa isolate dari socmed... Protest etc... Sebab freedom cost them own blood to sacrifice...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.267230 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list