CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11688|Reply: 24

Wanita rogol lelaki untuk kumpul air mani

[Copy link]
Post time 3-3-2012 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by contactlens at 3-3-2012 22:48

(Dari kiri) Sophie dan Netsai serta Chakwizira meninggalkan Mahkamah Majistret Harare, kelmarin. — Gambar AF




ini bukan mangsa rogol ye...hiasan je..


Zimbabwe – Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam.


Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.
Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.

Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.
Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.

Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.

Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.

Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.
.
Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.
Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.

Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.
Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.

Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: “Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut.”

Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata “Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini.”
“Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih.”

Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.
”Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,”katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang “panas” di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215).





Kumpulan wanita rogol lelaki dakwa diugut bunuh


HARARE: Tiga wanita Zimbabwe yang didakwa menyerang lelaki untuk mengumpul air mani bagi menjalankan upacara tertentu, telah menerima ugutan bunuh, peguam mereka memberitahu mahkamah di Harare kelmarin.

“Kami mengesahkan mereka menerima ugutan bunuh.
“Setiap kali muncul di khalayak ramai, mereka telah diserang, dihina dan dicemuh orang ramai,” peguam bela Dumisani Mthombeni memberitahu mahkamah semasa pendengaran praperbicaraan.
“Sebarang kemunculan di khayalak ramai akan memberi peluang bagi sesiapa sahaja yang telah mengugut untuk mencederakan mereka,” kata Mthombeni.
Sophie Nhokwara, 26, dan adiknya Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28, telah ditangkap awal Oktober lalu dan didakwa melakukan rangkaian serangan seksual terhadap lelaki.
Thulani Ngwenya, 24, teman lelaki salah seorang tertuduh, juga didakwa.
Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin AS$300 setiap seorang dan menyerahkan pasport, dengan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 26 Januari.
Mereka dituduh menyembur seorang pemuda berusia 19 tahun dengan ubat pelali selepas menumpangkan mangsa di dalam kenderaan mereka Mac lepas.
Pada 22 Ogos, mereka menumpangkan seorang anggota tentera dan memaksa mangsa melakukan seks tanpa kondom dengan mereka selepas mengugut untuk menembaknya, jelas mahkamah.
Dalam kes lain, mereka bertiga dikatakan telah berhenti bersebelahan seorang konstabel polis, mengheretnya masuk ke dalam kereta selepas pura-pura bertanyakan arah dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengan mereka.
Mereka dikatakan telah menggunakan kereta yang berlainan untuk mengambil 14 lelaki lain dan memaksa mereka melakukan hubungan seks dengan mereka.
Mereka ditangkap ketika terlibat dalam satu kemalangan dan polis menemui 31 kondom yang telah digunakan di dalam but kereta tersebut. — AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2012 11:17 PM | Show all posts
ade ke yg rela jadi volunteer nak kene rogol di wanita kulit hitam ni

is there anyone would like to be volunteer to get raped by dark skin female
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 11:34 PM | Show all posts
mangsa stim ker kalo kena rogol paksa nie???
naik ker boboi tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 11:56 PM | Show all posts
di luar jangkauan....ahhhh betul2 di luar jangkauan aku ni


camne lak leh rogol dan siap leh kumpulkan air mani lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:35 AM | Show all posts
ade ke yg rela jadi volunteer nak kene rogol di wanita kulit hitam ni

is there anyone would like  ...
akubaik3 Post at 3-3-2012 23:17


kl pompuan kulit putih... terus jadi sukarela ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:41 AM | Show all posts
boleh kira rape ke kalau lelaki pun leh stim,siap leh kuar semen lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2012 01:39 AM | Show all posts
susah la orang tak belajar sains ni.
lelaki kalau dah sapa2 gosok pun benda tu memang la akan stim dan terpancut tak kira la muka hantu pocong ke makcik gemuk ke
tapi bila dah stim dan terpancut tu bukannya tanda dia suka atau nak
tak caya gi la buat kat sapa2

dulu kat sekolah ada budak kena lancap paksa
dia menangis ingat dia dah jadi gay sebab ada bapuk lancapkan sampai pancut
bodoh betul punya budak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:05 AM | Show all posts
Reply 7# sarcofago

Org yg lancapkan tu lah yg bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 10:08 AM | Show all posts
ade ke yg rela jadi volunteer nak kene rogol di wanita kulit hitam ni

is there anyone would like  ...
akubaik3 Post at 3-3-2012 23:17




Kalu beyonce yg rogol cam na pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:14 AM | Show all posts
dunia dh terbalik dh wanita plk yg rogol laki2...hmmm{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:40 AM | Show all posts
Reply 2# akubaik3

is there anyone would like to be volunteer to get raped by dark skin female


You such a Racist!!!!!

Owang Rasis akan masuk nuraka Paling Bawah untok sulama lamanya...... {:4_502:} {:4_502:}menurut ajaran kitab puak pencacai liberaL
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 11:18 AM | Show all posts
dasyat tul pompuan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 11:45 AM | Show all posts
ade ke yg rela jadi volunteer nak kene rogol di wanita kulit hitam ni

is there anyone would like  ...
akubaik3 Post at 3-3-2012 23:17



    lelaki ni tak kisah warna kulit,asal ada lobang..

tak yah la racist sgt ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:39 PM | Show all posts
laki neh tgk pompuan seksi pon stim, neh kan pulok dah kena pegang2
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 02:53 PM | Show all posts
sorry kalau ade yg terasa, makusd aku, hitam macam org afrika tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 07:45 PM | Show all posts
maksudnyer...walau dirogol...mencapai kepuasan juger lah yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 09:40 PM | Show all posts
macam2 hal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 09:59 PM | Show all posts



walaupon gambo tipu tp aku trasa lawak sungguh ahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 01:58 AM | Show all posts
Reply 3# HaMiZiE


    Bila kita nak dirogol ni??
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 08:17 AM | Show all posts
sape2 nk dirogol, bercuti la ke afrika
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.255201 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list