Penduduk kampung dari Liucunbu, masyarakat luar bandar dibarat China Xi'an, menemui mainan seks (sex toy) ketika sedang melakukan kerjamenggerudi. Oleh kerana bingung dengan apa yang mereka temui, mereka punmenghubungi Xi'an TV station, yang terus menghantar wartawan wanita mudaYunfeng Ye ke lokasi kejadian.
Selepas membuat kajian, Ye pun mula mengulasdengan ayat ''Kita boleh lihat ada sesuatu seperti mulut dan di sisi lainterdapat satu lubang yang menghubungkan semua jalan hingga ke hujung yang lain.Ia sangat licin dan kenyal seperti daging''. Ye mendakwa bahawa ia sejeniscendawan 'Taisui' yang jarang ditemui dan hanya tumbuh dalam keadaantertentu.
Walau bagaimanapun, ramai penonton siaran itu yang telahmenghubungi stesen TV Xi'an dan mengatakan bahawa misteri 'cendawan'itu sebenarnya mainan seks. Seorang pengguna telah menulis ''Bagaimanaanda tidak tahu perbezaan antara silikon dan kulat organik?'' dan satu lagimenyatakan ''Itu langsung tidak serupa seperti cendawan - adakahorang-orang stesen TV ini tidak melakukan penyelidikan mereka?''
Pada hari selepas program itu disiarkan, pihak stesen TVtelah memohon maaf melalui Sina Weibo, sebuah laman web blog Cina.
kredit jennykaleyn.blogspot
|