CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5129|Reply: 44

Pelawak terkenal Imuda kerugian RM7,000 rumah dipecah masuk

[Copy link]
Post time 28-8-2012 04:43 PM | Show all posts |Read mode
28 Ogos 2012

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.
   
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
   
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.
   
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
   
Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
   
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
   
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
   
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama



Credits: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 04:45 PM | Show all posts
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 04:48 PM | Show all posts
maxim posted on 28-8-2012 04:45 PM
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.

perompak tu sempat beraya kat umah Imuda....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 04:59 PM | Show all posts
mmg kurang ajaq punya pencuri. tapi buat penat je Imuda p buat report. Polis x kan dapat tangkap punya... banyak lagi kerja polis nak buat.

sekarang ni jenayah makin meningkat. perompak pulak bermaharajalela. Polis plak duduk diam saja. aku terkena dah. Kerugian hampir rm10k tapi sampai sekarang polis x dapat apa2 berita pun. Diam macam tu je la.. Oh malaysia ku!!!! Last edited by hartanahmalaya on 28-8-2012 05:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 05:10 PM | Show all posts
SEMOGA PEROMPKA MENDAPAT BALASAN SETIMPAL
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 05:11 PM | Show all posts
mak aihh.. sempat makan kuih raya tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2012 05:15 PM | Show all posts
adusss...mmg cukup bangsat itu pencuri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 05:15 PM | Show all posts
dulu penah umah kena pecah masuk...repot polis bagai sume...tp smpi skrg xde ape2 feedback...mmg aku sumpah penyangak2 ni mati kena langgar lori sampah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 05:16 PM | Show all posts
semua kes pecah rumah polis mmg tak dapat tangkap kan culprit semua tu?agaknya dalam 100 kes berapa jela yg dapat tangkap, sebab mmg hampir mustahil dapat tangkap

macam area rumah aku ni mmg ada yg menyewa utk buat jenayah, senang pecah n lari masuk rumah dia dgn cepat tanpa dapat dikesan...tunggu turn pecah masuk rumah yg lain plk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 05:28 PM | Show all posts
semalam pun kawasan perumahan aku kat ukay perdana pun ada kes pecah masuk tapi pencuri tu dapat dibelasah dan ditangkap penduduk. padan muka. orang melayu, badan tegap, muka leh tahan, pakaian branded plak tu. berani plak dia sorang2 buat keje tu. dia bukan penduduk kat situ. bahaya orang mcm tu..tengok penampilan nampak baik, tapi rupanya keje pecah rumah siap ada peralatan memotong bagai! bila dah kena belasah baru tau erti penyesalan...!:@

sorry ter off topic.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 05:28 PM | Show all posts
apa lagi budin.. hang pi la bagitau dekat sahabat kariiiiiiiiiiiiiiiib hang si wan ismail golok.. dia kan penyiasat bebas

(pi mai pi mai tang tu)
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
pasang lah cctv... siap yg boleh tgk online lagi.. murah je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:11 PM | Show all posts
tmn datuk ahmad razali celah mana rmh dia. dkt2 rmh babysitter aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:14 PM | Show all posts
hartanahmalaya posted on 28-8-2012 04:59 PM
mmg kurang ajaq punya pencuri. tapi buat penat je Imuda p buat report. Polis x kan dapat tangkap pun ...

Jgn la salahkan polis 100%. Pasukan polis bukannya Tuhan kejap je boleh tau sape penjenayah & terus g tangkap. Diaorg pun ada prosedur mana2 kes yg perlu diberi keutamaan.

Kalo brg dh ilang kena rompak tu & x dpt kembali semula, anggap je la rezeki takat tu je.
Kdg2 kita kena muhasabah diri gak... zakat ada miss byr x? sedekah dh lama x buat kah? kdg2 Tuhan tarik sedikit rezeki kita dgn cara mcm ni. So x perlu nk komplen2 polis sbb diaorg ada beribu2 kes lagi nk dihadap & disettle, bkn kes kita sowang jah.... lain la kita ni vvvvvvvvvvip.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:15 PM | Show all posts
Malaysia dah turun dah kadar jenayah nya...kata Hisham Hussin la....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:18 PM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 28-8-2012 06:14 PM
Jgn la salahkan polis 100%. Pasukan polis bukannya Tuhan kejap je boleh tau sape penjenayah & teru ...

stujuk


apa2 pn jgn la ckp "buang masa je report polis sbb dorg mmg xkan dpt tangkap".. wat je report kalau jadik pape lain kali senang..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 06:33 PM | Show all posts
modus operandi mcm sama ja dgn penyangak yg rampok & opis iols....mentekadarah/ambik makanan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:57 PM | Show all posts
bila ujian dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 07:16 PM | Show all posts
skrg byk betul perompak buat betul2 cam umah sendiri...mentekedarah lahh,terberak la ,terkencing la
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 07:32 PM | Show all posts
siap makan tu... isk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.199450 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list