Jika Britain mempunyai British Special Air Service
(SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Pal
estin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-
Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan
tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada
masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000
orang.
SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH
[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.
Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.
Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!
Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!
via Dr. Zainur Rashid Zainuddin
shared by Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s
Doa umat Islam seluruh dunia mengiringi mereka. Moga Allah lindungi saudara kita di sana.
Pertempuran di sana kali ini, sangat memberi kesan emosi pada aku secara peribadi.
Post time 13-7-2014 01:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Respect dgn org palestin. Walaupun hari2 diserang israrl. Warga palestin hari2 ada yg mati diorabg tetao standstill di bumi palestine utk mempertahankan negara mereka.
Berlainan dgn israel. Baru kena serang dgn al qassam ramai bertempeliaran gi epot nak kuar dr israel. Nampak sgt dasar penumpang perampas tnh org.
hmmmm....masuk kat board ni 13-7-2014 la kiranya ye.
Pelik jugak...takder ke geng anti arab nak menghentam di belakang skrin......
Aman je...Harap dapat dikekalkan keamanan topik ini....
30 tahun ke bawah tuu........
Lapangan Terbang Ben Gurion kini penuh sesak dengan warga Israel yang ingin menlarikan diri meninggalkan Israel.
Semuanya ketakutan akibat diserang hebat oleh roket terbaru Al-Qassam semalam.
Keadaan kacau-bilau sehingga ada kapal terbang yang terpaksa mendarat cemas.
Briged Al Qassam meneruskan serangan ke atas Tel Aviv.
Siren kecemasan dibunyikan di seluruh Israel.
Masjid masjid sekitar Gaza bergema dengan laungan takbir Hari Raya meraikan roket-roket yang dilancarkan Hamas.
Teruskan munajat kita.
Rejim Zionis masih teragak-agak samada mereka akan meneruskan pertempuran kali ini dengan memasuki Gaza dengan jalan darat setelah Gaza diserang daripada laluan udara dan laut.
Apa tidaknya, pertempuran di bulan Ramadan kali ini tentunya adalah satu keputusan yang cukup besar perhitungannya kerana semangat yang ada di kalangan pejuang Hamas dan rakyat kebanyakan Palestin yang menyokongnya berada di paras yang tertinggi.
Hamas telah menamakan siri peperangan ini sebagai :
1- Perang 2008-2009 dikenali sebagai Perang al Firqan (Pembeza di antara hak dan batil)
2- Perang 2012 pula dikenali sebagai Perang al Hijarah as Sijjil (Batu-batu dari neraka)
-3 Perang 2014 ini pula dipanggil sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).
Pasukan pejuang yang didominasikan oleh Briged al Qassam telah dan akan terus melakukan kejutan demi kejutan bagi menggagalkan serangan tentera penjajah Zionis ini memasuki bumi Gaza sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Mereka akan terus mengajar keangkuhan rejim penjajah ini dengan sebaik-baik pelajaran yang hakikatnya perit untuk diterima dan gerun untuk mereka berhadapan dengannya.
Semoga Allah membantu dan memberikan kemenangan para pejuang yang berkorban untuk mempertahankan masjid al Aqsa dan bumi Palestin daripada terus dijajah musuh durjana.
Semua penduduk Israel diminta mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan tepian pantai dan tentera marin Israel dalam keadaan berjaga-jaga berikutan dikhuatiri serangan hendap yang bakal dilakukan oleh tentera komando laut Hamas daripada tepian pantai.
Laporan ringkas operasi serangan balas J80 Briged Izuddin Al-Qassam ke atas Israel semalam.
- 2 roket J80 yang dilengkapi dengan teknolgi anti iron dome berjaya sampai ke Beit Yam dan meletup tanpa dapat dipintas oleh iron dome.
- 4 roket J80 yang tidak dilengkapi dengan teknologi anti Iron Dome berjaya dilepaskan ke Beir Sabi' namun salh satunya berjaya dipintas oleh Iron Dome.
- 4 roket lagi berjaya dilepaskan menuju Utara Tel Aviv dan meletup dengan jayanya.
Media Israel melaporkan bahwa kelahiran bayi di Hospital Asrako diBeir Sabi' meningkat hampir 10% akibat kekalutan yang dihasilkan bunyi siren keselamatan dan bunyi roket-roket serangan balas pejuang yang memcah masuk ke langit Beir Sabi'.
Sumber;
SHEHABNEWS
x paham dengan ni.. kenapa lak kelahiran baby meningkat sebab bunyi siren....
Keberhasilan Hamas menembusi benteng pertahanan Israel di Tel Aviv dan kejutan mendatang adalah bukti Hamas mampu mencipta "kemusnahan kekebalan Israel".