|
PETALING JAYA – Satu kajian oleh sebuah enjin carian seks terkenal dunia menunjukkan rakyat Malaysia gemar mencari kata kunci ‘Malay’, ‘Malaysia’ dan ‘Japanese ‘ apabila melayari bahan pornografi dalam internet.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Robinson, tiga perkataan itu ‘mengungguli’ carian teratas rakyat Malaysia dari bulan Ogos 2012 hingga Januari 2013.
Katanya, ia adalah sebahagian daripada empat juta carian oleh rakyat Malaysia di laman web tersebut dalam tempoh enam bulan atau kira-kira 22,000 sehari.
” Malaysia adalah negara ke-19 yang paling popular di laman web,” katanya sambil menambah bahawa laman webnya menerima lebih 270 juta carian di seluruh dunia dalam tempoh yang sama.
Kajian laman web berkenaan juga menemukan satu perkara yang mengejutkan.
Di Lebanon, antara kata kunci yang sering dicari oleh penggemar pronografi di negara itu adalah ‘najis manusia’
Menurut Robinson, laman webnya cepat mendapat populariti kerana “ketepatan keputusan” yang diperoleh hasil dari carian pelayarnya. – The Star
JonLabu dan Lavacall sila dialu2kan komen
http://mynewshub.my/?p=166111
|
|