View: 4175|Reply: 31
|
[Tempatan]
20 Pengganas Sulu Bersenjata Culik Nelayan Di Sabah Berhampiran Pulau Mabul~!
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.
Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.
Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.
Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.
Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan
Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.
Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.
“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.
“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya. – The Star
Read more: http://www.blogbahni.com/2013/09/20-bersenjata-culik-nelayan-di-sabah.html#ixzz2dtx9LQ7q
|
|
|
|
|
|
|
|
Again?
Pesal cam senang jek tembus masuk? |
|
|
|
|
|
|
|
senang bebeno nak ceroboh ekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka Bukan Pengganas - Abam Hisham. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan berita minggu lepas ke?? Atau ada lg incident?? |
|
|
|
|
|
|
|
sulu ni tak serik-serik.... dasar lalun |
|
|
|
|
|
|
|
Aawwww... menejrit lagi abang isham ni kang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perairan Msia dah tak selamat. apatah lagi kat bandar2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
suku sakat simunggu la tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak bole leka sikit.. abis dia masuk balik |
|
|
|
|
|
|
|
jaraknyer dekat sgt..perairan plak beso ya amat..senang la nk kuar masuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana askar2 kita yang ditugaskan untuk mengawasi perairan kat sana...
Escom mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kes tergempar lagi memberatkan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
berita minggu lpas neh.. Last edited by stars83 on 4-9-2013 03:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup tentera ke smpi nelayan pon jadi nak diculik? |
|
|
|
|
|
|
|
SABAH- Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.
Menurut saksi,pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran,bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.
Menurut sumber,seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut.Pihak Berkuasa ESScom sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan Pengganas Sulu tersebut yang dipercayai berada disekitar pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.
Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber dari fb kelab penyokong polis diraja malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana senang nk tembus? xde rondaan ke? letak la kapal perang kat situ. or kapal selam ke |
|
|
|
|
|
|
|
PongKang posted on 13-7-2014 04:48 AM
mcm mana senang nk tembus? xde rondaan ke? letak la kapal perang kat situ. or kapal selam ke
bxxxt anak ko pun senang2 je kena tembus oleh boyfren dia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|