Masalah bluetick kat dalam aplikasi Whatsapp di Malaysia ni nampaknya parah jugak noh. Ramai yang ingat bila naik bluetick mesti orang yang kita mesej tu cuma baca je tapi tanak reply. Dorang ni bukan fikir kita ada masalah ke apa ke.. Tahu nak marah je bila tak reply.
Betul tak?? Macam kes sorang budak sekolah ni.. Haaa padan muka dia fon kena rampas. Lepas tu masalah pulak bila kawan asyik hantar mesej Whatsapp, kena cikgu sekolah pulak baca hahahaha! Yang si kawan tu plak ingat dia tak pergi sekolah.
Haishh macam-macam noh.. Siap maki-maki lagi tak balas mesej dia. Apa yang kelakarnya marah betul dia bila kawan dia bagi bluetick je tanak balas.
Sekali kena cikgu disiplin yang balas mesej.. Dah tu tak percaya pulak tu yang fon kawan dia kena rampas. Hadoiiii kacau betul la budak sorang ni, sampai kena cikgu buat voice note baru nak percaya. Apa punya orang la budak-budak ni.. Pasal bluetick pun nak gado.
Tapi ada juga pasal bluetick pasangan couple sampai putus hubungan dan yang lebih parah ada sampai suami isteri pun bercerai.
|