CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25029|Reply: 136

Awas!! Jangan Curi-Curi Ambil Gambar Saya - Amaran kak Anuar Zain

[Copy link]
Post time 7-8-2015 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Changa at 7-8-2015 12:05 PM

http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... /anuar-zain-amaran/


"Jangan Curi-Curi Ambil Gambar Saya" - Amaran Anuar Zain



PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain meminta peminat atau orang awam tidak mengambil gambarnya secara sembunyi lalu menyebarkan maklumat lokasi dia berada secara terbuka di media sosial.

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, perkara tersebut dianggap sebagai menceroboh privasinya selain mendedahkan dia kepada bahaya keselamatan diri.

”Tindakan seperti ini boleh dikatakan tidak beradap kerana jika ada orang yang cuba nak buat khianat, mereka dengan mudah tahu lokasi saya berada.

"Kalau nak ambil gambar saya boleh tetapi perlu beritahu dan minta kebenaran. Jangan ambil gambar saya curi-curi dan dedahkan di laman sosial maklumat terperinci seolah-olah anda duduk di sebelah saya.

"Perkara ini selalu terjadi dan saya risau kerana kebiasaan saya makan di sesuatu tempat seorang diri, tanpa kawan," ujarnya kepada mStar Online.


Anuar Zain bimbang terhadap keselamatan diri dengan adanya media sosial ketika ini.

Anuar Zain ditemui pada sidang media konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta di Hotel Royale Chulan, di sini, Khamis.

Tambah Anuar, keterbukaan media sosial juga mengundang rasa bimbang terhadap keselamatannya ketika berada di luar secara bersendirian.

Dalam pada itu, dia mengakui tidak aktif menggunakan laman sosial seperti mana-mana artis lain kerana tidak mahu menjadi mangsa kecaman segelintir pihak yang sering memandang sesuatu perkara daripada sudut negatif.

"Tidak aktif di media sosial tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan dunia semasa. Bagi saya "up to date" bukan hanya di teknologi terkini tetapi juga daripada sudut pemikiran terhadap isu semasa.

"Biarlah saya tiada laman sosial dan mereka kurang sedikit dosa untuk mengutuk atau bercakap buruk tentang artis," ujarnya.

Kata Anuar, dia juga tidak pernah membaca dan mengambil tahu tentang pandangan buruk segelintir pihak terhadapnya di laman-laman sosial.

Tambahnya, perkara-perkara tersebut hanya mengundang pengaruh negatif yang seterusnya boleh melemahkan moral individu yang membacanya.

"Mereka yang selalu beri kritikan di media sosial ini pengecut. Bagi saya mereka mempunyai masalah dalam diri sendiri dan keluarga mereka.

"Jadi mereka akan cari kesalahan orang lain untuk menutup apa yang berlaku terhadap diri mereka sendiri," ujarnya.

Konsert Ketuhanan Kumpul Dana

Sementara itu, bercerita tentang konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta, Anuar berkata, dia bakal menyanyikan tiga buah lagu termasuk lagu popularnya berjudul Ketulusan Hati.

Katanya, konsert berunsur ketuhanan ini bukan sahaja bertujuan mengutip dana amal, malah ingin menyebarkan nilai kasih sayang sesama manusia yang semakin berkurangan.


Selain Anuar Zain (tiga dari kiri), persembahannya pada Oktober depan akan turut disertai aktres Irma Hasmie dan kumpulan Raihan.

"Orang tidak perasan kebanyakan lagu saya seperti Ketulusan Hati, Teman Terulung dan Ajari Aku banyak ke arah ketuhanan dan saya bersyukur turut terlibat dalam konsert seperti ini,” ujarnya.

Konsert anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Mawlaya Network Sdn Bhd ini bertujuan mengumpul dana bagi tabung kemanusiaan yang akan disalurkan kepada rakyat Palestin, Syria, Bosnia, Bangladesh dan Sri Langka.

Ia bakal dijayakan oleh beberapa artis terkenal seperti Raihan, Akim & The Majistret, Opick, Ebiet G Ade, Zain Bikha dan Humood Al Khudeer.

Konsert ini akan berlangsung pada 31 Oktober depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiket berharga RM73 hingga RM383 boleh didapati secara dalam talian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
femes nau ke anuar zain ni ? ni bru malaysia, xde paparazzi.. kalo kt holiwud lg masak la ko..n
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pigidah.. muka ko Kak doploh empat jam mengadap KLCC aq jumpe wat bodo je sbb da jemu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin

A) bimbang dicabul
B) bimbang kantoi lepak di hotspot/redlight district for rogayah
C) x suka gambarnya melahap kedai mamak dirakam, x smpt kontrol ayu
D) malas nak layan fans, tu sbb fans amik gmbr curi2. Mungkin chuols yg buat muka kekwat...retis lain ok jah mlayan fans x kira tmpat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:10 PM | Show all posts
Laku lagi ke kak nuar nie?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsabo nk tggu die umo 50an
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2015 12:20 PM | Show all posts
tak de kawan ke kaka nuar...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:21 PM | Show all posts
hihi...dulu i terserempak dia kat ayam penyet the curve tu, berduyun je manusia time tu...tapi takdak sorang pun peduli kat dia...masing2 hadap mentekedarah je...takdak pon yg nampak cam excited tgk dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2015 12:27 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 7-8-2015 12:10 PM
Mungkin

A) bimbang dicabul

C n D tu betul kot rasanya...dia penah cakap penah ada org amik gmba time dia tgh nak suap makanan ke mulut...yg D tu plak, my SIL citer, dlm thn ni la, dia n kawan dia gi amsterdam..jumpa anuar kat sana, kawan dia minta amik gmbar, anuar takmo, sbb dia bg alasan dia tgh on holiday...bengkek je member my SIL tu sbb sblm tu jumpa siti n dk kat istanbul, sporting je diorg layan bergambar...hihi...tapi takpo la kalu dah artis tu x mau amik gmbar pun...kalu i pun, i x hadap nk ajak retis bergambar...lain lah kalu tom hiddleston ke benedict cumberbatch ke...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat celebrity kat Malaysia je pun. Kate dgn prince george slalu dikejar paparazzi mana2 diaorg pg satu dunia boleh tahu diaorg kt mana takde kecoh pun. Kowaser! Diva sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:30 PM | Show all posts
jumpa dia sensorang kt OU.... Takde plak nak teringin bergambar... tapi dia x kekwat pun la.. senyum je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:30 PM | Show all posts
Macam poyo plakkkk kenyataan Kak nuaa Jen Kali ni ....hukhukkk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab privacy iols setuju la jugak dgn point bang nuar ni. Bab dia tanak guna sosial media pun i like.

Cuma makan sorang2,kekwat dgn peminat tu err  nak buat cane dah selebriti.

Mohon bang nuar cari member lain jalan2, anak buah pun jadi le
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
auwwww..tatot nye titew ng kaka nuar jen...tercirit iolss tawww...teheehee
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:34 PM | Show all posts
nama pon public figura nyah, kau bising la kat twitter macam baby AA sekalipun, hade orang kesah? lainla kalau uols sendu...orang pon kowser nak snap2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:47 PM | Show all posts
Adoii memg kena bahan laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi ko mamai ke kak? Baik sembah berhala drpd stalk pondan tua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 01:45 PM | Show all posts
aduhhh statement mcm ni pun ada dr seorg retis??
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 02:01 PM | Show all posts
ok lagi klu taknak ada akaun media sosial.
ok lagi klu marah sebab orang curi2 ambik gambar.
tapi sengal la kalau org mintak izin tapi taknak bergambar bersama.
bek pakai purdah jer kluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 02:06 PM | Show all posts
aku jumpa kt subang parade sorg2 je dia nya..tapi takde pun yg kerumun dia ke apa..senyum aje dianya.. kurus je..bontot pun takde..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109534 Replies : 6851
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72968 Replies : 664
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89217 Replies : 3456
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37345 Replies : 26
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 26899 Replies : 28
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41595 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.533323 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list