CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4899|Reply: 40

[Tempatan] Harga ubat mungkin akan naik - Menteri Kesihatan

[Copy link]
Post time 13-8-2015 11:04 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan harga ubat kesan daripada kejatuhan ringgit.

Menurutnya, kenaikan akan disaksikan dalam sektor swasta memandangkan kebanyakan ubat ubatan diimport dari luar Negara.

Subramaniam bagaimanapun memberi jaminan bahawa hospital dan klinik kerajaan akan terus memberikan ubatan secara percuma.

"Kemungkinan harga ubat akan naik kerana ada yang kita import dari luar malah ubatan yang dihasilkan di Malaysia turut menggunakan bahan mentah dari luar negara. Namun keadaan itu hanya sementara waktu sahaja, (apabila) nilai ringgit pulih, harga akan jadi seperti biasa.


"Kerajaan akan terus memberikan ubat secara percuma, tetapi bagi hospital dan klinik swasta harga akan berubah,” kata Subramaniam yang ditemui selepas merasmikan penutupan Konvensyen Kebangsaan Kelab Doktor Muda kali ke-enam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam pada Khamis.

Pada masa yang sama, Subramaniam menasihatkan pihak berkenaan agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ubat secara sewenang-wenangnya.

“Saya berharap semua pihak dapat bekerjasama dan tidak terlampau membebankan pesakit dalam keadaan begini,” tegasnya.

Dalam pada itu, hospital swasta mengakui kejatuhan nilai ringgit memaksa perkhidmatan perubatan mengurangkan margin keuntungan mereka sehingga 30 peratus.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tpp nnt lg naik.taniya subra.karma is a bitch.tunggu jah
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:16 PM | Show all posts
Bukan baru je naik ke? Nak naik lagi? gile khinzir
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
aku p amik ubat kt klinik panel, mintak 1 die bgik 3. pas tu tulis dlm bil fee doktor rm10, padahal x jumpa die pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Gi hospital gomen lah. Bayar rm5 je utk pakar. Dpt mcm2 ubat. Klau beli luar mahal
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 12:24 AM | Show all posts
RM jatuh ubat naik

sign TPPA naik lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 02:12 AM | Show all posts
bukan ke ubat2 ni tak kena GST?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 02:22 AM | Show all posts
takper... adik rashiman cakap bagus untuk perlancongan... rakyat...? biarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua naik...najib je x turun..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 05:00 AM | Show all posts
BODOH.......... Kan ada KLINIK 1 MALAYSIA

RM2 saja kena bayar  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 06:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:09 AM | Show all posts
Tentu lah... ingat mudah ke nak buat aspirin dan Panadol tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:11 AM | Show all posts
macai mmg suka harga naik ni...dorang cukup benci kalo harga murah atau turun...bodo



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:12 AM | Show all posts
dia habaq awai2 sbb lps tppa nanti..akn mencanakkk naikkk....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:00 AM | Show all posts
Lambat la Government buat statement. Rakyat dah boleh agak kesan drpd kejatuhan nilai RM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:05 AM | Show all posts
Xder masalah pon kalo harga naik. Rakyat malaysia kan kayo2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 11:33 AM | Show all posts

eh bukan yang terkesan cuma yg beli online dari US dgn beli barang2 buatan US aja ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
BUKAN MGKIN..TP MEMANG DH NAIK LA ngokkkk:
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 02:04 PM | Show all posts
Kalau disebabkan RM jatuh, harga ubat naik....gomen carik penyelesaian  RM  atau subsidise lah harga ubat naik. Takan nak beban kan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:17 PM | Show all posts
'org giler je tak faham kebaikkan kejatuhan ringgit'
aku pon tak tau la sape yg gila skrg
rakyat yg giler ke menteri2 pasola yg gile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.128393 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list