CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20043|Reply: 69

VACCINE dan ANTI-VACCINE: Betul kah persepsi anda?

[Copy link]
Post time 14-8-2015 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Ini semuanya sebab Prof Andrew Wakefield dulu la, tahun 1998. Pendapat dia ni orang dah discredited lama dah dan dia dah ditarik balik lesen doctornya di UK dan tidak dibenarkan untuk praktis di US.. tetapi cerita dia sampai gak ke Mesia dan sebagaimana biasa, kita bertahun di belakang, termasuk lah dalam menerima benda benda palsu. Orang dah lama ambil balik vx, kita dalam 3-4 tahun ni timbul anti-vaccination. Autism?? Really?

Apa persepsi anda pasal vaccine ini? Apa persoalan anda?
.............................................................
Tak perlu baca kat bawah ni if not berminat:
.............................................................
Di bawah adalah schedule vaccine (Vx) utk UK (dan Ireland yg tiru tiru, Mesia pon lebih kurang rasanya):

2mo: 5-in-1 for pertussis, tetanus, pertussis, polio, Hib (dose 1)
2mo: pneumococcal Vx (dose 1)
2mo: rotavirus Vx (dose 1)
2mo: men B Vx (meningitis b ni oi, sila ambik)

3mo: 5-in-1 for pertussis, tetanus, pertussis, polio, Hib (dose 2)
3mo: men C vx (meningitis c)
3mo:rotavirus (dose 2)

4mo: 5-in-1 for pertussis, tetanus, pertussis, polio, Hib (dose 3)
4mo: pneumococcal vx (dose 2)
4mo: men B vx (dose 2)

12mo: Hib booster (dose 4)
12mo: men c vx booster (dose 2)
12mo: measles, mumps, rubella (MMR dose 1)
12mo: pneumococcal vx (dose 3)
12mo: men B vx (dose 3)

3yo: MMR (dose 2)
3yo: diptheria, tetanus, pertussis, polio (boosters semua ni)

2,3,4, tahun dan sekolah rendah: Influenzae vx kanak kanak (tiap tahun; sekolah kat sini start omo 4 tahun..sian)

12yo: HPV utk girls (2kali), kurang sket cancers cervix..sebab depa kan sex aktif rambang; org kita pon, kita je tak tau..

13-18yo: diphttheria, tetanus polio
13-18yo: men ACWY (meningitis A, C, W dan Y)

19-25yo: men ACWY cam kat atas tuh

65yo ke atas: Influenza vx tiap tahun
65yo ke atas: pneumococcal (ppv pulak)

70yo: vx ketayap

Untuk geng geng tertentu ade la Hepatitis B la, TB la, etc etc.
Untuk doctors lain pulak.
Untuk org yg ada lemah jantung kita offer influenza vx.
Untuk perjalanan lain pulak.

Yang Mesia tak jumpa.. sorry.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
so kalo x amek vaksin.ni apa efek dia ek?
mudah dpt penyakit berjangkit ke mcmana?

atau dia.akan sakit lebih teruk dari orang yang amek vaksin ni?

anak anak saya amek vaksin ikut klinik.kerajaantp kita xtau sapa anak.anak yang mak.pak.dia xamekkan vaksin.untuk dia...ada efek.x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 06:08 PM | Show all posts
Sesetengah jangkitan je yg ada vaccine. kebetulan, banyak darinyer adalh yang teruk teruk; jadi doctors berusaha untuk cari vaccine pada yang teruk teruk ni lah. mujur lah dapat vaccine untuk beberapa jangkitan. jika kita dah immune sebab dah dapat vaccine, maka in general, kita ok lah. if tak di vaccinate, maka org itu akan kekal vulnerable. Mungkin, dia akan kena jangkitan tu dan dia survive dan dia memory B cells dia dapat ingat kuman tu, maka dia immune lah. Yang lebih common ialah bila tak de vaccination, dia kena suatu penyakit tu katalah poliomyelitis, dan dia dapat complication dari nye eg cacat, lumpuh, brain damage etc.

Bila suatu daerah tu semua dah immune kerana vaccine, maka kuman itu takde lagilah didaerah tu. Jika ada sekelompok yang tak dapat vx dan tidak immune, maka kuman itu agar terus berlegar legar di dalm daerah itu sebab ada hostnye, ie ada org yg tk immune.

Advice saya, amiklah vaccine, untuk protection. RSAW pon suruh org lari dari penyakit kusta, kan,suatu contoh protection lah tu, ie lari).
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 05:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cmne plak kata vaksin bole menjadi trigger kepada ekzema dan autisme? Perlu ambik jugakk ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-8-2015 03:31 AM | Show all posts
naina replied at 28-8-2015 01:12 AM
Cmne plak kata vaksin bole menjadi trigger kepada ekzema dan autisme? Perlu ambik jugakk ke

Saya tak sure pasal eczema, tetapi yang kami dikalangan doctors dan apa yang diajar di medical schools, juga dalam post graduate education meamng tidak terima tentang autism tu. Diagnosis autism naik sebab orang sudah mula sedar tentang daignosis sebegini; sebelum ini ramai aje kids yang display traits of autism ni tapi org zaman dulu hanya kata alah budak tu ''wierd'' aje.

Macam org yg tak dapat beranak la.. dulu dulu depa kata alah takde rezeki; terima aje. Sekarang kita tahu bahawa sebahagian besarnya ialah PCOS.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 10:29 AM | Show all posts
ipes2 replied at 28-8-2015 03:31 AM
Saya tak sure pasal eczema, tetapi yang kami dikalangan doctors dan apa yang diajar di medical sch ...

PCOS tu apa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2015 09:31 PM | Show all posts

Polycystic Ovarian Syndrome la @redd_07 . Alah penyakit yang pompuan terlampau banyak hormone lelaki, jadi, periods depa merata rata dan susah or tak boleh dapat anak lah. Saya ada bukak thread pasal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mna plak dgan org yg x nak vaksinkan anak ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 06:58 PM | Show all posts
Edited by ipes2 at 29-8-2015 07:25 PM
redd_07 replied at 29-8-2015 01:22 PM
Mcm mna plak dgan org yg x nak vaksinkan anak ?

Rugi lah anak anak mereka tak dapat protection dari kuman kuman tadi. Kalau vaccine itu ada side effects pon, ianya sangat jarang; berbanding dgn kuman kuman tadi. Biarkan lah mereka, tapi nanti bila anak mereka dapat meningitis, TB, hepatitis, depa mungkin akan vaccinate anak anak yang akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
If anak dah besaq.. Depa still boleh ke nak vaccine kan anak depa? My neighbor refused to vaccinate their children... Katanya was tentang status halal vaksin tersebut... Diorang x bgtau I direct.. Tp nurse kt Klinik desa Kat sini yg bgtau I...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2015 07:57 PM | Show all posts
redd_07 replied at 30-8-2015 12:06 PM
If anak dah besaq.. Depa still boleh ke nak vaccine kan anak depa? My neighbor refused to vaccinate  ...

Keberkesanan nya berbeza bila dah besar.

Jika takut status halal, maka memang tak boleh makan kebanyakan makanan. RSAW tak suruh kita merisik sampai ke tahap yang menyusahkan. Neighbour Redd tu sepatutnya samak setiap duit syling dan duit ringgit dia sebab semua itu memang sah exposed to dogs dan pork. Juga dia kena hantar ke lab semua buah limau dia, apple etc sebab didalam tu ada ethanol. untuk membantu dia hidup secara pure yang lebih dari apa yang Islam suruh, cakap kat dia bahwa kebanyakan makanan ada alcohol.

Tetapi di Mesiaraya kita memang sangat warak, bergerak sikit je dalam sembahyang, hukum nya batal sembahyang etc etc. Ikut kan pandangan mereka yang warak ni, maka jatuh non-islamic lah kehidupan sahabat sahabat masa lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:23 AM | Show all posts
ipes2 replied at 30-8-2015 07:57 PM
Keberkesanan nya berbeza bila dah besar.

Jika takut status halal, maka memang tak boleh makan k ...

kan... kalau semua dia was2 memang la semua makanan kena tanam sndri lah... erk..!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 07:06 PM | Show all posts
redd_07 replied at 2-9-2015 11:23 AM
kan... kalau semua dia was2 memang la semua makanan kena tanam sndri lah... erk..!!

byk baja adalah dari najis babi (malah, najis babi tak pernah di buang oleh mana mana syarikat jika di eropah ni.. tangki dia mcm tangki org simpan minyak kat negara arab tuh); nanti dia sentuh baja sebok lah nak kena samak
Quran dah bg byk contoh agar jgn banyak tanya pasal arahan Allah. Malah RSAW pernah tegur sahabah kerana tanya dgn details pasal hukum hukum. Teruskan aje hidup ini. Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 06:19 AM | Show all posts
Peningkatan mendadak pengambilan vaksin susulan kes difteria
19 Julai 2016 5:03 PM
  14  2 Google +0

Pemberian vaksin lima serangkain menjadi prosuder kesihatan di
Pemberian vaksin lima serangkain menjadi prosuder kesihatan di Malaysia.
KUALA LUMPUR 19 Julai - Kementerian Kesihatan mencatat peningkatan mendadak dalam pengambilan vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada pelbagai jangkitan penyakit di kesemua klinik dan hospital susulan tercetusnya kes difteria di negara ini bulan lepas.

Peningkatan mendadak itu dikesan berikutan penularan virus difteria dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dengan kes terbaharu membabitkan seorang suri rumah berusia 41 tahun di Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad lepas.
Daripada 15 kes yang dikesan sehingga kini, tiga kes dengan satu kematian dilaporkan di Melaka, Kedah (tujuh kes, satu kematian), Sabah (empat kes, tiga kematian) dan Negeri Sembilan satu kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu program imunisasi mewajibkan pengambilan vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib dalam kalangan bayi berusia dua, tiga, lima dan 18 bulan bagi mengelak dijangkiti difteria, pertusis, tetanus, polio dan haemophilus influenzae Type B.


"Kementerian Kesihatan menerima laporan dari lapangan bahawa lebih ramai ibu bapa dan penjaga tampil ke fasiliti kesihatan kerajaan mahu pun swasta untuk mendapatkan suntikan imunisasi ini," katanya tanpa menyatakan jumlah peningkatan pengambilan vaksin itu setakat ini.
Mengenai wanita yang dijangkiti virus difteria walaupun telah diimunisasi semasa kecil, Dr. Noor Hisham berkata, memandangkan wanita itu telah diimuniasi, beliau hanya mengalami jangkitan difteria yang ringan.


"Selepas enam tahun imunisasi lengkap diberikan, paras antibodi yang terbentuk dalam tubuh akan mula mengurang. Namun, sel-sel memori yang spesifik terhadap penyakit difteria yang akan membantu pembentukan antibodi dengan cepat sekiranya mendapat jangkitan di masa hadapan.

"Apabila sejumlah besar bakteria Corynebacterium Diphtheria masuk ke dalam tubuh penerima imunisasi lengkap, antibodi yang terhasil mungkin tidak mencukupi bagi melawan jangkitan itu...tetapi mereka hanya akan mengalami gejala ringan dan terhindar daripada komplikasi penyakit,"jelasnya.

Menurutnya, penyakit difteria boleh menyerang orang dewasa atau kanak-kanak dan risiko seseorang untuk mendapat penyakit berkenaan bergantung kepada status imunisasi mereka.
>>>> epitopes ....



"Risiko jangkitan dalam kalangan mereka yang mendapat imunisasi lengkap adalah lebih rendah. Sekiranya dia dijangkiti, kebiasaannya gejala itu ringan," katanya.

"Bagi yang tidak mendapatkan imunisasi lengkap, dia akan cenderung mendapat gejala lebih teruk dan mengalami komplikasi yang boleh menyebabkan kematian," katanya.


Dr. Noor Hisham berkata, Program Imunisasi Kebangsaan pada masa ini hanya memberi fokus kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke bawah bagi memastikan mereka menerima imunisasi lengkap kerana kumpulan itu berisiko tinggi mendapat gejala difteria teruk hasil daripada penghasilan toksin.



"Kadar kematian akibat jangkitan difteria dalam kalangan kanak-kanak juga lebih tinggi dengan mencecah 25 peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun," katanya.-BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/peningkatan-mendadak-pengambilan-vaksin-susulan-kes-difteria-1.355435#sthash.VOEwsTtp.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 06:24 AM | Show all posts
ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA OFFICIAL PRESS STATEMENT

The Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) would like to express our objections to the recent article published by Sinar Harian dated 27th June 2016 regarding the effects of vaccination.

2. Among others, the Sinar Harian article alleged that vaccination was responsible for causing the child to be disabled. The unfortunate events surrounding the child’s disability was neither investigated nor independently verified.

3. The effect of such misleading news and poor investigative reporting would only be detrimental to the continuing efforts of the Ministry of Health to promote the National Immunisation Program towards eliminating vaccine preventable disease and mitigating the current outbreaks of measles and diphtheria.

4. IMAM urges the mass media and news agencies to investigate thoroughly and verify these claims of Adverse Effects Following Immunisations (AEFI). Vaccines are administered to healthy children and adults. Therefore, they are manufactured to meet the most stringent and highest standards of safety. Before vaccines are licensed, the National Regulatory Authorities (NRA) requires many years of research, clinical trials and testing to ensure safety. This process may take 10-15 years or longer. In the majority of cases, vaccines are effective in protecting the person from disease and cause no side effects. A few may experience mild AEFI eg soreness, swelling or redness at the injection site, low grade fever or slight malaise. In extremely rare circumstances, people may experience more serious side effects, like allergic reactions. These reactions are so rare that the risk is very difficult to quantify.

In recent years, a number of web sites providing unbalanced, misleading and alarming vaccine safety information were established, which raised undue fears among parents and patients. Myths and misinformation about vaccine safety can confuse parents who are trying to make sound decisions about their children’s health care. Inaccurate and sensationalisation of health news reporting only serves to erode the public trust in the immunization campaigns of the Ministry of Health. Besides, it is against best journalistic practices and code of ethics.
Misinformation is rife on the Internet, making it hard to find reliable sources of information. In 2003, the United Nations Children’s Fund (UNICEF), WHO and keys NGOs initiated the Vaccine Safety Net Project (VSN) to respond promptly, efficiently, and scientifically to vaccine safety issues of potential global importance. A list of reliable websites on vaccines in 10 different languages can be found on the website: www.who.int/vaccine_safety/initiative/communication/network/vaccine_safety_websites/en/
IMAM with her over 3,000 members of medical practitioners and health care providers is ready to offer professional expertise to institutions who wish to obtain further information or organize discussions regarding immunizations. IMAM would like to extend this invitation to the mass media and news agencies so as to ensure accurate information about immunsiation and other health related issue is reported and disseminated.


Prof Dato’ Dr Abd Rahim Mohamad

President, IMAM
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 06:33 AM | Show all posts

ni from IMAM - perspective Islam - vaccination

PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA / ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA (IMAM) BERKENAAN VAKSINASI

POSTED ON JUNE 23, 2016 BY ADMIN2
New Picture

1. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) memandang serius penularan kembali penyakit berjangkit seperti Difteria yang telah lenyap sejak sekian lama. Terbaharu terdapat 11 kes Difteria yang baru (3 kes disahkan & 8 kes disyaki) yang melibatkan 2 kematian.

2. Penyakit ini timbul kembali akibat keengganan sebilangan ibu bapa mematuhi polisi dan nasihat Kementerian Kesihatan untuk menvaksinkan anak mereka mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Faktor keengganan ini dikenalpasti berpunca dari salah faham masyarakat yang mendapat maklumat salah dari sumber terbuka seperti media sosial yang tidak diketahui kredibiliti dan tahap keilmuannya.

4.  Selain itu, pendirian menolak vaksin juga berpunca dari mendengar hujah agama mengenai status vaksin daripada kelompok agamawan yang tiada keahlian dalam ilmu dan perihal perubatan yang rumit.

5.  Masyarakat harus sedar bahawa vaksin adalah satu kaedah pencegahan yang telah diiktiraf dan diamalkan ribuan doktor Muslim yang ahli, amanah dan thiqah (dipercayai) di seluruh dunia. Adalah mustahil dan cetek fikiran jika ada yang mengganggap kelompok professional ini terpengaruh dengan konspirasi musuh Islam ataupun tidak maklum status halal haram vaksin semasa memberikannya kepada pesakit mereka.

6.  IMAM memandang proses pelalian vaksin adalah amat menepati saranan Syariat Islam yang meletakkan penjagaan nyawa (Hifz an-Nafs) sebagai antara Maqasid yang diberikan prioriti utama.

7.  IMAM juga menyokong sepenuhnya Polisi Vaksin Berjadual Kementerian Kesihatan sejak awal 70-an, dan menyeru masyarakat memanfaatkan kemudahan vaksin percuma ini. Usaha ini selaras kaedah Fiqh yang menyatakan “Polisi Pemerintah ke Atas Rakyat Haruslah Bersandarkan Kepada Maslahah”.

8.  IMAM menyeru kalangan agamawan yang berwibawa agar menyampaikan fakta yang benar mengenai vaksin dan menghindar prasangka yang tidak benar. Mana-mana pihak agama dan masyarakat yang masih keliru tentang peranan dan kepentingan vaksin disyorkan bertanya kepada mereka yang ahli dalam bidang ini iaitu doktor dan pakar perubatan yg Muslim terutamanya.

“Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; MAKA BERTANYALAH KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI.” An Nahl:43

9. Kehilangan nyawa oleh penyakit yang seharusnya dapat dicegah vaksin adalah suatu yang amat dikesali. Masyarakat tidak boleh fikir mudah mengatakan zaman Nabi dahulu tiada masalah walaupun tiada vaksin. Hakikatnya dunia hari ini terdapat pelbagai penyakit baru dan juga kemudahan pergerakan diantara negara / benua mendedahkan masyarakat kepada 1001 penyakit dari serata dunia.

10. Sebagai Muslim, dalam kita beriktikad bahawa Allah adalah Maha Menurunkan dan Menyembuhkan segala penyakit, kita juga wajib menerima bahawa manusia sebagai makhluk ciptaan Allah sentiasa tertakluk kepada aturan Sunnatullah Ilahi. Antaranya ialah manusia boleh sakit apabila dihidapi patogen seperti bakteria dan virus, dan didalam tubuh manusia pula terdapat sistem imun yang boleh diaktifkan secara pasif atau aktif bagi melawan patogen ini. Sunnatullah pada jasad inilah yang dikaji para saintis perubatan yang kemudiannya merumuskan vaksin mampu merangsang sistem imun manusia untuk mencegah jangkitan patogen tertentu.

11.  Justeru IMAM menyeru agar setiap masyarakat tidak mementingkan diri sehingga membahayakan nyawa keluarga dan jiran tetangga. Galakan pengambilan vaksin sehingga tercapai ‘Herd Immunity’ yang tinggi dalam suatu komuniti adalah tanggungjawab Fardhu Kifayah setiap individu dalam masyarakat tersebut.

12.  IMAM yang mempunyai lebih 3000 keahlian dari pengamal perubatan Muslim yang professional sedia menawarkan tenaga pakar kepada pihak institusi, jabatan, NGO dan media yang ingin mendapatkan penerangan tuntas atau menganjurkan program diskusi mengenai vaksinasi.

Sekian.

Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)

22 Jun 2016

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:14 AM | Show all posts
anti-vaxx ni sebenarnya diaorang pun tak tahu apa yang diperjuangkan.Ni pandangan Sm lah. contohnya dalam kes yang baru muncul diphtheria,diaorang masih lagi nak berpegang konsep ni semua propaganda kerajaan dan pihak pharmaceutical(yang diaorg kata yahudi yg cuba lumpuhkan islam).

diaorg persoalkan semula,kenapa sebelum ni tak da pun kes penyakit diphtheria,kenapa tetiba muncul?ni mesti propaganda kerajaan saja buat.sedangkan kes bersepah-sepah,sampai libatkan nyawa,mcmne pulak ada org sanggup berlakon tak pun bg anak mati sakit semata nak jayakan propaganda ni.

anti-vaxx pun sebenarnya tak perlu ditarbiahkan,sbb diaorg dah rasa diaorg pandai,sebabnya konsep diaorg doktor adalah penyokong propaganda yahudi,kalau baca mmg stetment diaorg angkuh..contohnya 'doktor ingat orang bodoh ke,tak perlu lah belajar tinggi2 jd doktor,skrg nak maklumat hujung jari je'sm pernah sound diaorg bgtahu habis lain kali anak eksiden nak kena operation tak payah bawak hospital,maklumat hujung jarikan,apa kata tengok kat youtube lepastu bedah sendiri anak tu.habis kena bashed sm.

sebenarnya dalam rancangan the dr.oz show,ada panggil ibu bapa yg anak dia alami gejala kesan vaksin,dan ada pakar yg buat penerangan tentang ni.ni m tengok 4 tahun lepas rasanya tentang vaccine safety and autism dalam rancangan dia.mcm dr.oz ni pun amikkan anak dia vaksin terpilih sahaja.adalah sebab dn huraian dia,mcm sm punya sis,m tengok anak dia pun vaksin banyak sgt bawah US kan.lebih banyak dr kita yg kat malaysia ni..dan m ada lah sikit sebanyak sokong kenyataan dr.oz ni yg ada tolak tepi setengah vaksin utk anak dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 04:08 AM | Show all posts
Super-M replied at 20-7-2016 11:14 AM
anti-vaxx ni sebenarnya diaorang pun tak tahu apa yang diperjuangkan.Ni pandangan Sm lah. contohnya  ...

Betul SM..
Hik Hik kena bash ek?
Takpe, SM kuat orang nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.917961 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list