View: 21373|Reply: 40
|
Bak Kut Teh - Sup Herba Bukan Sup Berdaging Khinzir
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Setiap kali sebut pasal Bak Kut Teh, rata-rata orang Melayu mesti mengaitkan hidangan berkhasiat ini dengan binatang larangan dalam hukum Islam iaitu khinzir.
Ini kerana selama ini maklumat yang diterima oleh orang Melayu adalah Bak Kut Teh merupakan hidangan berdaging khinzir yang menjadi kegemaran masyarakat Tionghua.
Perkataan Cina 'Bak' yang bermaksud daging, sebenarnya adalah sebutan dalam loghat Min-nan atau Hokkien dan loghat Teochew bagi orang Cina yang berketurunan di sekitar selatan China.
Sebenarnya Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat.
Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina.
Pada masa kini terdapat karung Teh Bak Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan dan boleh didapati di kebanykan pasaraya.
Ini memudahkan penyediaan Bak Kut Teh. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari.
Bak Kut Teh biasanya menggunakan daging babi sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu dan Ayam.
Bak Kut Teh berasal dari Kluang, Malaya dan ia kini ia popular disajikan di sekitar rantau Asia tenggara seperti Singapura, Thailand dan Kepulauan Riau.
Bak-kut-teh telah diperkenalkan kepada Malaya pada kurun ke-19 oleh perkerja dan kuli cina yang berketurunan Hokkien.
Hidangan ini dilaporkan sebagai diet tambahan tidak seberapa kepada kuli pelabuhan dan sebagai tonik untuk meningkatkan kesihatan mereka.
Orang Teochew datang kemudiannya dan perbezaan utama antara Bak Kut Teh hokkien dan Bak Kut Teh Teochew adalah yang Hokkien mengunakan kicap pekat yang menyebabkan permukaan sup menjadi lebih gelap.
Walau bagaimanapun, 'Bak' di dalam Bak Kut Teh masih mengekalkan sebutan lama "Bak" yang digunakan di selatan wilayah Fujian dan di timur wilayah Guangdong sebelum kurun ke-19.
Jadi, wahai kawan-kawan Melayu sekalian, Bak Kut Teh hanya adalah hidangan sup herba tradisional yang berkhasiat dan sihat.
Apa bahan makanan yang nak diletak semuanya bergantung pada orang yang nak menikmati hidangan tersebut.
Tidak semestinya kena letak daging, ada juga yang hanya bubuh sayuran dan cendawan khususnya bagi mereka yang mengamalkan pemakanan sayuran atau vegetarian.
Selain itu, terdapat juga hidangan Bak Kut Teh yang halal di sekitar Lembah Klang dengan nama Chi Kut Teh yang menggunakan daging ayam. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Sodap bebenor bak kut teh ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
sup vavi...ko ubah la bentuk sekalipun tetap sup vavi |
|
|
|
|
|
|
|
Bak-kut-teh (also spelt bah-kut-teh; Chinese: 肉骨茶; Peh-ōe-jī: bah-kut-tê) is a Chinese soup popularly served in Malaysia and Singapore, where there is a predominant Hoklo and Teochew community, and also in neighbouring areas like the Sumatra, Indonesia and Southern Thailand.
The name literally translates as "meat bone tea", and at its simplest, consists of meaty pork ribs simmered in a complex broth of herbs and spices (including star anise, cinnamon, cloves, dang gui, fennel seeds and garlic) for hours.[1] Despite its name, there is in fact no tea in the dish itself; the name refers to a strong oolong Chinese tea which is usually served alongside the soup in the belief that it dilutes or dissolves the copious amount of fat consumed in this pork-laden dish.
However, additional ingredients may include offal, varieties of mushroom, choy sum, and pieces of dried tofu or fried tofu puffs. Additional Chinese herbs may include yu zhu (玉竹, rhizome of Solomon's Seal) and ju zhi (buckthorn fruit), which give the soup a sweeter, slightly stronger flavor. Light and dark soy sauce are also added to the soup during cooking, with varying amounts depending on the variant - the Teochews version is lighter than the Hokkiens'. The dish can be garnished with chopped coriander or green onions and a sprinkling of fried shallots.
|
|
|
|
|
|
|
|
The Chinese word bak (肉), which means meat (or more specifically pork), is the vernacular pronunciation in Hokkien and Teochew. |
|
|
|
|
|
|
|
Kt melaka banyak beef bak kut teh.. ttp la geli.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap bak kut teh ni....sup herba yang baik. kalau minum sup ni nescaya badan rasa ringan sikit.... makanan kegemaran husband iols ni. |
|
|
|
|
|
|
|
wpun maksudnya bkn daging oink oink...tp aku ttp membayangkan oink oink gak
so xdptlah aku menikmati hidangan bak kut teh ni for whole of my life
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha still kembang ank tekak ak |
|
|
|
|
|
|
|
owh...br tau.kalau byk herba memang bagus untuk kesihatan
tp rasa was-was lak |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pun tu nama herba. Ntah ummah sesat mana menonong je kata tu bab..
Utk yg muslim, korg cuba beli peket bak kut teh segera ni, daging kambing.. Yg rusuk lah br sedap. Dgn bau dia.. Umphhh pasti tingtong makan! |
|
|
|
|
|
|
|
alaa....kalau teringin pun buat jelah sendiri..bukan susah nak cari ingredients yg herba2 nya pun kalau kat mesia tu. Buh rusuk lembu. |
|
|
|
|
|
|
|
Amik yg elok. Buang yg tak elok.kan senang. Lagipun resipi chinese food slalu sedap dan berkhasiat. Pandai2 lah adjust |
|
|
|
|
|
|
|
aku bygkan ini sup yang pedas pahit. atau camne rasanya ? |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kut teh mmg la 'daging' tapi secara umumnya daging babi la...... cikgu aku sendiri cakap zaman sekolah dulu |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA TUKANG MASAKNYA DAN BEKAS BEKAS MASAKAN TU?WALAUPUN TAK LETAK VAVI PUN AKU TETAP TAK NAK..STOK VAVI LE TU... ADA BANYAK LAGI MAKANAN LAIN SELAIN MAKANAN NI.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|