Tukar Status Tapak Masjid Ke Rumah Ibadat, Dap Digesa Beri PenjelasanOleh: Azlina Rosdy
BUKIT MERTAJAM, 11 Sept – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir mendesak kerajaan Pulau Pinang menjelaskan adakah benar status semua tapak masjid di negeri itu telah ditukar kepada tapak rumah ibadat dan diletakkan di bawah Chief Minister Incorpration (CMI) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ujarnya, perkara ini perlu dijelaskan segara dan jika benar apakah relevannya tindakan tersebut. “Jika benar tapak masjid telah ditukar status kepada rumah ibadat maka adakah ini bermakna tapak khas untuk pembinaan masjid boleh dibina kuil, gereja atau rumah-rumah ibadat yang lain? “Di manakah keistimewaan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Atau adakah Dap selaku pemerintah negeri ini sengaja ingin menjolok sarang tebuan dek kerana sikap rasisnya,” ujarnya kepada UMNO-Online. Tambahnya lagi, kedudukan Islam sebagai agama rasmi menyebabkan tiada pihak yang boleh mempersoal atau menuntut kesamarataan agama. Ia termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. “ Perkara 3 (1) adalah kekuatan bagi umat Islam Malaysia kerana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian. “Oleh itu mengapa status masjid perlu ditukar kepada rumah ibadat kerana masjid digunakan oleh orang Islam. Status masjid tidak perlu diletak sebagai rumah ibadat kerana rumah ibadat adalah untuk agama lain selain Islam,” katanya lagi. Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah turut memaklumkan menerima maklumat kerajaan Dap sudah mula menukar status tapak masjid kepada status rumah ibadat. – MediaUMNO
Sudahkah anda bersedia 16 September?
|