View: 5529|Reply: 40
|
[Tempatan]
Guru terjerat cinta Awang Hitam rugi RM62,000
[Copy link]
|
|
Guru terjerat cinta Awang Hitam rugi RM62,000
http://www.hmetro.com.my/node/121863
BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 7:24 PM
Batu Gajah: Terpesona dengan ayat cinta dan janji manis lelaki asing di laman sosial, seorang guru Tadika terpedaya menyerahkan RM62,000 kepada lelaki berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Lee Ewe Kiang berkata guru itu yang juga ibu tunggal berumur 36 tahun baru enam bulan berkenalan dengan individu terbabit Dalam tempoh perkenalan itu, mereka tidak pernah berjumpa dan perhubungan mereka erat hanya melalui perbualan di laman sosial.
"Apabila mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula menagih simpati dan meminta pelbagai pertolongan kewangan daripada mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah hari ini.
Beliau berkata wanita berkenaan yang tinggal di Slim River, memasukkan wang RM62,000 ke dalam akaun suspek secara berperingkat dan kemudian membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu.
Beliau berkata hasil siasatan dan risikan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Batu Gajah, seorang wanita berumur 44 tahun ditahan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, Selangor, 3 Mac lalu, kerana dipercayai berperanan sebagai keldai akaun sindiket berkenaan.
"Susulan itu, esoknya seorang penuntut kolej swasta serta lima lelaki warga Nigeria ditangkap di Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Polis merampas pelbagai barangan dalam rumah itu termasuk lima komputer riba, lima telefon bimbit, dua unit routers wifi dan 21 kad sim," katanya.
Beliau berkata semua suspek direman tujuh hari dan kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai kerana turut terbabit dengan kes lain di Pulau Pinang.
Lee berkata, mereka yang berumur antara 24 hingga 37 tahun itu menggunakan visa pelajar untuk memasuki negara ini dan melakukan kegiatan penipuan itu sejak dua tahun lalu, mencari mangsa secara rawak di laman sosial menggunakan profil palsu dan ayat cinta.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh dpt balik ke duit tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
paluiiiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh nya la hai sampai kiamat pun akan ada kes kena tipu duit dek negro kalo pmpuan2 malaysia ni cacat otak tak reti berfikir |
|
|
|
|
|
|
|
Negro menyamar sbg bangsa apa plak |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes nak try terung hitam milik ummah Nigeria.. bodoh tak habit habis |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa.. punya byk kes dulu2 dok ada, masih kena tipu lagi? Eh nganga sungguh la :
lulu syak depa kena pukau la. Baca ayat mentera nigeria kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh ganda sepuluh punya cikgu |
|
|
|
|
|
|
|
cuma orang2 yg bodoh saja yg terpedaya dgn african scam ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu dah tu.... bodoh tetap ada |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu ni desperate lah ni nak cari cinta baru
Alahaiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagik yang bebal camtu zaman sekarang ni? Selagi ada market orang bangang camni, selagi tu laa negro bahagia nipu dorang ni. Tu la, nak sangat batang foreigner, mahal tauuuuu
Cash |
|
|
|
|
|
|
|
aduhaii!! love scam ni. pompuan2 melayu ni senang sgat cair ayat2 cinta mat negro nih. .dungu!!
ibu tunggal skrg kaya2 yek...aku koje 20 tahun lum tentu leh dapat saving 62k.. |
|
|
|
|
|
|
|
62ribu..
nak cikedd |
|
|
|
|
|
|
|
Lamrusat replied at 11-3-2016 10:51 AM
aduhaii!! love scam ni. pompuan2 melayu ni senang sgat cair ayat2 cinta mat negro nih. .dungu!!
...
yg aku paling musykil.. acaner nigeria scam ni tahu ppuan tu ibu tunggal and bnyk duit..
apa jampi serapah depa pakai ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan kalau dah start sebut pasal duit/pinjam duit/masalah kewangan, kau tinggalkan jer nakkkk. Takkan itu pun makcik nak ajar
Kau gedik nak tolong pasal haper? Biar jeler jantan tu settle masalah dia sendiri dia ader bebirdkan. Perasan ler tu jantan tu sayang kat kau padahal jantan tu dok aim duit kau jer nakkkk oii. Kasihan makcik tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Disangka kokusyen tampan persis Adam Levine, rupa-rupanya jejaka rentung Nigeria |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya bagi duit..62K
kalau ai 62 hengget pun tak hingin bagi kat jantan yg entah siapa entah |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi klo dah negro...vodoo la depa guna tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
alooo .. brapa aa gaji cikgu sekolah tadika? tu diaa .. banyaknya duit simpanan. sampai ada 62 ribu hengget. aku nak kumpul 6 ribu pun payah bebenor. ke dia buat personal loan kat bank rakyat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|