CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19677|Reply: 96

Anak Kakton Kekal Bersederhana..i loike

[Copy link]
Post time 22-4-2016 05:46 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pengacara Nadia Annuar memberitahu dia masih bekerja keras sebagai pengacara Malaysia Hari Ini dan penceramah motivasi biarpun mampu menjalani kehidupan mewah sebagai seorang jutawan.

Nadia, 32, yang juga anak kepada usahawan kosmetik, Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan nama Kak Ton, berkata, sejak kecil dia dibesarkan secara sederhana dan tidak terlalu disogok dengan kemewahan.

"Saya bekerja keras seperti orang lain, bangun pukul enam pagi setiap hari untuk ke Sri Pentas mengacarakan program Malaysia Hari Ini dan selepas itu ada kerja-kerja penyiaran lain hingga malam.

"Saya tidak pernah menganggap kehidupan saya sudah selesa dengan apa yang ada ini kerana sejak kecil lagi diajar untuk hidup sederhana," ujarnya kepada mStar Online.


Nadia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang statusnya sebagai jutawan dan komitmen kerjayanya sebagai pengacara di stesen televisyen TV3.

Selain itu, Nadia yang kini hamil tiga bulan hasil perkahwinan keduanya November tahun lalu bersama seorang jutawan muda Hafiz Salleh berkata, mahu anak-anaknya juga dibesarkan dengan cara yang sama.

"Begitu juga dengan anak-anak saya nanti, saya tidak mahu mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan kalau boleh saya ingin lihat mereka menjadi seperti kanak-kanak lain.

"Malah saya tidak pernah terfikir untuk menghantar mereka ke sekolah antarabangsa kerana bagi saya sekolah kerajaan pun tidak kisah," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kehidupannya melayari rumah tangga kali kedua, Nadia berkata, dia kini berada dalam fasa bahagia seorang wanita.

Katanya, suaminya turut memahami dan sentiasa menyokong kerjayanya sebagai personaliti televisyen.



"Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik dengan sebuah keluarga dan kami juga bakal menimbang cahaya mata. Saya juga ada seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertama dahulu," ujarnya.

Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi dan bercerai pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamed Aaron Erwin yang kini berusia 7 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jutawan phytoscience ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 05:55 PM | Show all posts
Hai nadia...bdk sek 2 shah alam sama skolah dgn elyana dlu kan??
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:01 PM | Show all posts
Oh dia ni janda .... mati2 iols ingat dia ni anak dara sblm kawen ngan jutawan segera tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:05 PM | Show all posts
mmg camtu ke kulit muka die mase sekolah.. cantek.. puteh2 merah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa dulu2 dia x sepitih ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersederhana bg org2 kaya ni umpama fasha sandha bwk anak2 naik lrt
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:15 PM | Show all posts
She is very close to ex wife eizlan yusof,vieshantie kan?

Rupa pon dah seakan2..

Dh mcm siblings..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 06:16 PM | Show all posts
"walaupun seorang jutawan"

hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suke tgk die. cantik. tseremak kt d curve, die ngan si ex eizlan yusof. asyik tunduk tgk pon jer. masok ecurve nk tgk wyg, tserempak plak ngan si eizlan yusof ngan anak2. ntah die tau ke x si janda die ade area ctu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:27 PM | Show all posts
comel dia ni, tp syg dh berkhwin
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi neelofa jutawan gak kn?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ye ke lofa jutawan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm mhi tgk bese2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pr3ttytw33ty replied at 22-4-2016 06:16 PM
aku suke tgk die. cantik. tseremak kt d curve, die ngan si ex eizlan yusof. asyik tunduk tgk pon jer ...

Tahu la tu..sebab die yg jaga anak... mungkin die lepaskan/hantar anak2 tgk wayang dengan ayah depa..  pastu die chill2 dengan nadia..kekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 07:15 PM | Show all posts
nadia ni forumer @shidaameera ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dia dak uia dulu ni course law..
tapi katenye tak abih belajar..
selamat melayari alam perkahwinan yg baru ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 07:25 PM | Show all posts
Huhu
Aku suka dia

Tp x kenan sbb dia join mlm skang sejak kawen dgn apiz tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 22-4-2016 07:25 PM
Huhu
Aku suka dia


Phytoscience kan u?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 07:33 PM | Show all posts

Skang dah tuka nama
Program usahawan apa ntah
Asik dtg brunei je skang nk promo

Haih...sedih tgk org2 tertipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059197 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list