|
HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)
[Copy link]
|
|
senyum_77 ni pakar betul dalam sejarah...cikgu sejarah erk..?? |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
aku ni suka gak sejarah
ada ke course sejarah di universiti/kolej ?
kalau graduate bole keje ape eh ?
offtopic skit
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kajol77 at 20-5-2005 02:39 PM:
senyum_77 ni pakar betul dalam sejarah...cikgu sejarah erk..??
..bgrin::bgrin:
[ Last edited by senyum_77 on 21-5-2005 at 12:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bug_vengeance at 21-5-2005 12:21 AM:
aku ni suka gak sejarah
ada ke course sejarah di universiti/kolej ?
kalau graduate bole keje ape eh ?
offtopic skit
:lol
cikgu sejarah ...
pengkaji sejarah ( sejarawan ) = historian
boleh keje kat Arkib Negara dan yg seangkatannya...
boleh keje kat Muzium Negara/Negeri...
boleh keje sebagai Pemandu Pelancong (Tourist Guide ) pasal ada pengetahuan sejarah yg boleh digunakan utk penerangan kpd pelancong, tapi sebelum tu kena ambik kursus nak jadi Pemandu Pelancong dulu...
tapi yg paling penting ialah belajar sejarah lebih tinggi di peringkat U dapat bagi maklumat sejarah kpd kita kalau nak sambung jadi ARCHAEOLOGIST
( ahli kaji purba ).Bila dah tercapai tu, cubalah buat dokumentari yg setaraf NATIONAL GEOGRAPIC , barulah harum nama negara...:bgrin: :bgrin: :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
O.K untuk PENGETAHUAN SEMUA
Dalam KAMUS DEWAN Edisi Ke-3 , muka surat 718
KuburI 1. = tempat menanam mayat, makam
manakala makna perkataan Makam ialah spt di bawah (dr m/s 845) :
Makam II 1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt keluarga diraja, pahlawan, dsb)
mengikut KAMUS DEWAN , perkataan KUBUR boleh digunakan oleh mana2 golongan tanpa kira statusnya, tapi perkataan MAKAM hanya digunakan oleh orang yg DIHORMATI spt keluarga diraja ,pahlawan dsb )
jadi, rasanye NonaNaga tersalah faham ttg makna kedua-dua perkataan tu.
sebab NonaNaga ingat perkataan MAKAM = Kubur Tanpa Rangka Manusia iaitu sbg tanda penghormatan.
untuk Pengetahuan NonaNaga , semua kubur RAJA & kubur pahlawan di Malaysia disebut/digelar sbg MAKAM .dan makam2 tu semuanya ada rangka manusia .
:solute: : : |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut sejarah, Hang Tuah adalah Pendekar yang pandai berpencak, Ada ilmu firasat,berani tetapi tidak membuta tuli, bijak dengan muslihat di tambah lagi dengan kesaktian Keris Taming Sari.
Itu merupakan pakej untuk menjadi seorang pahlawan hebat. Kita pun tak tahu ilmu apakah lagi yang di punyai oleh Hang Tuah lima bersaudara.
Berbeza dengan saudaranya Hang Jebat yang berani dan cepat panas baran. Hang Lekir dan Hang Lekiu tidak banyak di nyatakan dalam sejarah berkenaan mereka ini.
Jika tidak hebat, masakan di zaman Sultan Mansur Syah Melaka terkenal dengan Empayar yang menguasai sehingga ke Indonesia.
Di tambah pula dengan kebijaksanaan Bendahara Tun Perak, Melaka sememangnya gemilang dengan perdangangan dan kekuasaan sehingga Negara China yang besar ingin berbaik-baik dengan Melaka. Untuk mengelakkan konflik antara mereka di kawinkan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka.
Dari perkahwinan ini Melaka dan Negara China ada hubungan akrab. Menurut sejarah Sultan Melaka ketika itu juga terkenal dengan Daulatnya. Tidak boleh di buat main sebarangan.
Daulat ini di geruni bukanlah titah zahir tetapi titah batin. |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
terima kasih for the answer senyum-77
|
|
|
|
|
|
|
|
ASM. Datuk Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya adalah lambang keagungan persahabatan dan kecintaan kepada Ilmu. Mereka juga adalah lambang keunggulan bangsa dan menjadi contoh yang baik untuk generasi sekarang, khususnya orang-orang Melayu. Bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...Kalau hendak berumah jangan buat di gigi air tapi kalau hendak bermain ombak, kaki biar basah, tapi tetap lekat di pantai...
Merenung kisah Datuk Laksamana bagai merenung indahnya seorang anak yang lahir dengan seribu satu keindahan dan kelebihan...yang telah ditakdirkan buatnya...oleh Nya.
Dengan bekal sedar akan kelemahan diri, dia menuntut pelbagai Ilmu bersama-sama sahabat-sahabatnya. Bermula dari Ilmu Agama, Ilmu bahasa, Ilmu menjaga diri hinggalah Ilmu politik, Ilmu pelayaran dan lain-lain lagi yang diperlukan untuk menjadi pendekar, pemimpin, laksamana dan manusia biasa...
Kekuatan ini harus dicontohi oleh generasi selepasnya kerana dengan kekuatan itu kita boleh berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kalau kita hendak bercakap tentang indahnya sabar dan berserah diri, kita lihat kepada sifat Datuk Laksamana Hang Tuah selepas dijatuhkan hukum bunuh oleh tuannya Sultan Melaka. Kalau kita hendak melihat kuatnya sifat membela, kita boleh lihat kepada membujur lalu melintang patah Laksamana Hang Jebat selepas tahu berita abangnya "dibunuh". Kita boleh merenung sifat patuh pada yang lebih handal dan tua dalam diri Hang Lekir, Kasturi dan Lekiu dalam banyak hal bila mereka lima beradik perlu membuat keputusan yang penting. Banyak lagilah yang boleh dijadikan ikhtibar, pelajaran dan ingatan...asal sahaja kita mahu merunduk merenung air, tapi langit jua yang akan nampak...
Orang dahulu telah pergi, entah di mana dan bagaimana, entah berkubur entahkan tidak...buat kita telah ditinggalkan pesan dan pelajaran, pengalaman jadi ikatan. Moga kita jadikan semua itu bekal yang bermanafaat untuk perjalanan hidup yang amat panjang...
WaAllahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Hang Tuah Masih Hidup Masa 1511
Kak Timah pernah terbaca mana entah, bahawa Hang Tuah 'sempat' hidup lagi masa 1511 tahun kejatuhan Melaka tapi segala evidence dan catatannya telah dihapuskan oleh Portugis. Ada sape2 tahu? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
uik!....abis tuh yg org kater hang tuah ngan pgl hilang tuh.......huh...jgn biarkan idop anda diselubungi misteri..... |
|
|
|
|
|
|
|
isk..hang tuah nih..lagenda dongeng ker....umur dia smp berapa ratus tahun hdp sebenarnyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut Hikayat Hang Tuah.. beliau masih hidup semasa bumi Melaka diserang Portugis.
Tapi entah ler.. mengikut Sejarah Melayu dier tak ada dah..
Ntah ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut buku yang aku baca, Hang Tuah masih hidup semasa Portugis menyerang Melaka. namun dia sudah lanjut usia.
Portugis terlebih dahulu memastikan bahawa Hang Tuah tiada di melaka semasa mereka menyerang Melaka. Khabar terakhir ialah Tang Tuah berada di Patani, membantu kerajaan Kelantan dan Patani (yang pada masa itu di bawah takluk Melaka) untuk berperang dengan Siam.Bukti kehadiran Hang Tuah di Patani ialah Perigi Hang Tuah yang terdapat di Patani.
Mungkinkan Thailand ada pakatan sulit dengan Portugis untuk menjatuhkan Melaka?
Seperti yang kita tahu, Thailand memang jahat terhadap orang Melayu sejak dahulu hingga sekarang.
[ Last edited by WonBin at 9-10-2005 12:47 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Catatan Dimusnahkan
Menurut citenya, payah jugaklah protugis tu nak menawan Melaka pada masa tu disebabkan kepahlawanan Hang Tuah ni. Catatanya banyak yang dimusnahkan oleh penjajah kemudiannya untuk tidak menaikkan semangat Melayu. Tu lah Kak Timah kesalkan, banyak cacatan2 besar orang Melayu masih tersimpan di negeri asing, kebanyakkan bertaraf sulit yang disimpan di muzium2 di portugal. Dan sebanyak mana pula yang terbakar dalam kapal Stamford Raffles tu..Harapnya ada la pihak2 yang sayangkan sejarah sebenar kita menggali balik untuk mendapatkan kebenaran.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TimahMulia at 9-10-2005 12:51 PM
Menurut citenya, payah jugaklah protugis tu nak menawan Melaka pada masa tu disebabkan kepahlawanan Hang Tuah ni. Catatanya banyak yang dimusnahkan oleh penjajah kemudiannya untuk tidak menaikkan ...
Cik Timah, kalau kau nak baca sejarah Melayu yang asli, kau kene baca 'Warisan Kelantan'. Ada banyak jilid. Inilah sejarah Melayu yang asli sebab terpelihara dan tak pernah jatuh ke tangan orang putih. Ianya dipulihara dari keturunan Diraja Kelantan. Isi kandungannya tidak pernah diubah sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Banyak sejarah Melayu telah disorok, dipinda dan diselewengkan oleh pihak penjajah untuk mengelakkan nasionalisma.nf:
[ Last edited by WonBin at 9-10-2005 01:15 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tima Kasih
Tima kasih Wonbin, buat masa ni Kak Timah dah ada 13 jilid kesemuanya.. Jilid yang paling menarik yang ada kisah ribut besar di Kelantan tahun 1880 yang jatuh pada Hari Raya Haji Kedua tahun tersebut yang mana menyebabkan ramai rakyat kelantan terpaksa pindah keluar dari Negeri Kelantan disebabkan kebuluran...kalau adik2 nak tahu dapatkan naskah tersebut di Muzium Negeri Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah Hang Tuah Masih idup
Kalaulah Hang Tuah masih idup lagi untuk menceritakan semuanya. Tidaklah kita bangsa Melayu bangsat sangat dari segi sejarah..kejap kejap kena jajah..kejap kejap kena jajah.. semacam kita tidak punya langsung kekuatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TimahMulia at 9-10-2005 02:25 PM
Tima kasih Wonbin, buat masa ni Kak Timah dah ada 13 jilid kesemuanya.. Jilid yang paling menarik yang ada kisah ribut besar di Kelantan tahun 1880 yang jatuh pada Hari Raya Haji Kedua tahun terseb ...
Kenapa tidak didedahkan bahawa Kelantan merupakan pusat pemerintahan Srivijaya sebelum berpindah ke Sumatera? Kenapa tidak didedahkan bahawa Majapahit juga pernah berpusat di Kelantan?
Tidak perlu takut kepada kebenaran........
Alang2 menyeluk pekasam...biar sampai ke pangkal lengan
Kebenaran tidak memerlukan sokongan sesapa....ianya berdiri sendiri
Sejarah yang diajar kat sekolah lebih tertumpu kepada sejarah asas penubuhan kerajaan Melayu Melaka. Lepas tu fokusnya semua pasal zaman penjajahan. Sejarah sebelum Penubuhan melaka langsung tidak disentuh, seolah2 di Semenanjung Malaysia ini tidak berpenghuni.....kita telah ditipu bahawa tamadun kerajaan Melayu bermula di Sumatera dan Jawa.
[ Last edited by WonBin at 9-10-2005 03:53 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|