CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosmahisham

Majlis Harijadi Datin Paduka Umie Aida yg ke 38

  [Copy link]
Post time 22-1-2011 02:14 PM | Show all posts
umie mmg canteks
haritue masa teater natrah terpana japs tgk sheols
body mantop...kulit pun syanteks
tapi tak berani nak tegur n amik gambar
sebab muka sheols mcm tak welcoming us jerk malam tuh..nangeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 04:22 PM | Show all posts
[quote]mu baru dalam nih tu pasal mu sentap ngan komen si canga nih
  canga ni mayb org sama nga ...
DianKdeja Post at 22-1-2011 13:51 [/siz

weh makcik kutip point ker ? PM la ... ayoyo yo ...


   
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 04:55 PM | Show all posts
Reply 179# DianKdeja


   bukan ker die tuh mmg senah... tuka nama jeh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 04:58 PM | Show all posts
nice......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 05:02 PM | Show all posts
kisah tentang dapat hadiah berapa dan sebagai  nya itu tanyaan reporter, di dalam kes ini b ...
Changa Post at 21-1-2011 17:09



    astro awani yg buat coverage tu bukan reporter yg tanya ka?kalau bukan dipanggil reporter...apa ye?agak2 sapa yg bimbo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 05:48 PM | Show all posts
cantekkk umi aida ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2011 06:31 PM | Show all posts
muka ummi makin pnjang eh...
tp cntik... cantik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 08:37 PM | Show all posts
dia wat simple maybe husband dia ni dah paham karakter umi..
umi kan jenis yang simple dan se ...
Orange_7491 Post at 21-1-2011 15:52



    ni aku sukeee statemen nihh..mmg best je kan dorang nih..mcm 'real'..mcm kapel yg satu lagik tuh aku mmg x bace tread or news ttg celebrate besday vini dia baru2 nih...malasss nak amik tau as years back pun mcm tuh gakkkk..cam show off jah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 10:50 PM | Show all posts
happy birthday
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 11:00 PM | Show all posts
Reply  DianKdeja


   bukan ker die tuh mmg senah... tuka nama jeh..
skymania Post at 22-1-2011 16:55



    biler aku baca posting dia sebijik cam senah..mu dah cek ker ip dia sama cam si senah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 11:33 PM | Show all posts
Reply 181# ctsueraya

setelah lama menyailent kan diri...now meks nak share...memang die tu kekwat sangat2x...ahkak paduka ni laa idola meks dari kecik sampai bulan 5tahun lepas je...memang xpenah jumpa or terserempak ngan die tetiba bulan 5 tahun lepas kawan ajak besday party die..skali ahkak paduke ni ade...husband meks nampak dulu dan cakap kat meks "relax,jgn tekejut..idola u ade" memang xsangka skali tengok die...tunggu laa waktu yg paling sesuwai utk amek gamba...gile idola dari kecik tuh...gamba die petua die sumer meks simpan...bile majlis da nak sampai penghujung die pon da bangun nak keluar hotel...kat lua ballroom ramai la org nak begambar...muke die sangat ketat...langsung xmesra@xmesra langsung ngan sape yg nk begamba...meks pon tunggu giliran bile sampai turn meks, meks minta izin nak amek gambo even muke die ketat..die wat xtau...dari tadi sape amek gambo pon muke die da macam minta simbah asid je...da laa die buat xtau die siap cakap ngan suami die "cayang, da bye..bye..bad?" ala2 nak ajak laki die balik la...skali laki die cakap ni org nak amik gamba kite lagi ni...dgn muke ketat die pon begamba...suami die berulang kali cakap terima kasih ye...very down to earth..patut we all yg cakap thank u tapi memang we all cakap pon...tapi d sebabkan suaminye yg sangat2 frendly lamh lembut menghormati org die cakap terima kasih ye ngan muke senyum...sejak tu memang skit pon xminat...tengok muke die kat TV pon memang tau laa die hipokrit..kawan ngan artis2 terpilih je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 12:52 AM | Show all posts
hurmmmmmmmm.. tok k n tok ti n takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 01:20 AM | Show all posts
hurmmmmmmmm.. tok k n tok ti n takde ke?
nazadiyah Post at 23-1-2011 00:52


sibuk proses anak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 02:46 AM | Show all posts
ada sape2 cari senah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 02:54 AM | Show all posts
itu selendang sudah tarak ada ka? anyway hepi besday yea,,,
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 03:07 AM | Show all posts
Reply  ctsueraya

setelah lama menyailent kan diri...now meks nak share...memang die tu kekwat sa ...
momnurul21 Post at 22-1-2011 23:33


Pernah jumpa dia gak...memang kekwat...tengok orang atas bawah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2011 07:57 AM | Show all posts
sidi mn plak??  confius me.... sidi oraza ke? btw ari tu ada tgk CAM, erma ckp pasal g ...
shida81 Post at 21-1-2011 16:02



   apasal dgn gosip anak angkat tuh? sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 08:02 AM | Show all posts
Reply 191# momnurul21


so betullah assumption aku yang dia nie mcm tuenasib tak amik gambar ngn sheols malam tuh
kalau tak harus nampak muka ketat jugattt..lagi kuat wa nangeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 08:45 AM | Show all posts
Natural beauty.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 08:59 AM | Show all posts
Oleh Rudy Imran Shamsudin. [email protected]



HARI cukup membahagiakan bagi pelakon terkenal Datin Paduka, Umi Khalsum Rahmad Ali atau Umie Aida apabila melihat suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan bersama anak-anak, keluarga dan rakan rapat membuat kejutan sempena ulang tahun hari jadinya yang ke-37 pada 18 Januari lalu.





Berlangsung dalam suasana santai, sebaik melangkah ke dalam restoran khas yang sudah ditempah anak sulungnya, Mohd Daniel Firdaus bersama suami, Umie terkejut apabila melihat ahli keluarga dan rakan artis berkumpul dan menyanyikan lagu selamat ulang tahun.



Antara rakan artis yang hadir termasuklah rakan rapat nya, Erra Fazira, Sofia Jane, Vanidah Imran hadir bersama suami, Rashidi Ishak, Ning Baizura, Maya Karin, Sharifah Sofea, Ziela Jalil, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Fizz Fairuz dan Nuraliah Lee atau Vee. Turut sama memeriahkan majlis, ahli keluarga Umie, ibunya Asmah Ali, kakaknya juga pengarah, Erma Fatima dan Betty.



“Pandai mereka mengejutkan saya. Tidak sangka kerana asalnya suami mengajak saya ke restoran ini untuk makan malam. Apatah lagi ia berdekatan dengan rumah, jadi memang dalam hati tidak terlintas langsung yang rakan-rakan turut sama membuat kejutan. Terima kasih diucapkan kepada keluarga dan rakan yang bersusah payah mengadakan majlis ini,” katanya.



Pastinya pada malam itu perkara menjadi perhatian rakan media adalah hadiah istimewa diberikan suami. Bagaimanapun menjelaskan mengenainya, kata Umie, dia belum lagi menerima apa-apa.



“Lagipun saya tidak mengharapkan apa-apa. Pada saya hadiah yang paling istimewa diberikan suami adalah cinta dan kasih sayang dicurahkan sepenuhnya kepada saya dan anak-anak.



“Apa yang dilakukan suami pada saya itu sudah lebih daripada cukup. Malah, harga cinta dan kasih sayang dicurahkan tidak ternilai andai hendak dibandingkan dengan harta juga wang ringgit,” katanya.



Beralih kepada impiannya apabila usia mencecah 37 tahun, kata Umie sebagai isteri sudah tentu dia mengidamkan untuk memperoleh cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan Khairuddin pada 14 Mac, tahun lalu.



“Apa yang saya maksudkan, bukanlah soal mahu mempunyai anak semata-mata tetapi ia lebih kepada perasaan sebagai seorang wanita yang sudah bergelar isteri ingin merasai keindahan membawa kehidupan lain dalam perut, mengandung sembilan bulan dan melahirkan. Perkara ini menjadi impian saya,” katanya.



Bagaimanapun selepas hampir setahun berkahwin, rezeki belum lagi memihak kepada Umie walaupun ada usaha dilakukan ke arah itu (mengandung). Begitupun kata Umie, ia tidak pernah dijadikan isu sepanjang dia dinikahi Khairuddin.



“Bagaimanapun bukanlah satu tekanan buat saya dan suami. Bukankah soal rezeki ditentukan Allah. Kalaulah ditakdirkan kami tidak dikurniakan cahaya mata, kami reda dengan ketentuan-Nya.



“Lagipun saya sudah ada dua cahaya mata begitu juga dengan suami yang juga mempunyai dua cahaya mata dalam perkahwinan sebelum ini. Kami melayani anak-anak sama rata. Anak suami, anak saya juga,” katanya.



Selain itu kata Umie, dia mahu menjadi isteri dan ibu yang lebih baik berbanding sebelum ini di samping dapat membahagiakan suami.



“Bukankah hidup adalah satu proses pembelajaran, setiap hari saya mahu menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini dan berguna kepada suami, anak-anak, keluarga seterusnya masyarakat.



“Hidup saya sudah banyak ke arah itu. Sekarang keluarga adalah keutamaan. Memang sebelum ini saya sudah menjadi ibu kepada Mohd Dzulhelmy dan Mohd Daniel Firdaus, tetapi sebagai ibu tunggal waktu itu, saya turut harus memberikan tumpuan pada kerjaya.



“Namun sekarang apabila ada suami di sisi, saya mahu memberikan lebih fokus. Selain itu, saya mahu meneruskan kerja-kerja amal yang telah dan akan saya lakukan selepas ini.



“Saya masih lagi aktif bersama Yayasan Aids Malaysia selain menumpukan perhatian pada kerja amal yang dilaksanakan secara sendirian mahupun bersama rakan artis lain,” katanya.



Memandangkan Umie kini mahu memberikan fokus lebih kepada hidup berumah tangga, dia bercadang memperlahankan aktiviti lakonan dengan menerima tawaran yang benar-benar bagus dan memberangsangkan terutama membabitkan watak dilakonkan.



“Sebelum ini pun saya memang memilih. Saya akan berlakon dalam filem mahupun drama yang berkualiti dan waktu sama membawa mesej berguna.



“Saya rasa peminat sendiri tahu mengenai perkara ini. Bagaimanapun apabila sudah berkahwin saya harus lebih memilih. Maksudnya saya tidak boleh menerima tawaran berlakon drama bersiri yang mengambil masa panjang di lokasi.



“Kerana itu saya lebih senang berlakon dalam telefilem yang masa penggambarannya tidak panjang, Paling lama pun hanya sepuluh hari. Selain itu saya tidak akan terima tawaran sekiranya penggambaran dilakukan di luar Kuala Lumpur,” katanya.

best kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.706344 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list