CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Politik] {3}Game Msia vs Arab Saudi terhenti, gara2 Ultras kamikaze FAM !

[Copy link]
Post time 8-9-2015 11:39 PM | Show all posts
Ok keputusan tak rasmi setakat ni mereka mungkin nak hentikan perlawan sebab risaukan keselamatan pemain..
Baki 2 minit lagi takut tak berbaloi jika ada pemain yang cedera..
So saudi menang.2-1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2015 11:44 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 8-9-2015 11:39 PM
Ok keputusan tak rasmi setakat ni mereka mungkin nak hentikan perlawan sebab risaukan keselamatan pe ...

rasmi ke tuh ...mommy..?
aku bajet ada 3 ke 5 minit lagi jika di campur masa kecederaan...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak protes ke hape tunggu abis lar
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu negara Bhutan ranking tercorot sekali ranking FIFA..  skang dorang ranking atas dr Malaysia...

memang lahanat FAM skang.. selayaknya laaa kena denda lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:49 PM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 8-9-2015 11:44 PM
rasmi ke tuh ...mommy..?
aku bajet ada 3 ke 5 minit lagi jika di campur masa kecederaan...

Tak pasti dah rasmi ke tak..tadi dorng cakp gtulah setakat yang me tengok tadi...pihak pengadil/hakim risaukan keselamatan pemain..
tapi kalu baki 2 minit ke 3 minit mana2 pihak ada can lagi nak bagi gol..pengulas tu cakap..
cuma tulah dorng risau takut pemain cedera...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang perangai pprt sgt org melayu ni..bola
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2015 11:55 PM | Show all posts
Malaysia v Saudi Arabia suspended after home fans throw flares on the pitch


0
SHARES
FacebookTwitterEmailWhatsApp
By Dov Rawson
September 8, 2015
Comments

Malaysia v Saudi Arabia suspended after home fans throw flares on the pitch (Video & Pics)Malaysia lost 2-1 at home to Saudi Arabia on Tuesday in a World Cup qualifier but the match was ended early by the referee due to crowd trouble.

Flares were thrown on the pitch by Malaysian fans after their side let a 1-0 lead slip late in the second half.


Saudi Arabia manager Bert Van Marwijk hauled his players off the pitch as the threat of fan violence grew. Watch a video of the madness in Malaysia below.

Winless in World Cup qualifying thus far, the Malaysians are set to be dealt with by FIFA.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
rina0602 replied at 8-9-2015 11:51 PM
Memang perangai pprt sgt org melayu ni..bola

betul...kalau x bergaduh benda bodoh x sah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lebih 30thn bola negara dibangsatkan fam..selayaknyalah fam pula dibangsatkan ultras..jgn lupa byr denda
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:03 AM | Show all posts
kecimpret replied at 8-9-2015 11:13 PM
tahniah ultras..fam bangsat!!

ranking malaysia memang dah group2 corot berpuluh tahun, tetiba ultras yang baru2 ni je buat hal pulak yang bangsat....
memang patutlah bijan gelar melayu ni bangsat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:04 AM | Show all posts
Yang start campak flares minute yang ke brapa? Ada kata baki masa perlawanan lagi 2min dah nak habis, ada kata lagi 7 min..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bayar denda pinjam duit peruntukan kementerian sikit
peruntukan kementerian dapat dari gst
gst org negara zimbabwe yg bayar hari2 rite
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham yg boleh gembira ckp padan muka fam ni. Ni melibatkan nama negara jgk.nama negara aku.ckp pasal tak puas hati kat fam aku pun tak puas hati tapi baling suar masa perlawanan berbaki beberapa minit dengan pemain2 malaysia berlawan bermatian hari ni ko tak fikir plak. Baling la lepas habis perlawanan ke...baling la kat muka presiden ke kalau berani sgt.Kesian oi pemain2,coach yg bersungguh2 main hari ni. Kot2 boleh seri ke tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:08 AM | Show all posts
Harap FIFA ban terus Malaysia dari main bola selama seribu tahun. Main bola pun gosip je lebih, apa pun tarak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jambang pendek dah kuarkan ape2 statment pasal benda ni tak?

ke tgh sibuk post gambar2 kekayaan dia untuk macai2 rasa kagum
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
31 fakta 31 tahun FAM masih tidur –

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.

22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club’.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.

31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.

#31TAHUNFAMMASIHTIDUR
#letakjawatanlahpresidenFAMB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ultras saja buat kan bagi fam kena ban. Gitu lah lebih kurang baca kat twitter dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala ala last resort gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062249 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list