Mudah cetak E-mel 12 Mac 2010
EKSTRA! SAJAK
Damaikan Jiwaku
Aku menyusuri pantai ini di kala malam tiba bersama deraian air mata pilu
aku menyisir derap kekeliruan jiwa raga bersama segulung kasih aku mengadu
pada DIA yang di sana.......
Di tepi pantai yang sepi ini,
aku hanya mendengar suara laut dan ombak
aku untaikan kerinduanku berharap
agar disampaikan pada-NYA
Aku ingin DIA mendengarnya
di mana manusia lain tidak mampu untuk mendengar...
mampukah mereka?
Sangsiku pada dunia terus kelihatan,
aku masih di sini menyusuri pantai malam ini
debaran di hati aku biarkan berlagu
kupejamkan mataku biar angin meniup ganas ragaku terasa damai
Aku ingin DIA mendengarnya
bahawa kini aku sendirian. Siti Khadijah Burhanudin.
23 tahun, Pegawai perkhidmatan pelanggan
hehehe jom ubah ikut selera slik
Damaikan Jiwaku
Aku hayunkan langkah ku ini tatkala cahaya malam menyelubungi pantai tiba bersama deraian air mata pilu
aku menyisir derap kekeliruan jiwa raga bersama segulung kasih aku mengadu
pada DIA yang di sana.......
Di tepi pantai yang sepi ini,
aku hanya mendengar alunan ombak memecah kesunyian
aku untaikan sekalung kerinduan bersama setitik harapan
agar disampaikan pada-NYA
Aku ingin DIA mendengarnya
di mana insan lain mungkin tidak akan mampu untuk mendengar...
leraikan lah kegelisahan yg tersemat di hatiku
Sangsiku pada dunia terus bertapak di hati dan minda ku,
aku masih di sini menyusuri pantai malam ini
debaran di hati aku biarkan berlagu agar dapat mengobat luka nan pilu
kupejamkan mataku biar angin meniup ganas ragaku terasa damai
Aku ingin DIA mendengarnya
bahawa kini aku sendirian..
psss.....sesaja slik edit madah berhelah ni..tak der masa nak berjiwang karatz..hanynya sekadar menumpang di sebalik karya org melontar nokta serpihan yg bermain di minda ini..(go baby go)