CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿

 Close [Copy link]
Post time 2-2-2012 11:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 12:43 PM | Show all posts
siap promote sluar adidas....
delima Post at 1-2-2012 20:27



    Wow...Alhamdullillah, dah pandai bercakap dan menjawab soalan dari reputz.
    Tak dapat gambarkan perasaan dia bila memang vokal sedangkan pesaingnya semua hebat2-Alyah, Jac, Ning, Shila Hamzah, Faizal tahir.....Kagum ngan ko Hafiz......ko buktikan produk AF bukan mee segera yang tidak berkualiti, okay!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 12:47 PM | Show all posts
Wow...Alhamdullillah, dah pandai bercakap dan menjawab soalan dari reputz.
     ...
Teh_90 Post at 2-2-2012 12:43



yezzaaaa...kannn teh.. bukan mee segera.... tp mee sedap.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:59 PM | Show all posts
awan nano tu ceta apa eh?di siar kat tv mana?

awan nano tu drama kat tv mana? hafiz jadi pelakon utamanya kah?



antara pertanyaan2 yg mencuit hati oleh forumners kat board CI
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 01:09 PM | Show all posts
antara pertanyaan2 yg mencuit hati oleh forumners kat board CI
elecom Post at 2-2-2012 12:59


ok tht's cute
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 01:35 PM | Show all posts
yezzaaaa...kannn teh.. bukan mee segera.... tp mee sedap.....
nemobarracuda Post at 2-2-2012 12:47



    setuju nemo.. ..Hafiz adalah sebenar2nya generasi hebat (produk yang dia jadi duta dulu tu..). M.Nasir sampai cium dia  swaktu kemenangan Awan nano...ngan MW dulu, dia cium tak ehh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2012 02:02 PM | Show all posts
TAHUN 2009


JUARA AKADEMI FANTASIA KE 7
AIM~ MASIH JELAS

   TOP 5 SUSUNAN MUZIK TERBAI ...
nemobarracuda Post at 4-1-2012 11:25



    Belum di update lagi bagi pencapaian hafiz 2012!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 03:28 PM | Show all posts
uppppppppppppppppppppppppppppp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2012 04:42 PM | Show all posts
Belum di update lagi bagi pencapaian hafiz 2012!
Teh_90 Post at 2-2-2012 14:02



    hahahaha..okay2... bakal menyusul
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 05:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by delima at 2-2-2012 17:27
Sembang Seni - Buddhi Hekayat & Awan Nano



                                                                                Buddhi Hekayat dan trofi AJL 26

oleh @IkhwanHafiz

"Dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya."

Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan” – Buddhi Hekayat


Akademi Pak Sako semalam telah mengadakan sesi Tweet Up  @Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat @Hasmi Hashim di NZ Garden berhadapan menara pencakar langit, KLCC yang bermula pada jam 8.30pm sehingga 12.00am. Program Sembang Seni ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan Buddhi Hekayat yang baru menjuarai  Anugerah Juara Lagu (AJL  ke 26) menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Lirik lagu ini ditulis oleh Buddhi Hekayat manakala lagunya oleh Datuk M Nasir.





Ramai teman-teman rapat dari Telawi  dan Akademi Pak Sako hadir pada malam tersebut tanda sokongan pada  Buddhi dan mahu meraikan kejayaan bersamanya. Turut bersama pada malam tersebut beberapa anak siswa dan aktivis agama seperti Ustaz Wanji Bakistani dan penggiat seni Pyan Habib. Ternyata sosok budayawan seperti Buddhi Hekayat mampu menarik hadirin yang ramai pada malam tersebut kira-kira  25 orang.

Buddhi ternyata terharu dengan sokongan pada teman-teman yang hadir pada malam tersebut dan mengungkapkan kata-kata ini pada teman yang hadir keesokannya di Twitter:

@HasmiHashim : BH:Terima Kaseh dgn twit-up semalam oleh @AkademiPakSako. Suka hati sbb ada ramai kawan yag baik hati.#AwanNano#AJL26


Seni

Sembang Seni semalam dilakukan secara santai di mana hadirin yang hadir boleh bertanya soalan secara terus kepada Buddhi. Pelbagai genre soalan bertubi-tubi disoal  oleh hadirin kepada Buddhi baik  dari seni mahupun politik. Buddhi memulakan bicara sembang seni petang tersebut dengan mengulas kemenangan Awan Nano yang diakui hanya menang tipis mengikut keputusan markah juri seramai 30 orang pada malam persembahan tersebut. Buddhi memuji persembahan Hafiz  yang baik dan bertenaga  walaupun mengalami masalah gangguan teknikal di mana smoke machine blow dalam ½ minit yang mengeluarkan bunyi bising di tepi pentas.

Apa yang dibanggakan oleh Buddhi mengenai kemenangan Awan Nano adalah kerana berjaya memecahkan gaya bahasa Indonesia di kebanyakan lagu-lagu di Malaysia dan mengambil contoh lagu Faizal Tahir yang kerap menggunakan perkataan Indonesia secara sinisnya. Konsep pakaian Hafiz pada malam tersebut turut dikupas Buddhi yang mengakui ia dipilih hasil perbincangan dengan Fashion Designer di Telawi yang mahu baju Hafiz di dalam video klip Awan Nano digunakan di pentas final AJL untuk memberi kelainan pada malam tersebut. Ternyata idea ini berhasil dan dipuji orang ramai ditambah dengan  vokal mantap oleh Hafiz ketika persembahan.

Monopoli penghasilan lagu oleh sesetengah artis turut dikritik  oleh Buddhi yang mahu penyanyi memberi fokus kepada nyanyian sahaja dan bukannya mahu menjadi penulis lirik dan komposer lagu sekaligus. Monopoli ini dibimbangi akan  memudaratkan kualiti lagu yang dihasilkan dan idea itu tidak berkembang. Mengambil contoh M Nasir yang disebut Buddhi sebagai komposer dan bukannya penyanyi. Siti Nurhaliza itu  adalah penyanyi katanya.

Politik

Kemenangan Awan Nano pada malam tersebut amat dirai oleh ahli parti dan pimpinan parti terutama di ruang maya Twitter dan Facebook. Siapa itu Buddhi Hekayat yang berdiri di stage TV3 telah dilondeh oleh penyokong parti dengan nama sebenarnya iaitu Hasmi Hashim, memegang jawatan Ketua Cabang PKR Parit Sulong dijaja. Pelik juga ada ahli parti yang seperti terkejut beruk tidak mengetahui siapa Hasmi Hashim walhal dia calon untuk pemilihan Ketua AMK pada tahun 2007.

Buddhi amat menghargai ucapan tahniah daripada teman-teman Telawi dan ahli parti tetapi mengakui terdapat juga kalangan politisi yang lagak ucapannya bersifat opportunis  politik. Ternyata Buddhi kenal siapa teman baik hati di sekelilingnya atau teman dalam parti  yang lagak opportunis boleh mencantas sendiri teman untuk menaiki tampuk kuasa.

Soalan berkaitan temubualnya dengan M Star berkaitan penglibatan politik selepas Awan Nano turut ditanya oleh Zul Bumi Langit. Jawapan Buddhi jelas seperti diungkap dalam M Star yang kini mahu lebih fokus menghasilkan karya-karya bagus untuk semua orang dan beliau mahu membina nama semula menerusi bidang seni.

Petikan berita M Star:

"Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik," jelasnya.

"Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya.

"Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa."

Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.

"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.

Arwah Loloq

Antara cerita yang menarik pada malam tersebut hingga larut malam oleh Buddhi adalah mengenai persahabatannya dengan Arwah Loloq yang diakuinya seorang yang hebat dan gurunya dalam penulisan lirik.

Gaya bersahaja Buddhi bercerita lagak ucapan dan tingkahlaku Loloq ini cukup menghiburkan sehingga hadirin yang mendengar ketawa. Itu pada aku antara kelebihan dimilikinya yang mampu membuatkan hadirin lain terpaku mendengar dia bercerita dan ketawa.

Buddhi tetap merendah diri  menyatakan sosok gurunya, Loloq tiada galang ganti walaupun pendapat ramai mengatakan ketiadaan Loloq di arena seni tanahair akan diisi oleh Buddhi Hekayat yang muncul hanya 2 lagu di mainstream tetapi 1 lagu sudah menang AJL


Semoga berjaya Buddhi Hekayat !







Credits: ikhwanhafiz.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 10:10 PM | Show all posts
Credits: ikhwanhafiz.blogspot.com
delima Post at 2-2-2012 17:16


"fashion designer di Telawi??"  

mmg bukan calang2 org rupanye BH nieh ...   

mungkin ada benar jugak pandangan dia pada artis yg nak monopoli jd composer n lyricist tp kalau tht particular individu tu ada kelebihan utk menulis lirik & lagu why not?

tp "trend" sekarang nie nak jd penyanyi akan nampak "cool" kalau boleh cipta lagu & lirik sendiri - wlpon karya nye hrrmmhh .. &  such attitude lah yg akan memudaratkn & idea sang penyanyi itu tidak b'kembang

bagi aku setiap individu itu punya keistimewaan tersendiri ... God will not give you everything ..

ada sesetengah org diciptakn boleh menulis lirik/lagu tp mungkin tidak pada nyanyiannya ..and vice versa ..
If someone to refer to Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah satu dlm berjuta - tak semua org dpt keistimewaan dia ada .. tht's why sampai sekarang Tan Sri P Ramlee takde galang gantinye..

As for Hafiz .. aku harap dia boleh fokus in his singing.. bcoz tht is wht he meant to be ...
ramai yg boleh menyanyi tp setakat menyanyi je lah - only few yg boleh menyanyi with soul & Hafiz one of them...
so, work to your advantage, Hafiz!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 10:17 PM | Show all posts
"fashion designer di Telawi??"     

mmg bukan calang2 org rupanye BH nieh ...   
...
damia76 Post at 2-2-2012 22:10


but if one can do all doesn't hurt kot.....but bagi priority when necessary........
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 08:14 AM | Show all posts
AJL26: Tracksuit & T-shirt, Kejutan Sempoi Hafiz Berbaloi!  
   
by Farahanim Rahim


Dinobatkan juara menerusi lagu dendangannya, Awan Nano. Dipilih sebagai Vokal Terbaik sekaligus mempertahankan kemenangannya tahun lalu dalam kategori tersebut. Mendapat sorakan juga tepukkan gemuruh seluruh stadium ketika membuat persembahan malam tadi. Ternyata penat lelah membuat persiapan sejak sebulan setengah yang lalu, berbaloi-baloi!.


Tidak dinafi pentas AJL26 memberi tekanan yang lebih besar berbanding tahun lepas. Bahkan Hafiz sekaligus menyatakan kali ini dia memang mahu menang.



“Oleh kerana tahun lepas saya menang Vokal Terbaik, jadi tahun ini saya memang mahu mempertahankannya. Untuk itu, saya berusaha bersungguh-sungguh mempertingkatkan kemampuan vokal saya. Saya korbankan masa dengan menghadiri kelas vokal sebanyak tiga kali seminggu. Selain itu, saya juga banyak berlatih sendiri. Saya nak bagi yang terbaik dan akhirnya saya mendapat kemenangan berganda. Syukur sangat-sangat”, kata Hafiz di sidang media malam tadi.




Bercerita tentang persembahan dan penampilannya, kata Hafiz dia tidak kisah berpakaian tidak cantik untuk persembahannya itu kerana itu adalah kejutan yang diperkatakan sebelum ini. Persembahannya itu juga adalah kesinambungan kepada muzik video Awan Nano.

“Apa yang dipentaskan tadi (malam semalam) adalah untuk menghabiskan cerita muzik video Awan Nano. Saya memberi jawapan kepada peminat bahawa ayah saya tidak meninggal dunia. Tak kisahlah pakaian saya tidak cantik, asalkan persembahan itu meninggalkan kesan di hati peminat. Mungkin ada yang tidak suka dengan konsep persembahan itu, tetapi idea itu datang daripada pihak pengurusan dan saya rasa ia bersesuaian,”




Sementara itu, komposer Awan Nano, Datuk M.Nasir, menyifatkan AJL 26 membariskan lagu-lagu yang hebat sehingga sukar untuk beliau menjangkakan kemenangan.

“Apabila kita bertanding dalam AJL, pasti kita mahu menang. Tapi saya tidak sangka boleh menang malam ini. Lagu-lagu yang bertanding bagus-bagus. Saingan sangat sengit. Sebagai komposer, setiap kali saya buat lagu, saya memang mahu lagu itu sedap didengar. Tahap sedap itu mestilah melebihi daripada yang biasa. Bagaimanapun, saya tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah lagu itu semua orang akan suka atau tidak. Kemenangan malam ini adalah pilihan juri. Saya percaya dengan keputusan mereka dan gembira dengan kejayaan ini,” ujar M.Nasir.



Awan Nano berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM45,000 keseluruhannya. RM35,000 untuk gelaran juara dan RM10,000 lagi untuk Vokal Terbaik.


- foto-foto oleh Yojie

- mD




Credits: malaysiandigest.com

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 09:21 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!!! apa cer? apa cer arini?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 09:25 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!!!  apa cer? apa cer arini?
Along_XX Post at 3-2-2012 09:21

w'salam & gud morning along......
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 09:29 AM | Show all posts
haloooo everyone...
kalo ikot jadual, hari ni Hafiz jd guest artiste utk Raja Lawak.......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 09:43 AM | Show all posts
morning delima.....morning lady.....ooooo thanks for the info lady....kene tgk RL la gamaknya malam ni walaupun RL kali ni nan hadooooooo!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 09:53 AM | Show all posts
morning delima.....morning lady.....ooooo thanks for the info lady....kene tgk RL la gamaknya malam  ...
Along_XX Post at 3-2-2012 09:43



Raja Lawak kol baper ek? kol 10 malam kan? kalo lagi awal, looks like i'm gonna miss it sbb ptg ni nak g tgk wayang citer War Horse.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 10:13 AM | Show all posts
Raja Lawak kol baper ek? kol 10 malam kan? kalo lagi awal, looks like i'm gonna miss it sbb pt ...
ladydolph Post at 3-2-2012 09:53


kol 10mlm rasanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 10:45 AM | Show all posts
Temubual Johara Pagi Era bersama Hafiz!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.150713 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list