CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadi_bangi

Tentang Asyura dan Mencederakan diri

[Copy link]
Post time 10-2-2007 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 10-2-2007 02:25 PM
Kerana itu ulama Ahlus Sunnah ada di antaranya denganjelas mengatakan bahawa pembunuh Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya bukanlahYazid. Antaranya Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin mengatakan,"Sesungguhnya tidak terbukti sama sekali bahawa Yazid yang membunuh Husainr.a. Kerana itu tidak harus untuk dikatakan bahawa beliaulah yang membunuh Husainr.a. ataupun yang memerintahkannya, apatah lagi untuk melaknatnya kerana tidakharus menisbahkan seseorang muslim kepada suatu dosa besar tanpa sebarangkepastian". (Ihya' Ulumiddin jilid 3 hal 134)


Cuba sebutkan lagi ulama Ahlus Sunnah mana yang tidak mengutuk Yazid selain Imam Al-Ghazali dan Ibnu Taimiyyah. Sedangkan ulama besar Ahlus Sunnah sendiri seperti Imam Ahmad bin Hanbal melaknati perbuatan terkutuk Yazid itu terhadap ahlul-Bait.

Al-Bidayah, jilid 8, hlm 223.....mengenai perincian ucapan Imam ahmad bin Hanbal yang disebutkan oleh Ibnu Katsir ialah bahawasanya Abdullah, putera Imam Ahmad, pada suatu hari pernah bertanya pada ayahnya: "Bagaimanakah hukum melaknat Yazid?"
Ia menjawab," Bagaimanakah aku tidak melaknat orang yang dilaknati oleh Allah?" Kemudian ia membaca ayat dari surah Muhammad (22 sampai 23):

"Maka apakah kiranya kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan, mereka inilah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikannya telinga mereka dan dibutakannya mata mereka"

Kemudian ia berkata: " Kerusakan dan pemutusan hubungan kekeluargaan yang bagaimana yang lebih besar dari yang telah dilakukan oleh Yazid?"
Ucapan Imam Ahmad ini juga dinukilkan oleh Muhammad bin Abdurrasul al-Barzanji dalam bukunya al-Isya'ah fie Asyrat as-sahah dan Ibnu Hajar al-haitami dalam bukunya as-Shawa'iq al-Muhriqah.

Tokoh-tokoh lain yang menonjol dan membolehkan melaknati Yazid dari kalangan Ahlus Sunnah ialah Ibnul Jauzi, al-Qadhi Abu Ya'la, al-Allamah al-Taftazani dan al-Allamah Jalaluddin as-Suyuthi. Ramai lagi ulama-ulama Ahlus sunnah yang melaknati Yazid ini namun dilakukan secara umum saja seperti sebutan  "semoga kutukan Allah ditimpakan pada orang-orang yang zalim itu". Siapa lagi orang yang zalim itu selain Yazid Laknatullah yang memenuhi sejarah hidupnya dengan darah orang-orang Mukmin termasuk di kota-kota suci Mekah dan Madinah selepas Karbala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 09:20 AM | Show all posts

Reply #198 sheir'ali's post

Berdolak dalih untuk membersihkan puak yang membunuh anak cucu Nabi s.a.w. buat apa...tuduh penduduk Kufah main agak-agak buat apa. Siapa yang dok berperang/bermusuhan semasa tu.

Macam ni lah senang cirita Sheir... Sheir kalau ada di Siffin masuk sebelah siapa? Ibnur tak jawab sebab dia ragu-ragu nak sebut. Nak kata sokong Khalifah Ali rasa macam disamakan dengan Syiah pulak.. nak mengaku sokong mu'awiyah anak Abu Sufyan pun dia tak berani ulas apa-apa. Kita orang lelaki ni, biar lah bercakap cara 'ada teloq'.. Kalau tak suka orang Syiah pun, tak payah lah kita dari kalangan ASWJ ni dok mencerca mereka pula.. Aku benci sungguh perangai busuk perut macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 11-2-2007 09:20 AM
Berdolak dalih untuk membersihkan puak yang membunuh anak cucu Nabi s.a.w. buat apa...tuduh penduduk Kufah main agak-agak buat apa. Siapa yang dok berperang/bermusuhan semasa tu.

Macam ni lah ...


Berkenaan kalau kalau tu...   hang yakin ke kalau hang berada di zaman tu hang akan ikut Amirul Mukminin.  Sekarang boleh cakap le.  Kalau hang terberanak zaman tu, hang yakin akan dok bersama Amirul Mukminin?  Buatnya hang ni org syria, nak dok belah mana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 10-2-2007 02:25 PM
yg ni lg best sebijik mcm konsert rap.....
http://www.youtube.com/watch?v=M ... related&search=

dok bebalah ttg pembunuh hussin apa kata kita baca yg ni seketika tulisan dr ...


ff:
pipi OFFTOPIC skit.... takkan lar sheir'ali boleh offtopic, pipi tak boleh pulak... kan kan kan kan

Pipi cuma nak tegur, antara ketidakpandaian sheir membezakan terhadap "madah" dengan "rap".
Bermadah kepada AhlulBait a.s. adalah lebih baik daripada bermadah kepada isteri-isteri, awek-awek, artis-artis, etc. Ataupun Sheir tak faham apa yg mereka madahkan, agaknya sheir faham bahasa parsi, kan kan kan.

kalau yg nie pulak, agak2 nasyid ke rap?  http://www.youtube.com/watch?v=g5IQs8VloYM
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-2-2007 11:03 PM


Hehehe...lama tak mai, tetiba aja muncul menyondoi-nyondoi pulak macam  kelaparan. Masih dok ulang-ulang mengambil hadis-hadis syiah secara borong dan membuat kesimpulan syok sendiri. 10 Muha ...


dah faham alaasan pak grave.....
alasan nak melepaskan diri spt ulamak2 syiah yg lain....

amacam....betul tak??

alasan.....
taqiyyah..kena ikut marjaei' lah..dhoif lah....
kalau dhoif berilah sebab dia dhoif.....perawi tu tak leh pakai ke disisi imam2 syiah atau apa2 sebab

kalau riwayat zurarah, abu buraid, muhammad b. musllim bagaimana
kedudukan kitab spt ihtijaj tu bagaimana pula ye....

kalau al-kafi pun senang2 je ulamak syiah kini tolak dgn berbagai alasan....
satu soalan je:    mana satu sumber syiah yg betul2 dapat dijadikan sebagai rujukan dalam ajaran syiah

baiklah....
pak grave kan ke mengaku sebagai ASWj.....ke dah mengaku sebagai syiah....??bagilah pengakuan dgn terang sikit...yg mana satu...nak masuk syurga ke neraka tak dak yg dok tengah2
kalau sebagai ASWJ bagaimana dgn yg ada dlm bukhari ni.....nak tolak ke..kena bagi alasan lah sikit..

- حدثني محمد بن بشار: حدثنا غندر: حدثنا شعبة، عن محمد بن أبي يعقوب: سمعت ابن أبي نعم: سمعت عبد الله بن عمر:
وسأله عن المحرم - قال شعبة: أحسبه - يقتل الذباب؟ فقال: أهل العراق يسألون عن الذباب، وقد قتلوا ابن ابنة رسول الله صلى الله عليه
وسلم، وقال النبي صلى الله عليه وسلم: (هما ريحانتاي من الدنيا).
Ibnu Abi Nu'min  berkata, "Aku mendengar Ibnu Umar r.a. ditanya oleh seseorang (penduduk Iraq) tentang seorang yang memakai ihram lalu dia membunuh lalat (apakah dendanya)? Lantas Ibnu Umar r.a. menjawab, penduduk Iraq bertanyakan tentang (denda) membunuh lalat? Sedangkan mereka telah membunuh anak lelaki kepada anak perempuan (cucu) Rasulullah s.a.w.". (Sahih Al-Bukhari, Kitabul Manaqib jilid 1 hal. 531).
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-2-2007 11:43 PM


Cuba sebutkan lagi ulama Ahlus Sunnah mana yang tidak mengutuk Yazid selain Imam Al-Ghazali dan Ibnu Taimiyyah. Sedangkan ulama besar Ahlus Sunnah sendiri seperti Imam Ahmad bin Hanbal melak ...


tolong berikan rujukan yg tepat...pak grave tgk sendiri ke kitab tu...atau kena tipu @ taqiyyah dgn tokoh2 syiah yg mmg kaki [email=temberang@taqiyyah]temberang@taqiyyah[/email]...
saya dah cek dan cari mmg benda tu tak dak dalam al-bidayah ibnu kathir...sila berikan teksnya supaya senang diteliti...
jangan biarkan diri terus menjadi bahan [email=temberang@taqiyyah]temberang@taqiyyah[/email] pemuka2 anda

apatah lagi ayat yg dikemukakan iaitu:

Ia menjawab," Bagaimanakah aku tidak melaknat orang yang dilaknati oleh Allah?" Kemudian ia membaca ayat dari surah Muhammad (22 sampai 23):
"Maka apakah kiranya kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan, mereka inilah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikannya telinga mereka dan dibutakannya mata mereka"



langsung tak tepat dgn ayat yg terdapat dlm surah muhammad tersebut

cek betul2 dulu pak grave jgn biarkan diri anda menjadi bahan mainan pemuka2 anda

berkenaan dgn apa yg saya kemukakan sblm ini...inilah teksnya
وللشيعة والرافضة في صفة مصرع الحسين كذب كثير وأخبار باطلة، وفيما ذكرنا كفاية، وفي بعض ما أوردناه نظر، ولولا أن ابن جرير وغيره من الحفاظ والائمة ذكروه ما سقته، وأكثره من رواية أبي مخنف لوط بن يحيى، وقد كان شيعيا، وهو ضعيف الحديث عند الائمة، ولكنه أخباري حافظ، عنده من هذه الاشياء ما ليس عند غيره، ولهذا يترامى عليه كثير من المصنفين في هذا الشأن ممن بعده والله أعلم.


Syi'ah Rafidhah telah melakukan banyak pembohongan dan membawa khabar-khabar yang tidak benar sama sekali di dalam cerita-cerita kesyahidan Husain r.a.. Kisah-kisah yang telah dikemukakan sudahpun memadai. Kalaulah tidak kerana imam-imam sejarah seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain menyebutkannya tentu sekali saya juga tidak akan mengemukakannya. Kebanyakannya adalah melalui riwayat Abu Mikhnaf Lut bin Yahya sedangkan dia adalah seorang Syi'ah dan dia adalah seorang yang lemah dalam periwayatan menurut tokoh-tokoh sejarah. (Al-Bidayah Wan Nihayah JILID 5 ms 611 maktabah taufiqiyyah)

فإن قيل: هل يجوز لعن يزيد لأنه قاتل الحسين أو آمر به؟ قلنا. هذا لم يثبت أصلاً فلا يجوز أن يقال إنه قتله أو أمر به ما لم يثبت، فضلاً عن اللعنة، لأنه لا تجوز نسبة مسلم إلى كبيرة من غير تحقيق. نعم يجوز أن يقال قتل ابن ملجم علياً وقتل أبو لؤلؤة عمر رضيالله عنهما فإن ذلك ثبت متواتراً.

Sesungguhnya tidak terbukti sama sekali bahawa Yazid yang membunuh Husain r.a. Kerana itu tidak harus untuk dikatakan bahawa beliaulah yang membunuh Husain r.a. ataupun yang memerintahkannya, apatah lagi untuk melaknatnya kerana tidak harus menisbahkan seseorang muslim kepada suatu dosa besar tanpa sebarang kepastian". (Ihya' Ulumiddin jilid 3 hal 134 terbitan pustaka al-warraq)

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2007 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-2-2007 11:43 PM


Cuba sebutkan lagi ulama Ahlus Sunnah mana yang tidak mengutuk Yazid selain Imam Al-Ghazali dan Ibnu Taimiyyah. Sedangkan ulama besar Ahlus Sunnah sendiri seperti Imam Ahmad bin Hanbal melak ...

Kemudian ia berkata: " Kerusakan dan pemutusan hubungan kekeluargaan yang bagaimana yang lebih besar dari yang telah dilakukan oleh Yazid?"
Ucapan Imam Ahmad ini juga dinukilkan oleh Muhammad bin Abdurrasul al-Barzanji dalam bukunya al-Isya'ah fie Asyrat as-sahah dan Ibnu Hajar al-haitami dalam bukunya as-Shawa'iq al-Muhriqah.


Tokoh-tokoh lain yang menonjol dan membolehkan melaknati Yazid dari kalangan Ahlus Sunnah ialah Ibnul Jauzi, al-Qadhi Abu Ya'la, al-Allamah al-Taftazani dan al-Allamah Jalaluddin as-Suyuthi. Ramai lagi ulama-ulama Ahlus sunnah yang melaknati Yazid ini namun dilakukan secara umum saja seperti sebutan  "semoga kutukan Allah ditimpakan pada orang-orang yang zalim itu". Siapa lagi orang yang zalim itu selain Yazid Laknatullah yang memenuhi sejarah hidupnya dengan darah orang-orang Mukmin termasuk di kota-kota suci Mekah dan Madinah selepas Karbala.


langsung tak dak rujukan....
sekali lagi:
cek betul2 dulu pak grave jgn biarkan diri anda menjadi bahan mainan pemuka2 anda

bg puak2 syiah ni [email=temberang@taqiyyah]temberang[/email] @ taqiyyah tu mmg sudah menjadi darah daging mereka sbb tu mereka dgn senang ada dlm ni...ulamak tu kata gini dan mcm2 lagi....mmg sudah menjadi kerja mereka....

sebagai contoh dlm perbahasan berkenaan Abu Talib bapa kpd Sayyidina Ali r.a.
syiah menyandarkan berbagai pendapat kpd ulamak2 ASWJ yg langsung tidak berasas dan sebenarnya dtg dr kitab2 mereka sendiri ...sila lihat perbahasannya disini
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30891&sid=d2be88f4700d1b93ec1a22231097ad6f
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 11-2-2007 09:20 AM
Berdolak dalih untuk membersihkan puak yang membunuh anak cucu Nabi s.a.w. buat apa...tuduh penduduk Kufah main agak-agak buat apa. Siapa yang dok berperang/bermusuhan semasa tu.

Macam ni lah ...


pak lax...
saya ikut imam hassan r.a. yg menyerahkan khilafah kpd mu'awiyah r.a....

pak lax pulak bagaimana....mana satu yg betul...??

amacam....nak jawab ke...??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 11-2-2007 09:20 AM
Berdolak dalih untuk membersihkan puak yang membunuh anak cucu Nabi s.a.w. buat apa...tuduh penduduk Kufah main agak-agak buat apa. Siapa yang dok berperang/bermusuhan semasa tu.

Macam ni lah ...



sapa yg berdolak dalik....
pak lax kena tanya ulamak terbilang syiah dlm kitab ini dulu...
barulah boleh kata saya berdolak dalik

http://al-shia.com/html/ara/books/ehtejaj-2/index.html

pahtu boleh lah kata dolak dalik....kalau tak pandai tu mengaku sajalah jgn dok main keras2 kepala lak
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 11-2-2007 10:42 AM


ff:
pipi OFFTOPIC skit.... takkan lar sheir'ali boleh offtopic, pipi tak boleh pulak... kan kan kan kan

Pipi cuma nak tegur, antara ketidakpandaian sheir membezakan terhadap "m ...


org bukan nak membicarakan pasal rap ke nasyid ke madah ke...
yg dok bincang kat sini perbuatan menyiksa diri la....

pi pi main jauh nun.....main anak patung ke...main anak rumah ke...jgn dok menyibuk benda yg tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 01:41 PM | Show all posts

Reply #209 sheir'ali's post

Perasan pandai pulak.. ish ish ish.. Memang aku jahil tapi tak pernah dengar orang yang benar2 pandai mengaku pandai..Hang ni tak dolak dalih mende... aku dah baca apa Syiah tulis, terus terang dorang cerita pendirian.. namun orang macam hang ni Sheir tak ada pendirian... tak mengaku sokong Mu'awiyah tapi tak mahu menyokong Khalifah Ali pula kot dikata bersekongkol dengan Syiah.. buang lah perangai busuk perut tu. Tunjukkan samada kamu ada tulur atau tidak... mengaum singa jantan konon.. jangan pondankan diri anda... nasihat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 01:52 PM | Show all posts
off topic...

lax, ngko tahu tak apa yang aku rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 11-2-2007 01:41 PM
Perasan pandai pulak.. ish ish ish.. Memang aku jahil tapi tak pernah dengar orang yang benar2 pandai mengaku pandai..Hang ni tak dolak dalih mende... aku dah baca apa Syiah tulis, terus terang d ...


saya tak pernah menyalahkan sayyidina ali r.a. dan juga mu'awiyah r.a.
mereka semuanya melakukan berdasrkan ijtihad mereka dan insyaallah semuanya akan mendapat ganjaran dari Allah taala..

inilah yg dikatakan fitnah dan fitnah yg berlaku ini adalah berpunca drpd perancangan yahudi ibnu saba'....
yg mana pegangannya adalah sama spt apa yg dipegang oleh golongan syiah skrg ini spt menolak shabat2 utama abu bakar , umar, usman dll lagi r.a.

krn itu dlm keadaaan sahabat masih ada beribu lg pada zaman itu tidak sampai 100 org pun yg terlibat dlm peperangan tersebut....
ini menunjukkan kebanyakkan sahabat tidak mahu terlibat dlm peperangan y timbul dr fitnah tersebut yg dicetuskan abdullah b. saba' ini

satu soalan utk lax:
>imam ali sama imam hussin : berperang melawan org yg dikira tidak sependapat dgnnya

>imam hassan,ali zainal abidin dan imam2 yg lain: tidak melawan pemimpin walaupun syiah menganggap mereka sebagai zalim spt yazid bin mu'awiyah diterima oleh ali zainal abidin dan berada di bawah yazid..begitu jg imam2 yg lain tidak ambil sikap memberontak walaupun dianggap zalim bahkan kafir oleh syiah......

mana satu yg menjadi pilihan lax..?
imam dr golongan mana yg berada di atas kebenaran..??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 10-2-2007 02:19 PM



lama tak menjengah forum ni,
sekali fikir buang masa sj layan forum ni...tp sekali fikir kena jengah gak sekali2

thread ni dah jadi kerabu dah...sekali dok bahas pasal asyura la ni dah  ...


he..he memang forum ni dah kerabu dan kelabu...

apsal keluaq cite yazid pulak ni....???;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 11-2-2007 11:19 AM


dah faham alaasan pak grave.....
alasan nak melepaskan diri spt ulamak2 syiah yg lain....

amacam....betul tak??

alasan.....
taqiyyah..kena ikut marjaei' lah..dhoif lah....
kalau d ...


Bukan alasan tapi itulah hakikatnya. Dalam kefahaman syiah tak semua orang boleh menjadi mujtahid lebih2 lagi nak membicarakan hadis2 dan hukum2 yang memerlukan keilmuan dari segi kaedah2 dan teknik2nya yang tertentu. Justeru itulah perlunya seorang ulama yang diyakini dan boleh disandar oleh orang2 awam. Ulama inilah yang dikenali sebagai Marjaei dan diketahui latarbelakang mereka yang ketinggian ilmu mereka disahkan serta diiktiraf. Bukan setakat lulus sarjana pengajian islam membuat kajian masalah haid dan nifas saja dari UKM tapi Marjaei ini terbukti membahaskan kesepaduan ilmu Islam dari berbagai sudut sehingga melayakkan mereka sebagai mujtahid yang hidup.
Ini berbeza dengan wahabi yang semua orang boleh menjadi mujtahid dan senang-senang mendaifkan hadis2 hanya sebab tak pernah terjumpa hadis tersebut. Lantaran orang yang baru balik Mekah pun dan dapat title Haji boleh sonang-sonang mengeluarkan hukum. Hehehe..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 11-2-2007 11:19 AM

pak grave kan ke mengaku sebagai ASWj.....ke dah mengaku sebagai syiah....??bagilah pengakuan dgn terang sikit...yg mana satu...nak masuk syurga ke neraka tak dak yg dok tengah2
kalau sebagai ASWJ bagaimana dgn yg ada dlm bukhari ni.....nak tolak ke..kena bagi alasan lah sikit..


Kamu ker yang menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 11-2-2007 11:19 AM

Ibnu Abi Nu'min  berkata, "Aku mendengar Ibnu Umar r.a. ditanya oleh seseorang (penduduk Iraq) tentang seorang yang memakai ihram lalu dia membunuh lalat (apakah dendanya)? Lantas Ibnu Umar r.a. menjawab, penduduk Iraq bertanyakan tentang (denda) membunuh lalat? Sedangkan mereka telah membunuh anak lelaki kepada anak perempuan (cucu) Rasulullah s.a.w.". (Sahih Al-Bukhari, Kitabul Manaqib jilid 1 hal. 531).



Hadis ini umum ka ataupun khusus? Siapa penduduk Iraq itu? Apakah mereka itu tidak boleh diikuti? Kalau dikatakan penduduk Kufah pun, adakah mereka semua syiah?
Kamu ada buat kajian sejarah tak? Cuba ceritakan sikit sejauhmanakah yang dikatakan penduduk Kufah sebagai mengkhianati Imam Hussein AS. Mari kita buat perbandingan dari berbagai versi dan cuba buat pula penilaiannya mengikut fakta dan logiknya. Setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 11-2-2007 11:31 AM


sebagai contoh dlm perbahasan berkenaan Abu Talib bapa kpd Sayyidina Ali r.a.
syiah menyandarkan berbagai pendapat kpd ulamak2 ASWJ yg langsung tidakberasas dan sebenarnya dtg dr kitab2 mereka sendiri ...sila lihatperbahasannya disini
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30891&sid=d2be88f4700d1b93ec1a22231097ad6f


minta dijauhi website ini, boleh terbalik aqidah kita;)

web ini diselenggara oleh THTL, hafiz firdaus n the geng. THTL bekas pekerja telekom, hafiz pula soerang ex-pilot.

mereka semua tu bukan ulama, jgn jadikan mereka ini sebagai rujukan.;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 11-2-2007 11:26 AM


وللشيعةوالرافضة في صفة مصرع الحسين كذب كثير وأخبار باطلة، وفيما ذكرنا كفاية،وفي بعض ما أوردناه نظر، ولولا أن ابن جرير وغيره من الحفاظ والائمة ذكروهما سقته، وأكثره من رواية أبي مخنف لوط بن يحيى، وقد كان شيعيا، وهو ضعيفالحديث عند الائمة، ولكنه أخباري حافظ، عنده من هذه الاشياء ما ليس عندغيره، ولهذا يترامى عليه كثير من المصنفين في هذا الشأن ممن بعده واللهأعلم.


Syi'ah Rafidhah telahmelakukan banyak pembohongan dan membawa khabar-khabar yang tidak benarsama sekali di dalam cerita-cerita kesyahidan Husain r.a.. Kisah-kisahyang telah dikemukakan sudahpun memadai. Kalaulah tidak keranaimam-imam sejarah seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lainmenyebutkannya tentu sekali saya juga tidak akan mengemukakannya.Kebanyakannya adalah melalui riwayat Abu


saya bawakan riwayat ini:

Riwayat dari Ahmad bin Hanbal yang dipetik oleh Ibn Katsir dalam Bidayah yang mengharuskan laknat ke atas Yazid:

وقال ابن وهب‏:‏ أخبرني حيوة بن شريح، عن ابن الهاد، عن أبي بكر، عن عطاء بن يسار، عن السائب بن خلاد، قال‏:‏ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول‏:‏ ‏(‏‏(‏من أخاف أهل المدينة أخافه الله، وعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين‏)‏‏)‏‏.‏ وقال الدار قطني‏:‏ ثنا علي بن أحمد بن القاسم، ثنا أبي، ثنا سعيد بن عبد الحميد بن جعفر، ثنا أبو زكريا يحيى بن عبد الله بن يزيد بن عبد الله بن أنيس الأنصاري، عن محمد وعبد الرحمن ابني جابر بن عبد الله قالا‏:‏ خرجنا مع أبينا يوم الحرة وقد كف بصره فقال‏:‏ تعس من أخاف رسول الله صلى الله عليه وسلم‏.‏ فقلنا‏:‏ يا أبة وهل أحد يخيف رسول الله صلى الله عليه وسلم‏؟‏ ‏(‏ج/ص‏:‏ 8/245‏)‏ فقال‏:‏ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول‏:‏ ‏(‏‏(‏من أخاف أهل هذا الحي من الأنصار فقد أخاف ما بين هذين‏)‏‏)‏ - ووضع يده على جبينه -‏.‏ قال الدار قطني‏:‏ تفرد به سعد بن عبد العزيز لفظاً وإسناداً‏.‏ وقد استدل بهذا الحديث وأمثاله من ذهب إلى الترخيص في لعنة يزيد بن معاوية، وهو رواية عن أحمد بن حنبل اختارها الخلال، وأبو بكر عبد العزيز، والقاضي أبو يعلى، وابنه القاضي أبو الحسين، وانتصر لذلك أبو الفرج بن الجوزي في مصنف مفرد، وجوز لعنته‏.

Juzuk 8, hlm.246   Sumberhttp://www.al-eman.com/IslamLib/viewchp.asp?BID=251&CID=132 Juzuk 8, hlm.246
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 11-2-2007 11:26 AM
tolong berikan rujukan yg tepat...pak grave tgk sendiri ke kitab tu...atau kena tipu @ taqiyyah dgn tokoh2 syiah yg mmg kaki [email=temberang@taqiyyah]temberang@taqiyyah[/email]...
saya dah cek dan cari mmg benda tu tak dak dalam al-bidayah ibnu kathir...sila berikan teksnya supaya senang diteliti...
jangan biarkan diri terus menjadi bahan [email=temberang@taqiyyah]temberang@taqiyyah[/email] pemuka2 anda


Nah...ini saja sudah membuktikan bahawa sikap anda yang sempit dan berfikiran prejudis serta jumud. Asalkan ada saja yang mengkritik dan menilai perbuatan2 biadap Yazid tu lantas dituduh sebagai dari sumber syiah. Kamu tahu ker dari mana sumber ini saya perolehi? Untuk pengetahuan anda bahawa ini adalah dari sumber2 ASWJ sendiri oleh ulama2 yang terlibat dengan gerakan Islam. Beliau adalah Abul Ala Al-Maududi di kajiannya dalam buku "Khilafah dan Kerajaan". Bukan beliau seorang sahaja yang membuat penilaian kritis terhadap sejarah yang berlalu malah tokoh2 Ikhwanul Muslimin pun seperti Syed Qutb dan Abu Zahrah pernah melakukannya.
Apakah anda setaraf dengan mereka sehingga menghasilkan berpuluh-puluh kitab rujukan yang digunakan diseluruh dunia gerakan Islam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.432059 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list