CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: richard303

THE LORD OF THE RINGS : KONSPIRASI DUNIA

[Copy link]
Post time 21-11-2010 01:10 PM | Show all posts
hafal Al- Fatihah


saya pun hafal, saya dengar kawan baca saya tiru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2010 02:11 PM | Show all posts
mana ada surah moses? awak jangan pikir Bible macam Quran pulak. Bible ada banyak kitab di dalam ...
sky_ephemeris Post at 21-11-2010 12:59


Wah...dalam kitab bible ade kitab lagi....banyaknya version....mane satu nye...menyusah kan je rasenya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by batunilam4a at 21-11-2010 14:16
saya pun hafal, saya dengar kawan baca saya tiru
sky_ephemeris Post at 21-11-2010 13:10


Owh tiru...lihat lah betapa mudah nya Al -Quran sehingga penganut agama lain pon dpt menghafalnya wpon jiwa kosong dan tiada nur..bible ade sesiapa nak tiru...xde kan..The highest pope from vatican pon x hafal bible...cam ne tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 02:38 PM | Show all posts
setakat baca dan hafal tapi tak ambil ilmu dan pengajarannya tak ubah seperti kakak tua... tak perlulah kita berbangga dengan ramainya tahfiz berbanding penganut agama lain tetapi tidak mampu menjelmakan diri sebagai "Al Quran yang berkata-kata"sebagaimana Rasulullah..Al Quran hanyalah kitab..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 06:39 PM | Show all posts
lihat lah betapa mudah nya Al -Quran sehingga penganut agama lain pon dpt menghafalnya wpon jiwa kosong dan tiada nur..bible ade sesiapa nak tiru...xde kan..The highest pope from vatican pon x hafal bible...cam ne tu

pertamanya, mana awak tahu jiwa saya kosong? kehidupan saya dipenuhi dengan mengingati Jesus dan ajaran Christ. keduanya, macam mana saya tak boleh tiru dan baca, benda itu ada di sekeliling saya hari2. lain lah kalau saya kat negara yang majoriti penganut Christian dah tentu la saya pun tak tahu apa2 pasal Quran. ketiganya, awak kenal secara peribadi ke dengan Pope? awak suka tak orang judge tokoh2 agama awak dengan tidak mengenali mereka secara dekat? sikap awak semua suka memperolok2 kami sama seperti sikap orang yahudi memperolok2an Jesus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 06:46 PM | Show all posts
"Wah...dalam kitab bible ade kitab lagi....banyaknya version....mane satu nye...menyusah kan je rasenya"

eh, eh, awak bukan penganut Christian mengapa pula berasa susah? kami tak berasa susah pun. tadi awak cakap mengenai surah moses. saya nak tanya lah surah moses tu surah yang kat mana dalam Bible?

versi apa yang awak cakap ni? awak faham tak Bible tu perkataan Greek bermaksud Buku Suci atau Kitab? kami tak pakai surah macam orang Islam punya Quran. kami ada kitab para nabi. awak takkan buka Bible pun kan? kalau saya terangkan lanjut apa gunanya? ia seolah2 menerangkan kepada dinding.

saya bukan lah nak kata saya pandai sejarah agama awak. tapi saya dah boleh lihat bagaimana seseorang itu dengan hanya melihat pengetahuan mereka terhadap tokoh agama mereka sniri. kalau tokoh agama mereka sniri pun mereka keliru nama2 orang yang berkaitan dengan tokoh agama macam mana pula mereka nak paham tentang ajaran agama lain serta benda2 berkaitan dengan tumpuan pusat keagamaan kami ni?

sky baca tau buku sejarah Islam. sky tahu sejarah Daulah Islamiah dan Madinah. sky tahu kisah kelahiran nabi awak. tapi nanti awak akan kata sky takde nur dalam jiwa kan. siapakah manusia nak tentukan nur ke takde nur dalam jiwa manusia lain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2010 11:16 PM | Show all posts
sky rasa malas nak terang kepada orang islam. tapi awak semua sesuka hati menfitnah kami. nanti akan dibawa di hadapan Tuhan di akhirat walaupun Tuhan kita tak sama. surga dan neraka kita tak sama! sky rasa sangat kecewa dengan muslim. sky tahu awak semua takkan sentuh bible. sebab takut akidah awak semua terpesong. ia sungguh dangkal sekali sebab sky hafal surah alfatihah dan maknanya. nak sebut pasal nur maksudnya cahaya kan? itu semua hak Tuhan bukan hak awak semua.

what is Bible?

Bible means Book. It was called Bible because it is the Word of God to us Christians and Jews. Sometimes we call it Scripture. It means something which is written. Bible merupakan kumpulan 66 kitab. Tapi berada dalam satu ikatan. Zaman sekarang ia dah jadi bentuk buku besar. Semua kitab dalam kumpulan kitab2 ni menyebut benda sama. Pesanan Tuhan kepada kita. Dari Bible kami belajar mengenal siapa Tuhan, menunjukkan tindakan2 Tuhan yang Agung, dan dapat lihat bagaimana umat terdahulu beri respond kepada Tuhan. Kami belajar Tuhan suka apa dan Tuhan nak apa dari kami.

Dalam Bible ada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Dua bahagian. Dalam Perjanjian Lama ada kumpulan 39 buah kitab. Kitab ini semua orang Yahudi pakai. Kami Christians pun terimanya. Muslim tak terima walaupun cakap terima! saya tahu nanti jawapan yang sampai ialah, kitab telah terseleweng walaupun tak pernah baca.

Perjanjian Baru ada 27 buah kitab. Hanya orang Christian yang terimanya orang Yahudi tidak terima. Ia tentang Messiah kami Jesus Christ. Permulaan Gereja bermula dengan Perjanjian Baru. Ia menerangkan kepada kami tentang kehidupan, kematian, dan juga hari kebangkitan iaitu hari kiamat melalui Jesus Christ sebagai contoh. Perjanjian Baru menerangkan kemangkatan Jesus dan bagaimana caranya manusia boleh selamat dari dosa. apakah cara2 menghapuskan dosa.

Macam mana Bible sampai ke seluruh dunia?
melalui kerja2 penterjemahan dari kitab berbahasa Greek. Jesus hidup dalam penjajahan Greek dan kemudian dalam zaman Roman. Apa yang mustahil jika Jesus dan apostles boleh berbahasa Greek? Ketika itu bahasa ibunda orang Yahudi bukan bahasa Hebrew, tapi bahasa vernacular Aramaic. Kitab Perjanjian Baru berbahasa Aramaic masih ada dipanggil Peshitta. Rajin2 membaca sumber2 Christian selain daripada quotings daripada pendakwah2 yang nak menambahkan bilangan penganut sebagai buih2 lautan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 12:50 AM | Show all posts
Reply 204# batunilam4a


    ape paedahnye yg ko dapat dgn menghina kristian pon????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 12:55 AM | Show all posts
ermm baru aku taw tntg cte lord of the ring.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 09:30 AM | Show all posts
setakat baca dan hafal tapi tak ambil ilmu dan pengajarannya tak ubah seperti kakak tua... tak perlulah kita berbangga dengan ramainya tahfiz berbanding penganut agama lain tetapi tidak mampu menjelmakan diri sebagai "Al Quran yang berkata-kata"sebagaimana Rasulullah..Al Quran hanyalah kitab..
miftahuljamilah Post at 21-11-2010 14:38


Salah ker bace Quran x faham maksud? Ade tak keluar hukum berdosa x faham maksud, setahu aku kalo x ikut tajwid berdosalah, tapi xde alasan kalo kite x mahir tajwid di jadikan alasan x bace Quran. Biarlah org nak ckp mcm burung kakak tua ke..burung wak wak ker..burung terkukor ker..janji asas hidup kite sudah kene expose ngan Quran...Kecik2 mak bapak dah hantar mengaji, nak paham maksud ke hape ke...nanti dulu...kang budak2 x solat plak sbb nak kene paham maksud..Pada aku adalah menjadi tabiat semula jadi manusia utk mencari ape yg sering dia lakukan...takkan lah selama2 kite solat kite x mahu faham isi2nya utk khusyukkan solat...dan selepas kite bertahun2 mengaji mengadap quran x kan lah xde instinct atau naluri utk membeli tafsir dan belajar dgr ceramah...pada aku itu semua akan terbit bile kita tak lekang solat dan mengaji dan ibadah2 lain..aku bkn lah alim..tapi kite sendiri tahu sifat manusia utk ingin tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 10:10 AM | Show all posts
pertamanya, mana awak tahu jiwa saya kosong? kehidupan saya dipenuhi dengan mengingati Jesus dan ajaran Christ. keduanya, macam mana saya tak boleh tiru dan baca, benda itu ada di sekeliling saya hari2. lain lah kalau saya kat negara yang majoriti penganut Christian dah tentu la saya pun tak tahu apa2 pasal Quran. ketiganya, awak kenal secara peribadi ke dengan Pope? awak suka tak orang judge tokoh2 agama awak dengan tidak mengenali mereka secara dekat? sikap awak semua suka memperolok2 kami sama seperti sikap orang yahudi memperolok2an Jesus.
sky_ephemeris Post at 21-11-2010 18:39


Yang saya faham melalui agama saya adalah org2 yg mendapat hidayah tentang kebesaran Maha suci Allah adalah org2 yg telah diberikan nur dalam hatinya...even org islam sendiri pon belum tentu ada nur di dalam hatinya...sebab tu ade org islam yg solat, ade org islam yg namanya islam tapi dlm jihad kecil mcm ni pon blh lagi nak mempersoalkan org lain hahah, belum lagi..di sekeliling anda hari2...awak tinggal di mana asrama ker....asrama yg di penuhi dgn org2 islam ker...owh mende yg hari2 kite dgr mesti lah blh hafal...tapi sampai skrg anda masih nak mempersoalkannya..kenapa debat ini terjadi? cuba awak selak belakang, awak tanya kenapa teori konspirasi selalu menghina yahudi dan akhir penceritannya pasti mengiyakan mengenai kebenaran islam melaui Al-Quran...dan awak x puas hati kenapa kaum yahudi selalu di eksploit sedangkan Tuhan awak adalah bangsa Israel...skrg ni awak berhujah org yahudi memperolokkan jesus..sedangkan yesus itu sendiri lahir dari perut Maryam yg berbangsa yahudi...

Saya bkn lah nak menghina kristian atau ape2 agam sekali pon...saya sekadar berhujah atas asas ape konsep Kristian and you came out with answers which interesting...dan soalan saya mudah saje...ade ke di kalangan anda yg boleh hafal bible...tapi awak bagi jwp cliche...just jwb yes or no..it is that simple...kalo ade di mane, siapa, berapa ramai...sape antara tokoh2 yg mampu hafal..mcm kami skrg ade lah tokoh2 yg saya hormat mcm Ahmad dedaat..Alhamdulillah, he knows both bible and Quran kalau tidak tidak x mampu berdebat...kebetulan he won every issue....takde isu utk berbangga di sini..masing2 ade pendapat dan kefahaman..believe and faith...saya cume nak bagi tahu Al- Quran adalah mukjizat akhir zaman yg diturunkan kepada Rasulullah terus kepada umatnya...Kami pon di ajar utk menghormati agama lain..Rasulullah pon kalo nampak penganut lain sedang sembahyang jgn lalu depan mereka, lalu belakang sbg tanda hormat...tapi skrg u yg tanya kenapa jadi mcm tu jadi mcm nie..jadi saya jwb dan provoke gak ler..bkn ade ape2 pon...kay lah nanti aku ke tahanan ISA plak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 10:13 AM | Show all posts
Reply  batunilam4a


    ape paedahnye yg ko dapat dgn menghina kristian pon????
abangbikerz Post at 22-11-2010 00:50


hina tang mane...ape hujah aku yg menghina..provoke pon salah..ha ko leh jwp kan utk dorang tak mane tau kot2 ko lagi arif ker
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 10:40 AM | Show all posts
Yang saya faham melalui agama saya adalah org2 yg mendapat hidayah tentang kebesaran Maha suci Allah adalah org2 yg telah diberikan nur dalam hatinya...even org islam sendiri pon belum tentu ada nur di dalam hatinya...sebab tu ade org islam yg solat, ade org islam yg namanya islam tapi dlm jihad kecil mcm ni pon blh lagi nak mempersoalkan org lain hahah, belum lagi..di sekeliling anda hari2...awak tinggal di mana asrama ker....asrama yg di penuhi dgn org2 islam ker...owh mende yg hari2 kite dgr mesti lah blh hafal...tapi sampai skrg anda masih nak mempersoalkannya..kenapa debat ini terjadi? cuba awak selak belakang, awak tanya kenapa teori konspirasi selalu menghina yahudi dan akhir penceritannya pasti mengiyakan mengenai kebenaran islam melaui Al-Quran...dan awak x puas hati kenapa kaum yahudi selalu di eksploit sedangkan Tuhan awak adalah bangsa Israel...skrg ni awak berhujah org yahudi memperolokkan jesus..sedangkan yesus itu sendiri lahir dari perut Maryam yg berbangsa yahudi...


saya faham konsep hidayah agama islam tu. tapi awak semua faham ke apa itu holy spirit yang jadi sebahagian daripada dogma triniti selain daripada menghentam creed kami? creed bermaksud iman. awak nak suruh kami tinggalkan keimanan kami dalam rumusan triniti, jadi buat apa kami jadi orang Christian dan mengikuti jalan Jesus? triniti is not only about three personality in One. it is a formula and a rumusan kepercayaan yang menetapkan kami harus percaya kepada Father, Jesus His Son, and Holy Spirit. Jesus and Holy Spirit are both from the Father but they are not Father. Father pun bukan mereka. Kalau saya terang lebih2 pun nanti akidah awak semua hanya akan terpesong. Saya menghormati undang2 Malaysia, orang melayu tak boleh masuk Christian atau agama lain. Adakah awak semua menghormati perasaan ibu bapa orang Christian yang murtad? perasaan ahli keluarga mereka yang berasa kasihan dan simpati melihat saudara sendiri menjadi "bekas" saudara dan akan dibakar dalam neraka?

habis tu, nabi2 yang orang Islam percaya tu bukan bangsa Yahudi ke? kenapa ada pula teori konspirasi menghina bangsa nabi2 awak termasuk "nabi" Isa? awak tahu siapa yang mulakan teori konspirasi ini?

ya, saya pernah tinggal sebilik dengan Muslim, hai takkanlah saya tak dengar. Roomate saya ada juga yang Muslimah syumul dari Serawak, even ada kawannya yang suruh saya masuk islam terus sebabnya saya tahu benda mereka cakap itu. Saya memerhatikan saja sikap setiap Muslim. Adakah ia memenuhi hikmak yang diajarkan "nabi" awak. Dala thread ini saya boleh buat judgement terhadap setiap satu personality walaupun saya tanak. Saya tak pernah judge pun pemimpin agama awak sebagaimana awak judge pemimpin2 agama kami dan apostles. Bukan asrama je dipenuhi orang Islam, tempat tinggal dan negara saya tercinta ni. Buka TV pun boleh dengar azan kan. Radio semua. Saya sengaja sebut pasal memperolokkan Jesus kami tu sebab ia jadi reflection kepada sikap kamu semua memukul rata sesuatu bangsa termasuk bangsa Yahudi. Saya memang tahu siapa Virgin Mary. She is a subject of our veneration.  

Saya bkn lah nak menghina kristian atau ape2 agam sekali pon...saya sekadar berhujah atas asas ape konsep Kristian and you came out with answers which interesting...dan soalan saya mudah saje...ade ke di kalangan anda yg boleh hafal bible...tapi awak bagi jwp cliche...just jwb yes or no..it is that simple...kalo ade di mane, siapa, berapa ramai...sape antara tokoh2 yg mampu hafal..mcm kami skrg ade lah tokoh2 yg saya hormat mcm Ahmad dedaat..Alhamdulillah, he knows both bible and Quran kalau tidak tidak x mampu berdebat...


Ada, Saint Isaac of Nineveh. Banyak lagi Saints. Awak tak kenal siapa Saint2 ni awak tanya pun buat apa? Lagipun saya tanya awak balik tu bukankah bermaksud saya menjawab secara tak langsung bahawa wujudnya orang yang hafal. Awak ingat orang hafal Bible pakai satu bahasa saja kah? Dalam Bible tak sebut pun pasal bahasa yang spesifik. Saya tanya awak, Surah mana dalam Quran yang sebut bahasa spesifik iaitu bahasa Arab? Saya tahu surah tu tapi saya sengaja tanya awak sebab awak soalkan tentang hafalan. Sejauh manakah hafalan awak terhadap kitab awak? Sebab ini penting bila awak persoalkan Bible kami. Saya kenal Ahmad Deedat. Saya tahu sebab apa dia jadi begitu. Saya baca biografi dia. Dan saya pun kutuk punca yang menyebabkan dia jadi begitu serta kebodohan pelajar2 agama Christian aliran Catholic sendiri. Hari kematiannya saya berdoa kepada Tuhan dengan bantuan Jesus semoga rohnya diberi keselamatan. Awak akan berdoa begini untuk kami selepas kami mati? Orang Islam tak boleh berdoa untuk kapir kan.

Tapi awak tak kenal pun tokoh keagamaan Catholic atau Orthodox and Apostolic Church selain daripada Pope. Itu pun secara kasar sahaja. Macam mana awak boleh provoke kami? Tindakan provoke bukan satu tindakan yang bijak. Ia hanya menunjukkan kelemahan awak. Bukankah "nabi" awak pernah kata, kalau tiada sebarang perkataan yang baik, elok kita mendiamkan diri. kalau ada perkataan baik boleh lah dikeluarkan.

Sebenarnya saya sedang dalam proses belajar bahasa Arab dan Aramaic iaitu bahasa Jesus saya. Saya tak boleh masuk kelas di UITM sebab saya hanya separa bumiputera. Jadi saya terpaksa belajar sendiri2 dan tanya kepada kawan Muslim yang kemudiannya akan paksa saya masuk Islam. Saya tahu ramai saudara Christian saya di Iraq, Egypt, Syria, dan Lebanon yang memang berbahasa Arab dan Aramaic. Ada yang mengalami persecution seperti di Iraq. Adakah awak Muslim sniri akan belajar bahasa Arab?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 12:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 22-11-2010 12:14

Kepada Melayu-Melayu yang memburukkan imej agama Islam..aku minta korang baca terjemahan ayat  Al-Quran ni...

Jangan kamu berdebat (berbantah) dgn ahli kitab (Yahudi, Nasrani dan seumpamanya), melainkan dengan (cara) yang terbaik, kecuali orang2 yang zalim di antara mereka, dan katakanlah. Kami percaya kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, sedangkan Tuhan kami dan Tuhan kamu hanya satu dan kami patuh kepadaNya.

Surah Al-Ankabut, Ayat 46
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 03:53 PM | Show all posts
Salah ker bace Quran x faham maksud? Ade tak keluar hukum berdosa x faham maksud, setahu aku kal ...
batunilam4a Post at 22-11-2010 09:30


tentulah tidak salah..malah itu satu perbuatan yang mulia..tetapi yang menjadi kesalahan anda membandingkan para tahfiz dengan penganut agama lain..apakah makna tahfiz itu jika ia hanya dapat menghafaz 30 juzuk ayat Quran tetapi sehingga mati tidak kenal Pencipta..berbeza menghafaz dengan menghayati..Jika kita menghayati Al Quran maka kita tidak akan mempersoalkan atau memperovoasi penganut agama lain atau seumpamanya..biarkanlah mereka dengan fahaman mereka..saya sangat simpati dengan Sky yang bersungguh-sungguh mempelajari Islam di samping membuat kajian berkaitannya..jika ingin menunjukkan keindahan  Islam atau berdakwah bukan dengan cara mempersoalkan ketauhidan atau kepercayaan  tentang ketuhanan agamanya...itu menunjukkan Islam agama yang angkuh...teruskanlah perbincangan kalian berhubung konspirasi ..Salam
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 04:02 PM | Show all posts
Reply 213# batunilam4a


awat nak provoke plak???

ko punye mentaliti sama ajele dgn org cordoba initiative yg nak buat islamic centre dekat ground zero tu. mcmle tak tau perbuatan tu semacam nak lempar najis dekat muka non muslim americans.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 04:03 PM | Show all posts
Reply 215# nobito


    Jangan kamu berdebat (berbantah) dgn ahli kitab (Yahudi, Nasrani dan seumpamanya), melainkan dengan (cara) yang terbaik, kecuali orang2 yang zalim di antara mereka, dan katakanlah. Kami percaya kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, sedangkan Tuhan kami dan Tuhan kamu hanya satu dan kami patuh kepadaNya.

Ayat ini jelas sekali meminta kita tidak berdebat persoalan agama,melainkan dengan cara yang baik..tiada salahnya kita berlapang dada meneliti dan sama-sama mencari titik penyatuan..Salahnya kita kerana sentiasa mengatakan Islam agama yang baik,sempurna, diredhai Allah...sedangkan agama lain semua sesat,kafir dan salah..ironinya lihatlah apa yang terjadi pada umat Islam..sentiasa terkebelakang dalam segala hal..masih tuduh-menuduh dan berprasangka, tidak mengenal Penciptanya..Ingatlah "Awaluddin Makrifatullah" -awal agama mengenal Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 06:06 PM | Show all posts
tentulah tidak salah..malah itu satu perbuatan yang mulia..tetapi yang menjadi kesalahan anda membandingkan para tahfiz dengan penganut agama lain..apakah makna tahfiz itu jika ia hanya dapat menghafaz 30 juzuk ayat Quran tetapi sehingga mati tidak kenal Pencipta..berbeza menghafaz dengan menghayati..Jika kita menghayati Al Quran maka kita tidak akan mempersoalkan atau memperovoasi penganut agama lain atau seumpamanya..biarkanlah mereka dengan fahaman mereka..saya sangat simpati dengan Sky yang bersungguh-sungguh mempelajari Islam di samping membuat kajian berkaitannya..jika ingin menunjukkan keindahan  Islam atau berdakwah bukan dengan cara mempersoalkan ketauhidan atau kepercayaan  tentang ketuhanan agamanya...itu menunjukkan Islam agama yang angkuh...teruskanlah perbincangan kalian berhubung konspirasi ..Salam
miftahuljamilah Post at 22-11-2010 15:53


Pada saya menghafal adalah satu teknik menghayati Al- Quran adalah perlukan mase, kematangan, jiwa dan sudah tentu semakin kita berusia semakin kita asyik meneliti isi2 Al- Quran...sbb tu lah para tahfiz terdiri dari budak2...bak kate pepatah "meluntur buluh biar dari rebung". Kalo dah jadi buluh keras susah plak nak di ajar. mustahil org2 yg menghafal quran x faham maksud..lambat laun mereka akan selami ape yg mereka pelajari..spt yg saya ckp. Atau pon awak yg tak faham dgn ape yg saya terangkan....saya hanya menjelaskan ape yg die nak tahu...konspirasi bkn lah sesuatu yg sbb x berdosa pon kalo x percaya. Tetapi ada sesetengah pendapat yg boleh di pertimbangkan dgn bukti2 yg di ambil dari Al - Quran...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 06:07 PM | Show all posts
Reply  nobito


    Jangan kamu berdebat (berbantah) dgn ahli kitab (Yahudi, Nasrani dan seumpam ...
miftahuljamilah Post at 22-11-2010 16:03


Siapa ahli kitab yg disebutkan tu....?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 06:12 PM | Show all posts
Reply  batunilam4a


awat nak provoke plak???

ko punye mentaliti sama ajele dgn org cordoba initiative yg nak buat islamic centre dekat ground zero tu. mcmle tak tau perbuatan tu semacam nak lempar najis dekat muka non muslim americans.
abangbikerz Post at 22-11-2010 16:02


Siapa yg bertanya dan provoke..sila lihat ms2 belakang ye cek bikerz..oh dunia skrg mcm ni lah..kalo org islam provoke mula lah klua mcm2 perasaan hormat agama org lah mcm2 lagi...termasuk org islam sendiri...kalo non muslim provoke..mula lah klua bahasa bunga2...dorang x faham..biarlah..sbb x fahamlah aku terangkan..dan salah ke kita nak tanya pasal perkembangan dorang...aku rase soalan aku biasa je...xde plak aku nak tanya siapa tuhan bapa, tuhan anak, tuhan mak...kalo aku persoalkan tu lagi teruk....ni aku tanya masih lagi dalam lingkungan sederhana...terasa aku spt dilempar najis oleh rakan seagama ku...seolah2 aku ni mcm x tau nak hormat agama lain..baru tanya sikit mcm tu .. mula kluar mcm2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 1.026072 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list