CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aikon

Imam Mahdi Dan Senario Sejagat

[Copy link]
Post time 13-12-2008 06:35 AM | Show all posts
Cemburu bebeno nko kt puak2 spiritual eh silencekiller?...
Cantekkk method da'wah nko; first provoke sarcastic next hukum 'tembak', berulang-ulang so so so...
Wokey la, selamat maju jaya :-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by silencekiller at 13-12-2008 01:45 AM
ko sembang pasal hadis plak ka?? ada aku ckp Imam Mahdi ni mengarut ka?? sesetangah hadis yg betul2 sahih boleh dipercayai

Apa faedah mengkaji Imam Mahdi ni?? baik mengkaji ilmu2 lagi mendatangkan faedah..skit2 spiritual

ilmu spiritual apa lak tu pasal kaji spiritual kot umat Islam mampu menguasai teknologi   malu la kt org Bukan Islam especially Barat..depa kaji benda2 betul & realistic.. bukan benda merosakkan minda


tak perlu tiru barat utk memenuhi janji Allah akan kebangkitan Islam ke 2.. cuba tengok balik sejarah..
Islamic Golden Age
berlaku semasa muslim mengamalkan sistem pemerintahan kekhalifahan..
tokoh2 Islam dulu dah tunjukkan bagaimana Islam membawa kemajuan dan kesejahteraan hidup seperti zaman Khalifah Abbasiah dan zaman awal Khalifah Uthmaniyah yg banyak melahirkan tokoh ilmuwan..

Ibnu Sina yg di gelar Bapa Segala Doktor oleh scholar barat tu pun umur 10 tahun dah hafaz Quran..
mereka kukuhkan basic "ilmu spiritual aka agama" sebagai seorang muslim dari kanak2 lagi..
lepas tu baru mereka timbul kesedaran dan mengkaji pelbagai ilmu bagi memenuhi keperluan fardhu kifayah utk kesejahteraan seluruh umat Islam seperti ilmu perubatan, matematik, astronomi, ketenteraan dan lain2 lagi..

silencekiller, ko fikir sket.. itu kalo ko mampu berfikir..
kalo kita ikut sistem mereka, ko rasa.. muslim boleh maju LEBIH dari barat n yahudi ker..
boleh maju ker kalo sistem pedidikan, sistem pemerintahan, sistem ekonomi n lain2 lagi, mengikut barat..
jangan nak berlagak lagi pandai dari tokoh2 Islam dulu yg dah membuktikan bahawa jika Islam itu di kaji dan di fahami betul2, n kalaulah majoriti muslim akhir zaman sekarang sedar akan hakikat ni..
mereka boleh jadi LEBIH HEBAT dan LEBIH MAJU dari mana2 negara barat, even USA sekalipun..

tapi malangnya..
semua pemimpin2 negara majoriti muslim amat lemah, semua berfikiran macam ko silencekiller..
cuba untuk memajukan negara majoriti muslim mengikut acuan n cara barat.. memang kelakar
aku gelak sebab mereka2 ni jenis bodoh lagi sombong, tak mahu belajar dari sejarah..
mereka2 ni jenis suka tido n bermimpi di siang hari agak nyer..

da truth is, negara2 majoriti muslim takkan maju mengikut acuan n cara barat sampai hari kiamat..
barat takkan membenarkan mana2 negara majoriti muslim maju, melainkan ikut sistem mereka..
kalau ikut sistem mereka, kita (muslim) akan sentiasa berada di bawah n mudah di kawal oleh mereka..
mereka boleh menjadi tuan n bertindak zalim (kempen terrorisme & Islamophobia) tanpa di tentang..
even Iran yg agak maju tanpa banyak guna sistem dari barat pun, di kenakan pelbagai sekatan..
tak mungkin barat membenarkan mana2 negara majoriti muslim maju, kecuali tunduk di tapak kaki mereka..

apapun, akan tiba janji Allah tentang kebangkitan Islam ke 2 dan wujud nya kembali sistem khilafah (kekhalifahan)..
tapi sebelum tertegaknya kembali negara mengikut sistem khilafah ni dan kembalinya Islamic Golden Age..
setiap muslim kena cuba tegakkan sistem khilafah dalam diri masing2 dulu..

di bawah ni ada video berkenaan kejatuhan khalifah Uthmaniyah dan kesannya ke atas umat Islam hari ni..
puak2 barat yg di kagumi oleh silencekiller pun tahu akan gelombang2 kebangkitan Islam ke 2 di akhir zaman..
mereka seboleh2 cuba menyekat kebangkitan ni, bermacam usaha di lakukan.. mai le tingok sama2..

Documentary - Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah
[GoogleVideo]http://video.google.com/videoplay?docid=4078322259298144656&hl=en[/GoogleVideo]

belajar dari yahudi & barat boleh, ambil yg ada kebaikan untuk kita saja.. tak perlu tiru semua..
cam yahudi n nasrani, mereka juga kaji Quran & Hadis..
tapi mereka amik benda2 yg ada kepentingan utk mereka jer, tapi kebenarannya mereka tak pandang..

aku pun pengikut isu Imam Mahdi ni.. tapi bagi aku..
aku tak baper minat nak tahu dia dari mana, bangsa apa, macam mana rupa dia, bila di kuar n so on..
baik aku cuba kaji macam mana nak lengkap kan diri dengan ilmu sebagai pejuang akhir zaman..
tegakkan negara Islam dalam diri jika kita nak tengok tegaknya kembali sistem Khilafah nanti..
jika sampai masanya The Black Banners muncul nati, pasti kita akan mendapat "signal" utk di sahut..
aku pun nak tengok juga Islamic Golden Age kembali seperti zaman Khalifah Abbasiah dan zaman awal Khalifah Uthmaniyah dulu yg hebat dan maju dalam ekonomi, ketenteraan dan pelbagai cabang ilmu..

hayati kata2 salah seorang MUJADDID (reviver) yg pernah muncul sebelum ini sebagai persiapan, sebelum munculnya Mujaddid terakhir (Imam Mahdi) yg banyak di ceritakan di dalam hadis2 baginda...

Aku mampu membayangkan AL MUJAHID itu sebagai seorang lelaki yg sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yg memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya..

Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila di seru, dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab..

Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yg telah diletak atau di tuntut ke atasnya. Dia berjihad di jalannya..

Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yg tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya..

(Imam Hassan Al-Banna, 1906 - 1949)

[ Last edited by  capiloton at 13-12-2008 08:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 11:51 AM | Show all posts
SIAPA IMAM AL-MAHDI ???

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men瓂erahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu抰abar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As璖yaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

           Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

揟elah berkata Ali sambil memandang puteranya 璈assan,
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 11:51 AM | Show all posts
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang璳an di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai抋t dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai抋t dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

          Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10.  Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, 揔etahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 12:53 PM | Show all posts
aku baca isu2 yg diutarakan di sini dengan 'open-minded'...anything is possible
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 05:56 PM | Show all posts
nih2...meh aku bagi sikit buah pemikiran....

sesiapa yang cakap thread apa2 berkaitan mahdi ialah sia-sia pasti mempunyai idea utk menolak sikap menunggu-nunggu "penyelamat"...dari sibuk2 menunggu2, kan lebih elok jika masa itu digunakan utk sesuatu yang lebih konkrit dan bermanfaat..cthnya, mengkaji ekonomi ke, kaji bintang ke..dll...honestly, inilah yang terbaik. (mungkin atas sebab ini, hadith2 mengenai mahdi tiada dalam Quran mahupun hadis2 sahih bukhari dan muslim.- betul ke nih??)

dan siapa yang suka membincangkan kemunculan mehdi ni...ehem ehemm... HARAPAN. itu lah dia... mengharap bukanlah sesuatu yang tidak elok..  ntah ler.. ak pun tak tau...nak cakap elok ke tidak... HARUS kut..
rasa-rasanya, antara kebaikan "imam mahdi" ialah dari SIKAPnya... mungkin kita leh mencontohi sikapnya.. yang ku tahu, antara sikap2 mahdi ialah ;
1- sentiasa takut kepada Allah
2- menjadikan Rasulullah sebagai contoh utama..
3- tidak menipu
4- membunuh hanya utk mempertahankan diri
5- menghormati adat dan kebudayaan bangsa lain..
6- et cetera

rasa2 nya, sesiapa pun leh ikut/contohi sikap ni...mana tahu ntah2 korang yang akan jadi "mehdi" ??

so camne...? setuju tak? kalau setuju leh reply, kalau tak diam2 je.../

[ Last edited by  thessailly at 14-12-2008 06:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2008 06:36 PM | Show all posts
hmmm.....senang cite x salah mengkaji dan x salah x mengkaji...masing2 ade tugas masing2...ada jalan masing2 pandai2 la cari...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by silencekiller at 13-12-2008 01:45 AM
ko sembang pasal hadis plak ka?? ada aku ckp Imam Mahdi ni mengarut ka?? sesetangah hadis yg betul2 sahih boleh dipercayai

Apa faedah mengkaji Imam Mahdi ni?? baik mengkaji ilmu2  ...


ko banyak tak tau ni...huhu...sori2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 06:52 PM | Show all posts
Kalau aku langsung tak percaya kepada hadis mengenai Imam Mahdi,dajjali ini, boleh jatuh kapir tak aku??:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 12:21 PM | Show all posts

Balas #226 aizverus\ catat

Biar la dia tak nak percaya. Kita hanya ada 2 pilihan iaitu beriman dan percaya akan kedatangan Imam Mahdi. Keduanya...KAFIR dan mengikut DAJJAL al Masih
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 03:29 PM | Show all posts
-kesimpulannya ada kat post di bawah-

[ Last edited by  thessailly at 16-12-2008 01:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 01:10 PM | Show all posts
geram la aku bacer ayat-ayat silence killer..kalau tak suka dengan apa yang orang bincangkan..ko selak la Bod lain..

mencemarkan betola..

aku sangat respek orang orang yang banyak pembacaan..pasal imam mahdi..pasal kiamat...pasal tanda-tanda besar kiamat semua ni...

biarpun ilmunya manfaat untuk aku atau tidak..

biarlah..

ambil apa yang manfaat..buang apa yang tidak..

tak perlu nak label orang itu sesat..orang ini sesat..

ko kejar la dunia KEMAJUAN ko tu silence killer..

tak sedar-sedar lagi dunia dah akhir zaman..teruskanla perangai jahil tu..geram btol aku..:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 14-12-2008 06:52 PM
Kalau aku langsung tak percaya kepada hadis mengenai Imam Mahdi,dajjali ini, boleh jatuh kapir tak aku??:cf:


Ingatlah Rukun Iman yg ke-5 = Beriman kepada Hari Kiamat

Mahdi, dajjal, yakjuj-makjuj, kebangkitan umat Islam, munculnya Nabi Isa A.S  adalah antara cabang2 peristiwa yang bakal muncul dan berlaku apabila kita semakin dekat dgn hari kiamat.

Suka aku dengan seorang forumer dipage depan, yg membaca dgn hati yang terbuka. Usah memprovokasi disini, sama2 mencari ilmu, sama2 berkongsi pengetahuan.

Sekurang-kurangnya kita adalah umat yg beringat-ingat akan hari kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 15-12-2008 12:21
Biar la dia tak nak percaya. Kita hanya ada 2 pilihan iaitu beriman dan percaya akan kedatangan Imam Mahdi. Keduanya...KAFIR dan mengikut DAJJAL al Masih


Jadi saya kapirlah??

Oklah oklah, err rasanya boleh tak jika kita lihat kisah2 imam mahadi,dajjal, turunya Nabi Isa A.S bukan dari sudut literal? Maksud saya kesemua ramalan2 ini adalah mesej2 tersirat untuk peristiwa yang akan berlaku sebelum hancurnya dunia ini...

Contoh:

Dajjal= Sistem manusia yang melupakan Tuhan
Turunnya Nabi Isa= Penganut Nasrani kembali kepada akidah yang betul
Matahari terbit dari barat=Ketamadunan ilmu muncul di dunia barat

dll....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by meow_tompok at 16-12-2008 15:41


Ingatlah Rukun Iman yg ke-5 = Beriman kepada Hari Kiamat

Mahdi, dajjal, yakjuj-makjuj, kebangkitan umat Islam, munculnya Nabi Isa A.S  adalah antara cabang2 peristiwa yang bakal muncul dan ...


Tiada siapa yang provok larrr, cuma saya ingin mengetahui pandangan anda semua terhadap orang2 yang mungkin sedikit skeptik mengenai hal2 seperti ini. Dalam hal2 yang anda sebutkan di atas itu, cuma kisah yakjuk makjud sahaja yang ada di dalam Quran, yakni mereka akan keluar pada sebelum hampirnya Hari Kiamat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 04:02 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430. INI BERMAKNA KITA TELAH PUN MEMASUKI TAHUN YANG BEGITU MENDEBARKAN...YANG SUDAH PASTI PENUH DENGAN CABARAN. IA JUGA BERMAKNA KITA TELAH MEMASUKI TAHUN TERAKHIR BAGI "AWAL" KURUN KE-15. KALAU KITA TELUSURI BALIK TAHUN 1429H, KITA AKAN MENDAPATI BAHAWA BANYAK PERISTIWA PENTING TELAH MELANDA SELURUH DUNIA. SAYA PERCAYA SEGALA YANG BERLAKU PADA TAHUN 1429H AKAN BANYAK MEMPENGARUHI PERISTIWA-PERISTIWA PENTING YANG AKAN BERLAKU DI SELURUH DUNIA SEPANJANG TAHUN 1430H. DI SINI SAYA INGIN MENYOROT BEBERAPA PERISTIWA YANG AMAT PENTING YANG BERLAKU DI AKHIR TAHUN 1429H.

BERMULA DENGAN KRISIS EKONOMI YANG MELANDA SELURUH SISTEM EKONOMI KAPITALIS "RIBA" BARAT YANG TELAH DAN BAKAL MENCETUSKAN KRISIS EKONOMI GLOBAL YANG MANA MENURUT PAKAR AKAN MULA MENJADI PARAH PADA TAHUN 2009. CUMA APA YANG MENGHAIRANKAN PAKAR PADA KALI INI, KRISIS EKONOMI YANG BERLAKU DIIRINGI DENGAN PENURUNAN MENDADAK HARGA BAHAN API, KHUSUSNYA PETROLEUM. DI SINI SAYA CUBA MENCETUSKAN IDEA "KONSPIRASI" PIHAK ZIONIS YANG SENGAJA CUBA MENCETUSKAN SUASANA KRISIS EKONOMI DAN PADA MASA YANG SAMA CUBA MELUMPUHKAN EKONOMI NEGARA-NEGARA ISLAM YANG KEBANYAKKANNYA BERGANTUNG KEPADA HASIL MINYAK. IA SEBENARNYA LEBIH DIKHUSUSKAN KEPADA "NEGARA-NEGARA PAKSI KEJAHATAN" ATAU LEBIH TEPAT IRAN.  PENURUNAN KOS BAHAN API INI SEBENARNYA BANYAK MENGUNTUNGKAN PIHAK ZIONIS...MEREKA AKAN DAPAT MENGGERAKKAN LEBIH BANYAK JENTERA-JENTERA PERANG BAGI MENGHADAPI "PERANG MENENTANG KEGANASAN" ATAU "CRUSADE" (istilah yang digunakan BUSH). JUSTERU SUDAH PASTI KITA AKAN DAPAT MENYAKSIKAN PADA TAHUN 2009/1430 INI LEBIH BANYAK PEPERANGAN YANG AKAN BERLAKU.

SETERUSNYA "TRAGEDI" YANG BERLAKU DI MUMBAI, INDIA JUGA MEMPUNYAI KESAN YANG SANGAT SIGNIFIKAN KEPADA APA YANG BAKAL BERLAKU SEPANJANG TAHUN 2009/1430. MENURUT PAKAR, TRAGEDI MUMBAI ADALAH MERUPAKAN SATU LAGI "FITNAH BESAR" YANG SENGAJA DICIPTAKAN OLEH PIHAK MUSUH ISLAM. IANTA SAMA DENGAN TRAGEDI 9/11 DI WTC, NEW YORK...SEMUANYA BAGI MENGHALALKAN "PERANG MENENTANG KEGANASAN" aka "CRUSADE". KALAU SEBELUM INI MEREKA MENCIPTAKAN "AL-QAEDA" DI ASIA BARAT, DAN "JEMAAH ISLAMIAH" DI ASIA TENGGARA. MAKA KALI INI DI ASIA SELATAN, PUAK ZIONIS TELAH MENCIPTAKAN "MUJAHIDIN DECCAN". KESEMUA INI ADALAH "FITNAH BESAR" YANG TELAH DICIPTAKAN BAGI MENGHALALKAN PERANG TERHADAP UMAT ISLAM. MELALUI TRAGEDI MUMBAI INI, INDIA DAN PAKISTAN DILAGA-LAGAKAN DAN BERDASARKAN PERKEMBANGAN SEMASA, PERISTIWA ITU BAKAL MENCETUSKAN PERANG BARU DAN TERHEBAT DI ANTARA INDIA DAN PAKISTAN. APA YANG LEBIH MENGGERUNKAN IALAH KEDUA-DUA NEGARA INI WALAUPUN "MISKIN", MEREKA MERUPAKAN KUASA NUKLEAR. ANDAI TERCETUS PERANG, SUDAH PASTI PENGGUNAAN NUKLEAR TIDAK AKAN DAPAT DIELAKKAN. DI SINI KALAU KITA HALUSI DAPAT KITA AGAK KENAPA BARAT MENCIPTAKAN TRAGEDI MUMBAI.

AKHIR SEKALI, MENJELANG AKHIR TAHUN 1429H, ISRAEL TELAHPUN MEMULAKAN PERANG DENGAN MELANCARKAN SERANGAN UDARA KE ATAS SEMENANJUNG GAZA ATAS ALASAN BAGI MEMERANGI HAMAS YANG BANYAK MELANCARKAN SERANGAN ROKET KE ATAS ISRAEL. BERDASARKAN PERKEMBANGAN TERBARU, ISRAEL TELAHPUN MENGUMPULKAN TENTERA DARATNYA DI SEMPADANNYA DENGAN GAZA DAN DIJANGKA AKAN MELANCARKAN SERANGAN DARAT PADA SKALA BESAR-BESARAN KE ATAS "PENJARA TERBUKA" SEMENANJUNG GAZA. SERANGAN INI SUDAH PASTI AKAN MENYEBABKAN TINDAKAN BALAS BESAR-BESARAN DARI UMAT ISLAM (bukan negara Islam kecuali IRAN)) DARI SELURUH DUNIA. REAKSI AWAL DARI IRAN, SYRIA (termasuk HEZBULLAH LUBNAN) DAN LIBYA SUDAH DIJANGKA DAN SEMEMANGNYA ITULAH YANG DIMAHUKAN OLEH PARA PERANCANG UTAMA ZIONIS. ANDAI KATA NEGARA IRAN DAN SYRIA (TERMASUK HEZBULLAH) KHUSUSNYA BERTINDAKBALAS DENGAN MEMBANTU HAMAS BAGI MENGHADAPI ISRAEL, MAKA PERANG YANG SEBENAR AKAN BERMULA. ISRAEL DAN AMERIKA SELAMA INI MEMANG SENGAJA CUBA MENCARI ALASAN BAGI MENYERANG NEGARA-NEGARA SEPERTI IRAN DAN SYRIA. ANDAI INI BERLAKU, ISRAEL DAN AMERIKA (BACA ZIONIS) SUDAH PASTI AKAN MENYERANG IRAN DAN SYRIA, MAKA AKAN TERCETUSKAN "IBU KEPADA SEGALA PEPERANGAN". BAYANGKAN JIKA INI BERLAKU...APAKAH KESANNYA KEPADA DUNIA. SERANGAN AMERIKA DAN ISRAEL KE ATAS IRAN DAN SYRIA, DI SAMPING PERANG ANTARA INDIA DAN PAKISTAN SUDAH PASTI AKAN MENARIK PENGLIBATAN DUA LAGI KUASA DUNIA IAITU RUSIA DAN CHINA KERANA KEDUA-DUA NEGARA INI MEMPUNYAI BANYAK KEPENTINGAN KHUSUSNYA DI INDIA DAN IRAN. PENGLIBATAN RUSIA DAN CHINA DALAM PERANG YANG DIPAKSAKAN INI PASTI AKAN MENCETUSKAN PERANG YANG TERBESAR DAN TERHEBAT DALAM SEJARAH MANUSIA IAITU PERANG DUNIA KE-3.

KESEMUA PERISTIWA YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS AMAT SESUAI KITA PAKAT-PAKAT RENUNGKAN DAN FIKIRKAN...DAN SETERUSNYA MEMBUAT PERSEDIAAN DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL BAGI MENGHADAPI TAHUN 2009/1430 YANG SUKAR UNTUK DITENTUKAN...TAHUN YANG PENUH DENGAN CABARAN, KRISIS DAN BENCANA. WALAU BAGAIMAPAUN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM HENDAKLAH YAKIN AKAN JANJI-JANJI ALLAH SWT DAN SUDAH PASTI SAATNYA SUDAH HAMPIR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2008 09:10 PM | Show all posts
salam..

hangat juga disini ya. bagus la kalau ada pro dan kontra. tak adalah sebelah pihak sahaja yang conquer cerita. kadang kadang kita kena tengok juga dari pelbagai sudut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:52 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 26-12-2008 03:01 PM


Tiada siapa yang provok larrr, cuma saya ingin mengetahui pandangan anda semua terhadap orang2 yang mungkin sedikit skeptik mengenai hal2 seperti ini. Dalam hal2 yang anda sebutkan di atas it ...


"maksudnya, adakah anything not stated in Al-Quran dikira tidak boleh dijadikan hujah?, anda pastikah?" - alyana
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:56 AM | Show all posts
Originally posted by thessailly at 14-12-2008 05:56 PM
nih2...meh aku bagi sikit buah pemikiran....

sesiapa yang cakap thread apa2 berkaitan mahdi ialah sia-sia pasti mempunyai idea utk menolak sikap menunggu-nunggu "penyelamat"...dari sibuk2 menu ...


"uols, tanpa konsep Imam Mahdi pun, sikap menunggu2 itu memang ada. contohnya, menunggu najib sebagai P.M penyaelamat Malaysia " - alyana
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:00 AM | Show all posts
Originally posted by silencekiller at 13-12-2008 01:45 AM
ko sembang pasal hadis plak ka?? ada aku ckp Imam Mahdi ni mengarut ka?? sesetangah hadis yg betul2 sahih boleh dipercayai

Apa faedah mengkaji Imam Mahdi ni?? baik mengkaji ilmu2  ...


"ada faedah ada barokahnya, bukankah Imam mahdi ini keturunan Rasul S.A.W. sedang ade mereka tertentu yg menyuruh kita hormat akan mereka yang Syed/Syarifah yang sejati, apatah lagi mereka yang 'special'.

At least, jauh lebih baik dari mengkaji  hatta berfantasi pasal Sauron, Hobbit, Mordor dan Frodo qann silencekiller qannn"  - alyana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.227779 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list