set bimbo tb3 suku..expect zero ja kat depa tu
kaka happy sgt2 psl TLU sgt success even dianaktirikan...
tak rugi bukak tred 1st dulu... ramalanku benarrrr belaka, citer ni meletop
ending semalam memang perfect la.
perasan tak lepas EL cakap "I love you" tu KL tak bagi respon pape, terus masuk kredit?
betul la, memang seswai gila kalau sambung TLU Raya start dari part tu pastu kekonon KL lari tinggalkan EL pastu ha start la nak pujuk memujuk ke ape ke
serius sesuai gila
Fall in love with TLU............. novel dh habis telaah... dgr citer muka depan novelnya nanti ada muka EL ngan Kyra..... x sabo nak ajak en. somi p carik kat book store
El ami kesempatan pegang tangan kyra,,,..lepas ni tak tahu bila boleh pegang lagi.....
sian maEL....itulah....dlm drama..lakunan ..hero dan heroin kadang kadang betul2 jatuh cinta...ingat tak El ada cakap mcm ni kat kyra
OT jap haidar @ fikree Bakar jadik hero plak lam cite ni , heroin shera ayob
Adaptasi novel: Masihkah Ada Kasih bawa kelainan
SELEPAS kejayaan drama bersiri Trilogi Cinta yang mencecah rating 1.3 juta penonton, RTM kembali menggandingkan pengarah, Amie Maziah bersama novelis terkenal, Sharifah Abu Salem, menerusi drama Masihkan Ada Kasih.
Drama bersiri 40 episod, yang juga adaptasi novel Alaf 21, berjudul sama karya Sharifah, sudah mula menemui penonton setiap Khamis dan Jumaat, jam 11.05 malam di saluran TV1.
Mengisi slot Arca, drama ini mempertaruhkan gandingan mantap Shera Aiyob (Manisah) bersama Fikhree Bakar (Firdaus). Turut berlakon dalam drama ini ialah Karl Shafeq, Raissuddin Hamzah, Tunku Hanis, Reen Rahim, Sura Sojangi, Zalfie Roul dan pelakon baru, adik Mohd Afiq Farhat.
Menurut Amie, pengalamannya bekerjasama dengan Sharifah menerusi Trilogi Cinta banyak memberi kelebihan buatnya dalam mengarahkan drama kedua adaptasi daripada novelis berusia 54 tahun ini.
"Saya bertuah kerana Sharifah sekali lagi bertindak selaku penulis skrip untuk filem ini. Jadi ia banyak memudahkan saya dan kami juga ada bekerjasama beberapa kali sebelum ini.
"Menariknya mengenai Masihkah Ada Kasih, ia bukan mengenai kisah tipikal adaptasi sekarang seperti kahwin kontrak atau kahwin paksa tapi ia mempertaruhkan elemen kekeluargaan dan keagamaan.
"Jalan ceritanya berbeza dan ada daya penarik yang tersendiri. Jadi jika ada yang bertanya mengapa mereka perlu menonton filem ini? Jawapan saya kerana kelainan jalan ceritanya," ujarnya kepada Zass.
Menjalani penggambaran selama tiga bulan di sekitar Lembah Klang dan Kuantan, Pahang, drama ini mengetengahkan kisah kehidupan pasangan muda, Manisah dan Firdaus yang terpaksa berdepan dengan pergolakan rumah tangga.
Firdaus mengahwini Manisah bukan kerana cinta, tetapi kerana ingin membuktikan dia mampu merampas Manisah dari kawan baiknya, Johan dan mempergunakan Manisah untuk memenuhi impiannya dalam perniagaan.
Namun Manisah tidak tahan terus terseksa. Tidak sanggup bergelumang dosa angkara kerakusan Firdaus memburu keuntungan, Manisah menuntut cerai. Firdaus menceraikannya dalam keadaan marah dan Manisah terpaksa kehilangan anaknya Syafiq apabila Firdaus melarikan Syafiq dan menyembunyikannya.
Bermulalah pencarian Manisah kepada anak kesayangannya. Lebih memilukan Syafiq dipisahkan darinya ketika anak kecil itu sedang menderita penyakit jantung berlubang.
Konflik demi konflik mula berlaku sehinggalah Johan kembali dari New York dan membantu Manisah. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pilih muka baru
Tambah Amie, seperkara lagi yang menarik mengenai drama ini adalah pemilihan para pelakon yang sebelum ini jarang menjadi teraju utama.
Jelasnya, bagi mengelakkan kroni dalam produksi, dia sengaja memilih pelakon yang belum pernah bekerjasama dengannya.
"Selain jalan cerita, kekuatannya juga terletak kepada barisan pelakon dan dalam drama ini boleh dikatakan rata-rata pelakon pertama kali berada di bawah pengarahan saya.
"Saya pilih mereka berdasarkan kesesuaian watak dan saya bertuah kerana ke semua pelakon memberikan komitmen 110 peratus dan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dengan cukup baik.
"Malah saya puji Shira ketika itu yang sanggup membawa anak ke set lokasi dan pelakon baru, Afiq juga, tidak kurang hebatnya. Dia begitu mudah dibentuk dan memberi lakonan yang cukup baik," katanya.
tq...mmg dah berkali tgk...nampak maEL-ijad sgt mengenali dan memahami eahother very well...mmg soulmate
dah berkali tgk....suka sbb elkyra rally appreciate the team n peminat....
'karya yg baik adalah menjadikan peminat2 yg baik'-EL
thank you so much kepada semua yang hadir untuk menonton final episod bersama team tlu malam semalam, yang menonton di rumah juga jutaan terima kasih (kamu menjamin rating huhu). saya ingin mohon ampun kalau ada kekurangan atau ada mengecewakan mana mana individu mahupun pihak. saya berharap "tonight is the night" sebagai satu malam terbaik bagi kita semua. bersyukur atas segala positif feedbacks yang cukup hebat. bersyukur atas sorakan yang membakar semangat kita semua.
team tlu adalah:
@azmaaizalyusoof - 1st director @ayidonara - 1st a.d cum 2nd director @girl_diver - a.d (replacement)
muhfid suhaimi - scriptwriter @bobfitri77 - director of photography @dauslou - assistant camera operator
ceelo - grip and gaffer
lan - lighting @ameydbucksk8 - audioman @zafirahtahir - continuity manager @farrafarhana09 - make up artist
gee - wardrobe
hairol - propmaster @epitodaya - propman @hermanshahabdhamid - editor
superman - production manager
amka - assistant production manager
zul said - producer
dan semua casts dan extras yang telah menjayakan #temanlelakiupahan. juga dato' dz sekeluarga di sarawak yang telah memberikan layanan terbaik di sana. semua yang sudi menyewakan rumah dan kereta sebagai lokasi pengambaran dan prop.
terima kasih #tv3, unit bmpg dan anp. izinkan kami satu pasukan untuk undur diri, membuka ruang untuk team hati perempuan, dan terus majulah drama melayu untuk industri.