CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 26-6-2014 03:31 PM | Show all posts
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014

Penuh rasa belas kasihan...Faizal ketika bertemu Firdaus.

PENGARAH Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berasa marah dan kecewa bila terkenang Muhammad Firdaus Dullah, 15.

Bersama wartawan Sinar Harian, SYAMILAH ZULKIFLI, Faizal kembali mengimbas kenangan sewaktu pertama kali bertemu insan istimewa itu.

SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.

Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.

Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.

Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.

Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.

Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.

Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.

Saya cuba  memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.

Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.

Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.

Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.

Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.

Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?

Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.

Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?

Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.

Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.

Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini...

Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar orang kurang upaya (OKU).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 03:32 PM | Show all posts
..............
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:35 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014

mak dia elok dipenjara terus...atau ditembak ja sampai mati...


i pun tak hilang marah sampai la ni terhadap mak dia...

vavi...

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:39 PM | Show all posts
noor2 posted on 26-6-2014 03:35 PM
mak dia elok dipenjara terus...atau ditembak ja sampai mati...

Tak boleh baca cerita pasal ni noor... rasa mcm nak bom org je
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:40 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:42 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:39 PM
Tak boleh baca cerita pasal ni noor... rasa mcm nak bom org je

yang jumpa adik firdaus..en faizal fazri ni...lebih lagi runtun hatinya...dan kita yang membaca ni memang sebak dan sakit hati gila...mcm pengarah ni jugak kita pikir..tak leh hadam otak kita duk pelik kenapa mak dia sanggup buat anaknya mcm tu...vavi sungguh perangai..

dan yang i amat2 pelik ..pembaca yang duk menyokong perempuan ni....pelik teramat...depa tak pikir ke pasal kesengsaraan adik ni...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 03:59 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014

ALLAH meleleh air mata
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:09 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014

aarrghh .. nangis lagi aku hari ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 04:18 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014



terima kasih kerana dah menyelamatkan seorang ahli syurga yg comel ni

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:24 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014

aduilahhh...teramat sedey....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:24 PM | Show all posts
aku juga rasa.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:42 PM | Show all posts
menggigil aku bila baca pasal adik firdaus ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:55 PM | Show all posts
Tak dpt hadam ummah yg bekap pompuan pareedah tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 05:03 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 05:20 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014

baca tajuk article nih pun air mata dah begenang
moga betina loklak tu terima pembalasan setimpal....

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 05:24 PM | Show all posts
atira posted on 26-6-2014 03:31 PM
Cukuplah derita yang ditanggung
SYAMILAH ZULKIFLI
June 26, 2014

Kalako Lola lepas, aku tak tahu nak kata apa dahhh....@#!#@@$@Q@%^$&

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 05:25 PM | Show all posts
nangis la baca artikel ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 05:35 PM | Show all posts
Tahanan reman Lola berakhir smlm. So apa dah jadi? Bila nak dakwa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 05:53 PM | Show all posts
Bell posted on 26-6-2014 05:35 PM
Tahanan reman Lola berakhir smlm. So apa dah jadi? Bila nak dakwa?

dah smbg smpai sabtu la..berita terkini..brahim sumbangkn sheol 5k..untunglah..attempt murder pon dpt 5k..kalau mati budak tu tah2 dpt bganda2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 06:49 PM | Show all posts
tinker_bell posted on 26-6-2014 05:53 PM
dah smbg smpai sabtu la..berita terkini..brahim sumbangkn sheol 5k..untunglah..attempt murder pon  ...

Brahim majikan dia tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.519884 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list