|
HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels
[Copy link]
|
|
SENYUMAN lebar terukir di dua ulas bibir mungil Hartini sebaik sahaja terpandang rumah yang sudah lama tidak dijenguk. Sibuk dengan belajar, sibuk dengan kerja di hujung minggu demi mencari ilmu dan rezeki membuatkannya terpaksa menahan rasa rindu pada Mak Minah. Langkah diatur semakin laju sambil menjinjit sebungkus kepah yang dibeli tadi. Sampai di anak tangga rumah, salam diberi.
"Assalamualaikum! Mak!" Hartini melaung sambil membuka kasut.
Bungkus plastik tadi diletakkan di atas anak tangga. Tangannya pula capai gayung dan air dari dalam tempayan diceduk lalu dijirus ke kaki. Terasa sejuk. Usai membersihkan kaki, Hartini melangkah menaiki anak tangga.
"Assalamualaikum Mak!" sekali lagi salam diberi.
Senyap.
Hartini cuba tolak daun pintu. Pintu terkuak perlahan. Tidak berkunci. Daun pintu ditolak sehingga menampakkan keseluruhan ruang tamu di rumah papan itu. Tiada kelibat Mak Minah. Ruang tamu masih seperti dulu, kemas dan tersusun perabot. Dia mengatur langkah menuju ke ruang dapur. Bungkusan kepah diletakkan di dalam singki. Sesekali Hartini jenguk ke ruang belakang dapur. Mana tahu Mak Minah sedang berkebun. Di depan halaman rumah tadi, tidak ada pula nampak Mak Minah membelek pokok bunga ros merah yang berderet di situ.
"Mana pulak mak ni pergi?"
Hartini beredar dari ruang dapur dan jenguk pula bilik Mak Minah. Hatinya berbelah bagi kerana dia tidak pernah masuk ke dalam bilik Mak Minah. Pintu bilik Mak Minah selalu bertutup rapat. Berdiri di depan pintu bilik Mak Minah, Hartini masih berfikir sama ada untuk mengetuk atau terus saja masuk.
"Mak! Tini dah balik!" Hartini mengetuk daun pintu.
Tiada jawapan.
"Hah, Tini. Bila kamu balik?"
Terkejut Hartini dengan sapaan satu suara dari arah muka pintu rumah yang terbuka luas, terus saja dia berpaling.
"Mak pergi mana?" Hartini meluru ke arah Mak Minah lalu dicium tangan dan dipeluk.
"Mak pergi rumah makcik Odah tadi. Katanya anak dia kena sampuk lagi." Minah melangkah beriringan dengan Hartini masuk ke dalam rumah.
Hartini hanya mengangguk tanpa banyak bertanya. Dia menarik tangan Mak Minah ke ruang dapur dan sebungkus kepah dalam singki ditunjukkan kepada Mak Minah.
"Kita masak lemak ya, mak!" ujar Hartini.
Minah mengangguk sambil menguntum senyum. Dia beredar dari ruang dapur dan masuk ke biliknya.
Hartini hanya memerhati Mak Minah yang kelihatan tidak bermaya. Wajah sugul Mak Minah ketara terpamer. Ada yang tidak kena ke? Malas hendak mengusutkan keadaan, Hartini mula membersihkan kepah untuk dimasak lemak. Sebiji kelapa tua dari belakang rumah dikupas dan dikukur. Melihatkan pengukur kelapa yang masih digunakannya, dia tersenyum sendiri. Sekarang ini susah nak dapat pengukur kelapa seperti itu. Semuanya sudah guna mesin.
TENGAH HARI, Hartini dan Mak Minah bersama menikmati hidangan bersama. Usai mengisi perut, mereka berborak di anjung rumah dengan angin yang bertiup sepoi dari arah sawah. Seteko teh panas dan dua mangkuk kecil pengat pisang menjadi peneman berbual mereka. Banyak perkara yang dibualkan terutama Hartini yang kecoh bercerita tentang kerja sampingannya di restoran ayah Zenot.
"Mak, Tini nak tanya sikit."
Mak Minah yang sedang meneguk teh panas mula memberi perhatian kepada anak angkatnya itu. Cawan teh diletakkan di atas piring usai minum beberapa teguk.
"Sejak akhir-akhir ni, Tini banyak alami benda pelik. Perempuan kebaya putih, mimpi, dan terbaru, ada seorang yang Tini tak kenal, beritahu Tini sesuatu." Hartini mulakan bicara serius. Teringat pertemuan yang tak diduga dengan seorang lelaki di dalam kereta pagi tadi di hentian TBS.
Mak Minah bertaut keningnya saat mendengar bicara serius Hartini. Tadi bergelak ketawa dan kali ini jelas wajah serius Hartini. Dia faham sangat dengan riak wajah seperti itu. Bermakna ada sesuatu yang serius berlaku.
"Siapa yang Tini jumpa? Mak kenal?" soal Minah, juga serius.
"Dia kata dia tahu hal keluarga Tini. Arwah ayah, arwah mak dan juga Harlina."
Minah mula tunduk. Semakin berkerut keningnya kali ini. Kenapa ramai sangat kenal dengan keluarga Hamdan? Apakah orang itu juga kenal dirinya? Perlahan Minah bangun dan menapak ke arah pokok-pokok bunga ros merah miliknya yang segar tumbuh. Bunga-bunga ros merah yang berkembang segar itu dibelai satu persatu.
Hartini memerhati tingkah Mak Minah yang seolah ingin mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaannya. Apakah benar apa yang dikatakan oleh lelaki itu? Atau apakah Mak Minah ada menyimpan rahsia besar keluarganya selama ini? Jampi..apakah benar apa yang orang kampung tuduh arwah ayah dulu? Terus Hartini teringat sebungkus kain yang dipegang Mak Minah di muka pintu tadi. Bunjut kain kecil itu pernah dilihatnya di ruang dapur yang diletakkan di dalam sebuah belanga. Ketika itu dia sedang mencari rempah empat sekawan untuk memasak sup ikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 22-7-2018 01:14 PM
nak iklan sekejap ya..
sambungan JAMPI belum ada lagi..sibuk lately ni..
DAPATKAN NOVEL TERBAHARU saya terbitan Julai 2018.![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Sesiapa yang minat genre seram, boleh order dengan penerbit ya.
TAJUK: AMOI
Penerbitan DEAR NOVELS
SBN: 978-967-2116-19-6
Harga: RM24.00 / RM27.00
BLURP
“Aku selalu diganggu. Perempuan tu muncul dengan pakaian merah. Macam pakaian pengantin perempuan Cina zaman dulu…” “Jadi, benda tu selalu ikut kau? “Ya, sebab aku langgar pantang.” Tidak cukup dengan itu, misteri kehilangan Amoi, anak gadis ketua kampung membuatkan Sham dan Bidin dilanda hidup yang tak tenteram. “Ayah dia kata, Amoi dibunuh. Pada aku, kalau dia dibunuh, tentu polis dah jumpa mayatnya. Tak pun, polis dapat kesan kat mana.” Sham perasan ada satu tangkal yang melilit kuat leher mangsa yang sudah dikerat. Tangkal itu dibelek-belek. Dia terkejut.
Boleh order online dengan penerbit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya tak bersambung..![](static/image/smiley/onion/spec.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kann...gigih i masuk sini..igtkan dah ada sambungan... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry la pembaca setia cerita ni..
makcik sibuk lately..
nak sambung karang..dah lupa jalan cerita pulak
kena baca dari awal![](static/image/smiley/default/lol.gif)
okey, kita sambung ya..dah baca sikit2 tadi..
BAB 19
PETANG ITU seperti biasa, Hartini melakukan rutinnya menyiram pokok bunga ros. Sejak dia jarang pulang ke kampung, nampaknya pokok-pokok bunga ros begitu segar dan semakin subur. Kelopak bunga berkembang mekar. Aroma wangi bunga ros semerbak menusuk hidung. Sambil menyiram, Hartini menyanyi-nyanyi kecil. Walaupun sekarang ini, mindanya sekali sekala memikirkan hal keluarganya yang misteri. Mak Minah yang semakin berahsia dengannya.
Bermula pandang pertama
kulihat kamu di depan mata
terasa debar di dada
menahan rasa bila kau ada
Kau buat ku terpaku
sepertinya diriku yang mahu diri kamu
dan bila kau hadir bagai satu misteri
ternyata diriku bagai sudah dijampi
dan bila kau hambakan hatiku kembali
ternyata hanya kau harus aku cintai
Hartini terus menoleh bila mendengar suara menyambung nyanyiannya tadi. Termengkelan melihat Sharizal tercegat berdiri di hujung deretan pokok bunga ros, hanya beberapa meter saja jarak darinya. Apa lagi bila melihat Sharizal semakin mendekatinya. Bekas yang dipegang untuk menyiram pokok bunga hampir terlepas dari tangan.
"Tini apa khabar?"
"Ba...baik. Abang dari mana? Ada kursus ke kat sini?" soal Hartini tergagap-gagap.
Aduh. Punyalah dia mengelak daripada bertembung dengan Sharizal tadi. Alih-alih lelaki itu muncul juga di depan rumahnya. Jadi, selama ini, Sharizal mengekorinya? Menyiasat tentangnya? Patutlah tadi Pak Kahar tanya hal itu.
"Ya..abang ada kerja sikit. Kebetulan dah ada kat sini, teringat yang Tini pun orang Melaka. Jadi, abang cuba risik-risik dengan orang kampung ni. Kenapa Tini pandang abang macam tu? Macam tak suka abang datang?"
Hartini senyum kelat. "Bukan macam tu, cuma saya pelik. Macam mana abang tahu saya tinggal kat kampung ni? Malah, tahu pulak rumah saya? Ni mesti Zenot yang pecah rahsia kan?"
Sharizal ketawa kecil sambil menggeleng. Dia kemudian mengangguk. Berterus terang sajalah.
"Tini! Siapa tu?"
Serentak Hartini dan Sharizal berpaling. Mak Minah sedang berdiri di tepi sebelah kiri rumah sambil memegang segenggam sayur kangkung. Kelihatan Mak Minah menapak perlahan mendekati mereka.
"Eh, ni Sharizal kan?" Minah mengukir senyum sebaik saja tiba di tempat Hartini dan Sharizal berdiri.
Hartini pantas menoleh pada Sharizal dengan wajah berkerut. Kali ini matanya tidak lekang menatap anak mata bundar milik Sharizal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Waaaaaaa.....terbengkapai lagi.......ipo...plissss....nak merusuh ni...
Byk plot twist...sat speku yg ni...sat speku yg tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Speku dari saya
Petualangnya khatijah.
Dia penyebar fitnah. Nazim n zainuddin mgki trmkn hasutan khatijah..depa tikam belakang hamdan.
Pnjnjian hamdan dgn jin...mgkin dia nak putuskan dah dgn jin tu. Dia tkmo trlibat dgn khurafat dah.
Ada yg dengki dlm kg tu..yg dok sebar fitnah atau kisah jampi tu.
Mgkin jugak mak minah jugak petualang...sbb brkena dgn hamdan.
Rmh trbakaq..mgkin nazim terlibat dan ada geng sekutu..sebelum tu nazim culik harlina. Kemudian bakaq rmh..
Apa2 pun rasanya dalang utama adalah khatijah.
Tp..kalau betoi hani tu harlina...kenapa tak jmpa pompuan kebaya tu?..
Jadiiiiiiiiii...di sini ipo cuba buat kita merusuh dalam otak..hahaha..
Pompuan kebaya ckp kat sharina..dia keturunan hamdan. Jd sharina la harlina.
Sbb..kalau ikut...mak sharina iaitu khatijah kakak kasimah..dia bukan dr susur galur hmdan.
Adoiiiiii...rasa nak gigit handphone bila mai kat nal ckp sesuatu, nak bgtau sesuatu..tiba2 stop.
Mcm tgk sinetron pula... |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 23-11-2018 09:10 AM
oh mak aih..
terima kasih raihaneem baca cerita sekerat tergantung tak habis ni
Nnti siap sila umum ya ipo
Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah. Plot dah berubah yunk![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 28-11-2018 06:46 PM
InsyaAllah. Plot dah berubah yunk
Haaa.......dan disini terus menunggu, sampai bila pun ku tak pastiiiii...
Tiba2 teringat lagu ukays |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
bertanya khabar melalui tinta
jarang sekali bertemu muka
namun kutahu dia setia
![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 2-12-2018 09:41 PM
bertanya khabar melalui tinta
jarang sekali bertemu muka
namun kutahu dia setia
Hihi...lagu ukays mmg best2
Saya dah mula merayau mencari cerita2 utk dibaca
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo..if dh keluar novel utk cerita ni..habaq mai..![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah umai![](static/image/smiley/default/flower.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
hael husaini dapat inspirasi dari sini kah |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo, novel ni dah keluar ke belum?![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel dah keluar tapi tajuk dan jalan cerita dah bertukar yaAda beberapa watak dikekalkan : Hartini, Sharizal, Sharina, Nadia, Mak Minah, Dato Zainuddin, Zenot, Hamdan, Kasimah, Khatijah
Watak baru>>> Chad, Fahmi, Kartika, Mek Kesom
Boleh order dengan penerbit Dear Novels ya
Sedang promosi sekarang sah sehingga 23 September 2019
harga RM21 Semenanjung. free postage
Whatsapp ke nombor penerbit: http://www.wasap.my/+60132588069
HARTINI
Sinopsis
Hartini yang kematian ibu bapa dalam kemalangan jalan raya, kini tinggal menumpang dengan bekas orang gajinya, Minah. Kehidupan Hartini menjadi semakin tertekan dengan kejadian misteri di dalam sebuah bilik berkunci di rumah Minah. Hampir setiap malam, suara ketawa budak kecil dan bunyi tapak kaki berlari-lari berlaku. Tidak cukup dengan itu, bunyi lontaran barang ke dinding dan ke lantai. “Mak cik, apa sebenarnya dalam bilik berkunci tu?” – Hartini Bukan itu sahaja, Hartini juga sering mengalami mimpi ngeri bertemu dengan seorang perempuan yang tidak mempunyai wajah. Tidak cukup dengan itu, di kampus pula Hartini menerima sebuah buku nota misteri yang bertulisan Siam dan seutas gelang kaki emas. “Apa yang saya sempat baca, tulisan tangan dalam bahasa Siam tu sebenarnya berupa satu catatan diari seseorang. Dan catatan tu juga ada mantera. Mungkin mantera sihir.” – Chad Dengan bantuan Chad, Hartini menyiasat tentang buku nota itu dan penyiasatan mereka telah membawa kepada satu rahsia yang tidak pernah terjangka oleh Hartini selama ini. Rahsia yang membawa kepada pembongkaran benda di dalam bilik berkunci, perempuan tanpa wajah dan buku nota serta gelang kaki emas dan siapa dalang di sebalik semua kejadian itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|