|
bagi omputeh beer ni sinonim dengan sports.
big sponsors pun banyak beer company (macam Malaysia dulu2 dunhill yang sponsor until trend dunia yang anti tembakau) tapi beer tidak dimusuhi sebagaimana rokok.
aku tak percaya kalau dorang totally abstain.
cukuplah OT.
Jenazah anak, ibu mentua Syafiq selamat dikebumikan
| | 06 Disember 2020
Pemain bola sepak kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, 25, menyiram air mawar ke pusara anaknya Muhammad Aisy Saqeef Muhammad Syafiq berumur 22 hari, yang dikebumikan dalam satu liang lahad bersama neneknya Zainab Wahab, 45, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing di sini. Foto Bernama
PENDANG - Suasana sayu menyelubungi pengebumian anak lelaki dan ibu mentua kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan di Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Jenazah Muhammad Aisy Saqeef Muhammad Syafiq, 22 hari, dan Zainab Wahab, 46, yang bertolak dari Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 3.30 petang tiba di Kampung Padang Pusing, dekat sini pada 5.55 petang.
Kedua-dua jenazah kemudiannya disembahyangkan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung di rumah Allahyarhamah Zainab sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai dekat sini, untuk dikebumikan.
Muhammad Syafiq yang juga merupakan penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada di tanah perkuburan dilihat sugul sebelum ditenangkan ahli keluarga yang lain dan kedua-dua jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang kira-kira 8.30 malam ini.
Dalam kemalangan tragis di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap pada 5.36 pagi tadi, bayi lelaki Muhammad Syafiq dan ibu mentua serta pembantu rumahnya wanita warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an, maut di tempat kejadian.
Jenazah anak pemain bola sepak kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, yang berusia 22 hari dan jenazah ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, tiba di Kampung Padang Pusing petang ini dari Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. Foto Bernama
Sementara itu, Muhammad Syafiq, 25, dan anak perempuannya Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan manakala isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, pula dilaporkan cedera parah namun stabil.
Sementara itu, Norain Shahadan, 50, yang merupakan bapa kepada Nur Amalina berkata arwah isterinya ada menghubunginya dua hari lalu dan meminta untuk mengemaskan rumah kerana ingin membawa balik cucu baharu mereka ke kampung.
"Saya menerima berita itu dari besan, Ahmad Ibrahim, 56, yang menghubungi saya sekitar 6 pagi tadi. Saya seperti tidak percaya apabila dimaklumkan isteri dan cucu sulung lelaki maut dalam kemalangan tetapi saya reda dengan ketentuan Allah.
"Saya hanya sempat berbual sekejap sahaja dengan isteri dan ketika itu dia maklumkan hendak pulang ke rumah apabila boleh merentas negeri selepas berada di rumah anak dan menantu mereka di Johor sejak perayaan Deepavali lalu," katanya.
Upacara pengebumian itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, beberapa pemain Kedah dan juga rombongan daripada Johor termasuk para pemain JDT. - Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni kan dah ada confinement lady...
kalau ada duit x perlu lah nak travel jauh2...
gigih balek kedah tu sebab ayahnya tinggal... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adelea at 6-12-2020 10:31 PM
Punat_button replied at 6-12-2020 10:18 PM
bagi omputeh beer ni sinonim dengan sports.
big sponsors pun banyak beer company (macam Malaysia ...
terpulang kat you ok ,
you ask and i answer ,
klu ikutkan bila someone decide to be athlete ,
they have to quit smoke party and alcohol
tak kira la malaysia or oversea
its for full performance
tapi out of season bila gather dgn famili
they minum la , sbb culture dia boleh minum
even no alcohol ban for fans po baru jer lifted after 35 years yer .. which is this year 2020.
btw , explain panjang pon tara guna sbb you took in negative way ..
i said bila in regime diet and diorg tgh training in league .. mmg depa avoid ...
out of the season bila diorg x main , diorg minum jer ... bukan x minum lgsg
and some team , coach dia mmg ada bagi beer before game just to motivate team before the game .. ( perhaps it was after long diet without alcohol)
you should do more reading ...
ciao
(btw to accuse the JDT player under alcohol , is totally blind accusation) |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire ni kebanyakannya dipandu laju. Kadang geram je tengok bila mencucuk2 belakang kereta, ye lah kereta mahalkan, kita pun beransur lah ke tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button replied at 6-12-2020 10:18 PM
bagi omputeh beer ni sinonim dengan sports.
big sponsors pun banyak beer company (macam Malaysia ...
btw mat saleh pon ada je ban beer / alcohol sponsorhip
https://movendi.ngo/news/2017/08/14/uk-no-beer-premier-league-shirts/
thats why i ckp u should read more ...
rather than just said ironi here and there .. you pun tak pasti ..
ada perkara u tak leh pakai ur logic
sbb its a fact and thats the practice and the fact that its happening
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eyansss at 6-12-2020 11:07 PM
beli carseat yang sesuai untuk dari newborn sampai besar... aku beli joie... letak newborn aku memang ngam2 fit... jangan sesekali pangku... kita taktau apa akan jadi dalam perjalanan...
joie every stage...
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 6-12-2020 10:37 PM
beli carseat yang sesuai untuk dari newborn sampai besar... aku beli joie... letak newborn aku m ...
Thankssssss nanti iols surberyy
Muchos2 gracias |
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button replied at 6-12-2020 10:18 PM
bagi omputeh beer ni sinonim dengan sports.
big sponsors pun banyak beer company (macam Malaysia ...
Sokaba ni tah berapa kali repeat Padang Pusing, Bukit Murai, Padang Pusing, Bukit Murai... Tapi negeri mana tak sebut... |
|
|
|
|
|
|
|
ada banyak brand cs ni tapi aku suka joie sebab boleh pakai dari lahir sampai la anak aku aku yang sulung masuk 7 tahun... yang kedua dah 3 tahun... some brand tak support sampai anak besar...
jangan lupa, rear facing tau sampai la anak dah masuk 4 tahun... and tahniah nak dapat baby
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 6-12-2020 11:12 PM
ada banyak brand cs ni tapi aku suka joie sebab boleh pakai dari lahir sampai la anak aku aku yang ...
Thanks utk newborn mmg ok ke. Sb tulang bb kan lembut |
|
|
|
|
|
|
|
aah... yang aku tepek joie all stage ni memang sesuai untuk newborn... carseat tu ada additional booster yang khas untuk newborn... bila anak dah masuk beberapa bulan n dah tegap, ko boleh remove booster tu... anak2 aku pakai, memang sedap je cantik dalam carseat tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Punca kemalangan dah established atau masih dalam penyiasatan? jika memang didapati ada unsur kecuaian sehingga menyebabkan kehilangan nyawa....adakah pemandu akan didakwa walaupun yg menjadi mangsa adalah penumpang dlm kereta iteww sendiri(ahli keluarga)? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca berita ni sebab mangsanya newborn |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 Syafiq insaf lah kalau betul bwk laju. Bwk laju ni, takde satu sen pun kebaikan dia. Sbb, kalau kita terkejut hatta daun sehelai jatuh atas kereta pun, kita tak sempat buat apa dah, melainkan tekan brake mengejut.
Suda2 lah bwk laju ni.... Takde pekdah...
Takde fikir "eh, ada 5 lagi nyawa bawah tanggungan aku ni... Plus nyawa aku sendiri". Oleh it, drive lah slow. Sedap tak sedap, kena hadap. Kerana kau, 3 nyawa melayang. Hadaplah muka bini kau dgn rasa menyesal tak sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
menasihati orang yang kaki bawak laju nih sama macam bagi nasihat kat perokok je bro
|
|
|
|
|
|
|
|
Org tua2 ada pesan, baby dlm hari lg benda2 ghaib ni suka ngacau. Awatla yg dok mlm2 buta bawak ke pagi buta dok ada atas jln.
Honestly, my personal opinion, aku takkan la nk travel jauh2 ni dlm pantang.
Dulu 2 bln lps bersalin, aku ikut husband blk kmpg 8-9 jam perjalanan pun, aku tak agree. Tp apakan daya, kang in law kecik ati pulak.
Inikan pulak mangsa tak smpi sebulan bersalin, dah travel mlm..dok dendiam pantang umah sudahla..bibik pun ada.
Salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
mawarputih2612 replied at 6-12-2020 09:58 PM
rasa sedih baca berita mcmni tp masa yg sama rs sakit hati jgk sbb baby jd mangsa
klu teruk mcmtu m ...
Awat aku pun terfikir dangerous driving or negligience? Klau kt overseas dah possible kena ingestigate .. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 6-12-2020 11:57 PM
menasihati orang yang kaki bawak laju nih sama macam bagi nasihat kat perokok je bro
Sedih kan? Meols bkn nk ckp nasib baik. Tapi ckp jgklah...
Nasib baik family2 dia je. Kalau terlanggar family org lain?? Kabel dia plk kuat gagah berani harimau gichewww. Haruslah lepas.
Alhamdulillah... Takde melibatkan family orglain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau wife dlm pantang lagi, rancanglah perjalanan.
Seeloknya bertolak awal di waktu pagi.
Jb ke kedah mahu 8 jam perjalanan.
Sampai awal pagi mmg la mata berat, mengantuk.
Salam takziah buat keluarga Syafiq.
Moga tenang terima dugaan ni.
Jaga dan temani si wife tu bimbang meroyan pula.
Emosi org dalam pantang ni lain.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
depresio replied at 6-12-2020 05:52 PM
Allahu
Sedihnya
Aku tgk gambar Dia pegang arwah baby tu
Kat hujung kepala .. ubun2 tu ada darah.. mungkin kecederaan di kepala .. masih dlm swaddle lagi .. i rasa dipangku |
|
|
|
|
|
|
| |
|