CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Aspirasi Ramli MS - Bi-Pop (BH)

[Copy link]
Post time 4-2-2007 11:14 AM | Show all posts

Reply #63 haq89's post

tang mn x konsisten tu. micha rs psmbhn dia ok je. ttp bgus. esp part tendang menendang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2007 06:35 PM | Show all posts
lagu NORA tu susah nak bawak..
lagipun irama dia slow
anyway, nora tetap antara vokal wanita terbaik di msia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2007 03:40 PM | Show all posts
Aspirasi: Majlis berprestij umpama Malaywood
Oleh Ramli MS


Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah majlis paling glamor berbanding anugerah lain kerana penyertaannya

"ASSALAMUALAIKUM.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH'06) muncul lagi. Malam ini di Arena of Stars, Genting Highlands, anda berpeluang menyaksikan bintang popular seluruh tanah air mempamerkan kehebatan mereka di hamparan karpet merah dan pentas berprestij ABPBH'06.

Bagi saya, ABPBH'06 adalah anugerah yang paling glamor. Glamor kerana semua artis dan selebriti dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon filem, pelakon drama, pelawak, pengacara TV dan penyampai radio berada di anugerah berkenaan. Kalau nak kira macam Malaywood!

Tahun ni sudah masuk ulang tahun ke-20 penganjuran ABPBH. Saya bersama ABPBH sebagai konduktor muzik sudah enam tahun. Sekalipun permintaan untuk mendapatkan semi symphony untuk segmen persembahan ABPBH'06 gagal dipenuhi, tapi saya bernasib baik kerana masih memperoleh kumpulan strings esemble untuk malam ini.

Strings esemble merangkumi 29 pemuzik profesional. Justeru, bolehlah saya berkarya dengan lebih jauh, sekali gus menampilkan kelainan yang diharapkan. Malam ini juga artis lama yang pernah bergelar Bintang Paling Popular seperti Aishah, Ziana Zain, Mawi dan tidak ketinggalan Awie, Hattan, Rahim Maarof, Search serta beberapa artis baru seperti Fazli Zainal dan Azfar akan diiringi oleh saya dalam persembahan mereka.

Nyanyian mereka akan mengalami perubahan dan susunan muzik yang baru. Persembahan pembukaan ABPBH'06 memang digubah untuk menjadi sebuah medley yang memakan masa melebihi sembilan minit. Ia akan merangkumi lima lagu yang akan dipersembahkan oleh Aishah dengan lagu Janji Manismu, Ziana Zain (Anggapan Mu), Fazli Zainal (Hijau), Azfar (Mentera Semerah Padi) dan Mawi (Aduh Saliha).

Mereka mendendangkan lagu lama yang digubah khas untuk ABPBH06. Saksikan nanti dan buatlah penilaian apabila lagu berkenaan diberi sentuhan orkestra.

Saya juga menyajikan persembahan rock kapak daripada `otai' - Awie, Hattan, Rahim Maarof menerusi lagu Musibah. Musibah adalah satu keadaan banjir yang melanda beberapa negeri di negara kita, baru-baru ini. Anda dengarkan nanti persembahan nyanyian daripada ketiga-tiga mereka dikolobrasi menjadi satu.

Tak lupa kepada irama Melayu kita apabila Ramlah Ram dan pendatang baru seperti Farawahida dan Musli Ramlee mendendangkan lagu lama, Inang Baru. Saya menggubah lagu berkenaan secara akustik. Persembahan malam ini juga menampilkan Misha Omar dan Jaclyn Victor menyanyikan lagu Cinta. Misha dan Jaclyn menyanyi dengan diiringi piano dan strings saja. Penekanan vokal seharusnya diutamakan.

Kita juga ada persembahan dari Amy Search yang akan mendendangkan lagu Rozana bersama kumpulan VE. Menerusi Rozana, saya cuba menampilkan kelainan yang cuba dibuat oleh VE dan pastinya, Amy saya letakkan dia di belakang lagu berkenaan. Dua zaman, dua era yang berbeza disatukan dan dinyanyikan penuh keharmonian serta kerohanian.

Bagi saya, dalam lapan segmen persembahan pada malam ini, anda tidak seharusnya melepaskan untuk menonton persembahan pembukaan. Setiap penyanyi hanya diberi ruang hanya seminit setengah untuk mereka memberi impak paling maksimum!

Persembahan ABPBH'06 juga menampilkan persembahan daripada Ning Baizura, Nikki, Noryn dan Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu Diamonds Are Forever, lagu yang dipetik dari filem James Bond. Sesuatu yang menarik akan muncul menerusi segmen ini. Kita juga ada persembahan daripada Khafi dan Datuk Siti.

Secara keseluruhan, persembahan hiburan pada malam ini seharusnya gilang gemilang. Seandainya tidak gemilang, ada sesuatu yang tidak kena. Secara peribadi, kenapa seharusnya gemilang, kerana semua artis dari cabang seni yang berbeza berkumpul di pentas ABPBH'06. Jadi, inti pati yang diharapkan sudah ada.

Seandainya kegemilangannya malap, ada sesuatu yang harus diperbaiki. Bagi saya, ABPBH'06 adalah anugerah yang gemilang apabila insan seni mendapat pengiktirafan daripada peminat mereka. Kita juga harus berterima kasih kepada Berita Harian kerana berjaya mengelolakan acara yang sebegini apabila setiap insan seni mendapat manfaat.

Justeru, harus diperbesarkan lagi penganjurannya untuk masa akan datang. Segala keputusan yang di umumkan pada malam ini seratus peratus dijuri oleh peminat. Semuanya berdasarkan populariti artis ke atas setiap kategori yang dipertandingkan.

Terima kasih juga kepada pengurusan Berita Harian kerana masih menjemput saya sebagai konduktor muzik pada malam ini.

Setakat ini saja minggu ini dan jangan lepaskan peluang menonton TV3 serta mendengar radio Era mulai jam 9 malam ini, nilaikan sendiri segmen persembahan ABPBH'06. Wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 03:18 PM | Show all posts
Aspirasi: Paling suka gandingan Amy Search & VE
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM. Penatnya saya. Selesai saja malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH'06), Ahad lepas, saya terus pulang ke Kuala Lumpur. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi saya terus ke Istana Budaya (IB) untuk menghadiri latihan Konsert Tani yang baru saja berlangsung semalam.

Memang terasa kepenatan yang amat sejak akhir-akhir ini. Bayangkan dari Anugerah Juara Lagu ke-21, ABPBH'06 dan sambung pula Konsert Tani. Sekarang, kerja pun dah habis, lepas ni saya nak cuti panjang! Anugerah Industri Muzik (AIM) pula menjelang April, aduh!

Minggu ini saya ingin bercerita mengenai perkembangan perjalanan ABPBH'06 apabila saya diminta bercakap hal-hal muzik selepas malam kemuncak ABPBH'06 melabuhkan tirainya kira-kira jam 11.40, malam Ahad lalu.

Saya melalui macam-macam perangai artis ketika menjalani latihan sebelum menjelang malam kemuncak ABPBH'06. Bagi saya, itu sekadar perangai manusia kerana saya sudah tempuh keadaan lagi teruk dari itu.

Ketika berperang dengan kesibukan di Genting Highlands, saya masih sempat merehatkan fikiran dalam keadaan cuaca yang begitu sejuk. Tidak pernah saya rasa begitu sejuk di Genting Highlands sebelum ini.

Rata-rata sepanjang enam tahun saya bersama ABPBH, tahun ini penganjurannya lebih meriah. Mungkin disebabkan pemuzik yang ramai dan kreativiti yang melebihi dari biasa disebabkan saya memperoleh strings esemble. Saya berpuas hati dengan jasa baik Berita Harian memberikan saya strings esemble.

Jadi, anda sudah melihat, sudah mendengar corak persembahan pada malam kemuncak ABPBH'06, buatlah penilaian sendiri. Cuma saya ingin mengatakan sedikit saja mengenai persembahan Mawi AF3. Ramai yang bertanya, kenapa Mawi menyanyi serangkap saja lagu Aduh Saliha?

Bagi saya, lagu Aduh Saliha saya sudah iringi beratus kali, anda pula dah mendengarnya beribu kali. Mawi menyanyi atau tidak, dia akan menang! Buktinya Mawi sekali lagi dinobat sebagai Bintang Paling Popular 2006. Jadi, bukannya saya tidak mahu memberi ruang kepada Mawi. Dia adalah Bintang Paling Popular ABPBH'05, jadi segmen itu dia perlu ada.

Penampilan Mawi pada penghujung medley itu, bagi saya, sudah mencukupi. Lainlah Aishah atau Ziana Zain. Kita dah lama tak mendengar suara mereka mendendangkan lagu yang pernah mengangkat nama mereka dulu.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Berita Harian kerana ABPBH'06 disaksikan 4.41 juta penonton, sekali gus menjadikannya program hiburan paling tinggi mencatat jumlah penonton. Jadi, kemeriahan ABPBH'06, saya sendiri terasa ketika berada di Genting.

Terus-terang saya katakan, dalam banyak-banyak lagu yang saya iringi dalam ABPBH'06, lagu yang paling saya suka adalah Rozana. Ia lagu lama dendangan Amy Search. Malam itu Rozana diberi nafas baru dan dinyanyikan semula bersama VE. Bagi saya Amy adalah salah seorang penyanyi rock terbaik.

Sementara itu, pada malam latihan penuh, ada pihak bertanya kepada saya mengenai persembahan Khafi, kenapa tidak disertai dengan strings esemble? Bagi saya, Khafi ialah penyampai radio dan baru menceburi bidang nyanyian.

Saya tidak boleh meletakkan muzik yang berat buat mereka dengan memasukkan bunyian strings. Bunyian itu boleh menenggelamkan persembahan mereka. Kita tidak boleh menyamakan Khafi sebagai penyanyi profesional. Kerana itu, saya tidak beri mereka strings esemble, sekadar muzik asas saja.

Baiklah, sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima trofi pada pada malam kemuncak minggu lalu. Kepada Berita Harian, teruskan usaha yang cemerlang untuk menghadapi ABPBH pada edisi akan datang, wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2007 10:03 PM | Show all posts
Aspirasi: Jangan samakan kualiti ABPBH dengan konsert terbuka
Bersama Ramli MS
[email protected]


"ASSALAMUALAIKUM. Hari ini saya mahu bercakap mengenai anugerah yang berprestij di Malaysia dan acara hiburan terbuka di negara kita. Kalau dikira memang terlalu banyak. Ini belum termasuk persembahan makan malam. Anugerah pula ada lebih 10 dalam setahun.

Kebanyakan anugerah berkenaan, saya terbabit menerusi segmen persembahan sebagai pengarah muzik. Sudah bertahun saya buat kerja ini dan rasa bosan mulai datang. Bukan kerana membuat kerja yang sama, sebaliknya kreativiti saya sering tersekat pada tahap itu sahaja.

Kalau anda melihat ramainya pemuzik pada satu-satu anugerah, paling ramai pun sembilan orang, melainkan Anugerah Juara lagu ke-21 (AJL21) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH'O6) baru-baru ini yang melebihi 30 pemuzik.

Bagi saya, semakin ramai pemuzik, makin besarlah acara berkenaan. Lazimnya produser meletakkan bunyi-bunyian di tempat kedua atau mungkin ketiga.

Tumpuan mereka lebih kepada reka bentuk pentas, penataan cahaya, konsep persembahan, tapi mereka lupa, sebenarnya bunyi yang menghidupkan acara sebegitu.

Cuba anda bayangkan, menonton wayang tidak ada muzik. Filem Harry Potter, tidak ada muzik, pasti pincang. Bunyi adalah sesuatu yang penting.

Cuba anda bayangkan lagi, bunyi di anugerah berprestij seperti ABPBH'06, Anugerah Era, Anugerah Industri Muzik (AIM), hanya menampilkan enam pemuzik saja, pasti kurang menyengat segmen persembahannya.

Cuba juga anda melihat negara seberang, Indonesia. Dalam satu-satu anugerah, mereka menggunakan khidmat pemuzik sehingga 90 orang! Sebuah orkestra simfoni.

Jadi, kalau anda melihat acara kita, sebelum ini saya tidak dapat membezakan antara Konsert Jom Heboh, Hiburan Minggu Ini (HMI), ABPBH dan Anugerah Era kerana skala muzik mereka sama.

Jika anda menyaksikan ABPBH'O6 baru-baru ini, saya diberi strings esemble, ia memberi kelainan sedikit. Cuba bayangkan acara seperti itu saya diberi 80 pemuzik atau sekurang-kurangnya 50 pemuzik, kebesaran bunyi akan lebih menonjol lagi.

Bagi saya, di sinilah industri hiburan akan meningkat dari segi kualiti dan prestij. Pakaian artis sudah cukup gah, persembahan pula diiringi jumlah pemuzik orkestra yang besar, jadi semuanya akan nampak hebat.

Bagi saya bunyi perlu diutamakan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya, bukan ala kadar. Seperti anda melihat penerbitan drama, jika tidak ada bajet, mereka rela mencedok bunyi-bunyian dari perpustakaan muzik. Bunyinya janggal, tidak ada kena mengena dengan jalan cerita, keserasian muzik dan drama itu sendiri.

Saya juga ada menyatakan hasrat kepada TV3, untuk AJL akan datang, taraf AJL itu perlu dinaikkan lagi kepada orkestra simfoni dan saya tidak mengatakan orkestra simfoni perlu berirama klasik. Simfoni tetap simfoni, tetapi hala tuju simfoni itu ke arah pop. Cuba kita dengar lagu Dealova.

Penyusunan muziknya cukup simfoni. Tujuan saya ialah memberi kelainan taraf anugerah dan konsert terbuka yang dimainkan oleh lima, enam orang pemuzik. Taraf AJL mana boleh disamakan dengan Jom Heboh! Taraf ABPBH mana boleh disamakan dengan konsert terbuka.

Bagi saya, di situlah kelainannya harus ada, selain dari penataan cahaya yang lebih canggih dan penataan bunyi, seharusnya diambil yang berkaliber dan boleh dipercayai. Terus-terang saya katakan, penat saya bekerja, hasilnya apabila disiarkan di kaca TV, ia benar-benar mengecewakan saya.

Sedangkan di atas pentas, apabila saya sendiri yang mengadun muzik itu, saya rasa semuanya elok. Tapi, apabila saya mendengar kembali rakamannya di TV, ia sungguh mengecewakan.

Tapi tidak semua, segelintir saja. Saya harap, tugas penerbit, utamakanlah bunyi yang akan menaikkan taraf masa depan yang lebih berkualiti dan mencabar.

Memang, simfoni orkestra membabitkan kos lebih tinggi, tetapi penaja harus melihat besarnya bunyi itu akan menjadikan majlis berkenaan lebih berprestij. Kalau tidak ada wang, guna saja minus-one. Tujuan saya mengeluarkan idea ini semata-mata untuk kebaikan industri dan bukan atas kepentingan peribadi. Setakat ini saja buat minggu ini, wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2007 10:35 AM | Show all posts
Aspirasi: Kalau mahu diuji bakat, cermin dulu diri sendiri sebelum dikritik
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM. Sepanjang minggu ini saya berpeluang berehat panjang, dapat juga duduk di depan TV minggu menonton pelbagai rancangan, termasuklah program realiti TV. Kebanyakan rancangan yang saya tonton sekarang ialah musim TV berperang dengan rancangan realiti terbitan stesen masing-masing.

Di sini saya agak hairan. Bagi saya program realiti TV sudah wujud sejak empat atau lima tahun kebelakangan ini, sekali gus menampilkan program yang menghasilkan perniagaan baru, namun yang menghairankan peserta yang hadir uji bakat, terlalu ghairah untuk menjadi artis, pada hal mereka memang tidak layak!

Bayangkan kira-kira 6,000 peserta yang datang uji bakat, hanya 12 saja yang terpilih menyertai program realiti berkenaan. Dalam 12 orang itu pula, hanya dua, tiga orang saja yang boleh dibanggakan dan boleh diasah bakat mereka.

Bayangkan pula beribu yang tidak terpilih itu, betapa besarnya semangat mereka, namun tidak melihat kepastian, adakah mereka benar-benar berbakat? Itu untuk satu program realiti. Bayangkan kita mempunyai tiga, empat program realiti, digandakan 5,000, digandakan empat tahun, sekurang-kurang kira-kira 30,000 orang di luar sana mencuba nasib menjadi artis.

Menjadi artis ini bukanlah senang. Kalau setakat datang uji bakat, membuat latihan ke atas lagu yang dinyanyikan ketika uji bakat sebanyak 200 kali, namun masih gagal menepati kriteria juri, apatah lagi jika mereka diberi lagu baru. Bagi saya, persediaan itu harusnya ada dan ujilah diri sendiri sebelum anda berasakan anda boleh menyanyi.

Kalau anda tidak ada bakat, tak boleh menyanyi, pergi juga ke uji bakat, anda hanya menjadi cemuhan orang saja! Anda akan dijuri dengan keadaan yang kadang-kadang itu menyakitkan telinga. Nak disalahkan juri pun tidak boleh, itu dah kerja mereka. Jadi, kepada mereka yang datang uji bakat, lihat diri sendiri, jangan membutakan diri!

Jangan terlalu gopoh hendak menjadi artis! Bukan senang nak jadi artis dik ooi! Kalau yang ada peserta yang sudah terpilih menyertai sesebuah program realiti pun, bagi saya mereka bukan sampai tahap ke laut lagi, tapi dah tertinggal bas! Saya tidak tahu, macam mana nyanyian yang sampai ke tahap itu boleh terlepas sewaktu uji bakat?

Secara peribadi, uji bakat peserta program realiti umpama pukat tunda. Segala anak ikan, semua dikaut walaupun anak ikan itu belum cukup dewasa untuk dijual kepada pembeli! Bayangkan peserta yang boleh sampai ke tahap itu, pukat tunda, tetapi tetap juga menjadi pilihan - memang kita tidak akan ada bakat baru sebagai pelapis.

Keadaan itu sungguh menakutkan saya untuk industri masa depan. Saya simpati dengan nasib mereka. Mereka datang uji bakat, tapi melepasi tahap yang tak sepatutnya, mereka sebenar nya berada di tempat yang salah. Maksud saya, mereka tak seharusnya melepasi uji bakat berkenaan, mungkin kita ketandusan yang terbaik, jadi mereka `lulus' juga uji bakat itu.

Kadang-kadang, apabila difikirkan terjadinya keadaan demikian, seolah-olah program realiti itu merosakkan aliran industri untuk mencapai ke tahap yang sepatutnya. Bagi lima atau enam tahun akan datang, kita memang tidak akan ada pelapis yang benar-benar layak.

Saya amat berharap, program realiti TV dapat membantu bakat baru negara sekali gus mereka mempelajari apa yang dipaparkan di kaca TV. Ini penting sebagai persediaan mereka menjadi seorang artis sebenar.

Jangan mengejar sesuatu yang anda fikirkan senang. Menyanyi bukan belajar hari ini, esok anda terus pandai. Ia memakan masa yang lama untuk menjadi ranum. Kalau peserta program realiti itu setakat boleh menyanyi satu lagu di bilik air mahupun di pusat karaoke dan anda rasa anda bagus, anda sebenarnya silap.

Kalau anda belajar ilmu muzik atau nyanyian di luar negara, ia mungkin memakan masa kira-kira empat tahun. Tidak semestinya selepas empat tahun, anda pulang ke tanah air, anda terus menjadi seorang penyanyi. Anda perlu melalui pengalaman bertahun-tahun, mungkin selepas 10 tahun, baru anda berpeluang menjadi seorang penyanyi yang benar-benar berkaliber.

Namun kalau anda mempunyai bakat semula jadi, proses untuk menjadi penyanyi berkaliber, mungkin lebih cepat. Bagi saya, program realiti TV memang mempopularkan dengan cepat seorang penyanyi itu.

Sekalipun penyanyi itu mempunyai populariti yang besar, saya percaya 100 peratus, kredibiliti mereka belum setanding popularitinya. Bakat penyanyi sebenarnya perlu diasah dalam studio. Bekerja dalam studio adalah 100 peratus berlainan sekali dengan menyanyi dalam program realiti. Ini disebabkan menyanyi dalam studio, anda akan ditapis sampai ke tulang! Di situlah nanti baru anda tahu, langit itu tinggi atau rendah. Apabila anda diberi lagu baru, dengan apa saja teknik, tipu helah menyanyi, semuanya akan terbongkar di ketika di dalam studio!

Bagi saya, pemenang realiti TV, semuanya berbakat tetapi bakat mereka tidak akan menyerlah hanya melalui populariti. Bakat mereka seharusnya diasah lagi oleh pihak pengurusan mereka. Pengurusan mereka yang bertanggung jawab menggilap bakat mereka dan bukan hanya bergantung kepada populariti. Wassalam."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2007 12:10 PM | Show all posts
best tul baca tulisan bang Ramli ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 02:08 PM | Show all posts
Aspirasi: Semua penyanyi ada tabiat, gaya masing-masing
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya nak berlawak dengan semua penyanyi. Kepada penyanyi yang pernah saya melawak, janganlah ambil hati. Pernahkah anda perasan, kalau melihat di TV, gelagat penyanyi kita yang bermacam ragam ketika menyanyi?

Lazimnya penyanyi ada trademark masing-masing. Trademark mereka ni mudah diingati oleh sesiapa saja. Pertama sekali kita bercakap mengenai Mas Idayu. Cara dia memegang mikrofon dengan tangan yang terbalik! Sering kali cara dia memegang mikrofon diguraukan oleh pengacara yang mengendalikan rancangan berkenaan.

Sungguh unik cara dia memegang mikrofon! Saya sendiri apabila bertemu dengan Mas Idayu, saya pasti mengusiknya dengan cara dia memegang mikrofon tu! Bagi saya, peganglah selalu macam tu!

Seorang lagi penyanyi yang sering memegang mikrofon di bahagian dahinya. Walaupun kedudukan mikrofon itu begitu jauh daripada mulutnya, tapi suaranya tetap kedengaran! Di sini saya ingin memberitahu, Jaclyn Victor mempunyai suara di dalam kategori 1k.

Memiliki suara 1k ini bermakna Jaclyn mempunyai suara yang mampu menembusi apa saja ruang, cut through! Sebab itu, apabila Jaclyn meletakkan mikrofon di kawasan dahi, aras nyanyiannya masih tinggi. Tak ada penyanyi lain yang mampu berbuat demikian, melainkan Jaclyn.

Ada juga penyanyi tu, apabila menyanyi hentak-hentak kaki macam naik kuda! Itulah dia trademark Misha Omar. Kenapa jadi begitu, saya sendiri takut nak tanya. Takut nanti dia tendang saya pula! Ada juga penyanyi seperti Ella, kalau menyanyi, rambutnya mesti diuraikan ke belakang. Ella tak suka... manjanya.

Ada juga penyanyi seperti Amy Search. Kalau menyanyi, dia berdiri tegak dengan kaki kuncup dan mikrofon di paras pusat! Namun, suaranya masih kedengaran. Suara Amy pun 1k. Namun, saya memang mengagumi range suara Amy yang begitu luas!

Kadang-kadang kalau Amy sedang menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu, anda harus melihat di mana kedudukan mikrofonnya. Di paras pusat, tapi masih kedengaran suaranya.

Bekas anak murid saya sendiri, Zahid AF2, kalau dia menyanyi, dia suka letak tangan di sebelah koceknya. Itulah trademark Zahid. Dari dalam Diari AF lagi, saya dah perasan, dia suka menyanyi letak tangan sebelah kocek. Mungkin Zahid dah biasa nyanyi begitu. Jadi, nak hindari tabiat macam tu, memang susah!

Tak kurang juga penyanyi yang menyanyi disertai dengan feeling sehingga keningnya terangkat! Itu satu keunikan Ziana Zain! Sampai sekarang pun kita masih boleh melihat keadaan sebegitu. Namun, ada juga penyanyi, menyanyi sampai tutup mata, katanya feeling, tapi sumbang!

Bagi saya, semua itu adalah gelagat masing-masing. Saya secara peribadi, teruskan saja trademark masing-masing asalkan mutu nyanyian terpelihara. Nyanyian harus ke depan lagi.

Sebelum saya mengundurkan diri, kepada nama yang pernah saya sebutkan tadi, janganlah marah, saya bergurau saja... Setakat ini saja dulu, wassalam."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2007 08:17 AM | Show all posts
cayalah Jac....

Seorang lagi penyanyi yang sering memegang mikrofon di bahagian dahinya. Walaupun kedudukan mikrofon itu begitu jauh daripada mulutnya, tapi suaranya tetap kedengaran! Di sini saya ingin memberitahu, Jaclyn Victor mempunyai suara di dalam kategori 1k.

Memiliki suara 1k ini bermakna Jaclyn mempunyai suara yang mampu menembusi apa saja ruang, cut through! Sebab itu, apabila Jaclyn meletakkan mikrofon di kawasan dahi, aras nyanyiannya masih tinggi. Tak ada penyanyi lain yang mampu berbuat demikian, melainkan Jaclyn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 03:32 PM | Show all posts
Aspirasi: Nilai dulu diri sendiri sebelum layak digelar diva
Oleh Ramli MS
[email protected]


"ASSALAMUALAIKUM.

Diva. Satu perkataan yang besar, tertinggi dan mega! Diva boleh diibarat macam Tun dalam carta darjah kebesaran. Begitulah besarnya darjat diva. Perkataan diva juga sering dilontarkan dengan sewenang-wenangnya kepada artis kita.

Minggu ini saya tidak bermaksud untuk bercakap siapa artis kita yang diva atau sebaliknya. Bagi saya secara peribadi, di Malaysia artis kita yang berperangai macam diva memanglah banyak! Baiklah, sebelumsaya bercakap mengenai perangai diva, saya akan terangkan dulu definisi diva.

Sebenarnya diva ada dua maksud. Biar saya jelaskan yang positifnya dulu. Perkataan diva dikhususkan untuk penyanyi opera yangmenyanyi bersama iringan muzik klasikal. Diva adalah untuk seseorang penyanyi yang mempunyai bakat besar dan luar biasa.

Penyanyi opera bekerja dalam dunia seni yang berbeza dengan kita. Di sini saya ingin menerangkan perbezaannya. Saya bercakap pada aras diva. Pada aras bakat yang luar biasa itu, kehalusan seni nyanyian seorang diva itu ibarat sehalus karya lukisan Leonardo Da Vinci dan yang sealiran dengannya.

Diva juga memiliki kreativiti yang sungguh luas. Di situlah tahap diva. Bukannya apabila seorang penyanyi itu sudah menyanyi lama, sudah popular kita labelkan dia sebagai diva, bukan begitu caranya. Sekiranya penyanyi itu mempunyai bakat yang luar biasa, secara automatik dia akan jadi terkenal. Bukan popular, terkenal adalah lebih besar dari popular. Tun adalah lebih besar dari Datuk dan Datuk Seri!

Sebelum seseorang itu dianugerahi Tun, dia akan diselidik, apa kriterianya dan berapa lama dia sudah memberi sumbangan. Sama halnya dengan diva. Jadi, di situlah betapa besarnya pangkat diva. Itu baru yang positif mengenai pengertian diva.

Keduanya, ada perkara negatif mengenai diva. Bagi saya, di Malaysia, ramai di kalangan artis kita yang berperangai negatif macam diva! Negatif diva termasuklah perangai. Apabila seseorang artis bersikap bossy, suka membantah, bongkak, datang lambat, tak dengar kata, ingat dia pandai, ingat dia bagus, kita akan meninggikan suara, "Kau ingat kau diva ke?" Reverse psychology!

Jadi, itulah ayat diva yang boleh merujuk kepada perangai negatif artis!

Bagi saya, saya tak mahu menuding jari, itu bukan diva, ini baru diva.

Saya dah takut nak melabel penyanyi sebagai diva, akhirnya disalahertikan. Saya sudah terangkan pengertian diva berdasarkan pengetahuan saya, jadi anda nilailah sendiri layak ke tidak penyanyi itu bergelar diva.

Bagi saya, penyanyi seperti Barbra Streisand, itu adalah diva. Saya memang tak boleh bandingkan standard penyanyi di sini dan di Barat. Bagi saya, memang ada diva tahap Malaysia, ada beberapa nama, tapi saya tak mahu sebut demi kebaikan diri mereka sendiri supaya mereka dapat bezakan apa kriteria diva yang sudah saya nyatakan tadi dengan diri mereka. Jadi, anda nilailah sendiri siapa yang sepatutnya mendapat hak dipanggil diva.

Wassalam"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 03:36 PM | Show all posts
Aspirasi: `Contohilah kredibiliti, peribadi Datuk Yusni'
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM.



Datuk Yusni Hamid. Satu nama yang cukup sinonim di kalangan penyanyi tempatan. Saya mengenalinya sudah agak lama. Dari zaman beliau menyanyi di lounge hotel lagi saya sudah mengenalinya. Tapi beliau menyanyi di lounge sekejap saja, sebaliknya lebih popular menyanyi di kalangan VIP.

Beliau juga adalah penyanyi pilihan di kalangan keluarga diraja dan VVIP. Memandangkan repertoire beliau sangat sesuai terhadap lagu-lagu evergreen, beliau amat disenangi di kalangan VVIP ditambah perwatakannya yang lembut.

Kelembutannya ketika bercakap, seiring dengan suaranya ketika menyanyi. Bagi saya, itulah satu contoh penyanyi yang selalu merendah diri. Sikap profesionalisme Datuk Yusni sungguh tinggi. Kalau tidak, masakan dirinya disenangi orang cerdik, pandai dan golongan berada.

Orang berada bukannya tidak pandai menilai. Semua ada mata untuk melihat. Sekiranya penyanyi itu `gedik', alamatnya sekali sajalah dia berpeluang membuat persembahan di depan VVIP. Penyanyi seumpama itu tidak akan diundang lagi buat kali kedua.

Berbeza dengan Datuk Yusni. Beliau amat saya kagumi, lebihlebih lagi perwatakannya dan karektor. Beliau sudah menempuh pelbagai pengalaman sebagai penyanyi. Sewajarnyalah anugerah Datuk dikurniakan kepada dirinya.

Anda jarang melihat Datuk membuat persembahan di pentas terbuka yang riuh-rendahkan muzik. Kebanyakan kemunculan Datuk Yusni adalah sangat eksklusif dan kadang-kadang dengan iringan pemuzik orkestra.

Datuk Yusni dikagumi kerana lagu evergreen yang dinyanyikannya. Beliau mampu menghafal lirik lagu berkenaan dengan banyak. Ini adalah bakat bertuah yang beliau miliki. Begitu juga dengan lagu baru, dia mendendangkannya dengan cara tersendiri.

Kreativiti Datuk Yusni ialah dia tidak meniru gaya mana-mana penyanyi. Beliau ada identiti tersendiri. Perwatakannya ketika menyanyi sungguh cool. Sekiranya anda sedang makan, Datuk Yusni pula sedang menyanyi, seolah-olah kedengaran suaranya keluar dari paip muzik.

Suaranya pula begitu lembut, seolah-olah suaranya ada kompresor. Datuk Yusni menyanyi dengan nada yang tidak begitu tinggi.

Namun, saya jarang bekerja dengan Datuk Yusni. Lazimnya ketika beliau sedang menyanyi, saya pula sedang makan. Saya datang menyaksikan persembahannya sebagai tetamu. Baru-baru ini saya bertemu Datuk Yusni ketika kami sama-sama menghadiri majlis santapan malam bersama Sultan Pahang.

Datuk sungguh rileks. Mungkin kerana bimbingan suaminya yang juga seorang bekas pemuzik. Keperibadian beliau sewajarnya dicontohi artis generasi baru. Datuk Yusni ikut resam padi. Nilai-nilai kesederhanaan sentiasa dititikberatkan dalam kehidupan sehariannya. Karisma Datuk Yusni sebagai penyanyi memang terserlah!

Baiklah, setakat ini saja dulu untuk minggu ini. Sehingga kita bertemu lagi minggu depan, wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2007 04:34 PM | Show all posts
Aspirasi: 慛ak berlaga pipi pun, tengoklah siapa orangnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2007 01:58 PM | Show all posts
Aspirasi: `Inilah diva sebenar Malaysia yang saya maksudkan'
Oleh Ramli MS


Dua diva itu ialah Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Memiliki ciri-ciri dan keunggulan tersendiri mereka benar-benar diva bukan berperangai diva

"ASSALAMUALAIKUM. Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, saya menerima banyak kiriman e-mel yang menggesa saya melabel siapa gerangan diva di Malaysia pada kaca mata saya selepas saya pernah menulis artikel mengenai perangai diva artis.

Maksud saya diva di Malaysia yang benar-benar diva - bukan berperangai macam diva! Saya memilih mereka berdua kerana saya pernah bekerja dengan mereka. Hampir keseluruhan zaman, saya pernah bekerja dengan kebanyakan artis yang masih bertahan sehingga hari ini.

Secara peribadi, penyanyi yang menjadi pilihan saya sebagai diva ialah Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Kedua-duanya adalah diva pilihan saya di Malaysia. Kenapa?

Baiklah biar saya bercakap mengenai Datuk Sharifah Aini dulu. Pada era 1970-an dulu, ketika itu lagu Terbang Helang nyanyian Datuk Sharifah Aini, saya menjadi pemuzik undangan dalam rakaman album Datuk Sharifah. Dari zaman itu, Datuk Sharifah sudah popular dengan lagulagunya yang terlalu banyak untuk saya sebutkan di sini.

Datuk Sharifah sudah memiliki lebih 90 album sehingga ke hari ini. Bagi saya, pencapaian beliau sungguh menakjubkan! Beliau masih kekal sehingga ke hari ini, masih lagi menyanyi. Dengarkan saja sebutannya terutama huruf Q. Tidak saya pernah temui lagi sebutan sebaik itu daripada penyanyi lain.

Kemerduan suara Datuk Sharifah tiada tandingan, ditambah dengan lagu hit yang begitu banyak. Dia juga boleh berlakon dan menyanyi. Satu yang istimewa yang ada pada Datuk Sharifah, anda tidak akan nampak beliau di merata tempat awam, melainkan di tempat eksklusif dan tertutup.

Beliau amat memelihara reputasinya sebagai seorang penyanyi yang susah kita hendak jumpa di tempat awam. Datuk Sharifah juga tidak akan menerima undangan nyanyian di pentas terbuka dan jarang sekali kita dapat menonton beliau muncul di kaca TV. Mungkin itu satu prinsip beliau sebagai seorang diva yang tahu mengekalkan taraf eksklusifnya di mata peminat.

Datuk Sharifah juga ada kelasnya yang tersendiri. Hampir empat dekad beliau menyanyi dan menjaga reputasinya walaupun ada kisah yang tercalar, kisah itu jangan kita ambil kira. Saya lebih suka melihat ke arah kerjaya. Itulah dia Datuk Sharifah Aini yang saya kenali, seorang truly diva!

Baiklah, seorang lagi diva yang pernah saya bekerja dengannya selama tiga tahun ialah Datuk Siti Nurhaliza. Secara peribadi, beliau sungguh berbakat besar. Selama saya bekerja dengan ramai penyanyi baru di Malaysia, Datuk Siti mempunyai bakat luar biasa. Ia satu anugerah Tuhan yang sewajarnya beliau hargai.

Beliau seorang penyanyi yang cekal. Walaupun kadangkadang saya kedengaran sedikit getaran suara gementarnya di pentas, tetapi semangatnya itu sungguh besar apabila berdepan dengan sebarang keadaan. Semangatnya lebih besar dari rasa gementarnya itu.

Mungkin ada orang mempertikaikan kenapa saya memilih Datuk Siti sebagai diva pelapis berbanding dengan penyanyi lain yang lebih dulu menyanyi daripadanya.

Saya tidak memperkecilkan bakat penyanyi lain tetapi anda harus akui, Datuk Siti seorang yang berbakat besar. Mungkin ada sesetengah penyanyi sudah menyanyi sebelum kemunculan Datuk Siti. Tapi, dilihat daripada pencapaiannya yang begitu meledak, ia adalah hasil kerjasama dengan orang yang terbaik. Mungkin itu tuahnya.

Seharusnya, pencapaian Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti dijadikan contoh kepada artis baru yang lain, tapi janganlah cuba meniru. Apa yang mereka sudah buat sebelum ini, cuba atasi cara tersendiri. Artis baru harus bekerja lebih keras untuk melebihi pencapaian yang pernah dimiliki Datuk Sharifah mahupun Datuk Siti.

Inilah dua diva yang ada di Malaysia - layak digelar diva dari segi kerjaya. Baiklah setakat ini saja dulu untuk minggu ini, sehingga kita bertemu lagi minggu depan, wassalam."
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 06:59 PM | Show all posts

Reply #234 Syd's post

dari sisi negatif, 2 orang diva ni memang tanak kalah sampai naik court bagai...padahal mula2 dulu bukan comolot lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 9-4-2007 06:59 PM
dari sisi negatif, 2 orang diva ni memang tanak kalah sampai naik court bagai...padahal mula2 dulu bukan comolot lagi....



yang mengaku kena suntik cecair kat depan perkarangan TV3 ada orang ingat lagi tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 04:08 PM | Show all posts
hehe

adik nazgul mana?

dia penah buat posting dulu

ckp kenapa bang ramli tak mo komen pasal siti..

hehehehe ni dah ada artikelnya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 04:17 PM | Show all posts

Reply #237 Syd's post

KAN RAMLI M.S ADA KRISIS NGAN SITI   MAKLUMLAH DULU ADA GOSIP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 04:28 PM | Show all posts
tak lah
sbb ct ada 'tempat' dia sendiri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2007 04:07 PM | Show all posts
Aspirasi: Farhan ada potensi ikut jejak Sheila Majid
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin bercakap mengenai seseorang. Orangnya kecil molek, petah bercakap. Kalau di atas pentas, cara dia memegang mikrofon, cara beliau berjalan, senyuman dan matanya yang tajam, menampakkan beliau seorang penyanyi yang berkualiti seperti seorang bintang.

Genre muzik yang diperjuangkannya ialah R&B jazz popish. Bagi saya, hanya dia seorang penyanyi yang bersungguh memperjuangkan muzik seumpama itu. The one and only, Sheila Majid. Dari zaman dia menyanyi di kelab hinggalah ke hari ini, beliau masih berada pada kelasnya yang tersendiri.

Bagi saya, kerjaya beliau cukup berjaya dalam perniagaan muzik.

Merantau Sheila hingga ke Jepun, Indonesia dan beberapa tempat lain bersama pemuzik handalan dan komposer hebat yang mengiringinya di dalam album, peluang seperti itu jarang diperoleh artis lain, melainkan penerbit yang sedia mengeluarkan belanja tinggi.

Saya rasa Sheila sungguh bertuah. Memang genre muzik yang dibawakan Sheila menuntut pemuzik handalan yang berada di dalam kelompok pemain jazz yang terkenal seperti Indra Lesmana, Edwin Gutawa dan ramai lagi. Namun, orang yang paling penting menghidupkan muzik dan karier Sheila ialah Mac Chew dan Jenny Chin, selain Roslan Aziz sebagai penerbit yang saya kira, cukup bijak.

Pun begitu, Mac Chew dan Jenny Chin adalah orang yang bertanggung jawab mewarnakan muzik Sheila sehingga ke tahap hari ini. Saya harap ada artis baru yang menjejaki langkah Sheila ke arah muzik yang diperjuangkannya selama ini, kalau boleh lebih ke hadapan.

Ada juga artis seperti Noryn Aziz dan Sean Ghazi yang memperjuangkan muzik jazz, namun mereka berada di genre yang berlainan dalam kategori jazz. Sean Ghazi lebih ke arah big band music, manakala Noryn lebih terarah kepada jazz. Sheila pula R&B jazz popish yang merangkumi sedikit nilai komersial di dalam genre muzik seumpama itu. Saya juga suka ke arah muzik yang dibawakan Sheila.

Muzik Noryn dan Sean lebih berbau pengaruh Berklee yang kuat. Kalau ada penyanyi pelapis muzik ke arah Sheila, saya nampak hanya ada pada Farhan Akademi Fantasia 4 (AF4). Farhan begitu menjinakkan dirinya ke arah muzik Sheila. Saya berharap Farhan memperoleh tuah yang sama seperti Sheila kalau ada peluang dan diberi peluang.

Farhan seharusnya mendalami ilmu seni jazz. Seorang penyanyi jazz memerlukan kredibiliti yang sangat tinggi. Saya nampak Farhan begitu cenderung ke arah muzik yang diperjuangkan Sheila.

Saya pernah sekali, dua menjayakan konsert bersama Sheila. Sheila sungguh profesional. Dah saya katakan pada awal tadi, apabila beliau memegang mikrofon, bercakap dengan penonton, seolah-olah dia sudah mengenali penonton sejak sekian lama. Intonasi Sheila apabila bercakap, dia bijak berbicara di atas pentas. Dia sungguh rileks.

Ayat-ayat yang digunakan Sheila amat sopan dan penuh makna. Bagi saya secara peribadi, seorang penyanyi jazz tidak akan bersara pada usia semuda Sheila. Saya harap Sheila akan menyanyi sampai beliau jadi nenek! Penyanyi jazz akan diterima peminat sampai hujung hayat mereka. Itulah kelebihan yang ada pada seorang penyanyi jazz.

Sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam."
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 10:00 AM | Show all posts
aku dah agak yg Ramli MS mesti nampak Farhan punye..
KAFAN je yg x nampak..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.318817 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list