|
WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)
[Copy link]
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
KEMBALI KEPADA KITAB WAHHABI
ok...yg ala-ala Wahhabi tu senyap jek ye dulu...
saya nak tanya..sblm itu ...SIFAT DUDUK BAGI ALLAH ADALAH TERNAFI. TIDAK HARUS MENYANDARKAN SIFAT DUDUK BAGI ALLAH KERANA TIADA NAS YANG JELAS MENYATAKAN ALLAH DUDUK DAN KERANA IANYA SIFAT YANG KURANG LAGI LEMAH.
soalan kpd semua :
ADAKAH ORANG YANG MEMBAWA AQIDAH ' ALLAH DUDUK ' WAJIB DIANGGAP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?
kpd yg cenderung pd Wahhabi tak yah jawab..anda hanya perlu jwb soalan sebelum ini :
MANA DALIL DARI NAS ALQURAN DAN NAS HADITH YANG MENGATAKAN : 'ALLAH DUDUK'??!
[ Last edited by abu_syafiq at 22-8-2006 11:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan kufur Wahhabi tersebut antara ertinya IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY ( PENGARANG FATHUL BARI SYARAH SOHIH BUKHARY) DAN JUGA IMAM NAWAWI ( PENGARANG SYARAH SOHIH MUSLIM) MEREKA BERDUA ADALAH PEMBUAT BID'AH DAN AQIDAH MEREKA BERDUA BUKAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Pelik sungguh dengan ajaran sesat Wahhabi ini
tuan abu_syafiq atau selayaknya saya panggil ustaz abu_syafiq,
lihat sahaja statement tuan di atas yang saya quotekan. tuan mendakwa orang-orang wahabi, sesat dan kufur.
dan dalam board ini, belum pun saya baca sesiapa mengatakan ustaz abu_syafiq sesat, kufur, atau apa-apa pun. jadi apa isunya... tuan yang mengkufurkan orang atau tuan dakwa orang kata tuan kufur? |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
JAWAB SOALAN SAYA DULU...jgn main2 lari kejar2 kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Jika wahabi kafirkan orang lain, jangan anda juga jadi seperti wahabi nak kafirkan orang lain.. maknanya tak ada beza lah anda dengan wahabi... 2x5 je lah... dan sampai kiamat lah orang Islam tak mungkin bersatu disebabkan kekhusyukan masing-masing nak claim diri sendiri betul dan nak kafirkan orang lain.
Dalam board ni, bincang-bincang cara baik. Jika anda yakin anda benar, maka nyatakan saja hujjah anda, mudah-mudahan ianya akan lebih memberi manfaat kepada forumners at large. Share kat sini secara baik.
Dan lagi satu, jangan arrogant sangat sampai nak menghina orang tak berilmu bagai. Ilmu setinggi langit pun tak akan ada guna jika kesombongan dah ada dalam diri. Jangan ingat kita ni dihisab ikut ilmu semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abu_syafiq at 22-8-2006 11:43 AM
JAWAB SOALAN SAYA DULU...jgn main2 lari kejar2 kat sini
saya bukan ustad atau setarfnya. saya tak ada keluar apa-apa statement mengkufurkan orang. saya cuma bagi pandangan yang saya cari dari sumber yang dipercayai oleh kerajaan malaysia.
saya tak main kejar apa-apa. saya dah masuk umor yg kalau Nabi Muhammad dah dilantik jadi rasul. bukan budak-budak nak main kejar-kejar.
saya tengok ustad abu_syafiq banyak mengkufurkan orang dan belum lagi sesiapa mengkufurkan tuan dalam forum ini. itu saja yang saya nampak dalam thread tuan. |
|
|
|
|
|
|
pak_kadok This user has been deleted
|
Originally posted by ibnur at 22-8-2006 11:38 AM
lihat sahaja statement tuan di atas yang saya quotekan. tuan mendakwa orang-orang wahabi, sesat dan kufur.
dan dalam board ini, belum pun saya baca sesiapa mengatakan ustaz abu_syafiq sesat, kufur, atau apa-apa pun. jadi apa isunya... tuan yang mengkufurkan orang atau tuan dakwa orang kata tuan kufur?
pak kadok tak nampak pulak ust abu syafiq mengkafirkan sesiapa di sini. yang pak kadok paham, yang dikatakan kufur tu, menurut ust abu syafiq, ialah yang berpegang dengan point2 yang ust abu syafiq dedahkan dari kitab2 asal tu.
Contoh tuan ibnur:
Kenyataan kufur Wahhabi tersebut antara ertinya
kenyataan ni ni kan quote dari kitab kat atas tu yang nampaknya dari dr. husam al-`aqad (pak kadok tak kenal), pak kadok nyatkan transliterasi dan cuba terjemahkan:
"wa huwa min ibtiida` al-jahilin, laqad kharaja ha'ula' `an dzikr syar`iy ila dhir yushrik billahi ta`ala" ( maka ia (zikir ramai2) adalah dari bid`ah kaum jahil, yang keluar dari zikir yang disyariatkan kepada zikir yang syirik kepada Allah ta`ala" )
kenyataan ganjil ini, menurut ust abu syafiq ialah kenyataan kufur. kerana menuduh orang berzikir macam tu syirik.
IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY ( PENGARANG FATHUL BARI SYARAH SOHIH BUKHARY) DAN JUGA IMAM NAWAWI ( PENGARANG SYARAH SOHIH MUSLIM) MEREKA BERDUA ADALAH PEMBUAT BID'AH DAN AQIDAH MEREKA BERDUA BUKAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
ini adalah kata2 syaikh ibnu `uthaymin, walaupun ia tak katakan secara terang2 dalam muka surat scan di atas.
Pelik sungguh dengan ajaran sesat Wahhabi ini
bagi pak kadok kenyataan2 yang diambil dari kitab2 asal yang menjadi sumber rujukan puak Wahhabi tu terang benderang sesatnya. cuba tuan ibnur tunjuk apa yang tak sesat.
bagi pak kadok, masalah kita ialah bila sebut Wahhabi masing2 ada ta`rifan sendiri. Takrifan ust abu syafiq tu jelas. Wahhabi ialah mengikut pegangan2 yang menyesatkan tu. makanya kalau tak pegang macam tu, bukanlah wahhabi, jadi tak perlu kelang kelibut. |
|
|
|
|
|
|
pak_kadok This user has been deleted
|
Originally posted by antiQue at 22-8-2006 11:45 AM
Jika wahabi kafirkan orang lain, jangan anda juga jadi seperti wahabi nak kafirkan orang lain.. maknanya tak ada beza lah anda dengan wahabi.
nampaknya lain orang lain caranya "membaca" artikel ust abu syafiq. bagi pak kadok, mesej ust abu syafiq tu jelas yaitu "siapa yang berpegang dengan point2 aqidah yang dia susah payah scan dari rujukan2 asal tu kafir berdasarkan keterangan ulamak". apa masalahnya? tentunya ini tanggungjawab dia sebagai orang yang mengetahui untuk bagi warning kat orang yang tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pak_kadok at 22-8-2006 01:46 PM
pak kadok tak nampak pulak ust abu syafiq mengkafirkan sesiapa di sini. yang pak kadok paham, yang dikatakan kufur tu, menurut ust abu syafiq, ialah yang berpegang dengan point2 yang ust abu s ...
alhamdulillah, terimakasih kepada pak_kadok. mungkin juga pak_kadok ni juga seorang ustad.
kalau ada yang berbincang begini macam pak_kadok baru la ada ketenangan sedikit. mungkin moderators kat sini tak sama level dengan para-para ustad sekelian. jadi bila dibaca posting yg sedemikian mungkin nampak serupa kafir-mengkafir sahaja. elok saja kita gunakan bahasa yang molek-molek, sebab ramai kat sini yang cara pemahamannya lain. dan ramai yang ilmu tak sehebat tuan sekelian. terutamanya bila di beritahu imam nawawi tu sesat dari ahli sunnah, tentu ia jadi satu perkara yang membuat kelam kelibut. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 22-8-2006 03:42 PM
alhamdulillah, terimakasih kepada pak_kadok. mungkin juga pak_kadok ni juga seorang ustad.
kalau ada yang berbincang begini macam pak_kadok baru la ada ketenangan sedikit. mungkin modera ...
Alhamdullilah.
Ternyata berdamping dengan ustaz-ustaz ni bagus, boleh timba ilmu walaupun approach ustaz berbeza-beza,
maklumlah ustaz pun manusia biasa yang ada kelemahan.
Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang kegelapan yang sesat dan diletakkan kita dalam nur cahaya keimanan
yg terang benderang, agar boleh kita membezakan antara yang haq dan bathil sejelas-jelasnya.
Amin. |
|
|
|
|
|
|
pak_kadok This user has been deleted
|
Originally posted by ibnur at 22-8-2006 03:42 PM
alhamdulillah, terimakasih kepada pak_kadok. mungkin juga pak_kadok ni juga seorang ustad.
pak kadok bukan ustaz, cuma kenal sorang dua ustaz yang dikatakan "beraliran tradisional" ni. ustaz2 macam ni ada yang "garang" sikit bila masuk bab wahhabiah ni.
kalau ada yang berbincang begini macam pak_kadok baru la ada ketenangan sedikit.
terima kasih tuan ibnur. tapi pak kadok mengaku awal2 pak kadok mungkin bias, walaupun pak kadok cuba untuk tidak.
sebab tu rasanya kalau bincang elok2 walaupun ada benda kita tak setuju, kita masih boleh cool. pak kadok cuba husnu dzan kat sini.
contohnya perkataan2 kafir atau kufur yang banyak di thread tidak ditujukan pada mana2 individu baik yang hidup atau mati, tapi kepada anybody (nameless) yang mempunyai juzuk2 aqidah yang ditimbulkan oleh ust abu syafiq tu.
pak kadok kata "yang mati" sebabkan pengarang2 yang ust abu syafiq nakalkan itu kebanyakan dah meninggal. maka pak kadok rasa tak salah kalau kita berhusnu dzan saja bahawa mereka bertaubat dari juzuk2 yang kufur tu dan tak sempat bagitau kat sesiapa.
yang jadi masalah di sini kita berhadapan dengan "hard evidences", dan kita husnu dzan dengan ust abu syafiq bahawa dia membawakannya dengan jujur. maka kita kena terima.
walau bagaimanapun bila dikatakan wahhabi yang dengan berbagai2 takrifan, tak bolehlah pukul rata takfir ni. sebabnya tak semestinya yang orang ramai panggil "wahhabi" tu berpegang dengan juzuk2 aqidah ni. takfir kepada seseorang hanya boleh dilakukan bila kita exhaust semua possibility untuk mengatakan ia bukan kafir. pak kadok rasa ust abu syafiq pun setuju.
elok saja kita gunakan bahasa yang molek-molek, sebab ramai kat sini yang cara pemahamannya lain. dan ramai yang ilmu tak sehebat tuan sekelian. terutamanya bila di beritahu imam nawawi tu sesat dari ahli sunnah, tentu ia jadi satu perkara yang membuat kelam kelibut.
setuju.
tentang pendapat ibn uthaymin terhadap tok2 imam ibnu hajar dan nawawi di atas muka surat scan tu. itu adalah yang pak kadok faham dari kata2nya sendiri. mungkin orang lain yang faham arab faham macam lain. nak tanya tuan2 jjpondok, nahzaluz, syer'rali dll.
mengenai isu "julus" duduk yang tak selesai2 tu. pak kadok rasa kita husnu zhan saja, memandangkan edisi on-line yang lebih baru tak ada hadith palsu tentang "jalasa" tu . kita anggap mereka dah sedar dan bertaubat dan membuang benda tu dari edisi terbaru. amacam ? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya kalau Abu Syafiq cuma ingin mengkritik penulis buku-buku tersebut dan menamakan mereka dengan apa-apa tuduhan yg beliau kehendaki, maka itu urusan beliau dengan penulis-penulis buku tersebut, samada beliau atau mereka yang sesat. TETAPI disini beliau telah menamakan satu golongan umat islam dengan nama 'Wahabi' yang menurut beliau beraqidah sama dengan Yahudi dan Kristian, lazimnya apabila merujuk pada golongan yang dinamakan sebagai 'Wahabi' maka manhaj mereka merujuk pada dakwah Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang menisbahkan dakwahnya pada Ibnu Taimiyah yang merupakan guru pada Ibnu Katsier. Sekiranya lafaz 'wahabi' itu merujuk seperti mana yang difahami oleh saya maka bererti Abu Syafiq menyatakan Ibnu Katsir, yang terkenal dengan Tafsir Ibnu Katsier itu adalah sesat aqidahnya disebabkan penulis buku yang beliau nyatakan.
Amatlah penting saudara Abu Syafiq men'jenama'kan secara jelas siapakah yang dinamakan 'wahabi', adakah 'wahabi' itu merujuk pada ustaz-ustaz tempatan seperti Dr.Mohd Asri Zainol Abidin, Maulana Asri Yusuf ataupun tokoh hadis seperti Syeikh Albani dan lain-lain tokoh yg begitu giat mencari dalil-dalil al-quran dan as-sunnah bagi setiap amalan dan tindakan mereka samada disudut aqidah atau ibadah? adakah mencari dalil dan beramal dengan dalil yg sahih akan membawa kita pada neraka Allah? Setakat keilmuaan saya, individu-indiviu tersebut tak pernah menisbah Allah berjisim seperti makhluk, mereka menegaskan bahawa sebagai seorang islam kita wajib beriman pada Allah seperti mana Allah menyatakan diri Nya, inilah dakwah yang disampaikan oleh mereka, dan saya melihat bagi setiap pendapat yang mereka utarakan mereka akan mencari dalil-dalil yang sesahih dan sekuat mungkin disudut syarak. Adakah tindakan ini menyebabkan seseorang itu menjadi 'wahabi' dan dikategori sesat?
Setakat pengajian saya, masalah pembahagian 3 tauhid adalah sgt berdalil kepada nas-nas yang sahih dari al-quran danh hadis yang sahih dan bukannya berhujah dengan hujah sebegni 'ini dinyatakan oleh ulamak2 silam atau guru-guru mursyid, maka kata-kata mereka pasti benar dan tepat, janganlah anda mencari dalil-dalil selain dari kata-kata mereka meskipun dari al-quran dan as-sunnah yang sahih kerana anda akan sesat kalau mengambilnya tanpa melalui mereka' iaitu hujah yang secara tidak langsung menyatakan bahawa al-quran dan as-sunnah boleh dibatalkan sekiranya bertentangan dengan apa yang beliau pelajari dari gurunya, ini merupakan sesuatu yang sgt 'merbahaya'.
[ Last edited by ahmadi_bangi at 22-8-2006 06:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ini adalah apa yang saya jumpai dari web al-ahkam.. berkenaan Syeikh Rasyid Redha....berkenaan masalah wahabi
Marilah kita berhijrah bersama mereka. Bersama kafilah al-Ghazali, Rasyid Redha, Abul Hasan al-Asy'ari dan selain mereka. Kembali berhijrah kepada ajaran murni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dari pelbagai aliran akhirnya mereka berhijrah kepada salafiyah. Mazhab salafus soleh.
Syeikh Saiyid Rasyid Redha. Siapa tidak mengenalinya? Memperkenalkannya samalah seperti menunjukkan sang mentari di tengahari. Seorang muslih abad ini. Yang dari tangannya diceduk pelbagai kebaikan oleh muslih-muslih lainnya hinggalah kehari ini.
Beliau asal sufi. Pengamal tarekat sufi. Mulanya Syazaliyah, kemudian Naqsyabandiyah. Nama penuhnya Muhamad Rasyid bin Ali Ridha bin Syamsudin bin Baha'uddin al-Husaini. Nasabnya sampai kepada ahlul bait Rasululllah s.a.w. Lahir pada 27/5/1282 Hijrah di Selatan Tarablus, Syam.
Banyak pengalaman yang dilaluinya ketika bersama tarekat-tarekat ini. Dirasakannya, terdapat banyak perkara bid'ah di dalamnya yang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau pernah memperolehi ijazah kitab Dala'ilul Khairaat dari syeikh Syazalinya. Lalu beliau mendapati di dalamnya terdapat banyak pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Lalu beliau meninggalkannya dan berpaling kepada wirid-wirid yang sahih dan sabit dari Rasulullah s.a.w.
Semasa di dalam Naqsyabandiah, beliau melakukan zikir harian Ismul Jalalah (Allah) sebanyak lima ribu kali. Dengan memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya. Kemudian setelah itu jelaslah kepadanya bahawa zikir begini adalah bid'ah. Malah boleh berlaku syirik khafi. Kerana apa yang Tauhid kehendaki ialah dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya kepada Allah Taala, bukan kepada guru. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar.
(Ruj: http://www.alwahabih.com/121.htm)
Tentang salafiyahnya Syeikh Rasyid Redha ini, jelas dapat dilihat melalui perkataan syeikh Yusof al-Qaradhawi yang secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau sendiri antara salah seorang pengkagumnya. Di dalam Fatawa Mua'sharah vol 2:
"Saya juga bersyukur kepada Allah terhadap mereka yang menaruh hormat dan penghargaan kepada orang2 yg memainkan peranan jelas dalam menghidupkan umat ini, memperbaharui agamanya, dan membangkitkan kesedaran mereka. Tentu saja, hal ini merupakan kelebihan yang baik yang wajib ditetapkan dan dipegang teguh, kerana saya melihat ramai orang -sangat disesalkan- yang tidak mempunyai keinginan kecuali menghancurkan dan meruntuhkan sesuatu yang tinggi dan
memburuk-burukkan pahlawan dan pembesar yang telah mewariskan peradaban. Maka tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Saya juga bersyukur kepada Allah atas prasangka baik saudara penyoal kepada saya, dan saya berharap bahawa saya layak menyandang apa yang sdra sebutkan, serta layak memberikan penjelasan tentang keadaan Syeikh Rasyid Redha. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau dan membalas kebaikan beliau terhadap agama dan umatnya. |
|
|
|
|
|
|
Jj_pondok This user has been deleted
|
Assalamualaikum
Alhamdulillah....segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad saw. dan keluarga baginda.
Saya rasa segalanya telah terjawab dengan terang dan sejelas jelasnya oleh saudara kita Abu_syafiq.
1.Tiada perkataan "Allah duduk"(jalasa) didalam al-quran dan hadis.kes selesai.tuduhan WAHABI pada ASWJ digugurkan.
2.Wahabi gagal mempertahankan kenyataan Bahawa Allah duduk kat aras atau kat langit.
3.Putar belit WAHABI terbelit sendiri.
Hukuman Pada Puak taksub Wahabi : Bertaubat dan kembalilah bersama-sama kami ASWJ demi menegakkan agama Allah yang suci.
Hukuman pada Puak yang cuba cuba mengikut WAHABI : Berubahlah cari guru-guru ASWJ,kalau tak jumpa kat mana mana saya boleh bawa belajar kat Pondok.
Hukuman pada yang terkeliru:Ikutlah nasihat dan penerangan seperti Abu_syafiq dan yang sewaktu dengannya.
Saya,abu dan para netters yang berpegang pada fahaman ASWJ tiada niat nak memburukkan sesiapa tetapi sebagai tanggungjawab sebagai Orang Islam sejati maka kami wajib mengatakan kebenaran walaupun ianya pahit.Demi Allah perjuangan kami menuju jalan Nabi dan jalan Allah,jalan yang menyelamatkan kita di alam Akhirat.
apa yang amat saya takut ialah kita jadi seperti orang-orang kafir,yang mana setelah mereka mati,maka menyesallah mereka lalu memohon pada Allah yang maha besar agar mereka dikembalikan ke dunia untuk beriman dan beramal Soleh.Tapi nyata permintaan mereka tinggal rayuan saja......
Kerana perjalanan kehidupan dunia ini menuju ke Akhirat dan satu perjalanan kata om putih one way street...tak boleh patah balik dah....
Kalau ikut wahabi tu sungguh selamat di Akhirat maka saya pasti ikut cara mereka kerana mudah,semua perkara dalam bab fekah tak payah buat pasai bid'ah.orang tanya saya dimana Allah? dengan senang saya tunjuk kat atas serta berkata Allah duduk kat aras nuuuu...tak payah susah susah belajar ilmu sifat 20..tak payah hafal kitab itu kitab ini,tak payah hafal doa itu doa ini.mudah nooo....
tapi kerana ramai ulamak menolak cara mereka maka saya lebih rela mengikut cara ulamak kita ASWJ walaupun payah dan terpaksa belajar dengan ramai guru dan beramal dengan segala amalan,berzikir beribu kali ,berselawat atas nabi.....saya rela...saya redha...saya gembira..Akidah saya selamat..AL hamdulillah......
Wassalam... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pak_kadok at 22-8-2006 05:54 PM
pak kadok bukan ustaz, cuma kenal sorang dua ustaz yang dikatakan "beraliran tradisional" ni. ustaz2 macam ni ada yang "garang" sikit bila masuk bab wahhabiah ni.
terima ...
salam pak_kadok, dan juga ustad abu_syafiq. saya tersailap pandang. minta maaf saya terbaca salah rupanya iaitu wahhabi yang mngkufurkan imam nawawi.
cuma beberapa statement dari ustad abu_syafiq yang saya ingin tahu lebih lanjut iaitu ...
Time sy ikut Wahhabi ramai diantara ulama Wahhabi disana suka pada saya kerana sy seorg yg dikatakan cukup cergas menjalankan dakwah. Tapi malangnya dakwah tersebut rupa2nya adalah dakwah syaitoniyyah ...zahirnya bertopengkan Salafi batinnya adalah RUUHUL YAHUD.
seperti biasa bila kita kata wahabi jer terus orang rujuk ke arah arab saudi. cuma harap kafir-mengkafir ni biarlah beradab. takut-takut nanti ada yang main baca-baca pahamnya macam saya sikit-sikit pastu pi tuduh se arab saudi tu wahabi. nanti takut pi haji dan umrah tak dapat apa sebab ikut belakang imam wahabi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 22-8-2006 06:20 PM
Amatlah penting saudara Abu Syafiq men'jenama'kan secara jelas siapakah yang dinamakan 'wahabi', adakah 'wahabi' itu merujuk pada ustaz-ustaz tempatan seperti Dr.Mohd Asri Zainol Abidin, Maulana Asri Yusuf ataupun tokoh hadis seperti Syeikh Albani dan lain-lain tokoh yg begitu giat mencari dalil-dalil al-quran dan as-sunnah bagi setiap amalan dan tindakan mereka samada disudut aqidah atau ibadah?
bukan sekadar itu sahaja... adakah ahli panel al-ahkam, bicara muslim dan beberapa lagi website juga dilabelkan wahabi oleh ustaz abu_syafiq?
ini lah yang saya nak tegaskan dalam forum ini. adakah sebab perbezaan khilafiah atau mazhab? kalau nak mewahabikan orang sebab pendapat berbeza, maka bersengketa la terus menerus orang islam ni. |
|
|
|
|
|
|
pak_kadok This user has been deleted
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 22-8-2006 06:59 PM
Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar.
rasyid ridha dan setiap nama yang disebutkan di atas ada masalah mereka tersendiri yang serius.
al-afghani dan muhammad abduh misalnya, fakta menunjukkan mereka terlibat dengan freemansonry. salah satu buktinya ialah pengakuan lidah rasmi freemasonry sendiri:
http://www.freemasonrytoday.com/public/geo-af.php
Freemasonry Serving Egypt
Today it is a tragic irony that Freemasonry is falsely derided in much of the Muslim world as a stooge of Zionism, when some of the great names of the Islam have in fact been keen Freemasons. And foremost among these were two towering figures of nineteenth-century Islamic modernism - Jamal al-Din al Afghani and Sheikh Mohammed Abduh - both actually members of the same Egyptian lodge
pak kadok pernah terbaca, tapi lama sangat dah, tok syaikh qaradhawi pun mengakui keterlibatan mereka, tapi dia "play down" benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 22-8-2006 09:22 PM
seperti biasa bila kita kata wahabi jer terus orang rujuk ke arah arab saudi. cuma harap kafir-mengkafir ni biarlah beradab. takut-takut nanti ada yang main baca-baca pahamnya macam saya sikit-sikit pastu pi tuduh se arab saudi tu wahabi. nanti takut pi haji dan umrah tak dapat apa sebab ikut belakang imam wahabi.
Bukan semua orang Arab Saudi tu wahabi tapi yang mengambil wahabi sebagai agama rasmi mereka tentulah kerajaannya. Dalam satu risalah yang diedarkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji adalah barang siapa yang tidak mempercayai iktikad dan keyakinan seperti mereka seperti Allah berwajah, bertangan, berkaki dsbnya maka jatuhlah mereka sesat dan kufur. (Lihat risalah Ahli Sunnah wal Jamaah yang kata pengantarnya ialah Ketua Umum Lembaga Riset, Fatwa, Dakwah dan Bimbingan Islam, al-Faqir miskin al-Fadhil al Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. )
Hehehehe...rupanya ramailah jemaah yang sesat dan kufur bersembahyang di belakang imam Islam tulen tu yer. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 22-8-2006 10:48 PM
Bukan semua orang Arab Saudi tu wahabi tapi yang mengambil wahabi sebagai agama rasmi mereka tentulah kerajaannya. Dalam satu risalah yang diedarkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji adalah barang siapa yang tidak mempercayai iktikad dan keyakinan seperti mereka seperti Allah berwajah, bertangan, berkaki dsbnya maka jatuhlah mereka sesat dan kufur. (Lihat risalah Ahli Sunnah wal Jamaah yang kata pengantarnya ialah Ketua Umum Lembaga Riset, Fatwa, Dakwah dan Bimbingan Islam, al-Faqir miskin al-Fadhil al Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. )
Hehehehe...rupanya ramailah jemaah yang sesat dan kufur bersembahyang di belakang imam Islam tulen tu yer.
Ni 'satu' contoh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|