|
Reply #233 migdal_bavel's post
migdal aku nk tanye ko..ape maksud Ze Hegia Ad Lekan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #234 Nazrulism's post
he.. baru aku faham pegangan kamu. (sikit-sikit)
Dalam Talmud (dengan autoriti Rabbi2) dinyatakan tiada lagi nabi selepas Mal'achi.. Kerana jika ada Nabi lagi, bermakna reputasi Talmud dan autoriti Rabbi2 akan musnah (zakaria, yahya, Isa -tidak percaya akan Talmud dan autoriti Rabbi2). Kerana itu, untuk menjaga Talmud dan Autoriti Rabbi - mereka diistiharkan bukan nabi yang sah (rumusan peribadi).
alamak, tak sangka bahasa melayu ak ni teruk sangat smp ko salah paham
ak maksudkan raja herod lah, bukannya si yahya....
raja herod dan kerabat dirajanya serta yahudi2 bangsawan adalah dipanggil saddukim/sadducees...diorangla yg x percaya kpd talmud, autoriti rabbi2 dan hari akhirat...
mungkin sbb itu kristian anggap zakaria dan yahya sbg nabi (begitu juga islam?) sbb mereka berdua mengajak raja herod dan pengikut2nya yakni para saddukim
utk kembali kpd ajaran judaism yg sebenar...
tgk balik ayat ak di bawah, ak wat kurungan pada raja herod, bukannya pada si yahya
dia diburu oleh raja Herod yg zalim (dia adalah golongan Yahudi Saddukim, yakni Yahudi aristokrat, para kerabat diraja
di mana mereka tidak percaya akan Talmud, Autoriti Rabbi2, serta Hari Akhirat) malah anaknya yahya (Yehochanan HaMatvil menurut umat Kristian) melarangnya berkahwin dgn anak saudara sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #241 Gess's post
itu lagu subliminal kan?ak xdgr lagi....
maksudnya, Ia Pernah Berlaku Di Sini (ia diambil dari suatu hebrew saying yang popular, yang bunyinya sebegini-->Higia' Lo 'Ad Kan yg maksudnya lebih kurang sama jer la...)
ko nak belajar ibrani, pergila kt board language, ak buat thread bahasa ibrani khas utk malay forumners |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #235 premierleague's post
soalan ni pernah ad org tanya, tp ak masih tak jawab lagi...
ak akan jawab tp bukan skrg sbb bnd ni terlalu bsr bg ak...maka ak perlu ambil masa yg sesuai utk menjawabnya
skrg ak tgh sibuk sgt
ak x boleh terangkan sambil lewa sbb takut salah phm nanti kat korang...
tunggula erk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #237 rurouni_khairul's post
yer, mereka berdua tak tergolong dlm nabi2 bani israel
tp kami x mengatakan mereka org2 yg sesat...mereka mungkin org yahudi yg beriman |
|
|
|
|
|
|
|
sejak ak 14 tahun ak dok baca forum ni...dah 5 tahun dah ak ikut cari forum ni
tapi ak register 3 tahun lepas...dan tujuan ak ialah utk betulkan pemahaman korang psl jewish stuff ni..ak mmg xjwab soalan2 beberepa forumners (termasukla RK yg tanya sama ad ak ni jewish atau x)
tp makin lama ak da tak tahan sbb makin teruk keburukan2 yahudi dinyatakan sampai ak terpaksa mengaku jewish
kat board mana dah...rasanya CI kot
ak gaduh ngn forumner BB |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #232 narvmarishka's post
but kita ada baca di mana some of jewish parents melarang anak2 diorg berkahwin dgn ashkenazi jews sbb dikatakan diorg kinda not really jews...tatau la kan....
hmm, ak xpernah dgr pasal ni
tp ak akan jelaskan psl ashkenazic jews ni
itu soalan forumner CZ
Off Topic: Ron Jeremy dgn Michael Lucas tu jew kan....
lol, ak rasa dah ad list pasal yahudi2 yg ternama ni...kat mana dah thread tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #240 elun's post
terima kasih elun!!:flower: :flower: :flower: :flower: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #243 migdal_bavel's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 23-6-2008 07:19 PM
soalan ni pernah ad org tanya, tp ak masih tak jawab lagi...
ak akan jawab tp bukan skrg sbb bnd ni terlalu bsr bg ak...maka ak perlu ambil masa yg sesuai utk menjawabnya
skrg ak tgh sibuk ...
aku ada plan nak pusing keliling dunia. tp bukanlah paris, london,las vegas etc.
aku lg suke mengambara ke tempat2 bersejarah mcm mesir, jordan,sepanyol,turki etc
so my future plan, aku nk jejak ke palestin.nk masuk dlm masjid al-aqsa (sbb sblm ni aku dh ke masjid nabawi dan masjidil haram)
masjid al-aqsa tu pun salah satu tempat suci umat Islam
jd, kalau aku nk pegi sana , boleh ke ko guide aku?
tp, kalau ada masa, please jawab my soalan sebelum i ye
sbb mmg teringin sgt nak tau
lagi satu, nak tanya, aku penah terbaca, cara funeral yahudi, cara mereka menguburkan mayat, bukanlah dgn cara membaringkan mayat (spt agama lain), ttp mereka akan berdirikan mayat tu (vertical)dan tanam keranda tu scr menegak.betul ke ak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #251 premierleague's post
aku ada plan nak pusing keliling dunia. tp bukanlah paris, london,las vegas etc.
aku lg suke mengambara ke tempat2 bersejarah mcm mesir, jordan,sepanyol,turki etc
so my future plan, aku nk jejak ke palestin.nk masuk dlm masjid al-aqsa (sbb sblm ni aku dh ke masjid nabawi dan masjidil haram)
masjid al-aqsa tu pun salah satu tempat suci umat Islam
jd, kalau aku nk pegi sana , boleh ke ko guide aku?
oh oh, boleh ker malaysian masuk jerusalem?wlaupun tu di bwh wilayah autonomi palestine, tp ia tetap dikuasai israel
tp, kalau ada masa, please jawab my soalan sebelum i ye
insya Allah, akanku jawab dgn baik
lagi satu, nak tanya, aku penah terbaca, cara funeral yahudi, cara mereka menguburkan mayat, bukanlah dgn cara membaringkan mayat (spt agama lain), ttp mereka akan berdirikan mayat tu (vertical)dan tanam keranda tu scr menegak.betul ke ak?
oh, yg ni ak dah jawabkan dulu, biar ak paste balik dr thread mana ntah...nanti ak carikan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 24-6-2008 04:59 PM
oh oh, boleh ker malaysian masuk jerusalem?wlaupun tu di bwh wilayah autonomi palestine, tp ia tetap dikuasai israel
insya Allah, akanku jawab dgn baik
oh, yg ni ak dah jawa ...
Thanks Ak
aku mmg byk persoalan ttg kaum yahudi sbb jarang aku jumpe bahan bacaan ttg mereka
i mean, aku nak tau gak le bgmn pegangan hidup mrk, pantang larang, adat resam,
sbb, biasanya aku just jumpe bahan bacaan berkisar kaum melayu, cina, india, inggeris, arab ,jepun etc |
|
|
|
|
|
|
|
Shalom yg migdal bavel....lama tak jumpa..
Alhamdulillah, dapat jugak forumer Muslim di sini mengetahui serba sedikit menganai bangsa Yahudi dan Judaism terus daripada awak sendiri. Dan rata2nya forumer di sini memberikan reaksi yg positif terhadap penerangan anda.
Situasi yg sebeginilah yg kita inginkan, di mana kita saling berkongsi pengetahuan antara berbilang agama dengan suasana yg positif dan saling hormat-menghormati. Walaupun ada perkara yg kita kurang bersetuju, tetapi ianya bukanlah menjadi batu penghalang untuk satu perbincangan yg sihat..Teruskan berbincang,,,,:handshake: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #254 premierleague's post
Errr, aku ada buat kajian ringkas sedikit mengenai agama Judaism/Jewish ini. Dan rata2nya ianya tidaklah begitu berbeda dgn agama Islam khususnya dari segi akidah dan hukum-hakam. Mereka percaya kepada konsep KeEsaan Tuhan, yakni percaya kepada Tuhan yg satu. Dari sudut hukum hakam juga aku agak terkejut kerana banyak juga persamaan antara kita dan mereka. Cuba google, khususnya mengenai 'Kosher'... |
|
|
|
|
|
|
|
shalom adik migdal,
sebetul ini kak dah pernah tengok pun cara yahudi sembahyang
forumer lain ni nak tau sgt sebab kita menyembah tuhan yg satu
ada ke persamaan dari segi gerakan sembahyang, mcm org islam juga di persendakan solat tong*** tongek
dan banyak persamaan dari segi makanan i.e tak leh makan babi, minum arak, berzina, sembahyang kena jaga
tapi mcm biasalah mana2 ugama ada yg degil sikit
yang di larang tu yg nak di buat sgt
jenis tak takut tuhan, tak takut dosa
tapi yg syok nya, aku kan particular ttg makanan, ialah muslim malaysian bukan muslim indonesian ke, so bila aku nak jaga makanan aku make sure kalu tempat tu takde arab komuniti, aku cari kosher meat/food sebab aku tengok pak arab pun bukan fridge kat kosher section kat supermarket
aku pun ikut je lah...thats the closest to halal since yahudi pun invoke nana allah bila nak sembelih haiwan
kak nak tau kalau migdal tak keberatan (rasa nya agak keberatan kan?) when u standing during prayer time, both feet not moving and u make that strange movement, what are u signifying ? bole pm kak kalu personal, atau itu mmg rukun sembahyang.
sebetul nya, forumer semua, yahudi menganggap agak sensitif jika kita memerhati mereka sembahyang.
dan aku pernah di tegur oleh seorg kawan, tak boleh lihat cara mereka sembahyang
sebab tu lah migdal "ambil masa" utk jawab soalan tentang cara dia sembahyang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurusan Jenazah Yahudi
Sebenarnya, org yahudi pun melakukan pengurusan jenazah yang terdiri daripada dua bahagian
Bahagian yg pertama ialah suatu kaedah fiqh yahudi yg dipanggil Avilut (literalisnya ia bermaksud Perkabungan) yang dilakukan dgn penuh keagamaan mcm org islam...
Avilut ini terdiri drpd:
1. Rechitzah (Mandian Jenazah)
2. Taharah (Penyucian/Peiwudukkan Jenazah)
3. Halbashah (Pengkafanan Jenazah)
kemudian, barulah bahagian kedua iaitu Kevurah (Penanaman/Pengkuburan Jenazah) dilakukan
Ok, kita kembali kpd Avilut dulu erk
pada mulanya, si mayat atau si mati (dipanggil Guf iaitu no entity, maksudnya dah hilang kemukallafan sbagai seorg manusia) akan ditelanjangkan
dan diganti dgn kain yang sangat nipis utk proses Rechitzah dilakukan..
yer lah, tak eloklah kan kalau telanjang bulat tanpa alas apa2 kain kan?
semasa Rechitzah, badannya akan dicucikan dr segenap kekotoran dan apa2 bnd2 yg menghalangi pewudukan Jenazah nanti...
jadi, semua brg2 kemas atau body acessory perlulah dibuang..jika terdapat tatoo (yg sebenarnya haram melekat pd badan), maka terpaksa dikikis supaya air menyentuh ke seluruh badan..
tp, kalau tatoo itu tak dpt ditanggalkan, maka dibiarkan sajalah..
mandian jenazah ini dimulakan dgn rendaman dlm kolam dinamakan Kolam Mikvah (sejenis kolam mandian suci ritual Yahudi)
Kemudian, Taharah dilakukan yakni dgn pencucuran air yg mengalir berterusan dilakukan smpaila badan mayat diyakini bersih
lepas mandi dan dikeringkan, Halbashah dilaksanakan dgn pengkafanan dgn kain putih yg dinamakan Tachrichim
kain kafan Tachrichim ini diikat tiga...iaitu di kepala, badan dan kaki sehingga membentuk mcm huruf Shin ש
Shin menunjukkan pkataan Shaddai iaitu salah satu nama Allah (El Shaddai yg bererti Allah Yang Maha Perkasa /ash-Shadid)
sepanjang proses2 ni, ayat2 suci dr kitab Taurat, Zabur dan lain2 dibaca oleh si pengurus jenazah (dipanggil Chevrah Qadishah)
lepas tu Guf (Si Mati) akan dimasukkan ke dlm keranda yg dilapisi kain nipis...
Tanah dr israel dimasukkan sedikit ke dlm keranda utk mendapat merit dari Allah sbab bile Yom Elyaqim (Hari Kebangkitan) nanti, cepat sket dia dtg ke padang mahsyar yang akan dilakukan di tanah Yerusalem, Israel
maka, lebih afdhal lagi bg seseorg Guf yahudi itu, kalo dihantar terus ke Israel utk ditanam...
rmi yahudi di luar israel minta utk ditanam di israel disebabkn ini...
sebelum dimasukkan ke dlm keranda, tidak ada tradisi diletakkan di hadapan keluarga utk tatapan terakhir..
apabila Guf dimasukkan ke dlm keranda yg dibuat drpd papan biasa yg murah, bukannya keranda mahal yg korang tgk dlm tv tu...
dan keranda dilitupi dgn Tallit (kain sembahyang yahudi yg berwarna putih dan berjalur hitam yg digune utk tutup kepala, mcm sheikh org muslim slalu pakai-prayer shawl)
lepas tu pengurus2 jenazah akan memohon maaf kpd si mati kalo2 ad bnd tersilap smasa pengurusan jenazahnya blaku shingga menyakiti si mati atau menghinanya....
sepnjang tempoh sbelum penanaman mayat, mereka yg ad (dipanggil Shomrim yang bermaksud penjaga) akan membaca kitab Zabur memohon keampunan bagi si mati dan menjauhi seksa azab kubur..
pada bahagian Kevurah (Penanaman atau Pengkuburan), keluarga dan orang2 yg terdekat dgn si mati seperti jiran atau sahabat
akan mengusung keranda si mati dan menanamnya
dan sebaik sahaja keranda telah diletakkan di dalam perut bumi, maka ahli2 keluarga yg tergolong sbg mereka yg perlu Meratap akan mengambil
giliran utk mengambus tanah utk menanam
Meratap merupakan suatu Mitzvah (Suruhan Ibadah) dalam agama Yahudi
apabila mendengar suatu kematian berlaku, maka perlulah kita mengucapkan:
Baruch Dayan HaEmmet - Segala puji Keberkatan bagi Hakim yang Maha Benar
hal ini disebabkan kebenaran-Nya bahawa kematian itu suatu yg pasti dan penguasaan-Nya yg total di Yom HaDin (Hari Pembalasan)
Ini merupakan Ratapan pertama yg dipanggil Anenut (Kesakitan/Penderitaan) di mana, orang2 yang melakukan Anenut dipanggil Onen
orang2 yg dalam Anenut, yakni para Onenim (kata jama bagi Onen) ini dirukhsakhkan atau dibolehkan utk meninggalkan segala ibadah seperti Tefillah (Ibadah Solat) dan segala perkara yg berkaitan dgnnya (pemakaian Tefillin, Tallit etc)
Tempoh Anenut ialah sehinggalah Pengurusan Jenazah (iaitu Avelut dan Kevurah) selesai di mana, pengurusan ini mestilah dilakukan secepat mungkin, iaitu dalam hari yg sama semasa kematian ataupun keesokan harinya
kemudian, Ratapan masuk kpd stage kedua iaitu Avelut (Jangan tertukar dgn Proses Avelut dalam Pengurusan Jenazah) di mana, Avelut sendiri bermaksud Perkabungan
orang2 yang melakukan ibadah Avelut ini dipanggil Avelim (kata banyak bagi Avel) yg bermaksud Peratap atau orang yang berkabung
dalam tempoh Avelut, dilarang menggembirakan diri, mendengar musik, menghadiri majlis2 keramaian dan kesyukuran seperti perkahwinan dan sambutan Bar Mitzvah, Pidyon Haben, etc
Avelut terdiri daripada 3 tempoh:
1.Shabbat Shiv'ah
iaitu selama 7 hari selepas kematian..di mana, para Avelim akan diziarahi oleh jiran2 dan sahabat2 yg akan menenangkan mereka
2.Shabbat Sheloshim
iaitu 30 hari ratapan yang mana, sebenarnya dikira drpd hari pertama Shabbat Shiv'ah.
maka tempoh yg sebenarnya ialah 23 hari sebab sudah dikira 7 hari yg sebelumnya
dalam tempoh ini, diharamkan utk berkahwin atau menghadiri Se'udat Mitzvah (Jamuan Perayaan) mcm jamuan Seder semasa hari Pesach
lelaki yg berada dlm tempoh ini juga tidak akan bercukur dan memotong/menggunting rambut
selain itu, segala mcm Mitzvah digalakkan utk dibuat atas nama si mati utk disedekahkan pahalanya kpd si mati
3.Sheneim Asar Chodesh
iaitu selama 12 bulan selepas kematian di mana, setelah tamatnya Shabbat Sheloshim yakni 30 hari meratap dgn cara yg strict dan serious, dalam bulan2 ini, kehidupan para Avelim yang meratap ini adalah seperti biasa, cuma mereka tidak boleh menggembirakan diri mereka dgn menghadiri keramaian2 yg benar2 meriah ataupun menghadiri majlis2 yg musik2 dimainkan
setelah tamat Perkabungan, maka adalah suatu ibadah juga utk melawat kubur si mati setiap tahun dan melakukan Ibadah Kaddish (sejenis Tahlil atau majlis Arwah) yg dilakukan di dalam Minyan (suatu Jemaah yg minimumnya 10 orang)
Mengingati dan menyambut ulang tahun kematian dipanggil Yahrtzeit (Ulang Tahun Kematian) iaitu dgn menziarahi kubur, melakukan ibadah Kaddish (Pengkudusan) dan Yizkor (Ingatan/Zikir) serta menyalakan lilin bagi si mati selama satu hari
pada hari itu, si mati akan diingati dan dizikirkan segala kebaikan dan kehidupan mereka...
bagi mereka yg menyambut Yahrtzeit ibu bapa mereka, maka mereka diwajibkan melakukan Siyum (Berpuasa) pada hari tersebut
semasa melawat kubur, adalah sunnah utk membaca nama mereka di batu nisan dan berdiri sambil mendoakan si mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|