|
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2009 14:12
saya tengok makin lama makin banyak putar dan belit.
ibnur Post at 29-10-2009 08:16
Nak buat macamana, dah isytihar diri sendiri ahli bahasa Arab dan Ahlul Quran, jadi orang yang isytihar dirinya hebat di sini beranggapan orang lain wajarlah ikut cakapnya, walaupun dia sendiri tak boleh ikut syarat yang ditetapkannya.
Saya rasa disiplin kaedah usuludin &aqidah islam itu sudah cukup neutral& adil utk semua pihak termasuk sunni &syiah. yakni kita bawakan hanya hadis-hadis saheh yg bertaraf mutawatir shj.
Saya bersetuju.
anda?
mnm?
ibnur?
yg lain-lain?
sila nyatakan kesetujuan anda jika anda bersetuju dgn kaedah yg saya tetapkan.....
sirrikhafi Post at 27-10-2009 21:39
Syarat yang anda tetapkan, anda senditi tidak amalkan.
Mari kita lihat sumber hujjah-hujjah yang dibawa:
1. Pendakwa
-Al-Quran
-Hadith yang tidak dibuktikan kesahihan (sirrikhafi tak pertikai)
-fatwa Sheikh Tantawi yang belum dibuktikan lagi kebenaran (sirrikhafi tak pertikai)
-Israiliyyat yang tidak dinyatakan sumber asal (sirrikhafi mendiamkan diri, tuduh mnm77 dan ibnur sebagai pembawa Israiliyyat)
2. Gravedigger
-Al-Quran dan Hadith (tiada masalah, asalkan hadith sahih namun sirrikhafi mendiamkan diri)
3. ibnur
-Al-Quran dan Hadith Sahih (dipertikaikan sirrikhafi, tuduhan israiliyyat dilemparkan tanpa usul periksa)
4. mnm77
-Al-Quran
-Hadith Sahih yang bertepatan dengan Al-Quran (dipertikaikan oleh sirrikhafi, dijawab pada post# 212)
5. sirrikhafi
-Al-Quran
-Sumber yang tidak dinyatakan, contoh bapa tiri Nabi Ibrahim, panggilan YA ABATI Zayd (dipertikai mnm77, didiamkan sirrikhafi)
Kalau macam ni, tak akan ada persetujuan! Apa yang boleh dibuat ialah menyampaikan, samda nak terima atau nak tolak terpulanglah pada diri masing-masing
Saranan Tuan Pendakwa:
..... maka senaraikan saudara sirri dan mnm kitab2 yg kalian rujuk dan kita setujui dulu bersama. Silakan…kemudian kita perbincangkan.
pendakwa Post at 27-10-2009 20:48
Sumber utama:
1. Al-Quran
2. Sahih Bukhari
3. Tafsir Ibn Kathir
Rujukan tambahan:
1. Sahih Muslim
2. Sunan Abu Dawud
3. Tafsir Jalalayn
4. Kitab Furu’ul-Iman (Cabang Iman)
5. Kitab Qasasul Anbiya ‘Ibratun Li Ulil Albaab (Kisah Para Nabi Teladan untuk Orang yang Berakal)
6. Tafsir At-Tabari
7. Tarikh At-Tabari |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2009 14:53
perhatikan penggunaan lam ta'kid& nun taukid dlm ayat 4 Al-mumtahinah yg membawa makna
sungguh-sungguh@ nescaya.
maknanya ibrahim akan melakukan istighfar kpd azar itu seperti yg dijanjikannya kpd azar.
sirrikhafi Post at 27-10-2009 17:01
Setuju Nabi Ibrahim AS berjanji pohon keampunan untuk bapanya
namun perhatikan juga penggunaan huruf "sin" yg mendatangkan makna "akan" @"sedang".
maknanya ibrahim belum buat istighfar lagi seperti dlm ayat 48 Maryam.
Ya, setuju. Nabi Ibrahim BERJANJI. Maka kita akan dapati bukti kebenaran JANJI Nabi Ibrahim ini, Insha Allah.
sedangkan ayat 114 At-Taubah telah menyatakan yg itu hanyalah suatu janji ibrahim kpd azar shj.
bahkan ayat yg sama juga telah menjelaskan pula yaitu ibrahim telah pun TABARRA' (berlepas diri) terhadap azar
selepas mengetahui yg azar itu memang musuh ALLAH.
makanya fe'el yg di gunakan itu ialah fe'el madhi yg membawa maksud "telah".
Setuju Nabi Ibrahim berlepas diri dengan Azar, namun janjinya yang nampak seperti masih belum ditunaikan itu sebenarnya terkandung dalam ayat yang lain.
maknanya,
ibrahim memang telah berlepas diri dgn azar seperti mana perintah ALLAH ke atas nuh berkaitan kekafiran anaknya &pastilah ibrahim takkan ambik pot lagi dgn azar walaupun utk mendoakan keampunan sekalipun seperti yg telah di tegah oleh ALLAH dlm ayat 113 At-Taubah.
Setuju Nabi Ibrahim berlepas diri dari bapanya.
TIDAK setuju dengan kesimpulan Nabi Ibrahim AS memungkiri janjinya. Ayat 114 Surah At-Taubah, Allah menjelaskan doa minta ampun Nabi Ibrahim itu disebabkan janjinya terhadap bapanya, bermakna MEMANG Nabi Ibrahim pernah mendoakan keampunan untuk Azar.
Kesimpulan di sini:
1. Sebelum menjadi nyata kemusyrikan bapanya berkekalan, Nabi Ibrahim pernah berjanji untuk mohon keampunan kepada bapanya KERANA masih ada harapan untuk bapanya beriman kepada Allah. Janji ini dibuat sebelum Nabi Ibrahim tinggalkan bapanya setelah baginda dihalau bapanya (Maryam, 46)
2. JANJI Nabi Ibrahim itu diUngkap oleh Allah dalam ayat 47 Surah Maryam: “aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu”
3. Disebabkan ada JANJI Nabi Ibrahim yang mesti ditunaikan walaupun dihalau bapanya, maka Nabi Ibrahim berdoa untuk bapanya (Ibrahim, 41). Inilah JANJI doa Nabi Ibrahim yang ditunaikan.
4. Allah Terangkan kepada kita bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang sangat benar (Maryam, 41). Tidak mungkin Nabi Ibrahim memungkiri janjinya.
5. Oleh itu, Allah Menyarankan kepada kita bahawa kita tidak boleh mencontohi Nabi Ibrahim mendoakan keampunan untuk bapanya yang musyrik (Al-Mumtahinah, 4). Nabi Ibrahim AS tidak bersalah kerana JANJI nya dibuat ketika SEBELUM NYATA kemusyrikan bapanya itu berkekalan.
6. Setelah nyata kemusyrikan bapanya itu berkekalan, baginda berlepas diri dari bapanya. (At-Taubah, 114)
WAllahu a’lam
jelaslah doa ibrahim as dlm ayat 41 surah ibrahim itu adalah doa utk kedua org tua ibrahim as yg sebenarnya.
bukan utk azar.
jelaslah kpd kita bahawa azar itu bukanlah bapa ibrahim tapi musuh ALLAH sekaligus musuh ibrahim as.
Maaf, tafsiran anda tidak membuktikan kebenaran JANJI Nabi Ibrahim AS.
Rumusannya, yang jelas dari Al-Quran:
1. Azar disebut bapa Nabi Ibrahim dalam Al-Quran (Al-An’aam, 74)
2. Nabi Ibrahim berJANJI doa keampunan untuk bapanya (Maryam 47)
3. Janji Nabi Ibrahim AS mendoakan bapanya ditunaikan (Ibrahim, 41)
4. Kita tidak boleh mencontohi doa Nabi Ibrahim AS kepada bapanya Azar yang musyrik (Al-Mumtahinah, 4) KERANA:
5. Janji doa keampunan oleh Nabi Ibrahim terhadap bapanya Azar dibuat sebelum nyata kemusyrikan bapanya berkekalan (At-Taubah, 113-114)
6. Allah jelaskan Nabi Ibrahim seorang yang sangat BENAR (Maryam, 41). Justeru baginda menunaikan JANJI mendoakan untuk bapanya sebagai melengkapkan janjinya terhadap bapanya
7. Dan sudah tentu janji DOA itu ditunaikan sebelum kemusyrikan bapanya itu NYATA berkekalan. (At-Taubah, 114)
Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat, sesudah NYATA bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahannam. (At-Taubah, 113)
Maksud NYATA di sini adalah setelah jelas mati dalam kesyirikan yang menyebabkan berkekalan dalam Neraka.
Yang diatas itu dari Al-Quran saja, belum lagi hadith-hadith.
WAllahu a’lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua, wah tajuk hangat ni..dah nak hangit dah
hehe sirrikhafi, rupanya dia sibuk di sini
mnm..teruskan sahaja...
maknanya ada org nak tunjuk terer di sini sebab tajuk thread siapa jawab dia terer...
hehe sirrikhafi....masih tak berubah kamu ya |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Alhamdu liLLAH,
dgn izin ALLAH saya akan cuba patahkan lagi hujjah-hujjah mnm berkenaan soal janji @perkataan ibrahim as.
1. Azar disebut bapa Nabi Ibrahim dalam Al-Quran
(Al-An’aam, 74)
Telah dibuktikan dari AlQuran yg azar itu bukanlah bapa kandung ibrahim as.
2. Nabi Ibrahim berJANJI doa keampunan untuk bapanya (Maryam 47)
Hanya janji shj.
lagipun belum ditunaikan lagi kerana ia tak diperkenan& di larang oleh ALLAH dlm ayat 113-114 At-Taubah.
3. Janji Nabi Ibrahim AS mendoakan bapanya ditunaikan (Ibrahim, 41)
Ini bukan janji ibrahim @doa ibrahim kpd azar.
tetapi itu adalah doa ibrahim kpd org tuanya yg sebenar.
ibrahim telah berlepas diri dgn azar.
janji ibrahim utk istighfar kpd azar tidak diperkenan dlm ayat 113-114 At-Taubah.
maka tak timbul lagi soal ibrahim berdoa kpd musuh ALLAH &musuh nya juga yaitu azar.
4. Kita tidak boleh mencontohi doa Nabi Ibrahim AS kepada bapanya Azar yang musyrik
(Al-Mumtahinah, 4)
Salah.
ibrahim tidak berdoa kpd azar.
hanya berjanji shj.
perhatikan betul-betul pd ayat 4 Al-Mumtahinah yg berbunyi: ILLA QAULA IBRAHIM yaitu kecuali "perkataan" ibrahim. perkataan ini ialah janji shj.
belum doa lagi.
adapun ayat LA-ASTAGHFIRONNAKA yaitu "nescaya aku sungguh-sungguh akan meminta keampunan" yg bermaksud belum dilakukan lagi kerana ia adalah fe'el mudhori' yg bermaksud "akan" @ "sedang".
maknanya,
belum doa lagi.
baru janji shj.
Mafhum dari ayat ini ialah:
ibrahim hanya berjanji shj.
sedangkan janji ibrahim itu tidak di perkenankan oleh ALLAH.
maka ibrahim pun berlepas diri dgn musuh ALLAH &musuh nya yaitu azar sepertimana nuh as telah berlepas diri dgn anaknya.
maka yg dimaksudkan jangan mencontohi itu ialah tentang jangan mencontohi janji ibrahim.
bukan tentang doa ibrahim kerana ia belum dilakukan &tidak diperkenankan pun.
5. Janji doa keampunan oleh Nabi Ibrahim terhadap bapanya Azar dibuat sebelum nyata kemusyrikan bapanya berkekalan (At-Taubah, 113-114)
Itu hanya janji ibrahim shj dan ianya tak diperkenankan oleh ALLAH maka ibrahim pun berlepas diri lah terhadap azar.
maka tidak timbullah lagi soal ibrahim berdoa utk azar selepas pembinaan kaabah kerana doa ibrahim ini ialah utk ibubapa ibrahim yg sebenarnya.
bukan utk musuh ALLAH.
lagipun telah jelas kpd ibrahim yg azar itu musuh ALLAH &musuhnya.
maka tidak ada sebab lagi utk ibrahim berdoa kpd musuh ALLAH selepas pembinaan kaabah.
6.
Allah jelaskan Nabi Ibrahim seorang yang sangat BENAR (Maryam, 41). Justeru baginda menunaikan JANJI mendoakan untuk bapanya yang diungkap dalam doa umum Nabi Ibrahim (Ibrahim, 41).
Maksud Benar itu ialah ibrahim seorg yg berpegang dgn kebenaran &mencintai kebenaran.
berkenaan janji ibrahim itu telah dijelaskan yg ianya hanyalah janji semata-mata
(QAWLA IBRAHIM).
sedangkan janji itu tidak diperkenankan dlm ayat 113-114 At-Taubah.
Maka kesimpulannya ialah:
Ibrahim telah pun berlepas diri dgn azar yaitu musuh ALLAH &musuh nya.
maka tidak timbullah lagi soal ibrahim berdoa utk azar kerana ibrahim memang telah berlepas diri dgn azar dan ia adalah janji yg tak di perkenankan oleh ALLAH seperti doa nuh as tentang anaknya.
maka tentulah ibrahim takkan melakukan perkara-perkara yg tak di perkenankan ALLAH sepertimana permohonan nuh as tentang anaknya yg tidak di perkenankan ALLAH.
dan ibrahim as itu tentulah seorg nabi yg mengetahui tentang sejarah& kisah tidak diperkenankan doa nuh as kpd anaknya.
maka sebagai seorg nabi,
tentulah tidak ada sebab lagi utk ibrahim mengikuti contoh-contoh &sikap-sikap yg tidak diperkenankan ALLAH seperti beristighfar utk azar dsbnya.
maka sebetulnya doa ibrahim as dlm ayat 41 ibrahim itu adalah doa utk kedua org tua ibrahim as yg sebenarnya.
bukan utk azar, musuh ALLAH &musuh ibrahim.
Alhamdu liLLAH,
buat kesekian kalinya saya telah patahkan hujjah mnm lagi tentang soal JANJI @PERKATAAN ibrahim as yg tak diperkenankan itu.
Yang diatas itu dari Al-Quran saja
Telah dipatahkan dgn hujjah AlQuran juga.
belum lagi hadith-hadith.
Di harap anda bawakan hadis-hadis saheh yg bertaraf mutawatir.
saya hanya mahukan dalil-dalil yg qot'ie dari anda.
bukan dalil-dalil yg zhonni.
oleh itu,
sila patuh dgn kaedah yg telah di tetapkan oleh ulama' bidang usuluddin &aqidah sunni anda.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2009 15:10
Telah dibuktikan dari AlQuran yg azar itu bukanlah bapa kandung ibrahim as
sirrikhafi Post at 29-10-2009 14:57
Hanya tafsiran kamu semata, bukannya bukti. Tafsiran kamu Azar itu bapa tiri Nabi Ibrahim MASIH belum dibuktikan.
Nyata sekali itu hanya tafsiran sirrikhafi
janji ibrahim utk istighfar kpd azar tidak diperkenan dlm ayat 113-114 At-Taubah.
Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. (At-Taubah, 114)
Istighfar tidak diperkenankan bukan bermakna Nabi Ibrahim memungkiri janjinya untuk berdoa kepada bapanya Azar. Nabi Ibrahim adalah BENAR, dan dia tunaikan janjinya. Dia menunaikan JANJI nya sebelum berlepas diri daripada bapanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya tafsiran kamu semata, bukannya bukti.
Memang telah dibuktikan yg azar itu bukan bapa kandung ibrahim as.
Istighfar tidak diperkenankan bukan bermakna Nabi Ibrahim memungkiri janjinya
untuk berdoa kepada bapanya Azar.
Ibrahim tidak perlu memungkiri janjinya lagi kerana ia adalah permohonan yg tak diperkenankan ALLAH.
apa yg jelas ialah azar itu bukan bapa kandung ibrahim.
dan doa ibrahim dlm ayat 41 ibrahim itu adalah doa utk kedua org tua kandung ibrahim as sebab ibrahim telah pun berlepas diri dgn azar,
yaitu musuh ALLAH &musuh nya.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe sirrikhafi....begitu kasihan sekali kamu ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia menunaikan JANJI nya sebelum berlepas diri daripada bapanya.
Apabila ibrahim telah berlepas diri dgn azar, maka tidak ada sebab lagi ibrahim mahu berdoa utk azar .
sebab,
doa ibrahim dlm ayat 41 ibrahim itu ialah doa utk kedua org tua kandung ibrahim as,
selepas pembinaan kaabah.
dan pd ketika itu,
memang ibrahim telah pun belepas diri dgn azar,
yaitu musuh ALLAH &musuhnya juga.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe sirrikhafi....begitu kasihan sekali kamu ini....
Salam saudara,
ada apa-apa yg nak dihujjahkan ke?
maseh tak jumpa lagikah dalil makrifat saudara dlm Quran?
ingat saudara,
sila abaikan teori &ajaran yg tidak ada dlm AlQuran.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2009 16:24
Apabila ibrahim telah berlepas diri dgn azar, maka tidak ada sebab lagi ibrahim mahu berdoa utk azar .
sirrikhafi Post at 29-10-2009 15:25
Maksud berlepas diri itu adalah sesudah NYATA Azar bapanya itu mati sebagai Musyrik. Selagi belum mendapat berita kematian bapanya, selagi itu belum NYATA Azar itu ahli neraka.
maka yg dimaksudkan jangan mencontohi itu ialah tentang jangan mencontohi janji ibrahim.
bukan tentang doa ibrahim kerana ia belum dilakukan & tidak diperkenankan pun.
sirrikhafi Post at 29-10-2009 14:57
Janji Nabi Ibrahim dibuat sebelum Nabi Ibrahim berlepas diri dengan Azar. Janji ini tidak salah, kerana masih ada harapan untuk Azar berIMAN kepada Allah. Yang tidak boleh dicontohi adalah perkataan DOA keampunan terhadap orang musyrik setelah NYATA kemusyrikan orang tersebut
Surah Maryam:
Nabi Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. (47)
قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكَ‌ۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّىٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ بِى حَفِيًّ۬ا
Sesungguhnya JANJI Nabi Ibrahim itu BENAR.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Tak abis-abis lagi ker? OK la tu skarang dah ada 2 pandangan tentang sapa bapa Nabi Ibrahim.
Pandangan 1: Bapa Nabi Ibrahim ialah Azhar dan mati dalm keadaan kapir kalau ikut makna lurus al-quran.
Pandangan 2: Bapa Nabi Ibrahim bukan mati kapir sebab tak mungkin Nabi Muhammad ada keturunan orang2 kapir.
Ni pandangan baru ni dan encik Sirri dah jelaskan dengan panjang lebar ikut makna sebenar al-quran iaitu yang mana umum dan yang mana khusus.
Terima Kasih encik Sirri atas ilmu baru ni dan nampak ada rasional juga. |
|
|
|
|
|
|
|
aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu;
Benarlah ayat ALLAH itu.
namun ALLAH telah melarang utk beristighfar kpd musyrikin samaada mereka maseh hidup mahupun mati.
Tidak patut bagi seorg nabi dan org-org yg beriman utk beristighfar bagi musyrikin dan walaupun mereka itu adalah yg mempunyai kerabat dari selepas apa yg telah jelas bagi mereka bahawa sesungguhnya mereka itu penghuni neraka.
At-Taubah: 113.
maknanya,
tak mungkin ibrahim beristighfar kpd azar lagi kerana telah jelas kemusyrikan &permusuhan azar dgn ALLAH &ibrahim.
Telah jelas itu bermaksud:
tak semestinya azar sudah mati.
sebab memang tak patut langsung pun perbuatan istighfar itu di sisi ALLAH.
samaada beristighfar utk si musyrik yg hidup mahupun yg sudah mati.
kemusyrikan seseorg itu di nilai dari sisi zahir perbuatan.
hakikatnya kita tidaklah mengetahui kecuali hanya ALLAH.
apalagi soal hidup &mati seseorg itu.
so,
kemusyrikan &permusuhan azar itu adalah berdasarkan perbuatan& kehendak azar itu sendiri yg bersifat zahiriyah semata-mata di mata ibrahim as.
so,
ibrahim pun berlepas diri lah dgn azar setelah jelas kemusyrikan& permusuhannya.
adapun janji permohonan itu tidak diperkenankan kerana ALLAH telah menyatakan yg ia adalah perbuatan yg tidak patut sepertimana perbuatan permintaan nuh keatas anaknya.
so,
ibrahim sesekali takkan memohon keampunan lagi buat si azar kerana telah jelas zahirnya permusuhan &kemusyrikan azar itu.
Maka kesimpulannya:
doa ibrahim as dlm ayat 41 ibrahim itu bukanlah doa utk azar kerana ia memang tak patut di sisi ALLAH sepertimana tak patutnya perbuatan nuh as memohon utk anaknya.
maka adapun doa dlm ayat 41 itu kita katakan ia adalah doa ibrahim as utk kedua org tua kandungnya yg sebenar.
sesungguhnya ALLAH telah menjaga kesucian tiap-tiap pewaris nur muhammad itu sehinggalah ke akhir zmn.
barulah saya faham,
kenapa zakaria memohon utk mendapatkan waris.
supaya selepas kematiannya, ada waris yg menghidupkan agama ALLAH SWT kelak selepas kematiannya.
maka kita katakan bahawa:
azar itu bukanlah bapa kandung ibrahim as.
sebab azar itu seorg yg musyrik
sedangkan bapa kandung ibrahim as itu ialah org beriman yg mempunyai cita-cita agama, niat agama, dan mewarisi warisan agama org-org tua mereka dari hadrat adam & dari nuh as.
syukranlah kpd hadis tentang adam yg mewariskan agama kpd syith as itu yg telah di nukilkan oleh pak grave kita.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 29-10-2009 16:41
syukranlah kpd hadis tentang adam yg mewariskan agama kpd syith as itu yg telah di nukilkan oleh pak grave kita.
sirrikhafi Post at 29-10-2009 16:31
Kalau hadith SAHIH bukhari cepat saja tolak dengan alasan belum mutawatir
Hadith Adam tu cepat pula diterima. dah SAHIH MUTAWATIR KE?
Sirrikhafi:
Di harap anda bawakan hadis-hadis saheh yg bertaraf mutawatir. |
|
|
|
|
|
|
|
Huihhh...cepatnya respon. Engkorang ni duduk depan komputer jer ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hadith SAHIH bukhari cepat saja tolak dengan alasan belum mutawatir
Hadith Adam tu cepat pula diterima.
Saya simpati dan kasehkan kpd Ahlulbayt.
so,
mana-mana hadis yg diriwayatkan dari ahlulbayt,
akan mendapat perhatian saya terlebih dahulu.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya simpati dan kasehkan kpd Ahlulbayt.
so,
mana-mana hadis yg diriwayatkan dari ahlulbayt,
akan mendapat perhatian saya terlebih dahulu.
WALLAHU A'LAM.
sirrikhafi Post at 29-10-2009 16:41
Nampaknya BENAR lah kata-kata: MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
Untuk kami, tuan sirri WAJIBKAN SYARAT MUTAWATIR
Untuk diri sendiri, BOLEH LANGGAR SYARAT YANG DITETAPKAN, BAHKAN HADITH TU BELUM DIBUKTIKAN SAHIH PUN
Jadi, pada saya, cukuplah setakat ini. Dengan Fitnah-fitnah, syarat yang berat seblah ini menampakkan usaha sirrikhafi untuk menang hujjah
Saya tak kisah apa yang orang akan cakap. ALLAH TAHU NIAT SAYA. Cukup bagi saya Allah yang menjadi saksi.
WAllahu a'lam
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Wassalam
mnm77 Post at 29-10-2009 16:45
Wa'alaikumussalam warahmatullahita'ala wabarakatuh |
|
|
|
|
|
|
|
so,
mana-mana hadis yg diriwayatkan dari ahlulbayt,
akan mendapat perhatian saya terlebih dahulu
adakah sahih? atau hanya dakwaan saja ia dari ahlul bayt? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya BENAR lah kata-kata: MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
&
Untuk diri sendiri, BOLEH LANGGAR SYARAT YANG DITETAPKAN,
BAHKAN HADITH TU BELUM DIBUKTIKAN SAHIH PUN
Saudara seagamaku,
hadis pak grave itu sangat bertepatan dgn AlQuran dan hujjah saya yg akan datang.
perhatikan hujjah &dalil yg saya akan datangkan nanti dgn izin ALLAH.
adapun hujjah saya kesemuanya adalah dari AlQuran semata-mata.
insya ALLAH....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Surah Maryam:
Nabi Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. (47)
قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكَ‌ۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّىٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ بِى حَفِيًّ۬
Saudara seagamaku,
terjemahan yg saudara bawakan ini terdapat banyak penambahan kata-kata yg takde dlm Quran.
adakah saudara melihat AlQuran dari sudut bahasa melayu?
silap cara saudara ini.
Perhatikan terjemahan yg sebenar tanpa menambah perkataan-perkataan yg tak wujud dlm Quran menurut grammar AlQuran yg saheh:-
قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكَ‌ۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّىٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ بِى حَفِيًّ۬ا
قَالَ
Telah berkata (ibrahim)
سَلَـٰمٌ عَلَيۡكَ‌ۖ
Sejahtera ke atas engkau.
سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ
Aku akan istighfar (memohon keampunan) bagi engkau.
رَبِّىٓ
Akan @ kepada Tuhan ku (maf'ul bihi)
إِنَّهُ ۥ
Sesungguhnya Dia
كَانَ
Adalah Dia
بِى
Dgn ku
حَفِيًّ۬ا
Sangat Baik @ Lembut.
Jadi,
betul kah terjemahan yg saudara bawakan itu?
itulah....lain kali jangan hanya tahu kopipes shj.
insya ALLAH,
Akan saya bawakan hujjah, dalil &bukti yg lain dari AlQuran bahawa si azar itu bukanlah bapa kandung ibrahim as.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|