“awak betul ke serious dengan saya ni? Ke awak cuma nak buat saya macam ex-ex awak sebelum ni?” soal Nadrisa yang masih terbit rasa ragu-ragu dengan keikhlasan Ilham. Entah-entah lelaki ini sengaja mempermainkannya. Bila dia sudah sayang lelaki itu akan tinggalkannya.
“ya Allah Risa.... dengan nama Allah saya mengaku yang saya betul-betul serious dengan awak sekarang. Saya bukan nak suka-suka je bercinta dengan awak tetapi saya nak ke peringkat seterusnya. Dengan ex-ex yang lain saya tak pernah macam ni. Saya tak pernah mengaku saya suka diorang sama seperti mula-mula saya bercinta dengan awak. Hanya awak dan seorang ex saya sebelum ni berjaya buat saya fikir nak serious macam ni.” Jujur Ilham membalas.
Baginya, apabila bercinta segala mestilah jujur dan benar. Dia pantang orang menipu dengannya. Nadrisa yang terbuai dengan kata-kata Ilham sebelum ini sedikit terkejut dengan kata-kata akhir Ilham. Rasa cemburu mula memenuhi ruang hatinya.
“kenapa awak tak kawin je dengan ex awak yang sorang lagi tu?” soal Nadrisa tenang namun masih kedengaran nada marah dalam kata-katanya.
“aik...macam cemburu jer....” usik Ilham. Nadrisa membuat muka menyampah. Sorry...siapa cemburu kat sini. Aku nak tahu perkara sebenarnya je okey...
“ala gurau je... jangan marah yer sayang. Ex tu yang saya pernah cerita dulu tu la..yang dah meninggal tu... dah 2 tahun dia tak ada..” jawab Ilham tenang. Nadrisa serba salah. Pasti Ilham sedih mengingat kembali kekasih yang disayang.
“sorry........mesti awak sangat sayang kepada dia kan... kalau tak mesti awak dah kawin lain sekarang. Kalau awak tak kisah boleh bagitahu nama dia apa?” Tambah Nadrisa lembut. memang tak dinafikan hatinya menggelegak kerana cemburu namun dia tahu tiada gunanya cemburu kepada orang yang sudah tiada. Semua orang ada masa lepas masing-masing samalah Ilham.
“nama dia Rania. yer memang dia orang yang paling saya sayang... tapi sekarang awak dah berjaya gantikan tempat dia.. awak adalah orang yang terpenting dalam hati saya kini.” Luah Ilham jujur. Nadrisa tersipu-sipu mendengar jawapan dari Ilham yang cukup membuatkan hatinya dilambung ombak cinta.. perasaan sayang terhadap Ilham semakin bertambah dan kuat.
“tapi sayang..........” celahan dari Ilham membuatkan Nadrisa berhenti berangan. Dipandang wajah jejaka yang telah mencuri hatinya.
“awak tak kisahkan kalau saya mengingati dia sekali sekala...” soal Ilham lembut.
“tak apa... dia orang pertama yang hadir dalam hidup awak. Dia yang ajar awak erti cinta. Apa salahnya awak ingati dia... tetapi janganlah sampai lupakan saya.” usik Nadrisa namun dalam maknanya. Harap Ilham faham maksudnya. Ilham tersenyum kecil mendengar jawapan akhir Nadrisa.
“mana boleh saya lupakan awak... awakkan cinta hati saya.” tambah Ilham senang. Nadrisa tersenyum gembira.
“saya pon cintakan awak.” Balas Nadrisa sambil tersipu-sipu malu. Kini dia betul-betul memaksudkannya. Dia tidak lagi berbohong dalam menyatakan cintanya.
Last edited by misssakura on 17-10-2012 10:39 AM
|